Sempena Ramadan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 30 Mar 2023 14:31:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sempena Ramadan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan tangani isu tiada bekalan air sempena Ramadan https://sabahmedia.com/2023/03/30/kerajaan-tangani-isu-tiada-bekalan-air-sempena-ramadan/ https://sabahmedia.com/2023/03/30/kerajaan-tangani-isu-tiada-bekalan-air-sempena-ramadan/#respond Thu, 30 Mar 2023 14:29:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31811
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Aduan mengenai isu ketiadaan bekalan air di beberapa kawasan di negeri ini akan cuba ditangani dengan kadar segera.

Sejak awal Ramadan, beberapa kawasan mengalami masalah ketiadaan bekalan air sehingga wujud kumpulan yang ingin mengadakan demonstrasi di Ibu Pejabat Jabatan Air Negeri pada Isnin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan melalui agensi berkaitan akan mencari jalan sebaik mungkin untuk mengatasi masalah ini.

Beliau yakin Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan pegawai-pegawainya akan mencari punca sebenar kepada masalah ini yang mungkin berpunca daripada kebocoran, kecurian air mahupun agihan bekalan yang tidak selaras.

“Saya faham keadaan ini, masalah air di sana sini dan saya yakin menteri bertanggungjawab akan melihat isu ini secara lebih serius.

“Jadi kita minta rakyat bersabar sedikit, kita akan berusaha untuk menghantar lori-lori air ke taman-taman perumahan yang tidak mempunyai bekalan air sempena Ramadan,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf dan ibu tunggal di Masjid Jamek Putatan pada Rabu.

Ditanya mengenai langkah penstrukturan JANS, Hajiji berkata, perkara itu akan difikirkan kemudian untuk mencari kaedah penyelesaian jangka masa panjang.

Pada Isnin, sekumpulan penduduk Sepanggar dikatakan ingin mengadakan demonstrasi aman bagi mendesak JANS menyelesaikan masalah ketiadaan bekalan air di kawasan Parlimen tersebut.

Namun, demonstrasi itu tidak berjalan seperti dirancang apabila Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha Sakmud menasihatkan penduduk di kawasan tersebut untuk berbincang menerusi sesi dialog dengan JANS dan bukannya berdemonstrasi.

Menurut Mustapha, bagi menstabilkan bekalan air di Sepanggar dan juga kawasan-kawasan lain di Sabah, kaedah berdialog lebih konstruktif berbanding berdemonstrasi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/30/kerajaan-tangani-isu-tiada-bekalan-air-sempena-ramadan/feed/ 0 31811
Hajiji, Tun Juhar Hadiri Kenduri Doa Selamat Sempena Ramadan 1443/2022 https://sabahmedia.com/2022/04/01/hajiji-tun-juhar-hadiri-kenduri-doa-selamat-sempena-ramadan-1443-2022/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/hajiji-tun-juhar-hadiri-kenduri-doa-selamat-sempena-ramadan-1443-2022/#respond Fri, 01 Apr 2022 14:22:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13781
Read Time:25 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri kenduri doa selamat dan menunaikan solat Maghrib serta Isyak bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, sempena menyambut bulan Ramadan 1443/2022 di Istana Seri Kinabalu, malam tadi (Jumaat).

Dalam majlis itu, Mufti Negeri Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar turut menyampaikan keputusan cerapan anak bulan kepada Tun Juhar Mahiruddin dan Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut hadir beberapa jemaah Kabinet negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/hajiji-tun-juhar-hadiri-kenduri-doa-selamat-sempena-ramadan-1443-2022/feed/ 0 13781