Semasa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 23 Mar 2024 06:37:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Semasa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tular dua individu bergaduh berpunca tidak beri laluan semasa melalui jalan sempit https://sabahmedia.com/2024/03/23/tular-dua-individu-bergaduh-berpunca-tidak-beri-laluan-semasa-melalui-jalan-sempit/ https://sabahmedia.com/2024/03/23/tular-dua-individu-bergaduh-berpunca-tidak-beri-laluan-semasa-melalui-jalan-sempit/#respond Sat, 23 Mar 2024 06:37:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51477
Read Time:36 Second

KOTA BELUD: Tular di media sosial satu pergaduhan melibatkan dua individu lelaki di Kota Belud awal pagi semalam.

Video berdurasi sembilan saat itu tular memaparkan dua individu bergaduh dan seorang daripadanya memegang sebilah parang di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Shahrudin Mat Husain ketika dihubungi pemberita hari ini berkata kejadian tersebut berlaku pada Jumaat (22 Mac) jam lebih kurang 11.30 pagi di jalan masuk tempat letak kenderaan berhampiran Tamu Mingguan Kota Belud.

“Punca pergaduhan disebabkan provokasi kedua-dua pihak yang mana masing-masing tidak mahu memberikan laluan semasa melalui jalan sempit.

“Kedua-dua yang terlibat mempunyai hubungan kekeluargaan telah berdamai secara baik dan tidak ada laporan dibuat sehingga kini.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/23/tular-dua-individu-bergaduh-berpunca-tidak-beri-laluan-semasa-melalui-jalan-sempit/feed/ 0 51477
Anggota bomba wanita cedera terkena renjatan elektrik https://sabahmedia.com/2024/03/20/anggota-bomba-wanita-cedera-terkena-renjatan-elektrik/ https://sabahmedia.com/2024/03/20/anggota-bomba-wanita-cedera-terkena-renjatan-elektrik/#respond Wed, 20 Mar 2024 14:53:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51349
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Seorang anggota bomba wanita dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas cedera selepas terkena renjatan elektrik semasa cuba memadam api kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Keliangau 2, Menggatal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, seramai 11 anggota dari BBP Lintas dan tujuh dari BBP Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 10.05 pagi.

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat terbakar 100 peratus.

“Turut terbakar sebuah Bengkel persendirian jenis tidak kekal terbakar 100 peratus dan tiga buah kenderaan iaitu dua buah pacuan empat roda jenis
Nissan Frontier dan Toyota Hilux terbakar 100 peratus manakala sebuah Perodua Kancil terbakar 50 peratus.

“Bagaimanapun, terdapat seorang anggota wanita daripada BBP Lintas cedera terkena renjatan elektrik dan telah dihantar ke hospital menggunakan Jentera EMRS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Samantha Echa Sigah, 36, dilaporkan kini berada di Hospital Queen Ellizabeth ll dan berada dalam keadaan stabil atas pemantauan doktor.

“Operasi ditamatkan pada jam 12.58 tengahari tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/20/anggota-bomba-wanita-cedera-terkena-renjatan-elektrik/feed/ 0 51349