semporna – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 07 May 2026 05:57:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png semporna – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Semporna pemangkin utama Ekonomi Biru Sabah  https://sabahmedia.com/2026/05/07/semporna-pemangkin-utama-ekonomi-biru-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/05/07/semporna-pemangkin-utama-ekonomi-biru-sabah/#respond Thu, 07 May 2026 05:57:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96269
Read Time:3 Minute, 13 Second

SEMPORNA: Semporna bukan sekadar daerah pesisir pantai biasa, sebaliknya adalah nadi dan pemangkin utama kepada transformasi ekonomi Sabah menerusi agenda Ekonomi Biru di bawah pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). 

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji  Noor berkata, potensi luar biasa yang dimiliki daerah itu mampu menjana limpahan ekonomi berskala besar sekiranya diurus secara strategik, sekali gus memberi manfaat bukan sahaja kepada penduduk setempat, tetapi juga kepada keseluruhan negeri. 

“Dalam erti kata lain, kejayaan Semporna adalah kejayaan Sabah,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena lawatan kerjanya ke daerah itu sempena Tinjauan Keselamatan Ke ESS Zone di Grand Ballroom, Hotel Seafest Semporna, pada Rabu. 

Katanya, Semporna sudah pun mendahului beberapa inisiatif penting yang boleh dijadikan penanda aras, khususnya dalam sektor pelancongan marin berimpak tinggi dan lestari. 

Sebagai contoh, katanya, Pulau Sipadan berjaya melaksanakan sistem kuota pelawat harian yang kini menjadi model pengurusan pelancongan bernilai tinggi dan mampan, sekali gus memastikan keseimbangan antara pemuliharaan alam sekitar dan aktiviti ekonomi. 

“Di Taman Marin Tun Sakaran pula, kita menyaksikan sinergi harmoni antara pelancongan, pemeliharaan biodiversiti dan penglibatan komuniti setempat. Inilah asas kepada konsep pelancongan berasaskan komuniti yang kita mahu perluaskan kerana ia memastikan kekayaan alam Semporna dipulangkan semula kepada rakyatnya,” katanya. 

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri kini mempergiat usaha mentransformasikan sektor akuakultur marin bagi mewujudkan anjakan daripada pengeluaran bahan mentah kepada ekonomi berasaskan nilai tambah. 

Beliau berkata, antara fokus utama kerajaan termasuk peluasan zon akuakultur bersepadu berskala komersial, pengenalan teknologi sangkar laut moden yang lebih efisien dan mesra alam, memberi sokongan padu kepada pengusaha rumpai laut bagi meningkatkan produktiviti serta memastikan kualiti hasil bertaraf eksport. 

“Pada masa sama, kita juga berusaha menarik pelaburan berimpak tinggi dalam sektor pemprosesan hiliran hasil laut supaya rantaian nilai ekonomi dapat dikuasai secara menyeluruh,” katanya. 

Hajiji berkata, bagi menyokong pertumbuhan sektor berkenaan, kerajaan juga sedang merangka keperluan untuk menaik taraf infrastruktur sokongan yang kritikal di Semporna. 

Katanya, ini termasuk pemodenan kemudahan jeti dan jaringan logistik, pembangunan rantaian bekalan sejuk (cold chain) yang komprehensif bagi menjamin kualiti hasil laut serta pembukaan akses lebih luas ke pasaran eksport antarabangsa serta penyediaan kemudahan pelancongan awam yang lebih teratur, selamat dan bertaraf dunia. 

Hajiji turut menegaskan bahawa agenda pembangunan besar di Semporna tidak akan menjadi realiti tanpa kepimpinan akar umbi yang kukuh serta komitmen tinggi terhadap prinsip kelestarian. 

Katanya, kawasan tumpuan seperti Pulau Mabul dan Pulau Kapalai kini berdepan tekanan kepadatan dan pembangunan yang semakin pesat, sekali gus menuntut pendekatan pengurusan lebih berhemah. 

“Jika tidak diurus dengan baik, kita berisiko merosakkan aset semula jadi yang menjadi lubuk emas ekonomi negeri. Kelestarian mesti dilihat sebagai satu pelaburan, bukan bebanan,” katanya. 

Sehubungan itu, beliau menyeru pemimpin setempat agar memainkan peranan lebih proaktif sebagai ‘penjaga utama’ ekosistem dengan membantu penguatkuasaan peraturan, membanteras aktiviti tidak mampan, menggerakkan kempen kesedaran dalam komuniti dan menggalakkan  penglibatan generasi muda dalam sektor Ekonomi Biru yang dipacu inovasi dan teknologi moden. 

Hajiji turut menegaskan bahawa setiap pembangunan di Semporna wajib berteraskan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi memastikan keseimbangan antara kemajuan ekonomi dan kelestarian jangka panjang. 

Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk pembangunan yang hanya mengejar keuntungan jangka pendek sehingga menjejaskan masa depan negeri. 

Beliau berkata, Semporna berupaya muncul sebagai hab pelancongan marin lestari bertaraf dunia, pusat akuakultur moden serta pengeluar makanan laut premium utama negara, selain boleh menjadi model pembangunan ekonomi komuniti pesisir serta pusat rujukan kecemerlangan Ekonomi Biru bagi Sabah. 

Hajiji berkata, beliau menaruh keyakinan tinggi bahawa dengan komitmen padu semua pihak termasuk agensi kerajaan negeri, kepimpinan daerah, agensi pelaksana dan masyarakat setempat, Semporna mampu mencapai aspirasi berkenaan. 

“Apa yang kita rancang dan laksanakan hari ini adalah janji kita kepada generasi akan datang, agar mereka mewarisi lautan yang bukan sahaja kaya dengan keindahan semula jadi, tetapi juga subur dengan peluang ekonomi yang menjamin kesejahteraan hidup,” katanya. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/07/semporna-pemangkin-utama-ekonomi-biru-sabah/feed/ 0 96269
80 resort di Semporna belum mohon lesen, berdepan tindakan penguatkuasaan https://sabahmedia.com/2026/04/18/80-resort-di-semporna-belum-mohon-lesen-berdepan-tindakan-penguatkuasaan/ https://sabahmedia.com/2026/04/18/80-resort-di-semporna-belum-mohon-lesen-berdepan-tindakan-penguatkuasaan/#respond Sat, 18 Apr 2026 15:09:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95109
Read Time:58 Second

KUNAK: Kira-kira 80 resort di Semporna yang masih belum memohon lesen pelancongan berdepan tindakan penguatkuasaan termasuk kemungkinan dirobohkan sekiranya didapati melanggar undang-undang sedia ada.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal berkata, tindakan tegas itu akan dilaksanakan selepas tempoh bertenang tamat, susulan keputusan mesyuarat yang dipengerusikan Menteri berkenaan, Datuk Jafry Ariffin.

Beliau memaklumkan, sebanyak 190 resort telah dikenal pasti di seluruh Semporna, dengan 46 daripadanya memiliki lesen sah.

“Daripada jumlah itu, 62 resort sedang dalam proses permohonan lesen, manakala baki kira-kira 80 lagi masih belum mengemukakan sebarang permohonan.

“Sehubungan itu, operasi penguatkuasaan akan diteruskan bagi mengesan resort dan syarikat yang belum berdaftar di bawah Peraturan Pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Camp STEM Hijau 2026 daerah Kunak di Tasik Impian Kunak, di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, tindakan undang-undang akan diambil berdasarkan kesalahan yang dilakukan, termasuk pelanggaran undang-undang tanah dan peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Jika melibatkan kesalahan tanah, tindakan boleh diambil mengikut undang-undang berkaitan termasuk pengusiran atau perobohan.

“Bagi kesalahan di bawah bidang kuasa PBT pula, tindakan seperti kompaun atau perobohan boleh dikenakan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/18/80-resort-di-semporna-belum-mohon-lesen-berdepan-tindakan-penguatkuasaan/feed/ 0 95109
Tukang masak didakwa miliki tenggiling di Semporna https://sabahmedia.com/2026/03/03/tukang-masak-didakwa-miliki-tenggiling-di-semporna/ https://sabahmedia.com/2026/03/03/tukang-masak-didakwa-miliki-tenggiling-di-semporna/#respond Tue, 03 Mar 2026 04:40:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92571
Read Time:1 Minute, 0 Second

TAWAU: Seorang tukang masak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki seekor tenggiling, spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya, di sebuah resort di Semporna.

Tertuduh, Mohammad Ali Iqram Thien Abdullah, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki seekor tenggiling hidup daripada spesies Manis javanica yang ditemui di dalam tong plastik berwarna hitam pada jam 5.35 petang, 23 Februari lalu di resort berkenaan.

Haiwan tersebut merupakan spesies yang dilindungi sepenuhnya seperti disenaraikan dalam Jadual 1, Bahagian 1, Nombor 13 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997, dan pemilikan itu didakwa tanpa sebarang kebenaran sah mengikut enakmen sama.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 41(4)(a) enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan denda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000 serta penjara minimum satu tahun dan maksimum lima tahun.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Tertuduh turut diarahkan supaya tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Primus Lambut, manakala tertuduh diwakili peguam Lim Chun Yuan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/03/tukang-masak-didakwa-miliki-tenggiling-di-semporna/feed/ 0 92571
Dua kes kebakaran di Sabah, mangsa rentung di Kudat dan Semporna https://sabahmedia.com/2026/01/24/dua-kes-kebakaran-di-sabah-mangsa-rentung-di-kudat-dan-semporna/ https://sabahmedia.com/2026/01/24/dua-kes-kebakaran-di-sabah-mangsa-rentung-di-kudat-dan-semporna/#respond Sat, 24 Jan 2026 10:44:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90328
Read Time:1 Minute, 26 Second

KUDAT: Sepasang suami isteri warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat di Kampung Lausan, Batu 4, dekat sini, semalam (23 Jan).

Mangsa lelaki berusia 74 tahun manakala isterinya 73 tahun ditemui di bilik tidur selepas kediaman mereka terbakar sepenuhnya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.58 malam sebelum jentera bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 12.36 tengah malam.

Katanya, pasukan bomba berdepan kesukaran memasuki kawasan kejadian berikutan laluan jambatan sempit serta halangan wayar elektrik rendah.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan sumber air daripada tangki jentera bomba.

Mangsa pertama berjaya dikeluarkan jam 2.00 pagi manakala mangsa kedua jam 3.50 pagi.

Operasi melibatkan seramai 18 anggota JBPM daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat serta Pasukan Bomba Sukarela Kampung Ayer, dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan RELA. Operasi dikawal pada jam 1.30 pagi dan tamat sepenuhnya jam 4.47 pagi.

Sementara itu, di lokasi berasingan di Semporna, seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan, Munairaya Baluan, 58 tahun, ditemukan rentung dalam kebakaran yang melibatkan tujuh buah rumah setinggan di Kampung Perigi pada Sabtu (24 Jan).

Mangsa ditemui di ruang bilik rumah pertama yang terbakar.

Pasukan bomba menemui mayat mangsa rentung merupakan seorang wanita OKU penglihatan terlibat dalam kebakaran membabitkan tujuh buah rumah di Kg Perigi, Semporna pagi tadi. – Foto ihsan JBPM Sabah
Tujuh buah rumah musnah dalam kebakaran di Kg Perigi, Semporna pagi tadi.

Operasi pemadaman dikawal pada jam 11.57 pagi dan tamat sepenuhnya jam 2.05 petang, melibatkan sembilan anggota BBP Semporna dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) serta Jabatan Air.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/24/dua-kes-kebakaran-di-sabah-mangsa-rentung-di-kudat-dan-semporna/feed/ 0 90328
‘Semporna pun tidak terurus’, Shafie dikritik sibuk berpolitik https://sabahmedia.com/2025/10/11/semporna-pun-tidak-terurus-shafie-dikritik-sibuk-berpolitik/ https://sabahmedia.com/2025/10/11/semporna-pun-tidak-terurus-shafie-dikritik-sibuk-berpolitik/#respond Sat, 11 Oct 2025 05:43:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82980
Read Time:1 Minute, 51 Second

KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Steven Chaw Kam Foon, mengkritik Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, kerana didakwa  lebih sibuk mengejar kuasa politik berbanding menangani krisis pembuangan sampah di Semporna.

Beliau berkata, masalah sampah di Semporna telah berlarutan sejak sekian lama, bahkan ketika Shafie memegang jawatan Ketua Menteri, kawasan itu masih dilabel sebagai antara “dirtiest tourist towns” di Sabah.

“Keadaan jalan yang dipenuhi sampah dan bau busuk bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup penduduk, malah menodai imej Semporna sebagai destinasi pelancongan antarabangsa,” katanya.

Chaw berkata, sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Semporna, Shafie seharusnya paling memahami keadaan sebenar rakyat di kawasannya, namun dilihat lebih menumpukan perhatian terhadap isu pertukaran kerajaan dan kuasa politik.

“Dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semakin hampir, Shafie sibuk mempromosikan pelan dasar dan visinya, tetapi gagal menangani masalah asas kebersihan dan pengurusan sampah di kawasannya. Ini jelas menunjukkan sikap acuh tak acuh terhadap isu kebajikan rakyat,” katanya.

Menurut Chaw, sistem pengurusan sisa pepejal di Sabah berbeza dengan di Semenanjung Malaysia kerana negeri itu tidak tertakluk di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan tidak diuruskan oleh agensi persekutuan seperti Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) atau SWCorp.

“Di Semenanjung, pengurusan sisa dikendalikan kerajaan pusat menerusi kontraktor seperti Alam Flora, Indah Water dan E-Idaman, manakala di Sabah, tanggungjawab ini terletak di bawah kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

“Sebagai contoh di Semporna, kutipan dan pelupusan sampah adalah tanggungjawab Majlis Daerah Semporna, manakala dasar dan pelaksanaannya di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. Ini bermakna wakil rakyat seperti Shafie sepatutnya perlu aktif menyelaras dan memantau operasi tempatan, bukannya melepaskan tanggungjawab,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa tanggungjawab utama ahli politik ialah menyelesaikan masalah harian rakyat, bukan terperangkap dalam perebutan kuasa.

“Masalah sampah di Semporna bukan isu baharu, tetapi tanda kelemahan tadbir urus tempatan dan sikap tidak peduli terhadap kebersihan awam. Jika Shafie tidak mampu memastikan kebersihan di kawasannya sendiri, bagaimana beliau mahu mentadbir seluruh Sabah?” soalnya.

Chaw turut menyeru semua Ahli Parlimen untuk mencontohi pendekatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan mengambil langkah konkrit dalam menangani kebimbangan rakyat, khususnya berkaitan isu kebersihan dan pengurusan sisa agar rakyat menikmati persekitaran yang bersih dan selesa. 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/11/semporna-pun-tidak-terurus-shafie-dikritik-sibuk-berpolitik/feed/ 0 82980
‘Can’t even keep Semporna clean’: Minister’s aide hits out at Shafie https://sabahmedia.com/2025/10/11/cant-even-keep-semporna-clean-ministers-aide-hits-out-at-shafie/ https://sabahmedia.com/2025/10/11/cant-even-keep-semporna-clean-ministers-aide-hits-out-at-shafie/#respond Sat, 11 Oct 2025 05:13:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82965
Read Time:2 Minute, 18 Second

KUALA LUMPUR: Housing and Local Government Minister’s Political Secretary, Steven Chaw Kam Foon has criticised Warisan president Datuk Seri  Shafie Apdal for pursuing political power while ignoring the Semporna garbage crisis.

He said Semporna in Sabah, has long suffered from a persistent waste problem.

Even during Shafie’s tenure as Chief Minister, the area was still described as one of the “dirtiest tourist towns.” 

The situation, he added, not only affects residents’ quality of life but also tarnishes Semporna’s reputation as an international tourist destination.

Chaw said that as both Member of Parliament (MP) and State Assemblyman for Semporna, Shafie should have the clearest understanding of the local situation, yet he has long neglected grassroots welfare, focusing instead on discussions of regime change and political power.

“With the Sabah state election drawing near, Shafie has been busy promoting his policy blueprint and vision, yet he continues to overlook the area’s basic sanitation and waste management problems. This shows his indifference and failure in addressing pressing livelihood issues,” he said.

Chaw explained that Sabah’s waste management system differs from that of Peninsular Malaysia, as the state is not governed by the Solid Waste and Public Cleansing Management Act (Act 672) and is not under the purview of federal agencies such as the National Solid Waste Management Department (JPSPN) or the Solid Waste and Public Cleansing Corporation (SWCorp).

 He said that in the peninsula, waste management is overseen by the central government and carried out by private contractors such as Alam Flora, Indah Water, and E-Idaman; whereas in Sabah, waste and public cleansing are the responsibilities of the state government and local authorities (PBT).

 “Take Semporna as an example. Garbage collection and removal are the responsibility of the Semporna District Council, while policy and implementation are overseen by the Sabah Ministry of Local Government and Housing. 

“This means that local MPs like Shafie Apdal should actively coordinate and oversee the work of local units to ensure the effective operation of the waste management system, rather than second-guessing or shirking responsibility,” he said.

Chaw stressed that politicians’ true duty is to solve the people’s everyday challenges, not to engage in endless power struggles. 

He said Semporna’s garbage woes are not a new problem but a symptom of years of weak local governance and political apathy.

“If Shafie cannot even ensure basic cleanliness in his own constituency, how can he claim to be capable of governing the whole of Sabah?” he asked.

Chaw also urged all Members of Parliament to follow the Housing Ministry’s example by taking concrete steps to address public concerns, particularly regarding environmental hygiene and waste management, to ensure that people enjoy a clean and liveable environment.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/11/cant-even-keep-semporna-clean-ministers-aide-hits-out-at-shafie/feed/ 0 82965
MOTAC Siasat Insiden Pelancong Taiwan Dikasari di Semporna https://sabahmedia.com/2025/07/24/motac-siasat-insiden-pelancong-taiwan-dikasari-di-semporna/ https://sabahmedia.com/2025/07/24/motac-siasat-insiden-pelancong-taiwan-dikasari-di-semporna/#respond Thu, 24 Jul 2025 15:05:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77878
Read Time:1 Minute, 0 Second

Tawau – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memandang serius insiden melibatkan seorang pelancong dari Taiwan yang didakwa dikasari oleh seorang jurulatih selam bebas di Semporna, Sabah pada 23 Julai lalu.

Kejadian tersebut turut dikaitkan dengan sebuah syarikat pengendali pelancongan berlesen di bawah MOTAC.

Sebelum itu, tular di media sosial sebuah video berdurasi 2 minit 47 saat yang memaparkan pergaduhan membabitkan seorang individu berbaju hitam dengan seorang pelancong lelaki berpakaian putih, dipercayai berlaku di kawasan jeti pelancongan di Semporna.

Dalam satu kenyataan hari ini, MOTAC menghargai tindakan pantas pihak polis yang telah menahan suspek terbabit untuk siasatan lanjut.

“Kes ini sedang disiasat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan MOTAC akan terus memantau perkembangan siasatan dengan teliti,” menurut kenyataan itu.

Kementerian turut memaklumkan bahawa siasatan dalaman terhadap syarikat pengendali pelancongan yang terlibat sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya didapati berlaku pelanggaran di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

MOTAC turut menegaskan bahawa semua pengusaha pelancongan wajib mematuhi undang-undang, menjaga tahap profesionalisme, dan memastikan keselamatan pelancong sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap aspek perkhidmatan yang ditawarkan.

“Keselamatan pelancong, sama ada tempatan mahupun antarabangsa, adalah keutamaan kami dalam usaha mengekalkan reputasi Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia,” menurut kenyataan itu lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/24/motac-siasat-insiden-pelancong-taiwan-dikasari-di-semporna/feed/ 0 77878
Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas https://sabahmedia.com/2024/12/22/angin-kencang-landa-semporna-35-rumah-dan-20-kenderaan-terjejas/ https://sabahmedia.com/2024/12/22/angin-kencang-landa-semporna-35-rumah-dan-20-kenderaan-terjejas/#respond Sun, 22 Dec 2024 01:58:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65823
Read Time:42 Second

SEMPORNA: Angin kencang yang melanda beberapa kawasan di Semporna awal pagi tadi (22 Dis) telah menyebabkan 35 rumah dan 20 kenderaan mengalami kerosakan akibat insiden ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kejadian berlaku sekitar jam 6.21 pagi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna segera bergegas ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

Di Kampung Selamat, sebanyak 20 buah rumah, sebuah masjid, dan lima kenderaan mengalami kerosakan. Sementara itu, di Kampung Seri Aman, 10 rumah dan 15 kenderaan turut terjejas. Secara keseluruhan, 35 rumah dan 20 kenderaan rosak akibat insiden ini.

Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan, dan operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7:38 pagi.

Pemantauan bersama pihak Sabah Electricity juga dilakukan untuk memastikan keselamatan di kawasan yang terjejas, termasuk mengelakkan risiko litar pintas akibat wayar elektrik yang terputus.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/22/angin-kencang-landa-semporna-35-rumah-dan-20-kenderaan-terjejas/feed/ 0 65823
RM18.2 Juta Peruntukan Bina Semula Untuk Kebakaran Di Tawau & Semporna https://sabahmedia.com/2022/04/06/rm18-2-juta-peruntukan-bina-semula-untuk-kebakaran-di-tawau-semporna/ https://sabahmedia.com/2022/04/06/rm18-2-juta-peruntukan-bina-semula-untuk-kebakaran-di-tawau-semporna/#respond Wed, 06 Apr 2022 05:57:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13980
Read Time:1 Minute, 55 Second

TAWAU: Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan sejumlah RM18.2 juta untuk pembinaan semula rumah dan infrastruktur yang rosak dalam kebakaran pada 17 Mac di sini dan pada 2015 di Semporna.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, daripada RM18.2 juta peruntukan itu, sebanyak RM10 juta akan diperuntukkan kepada 608 KIR rakyat tempatan di Tawau untuk membina semula rumah mereka manakala sejumlah RM8.2 juta adalah untuk pelaksanaan segera projek membabitkan kerosakan harta benda dan infrastruktur di Kampung Bangau- Bangau di Semporna.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan replika cek sebanyak RM10 juta kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang untuk membina semula rumah 608 ketua isi rumah (KIR) yang terbabit dalam kejadian kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, Tawau pada Mac lalu, sempena majlis penyerahan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Masyarakat Tawau, di Tawau pagi ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan replika cek sebanyak RM10 juta kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang untuk membina semula rumah 608 ketua isi rumah (KIR) yang terbabit dalam kejadian kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, Tawau pada Mac lalu, sempena majlis penyerahan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Masyarakat Tawau, di Tawau pagi ini.– Foto ihsan JKM
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan replika cek sebanyak RM8.2 juta kepada Pegawai Daerah Semporna, Juraimin j Jadil untuk pelaksanaan segera projek membabitkan kerosakan harta benda dan infrastruktur dalam kejadian kebakaran di Kampung Bangau-Bangau di Semporna, pada tahun 2015, sempena majlis penyerahan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Masyarakat Tawau, di Tawau pagi ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan replika cek sebanyak RM8.2 juta kepada Pegawai Daerah Semporna, Juraimin Jadil untuk pelaksanaan segera projek membabitkan kerosakan harta benda dan infrastruktur dalam kejadian kebakaran di Kampung Bangau-Bangau di Semporna, pada tahun 2015, sempena majlis penyerahan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Masyarakat Tawau, di Tawau pagi ini.-Foto ihsan JKM

Lebih 1,000 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas dalam kebakaran di kedua-dua lokasi berkenaan akan mendapat manfaat daripada peruntukan ini.

Hajiji mengumumkan perkara itu sempena penyampaian sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 200 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas di sini baru-baru ini.

Baki 408 KIR akan menerima bantuan mereka kemudian. Setiap KIR akan menerima RM500.

“Kerajaan negeri amat prihatin dengan nasib mereka yang dalam kesusahan dan sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya yakin bantuan ini dapat melegakan mereka yang terjejas,” katanya.

Kebakaran di Kampung Kurnia Jaya menjejaskan seramai 608 keluarga tempatan yang terdiri daripada 3,012 orang dan memusnahkan 591 rumah manakala sebanyak 300 rumah musnah dalam kebakaran di Semporna yang menjejaskan 3,000 orang.

Hajiji diiringi oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Shahelmey Yahya dan pembantu menterinya, Datuk Julita Majungki serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan wakil rakyat Tawau, pada majlis di Dewan Masyarakat Tawau, di sini pagi ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/06/rm18-2-juta-peruntukan-bina-semula-untuk-kebakaran-di-tawau-semporna/feed/ 0 13980
Bot Kargo Ditahan, Langgar Syarat Pengangkutan Barang https://sabahmedia.com/2022/03/23/bot-kargo-ditahan-langgar-syarat-pengangkutan-barang/ https://sabahmedia.com/2022/03/23/bot-kargo-ditahan-langgar-syarat-pengangkutan-barang/#respond Tue, 22 Mar 2022 23:30:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13364
Read Time:1 Minute, 25 Second

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot kargo tempatan yang sarat dengan pelbagai barang di perairan Kuala Sungai Tawau, sekitar jam 9.30 malam kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang menjalankan Ops Sejahtera/Ops Cegah Pati Selatan telah berjaya mengesan bot kargo tersebut yang bergerak dari arah Sungai Tawau menuju ke Pulau Sebatik.

“Pemeriksaan awal mendapati bot kargo tersebut dikendalikan seorang tekong lelaki warga tempatan berusia 46 tahun. Pemeriksaan ke atas barangan mendapati bot kargo tersebut membawa hasil laut dan barangan runcit untuk dihantar kepada pemborong di Pulau Sebatik.

“Namun pemeriksaan ke atas dokumentasi gagal menemui deklarasi kargo yang dibawa dan ianya telah melanggar peraturan-peraturan pengangkutan barang antara wilayah mengikut Akta Kastam 1967,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Siva Kumar berkata, tekong serta bot dan muatan diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut.

Katanya, hasil penggeledahan menyeluruh ke atas bot kargo tersebut telah menemukan sejumlah 2025 kilogram rumpai laut ,17 unit tong gas memasak (LPG), 306 kilogram minyak masak, 810 kilogram tepung gandum, 2688 kilogram gula pasir dan 120 katon minuman tin di dalam bot kargo tersebut.

“Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. Kesemua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM44,000.

“Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah(ESSZONE),”katanya.

Katanya, salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 dan talian kecemasan 999.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/23/bot-kargo-ditahan-langgar-syarat-pengangkutan-barang/feed/ 0 13364