semenanjung – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 23 May 2023 11:23:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png semenanjung – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jelajah Sabah, Labuan di Semenanjung bermula 23 Mei 2023 https://sabahmedia.com/2023/05/23/jelajah-sabah-labuan-di-semenanjung-bermula-23-mei-2023/ https://sabahmedia.com/2023/05/23/jelajah-sabah-labuan-di-semenanjung-bermula-23-mei-2023/#respond Tue, 23 May 2023 11:23:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34997
Read Time:1 Minute, 31 Second

KUALA LUMPUR: Agensi Pelancongan Malaysia Sabah dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menganjurkan minggu promosi jelajah ke Semenanjung Malaysia iaitu ‘Bah, Mari Pigi Sabah & Labuan Roadshow 2023’.

Pengarah Pembangunan Pakej Bahagian Pelancongan Malaysia, Shahrin Mokhtar, berkata program jelajah kali ini menggunakan slogan “Sustaining Tourism for Our Future”, akan bermula pada 23 hingga 27 Mei 2023 meliputi negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Katanya, menerusi jelajah itu antara institusi pendidikan yang akan mereka kunjungi ialah Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) di Shah Alam, Kolej dan Universiti Sunway di Kuala Lumpur dan Sekolah Antarabangsa Nexus di Putrajaya.

“Kali ini kami menyasarkan golongan ekspatriat dan pelajar, khususnya demografi Milenium, Generasi X, Y, Z dan Alpha di tiga destinasi yang dilawati,” katanya.

Menurut Shahrin, jelajah ini juga untuk memberi kesedaran kepada golongan sasaran mengenai pelancongan yang mampan selaras dengan agenda mempromosi Malaysia sebagai destinasi ekoplancongan yang mesti dilawati ke peringkat dunia.

“Tidak dinafikan, ini adalah masa yang tepat untuk meningkatkan usaha promosi pelancongan Malaysia untuk melawat Tahun Malaysia pada tahun 2025 bagi mencapai sasaran sebanyak 23.5 juta pelancong antarabangsa dengan projek pendapatan sebanyak RM76.8 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian, ketika berucap di majlis memperkenalkan program ‘Bah! Mari Pigi Sabah & Labuan’ Roadshow 2023 yang bertemakan Sustaining Tourism For Our Future, bertempat di Grand Hibiscus Hall, Ibis, di sini hari ini.

Sejumlah 36 peserta sebagai rakan strategik terlibat pada siri jelajah ini, termasuk delegasi utama dari Sabah dan Labuan, iaitu Borneo Excursions AHSB Rentacar Sdn Bhd, Borneo Sandakan Tours & Travel, Camp Borneo Travel and Tours Sdn Bhd, Intrepid Tours & Travel, TYK Adventure Tours Sdn Bhd, YTL Gaya Island Resort, Malaysia Aviation Group, ahli Persekutuan Persatuan Pelancongan Luar Bandar Sabah (FERTAS) iaitu Persatuan Pelancongan Ranau, Persatuan Pelancongan Kadamaian dan Tambunan Persatuan Pelancongan; Kadaiku dan pegawai dari Pelancongan Malaysia Sabah and Lembaga Pelancongan Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/23/jelajah-sabah-labuan-di-semenanjung-bermula-23-mei-2023/feed/ 0 34997
Ribut petir, hujan pada petang, malam dijangka di pantai barat Semenanjung https://sabahmedia.com/2022/02/01/ribut-petir-hujan-pada-petang-malam-dijangka-di-pantai-barat-semenanjung/ https://sabahmedia.com/2022/02/01/ribut-petir-hujan-pada-petang-malam-dijangka-di-pantai-barat-semenanjung/#respond Tue, 01 Feb 2022 08:05:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11810
Read Time:53 Second

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan ribut petir dan hujan dijangka berlaku pada petang serta malam di beberapa tempat di pantai barat Semenanjung.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, ramalan tersebut dikeluarkan berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

Oleh itu katanya, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

“Cuaca lembap dijangka berlaku di kebanyakan tempat dengan hujan pada sebelah pagi di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah.

“Kawasan barat Sabah, barat dan tengah Sarawak serta pantai barat Semenanjung khususnya Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan pedalaman Pahang dijangka mengalami ribut petir dan hujan pada waktu petang hingga awal malam.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) juga telah dikeluarkan bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 7 Februari ini,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/01/ribut-petir-hujan-pada-petang-malam-dijangka-di-pantai-barat-semenanjung/feed/ 0 11810
Amaran Hujan Sangat Lebat Di 11 Kawasan Negeri Pantai Timur Hingga Esok https://sabahmedia.com/2021/12/30/amaran-hujan-sangat-lebat-di-11-kawasan-negeri-pantai-timur-hingga-esok/ https://sabahmedia.com/2021/12/30/amaran-hujan-sangat-lebat-di-11-kawasan-negeri-pantai-timur-hingga-esok/#respond Thu, 30 Dec 2021 10:35:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10487
Read Time:1 Minute, 44 Second

KUALA LUMPUR: Amaran cuaca peringkat bahaya (merah) iaitu hujan sangat lebat berterusan diramal di 11 kawasan di tiga negeri pantai timur Semenanjung melibatkan Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga Jumaat (esok).

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran yang dikeluarkan pada 3.50 petang hari ini melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan, manakala di Terengganu meliputi Kemaman, Besut, Dungun dan Hulu Terengganu; serta Kuantan, Jerantut, Maran dan Pekan di Pahang.

Amaran cuaca buruk (jingga) iaitu hujan lebat berterusan turut dikeluarkan untuk kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan, manakala di Terengganu melibatkan Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Tanah Tinggi Cameron, Bera, Lipis, Temerloh dan Rompin di Pahang.

Sementara itu, seluruh negeri Perlis dan Johor serta Hulu Perak (Perak); Raub dan Bentong (Pahang); serta Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling di Kedah diletakkan di bawah amaran waspada (kuning) iaitu hujan berterusan hingga Sabtu (1 Jan).

Amaran hujan berterusan dijangka hingga Ahad (2 Jan) pula melibatkan kawasan di Sabah – Ranau, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Menerusi kenyataan berasingan, Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata luruan monsun dijangka berterusan hingga 3 Jan dan pada masa sama berlaku pembentukan awan hujan aktif di Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Katanya, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah (hingga 2 Jan) manakala Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Perlis dan Johor hingga 3 Jan.

“Dalam pada itu, negeri di pantai barat Semenanjung melibatkan selatan Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka akan turut mengalami keadaan cuaca ribut petir yang lebih kerap pada sebelah petang hingga malam.

“Selain itu, angin kencang dan laut bergelora di perairan pantai timur Semenanjung serta timur Johor, Sarawak dan Sabah diramal berterusan hingga 2 Jan,” katanya.

Terdahulu, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir secara berperingkat di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu malam ini (30 Dis), manakala esok di Pahang dan Johor (bermula 2 petang) – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/30/amaran-hujan-sangat-lebat-di-11-kawasan-negeri-pantai-timur-hingga-esok/feed/ 0 10487