Semua pihak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 10 Sep 2023 08:09:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Semua pihak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Usaha perangi rasuah perlu komitmen semua pihak https://sabahmedia.com/2023/09/10/usaha-perangi-rasuah-perlu-komitmen-semua-pihak/ https://sabahmedia.com/2023/09/10/usaha-perangi-rasuah-perlu-komitmen-semua-pihak/#respond Sun, 10 Sep 2023 08:07:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41587
Read Time:2 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: Usaha memerangi rasuah dan pengukuhan integriti memerlukan komitmen daripada semua pihak termasuk para pemimpin, penjawat awam, pegawai di sektor swasta, individu dan institusi kekeluargaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, hasrat Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat direliasasikan dengan kadar yang lebih cepat sekiranya integriti dapat diterapkan dalam diri penjawat awam dan isu-isu rasuah dapat dikurangkan atau dihapuskan, ini kerana di bawah inisiatif SMJ, Kerajaan Negeri komited untuk memberikan peruntukan yang besar bagi menjayakan Hala Tuju SMJ yang memfokuskan tiga elemen utama iaitu Sektor Utama Pertumbuhan Ekonomi: Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan, Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat serta Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau.

“Inilah usaha Kerajaan Negeri yang ingin melihat Sabah terus membangun, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah setanding dengan negeri-negeri lain. Semua usaha yang dilakukan ini akan sia-sia sekiranya pelaksana di peringkat jentera Kerajaan dan swasta gagal memahami maksud Sabah Maju Jaya dan gagal menghayati budaya kerja berintegriti dan melakukan perbuatan rasuah” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Program Seminar Kelestarian Integriti (SKI) Bual Santai “Misompuru Tokou: Apa Khabar KK” di Lintasan Deasoka, Jalan Gaya pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

Hajiji berkata, integriti dan akauntabiliti yang tinggi dalam kalangan penjawat awam sangat penting untuk memastikan hala tuju, visi dan misi kerajaan dapat dicapai dan dilaksanakan dengan jayanya.

Katanya, ini selaras dengan pelan pembangunan Hala Tuju SMJ yang mempunyai pelbagai insentif untuk membangunkan negeri ini, khususnya ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Kita amat memerlukan penjawat awam yang mampu menjalankan tugas dengan penuh integriti dan ikhlas.
Pembudayaan amalan integriti mampu melahirkan warga kerja yang lebih efisien, produktif, beretika dan mampu mewujudkan mekanisme kawalan bagi memastikan peraturan dan dasar yang ditetapkan dipatuhi”, tambahnya.

Menurutnya, penjawat awam perlu sedar nilai integriti tidak terhad kepada satu perkara sahaja, sebaliknya ia melibatkan semua tindakan sama ada melalui penampilan, sikap dan sebarang keputusan yang diambil.

Beliau berkata tanpa mengamalkan budaya kerja berintegriti, semua perancangan akan gagal, menyebabkan berlaku ketirisan besar dalam perbelanjaan kerajaan sehingga imej kakitangan awam kerajaan dan pemimpin negeri tercemar dan rakyat tidak akan lagi mempercayai jentera Kerajaan dan perkhidmatan awam.

Hajiji berkata, tahap kepercayaan rakyat kepada kerajaan menjadi elemen penting dalam memastikan sesuatu dasar dirangka dapat dilaksanakan secara berkesan.

“Hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah kepercayaan rakyat berkait rapat keyakinan terhadap perkhidmatan awam. Kepercayaan dan keyakinan rakyat akan bertambah sekiranya perkhidmatan awam mempunyai imej berintegriti, berdaya saing serta efektif”, tambahnya.

Beliau juga mahu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri memberi keutamaan kepada beberapa tujahan untuk memastikan sistem pentadbiran negeri dapat berfungsi dengan berkesan, bebas daripada ancaman rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan berlandaskan prinsip integriti.

Antaranya ialah memperkasakan program integriti di peringkat negeri dengan menyediakan sejumlah peruntukan khas bagi menampung program-program pengukuhan integriti yang tidak hanya tertumpu kepada taklimat dan ceramah semata-mata, sebaliknya perlu segar, kreatif dan seiring dengan teknologi semasa.

Menghantar penjawat awam negeri menghadiri program Pegawai Integriti Bertauliah setiap dua tahun bagi memastikan sekurang-kurangnya setiap jabatan mempunyai seorang pegawai integriti bertauliah, sekaligus memperkukuhkan tatakelola agensi kerajaan dan memastikan usaha ‘check and balance’ dapat diperluaskan serta tidak terhad kepada program audit semata-mata.

Memperkasakan Unit Integriti di peringkat badan berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GIC) dengan menambah bilangan pegawai yang kompeten dan mencukupi bagi melaksanakan fungsi-fungsi Unit Integriti.

Memperkasakan Pegawai-pegawai Integriti Bertauliah Negeri Sabah dengan menghantar pegawai menghadiri program-program khusus sama ada dalam negara mahupun luar negara bermula tahun 2024.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/10/usaha-perangi-rasuah-perlu-komitmen-semua-pihak/feed/ 0 41587
Semua pihak sentiasa peka keperluan warga emas – Redonah https://sabahmedia.com/2023/03/27/semua-pihak-sentiasa-peka-keperluan-warga-emas-redonah/ https://sabahmedia.com/2023/03/27/semua-pihak-sentiasa-peka-keperluan-warga-emas-redonah/#respond Mon, 27 Mar 2023 05:54:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31608
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA MARUDU: Ketua Wanita Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Redonah Bahanda menyeru semua pihak untuk sentiasa peka dengan keperluan dan kebajikan golongan warga emas dalam komuniti masyarakat.

Katanya, warga emas adalah generasi yang berjasa kepada usaha membangunkan negara dan negeri Sabah pada masa lalu.

“Tanpa usaha dan keringat warga emas dalam komuniti kita masa kini, mana mungkin kita berjaya hidup dengan harmoni ini di masa kini.

“Mereka berjasa dalam pelbagai sudut termasuk pembangunan, memperjuangkan kemerdekaan, mendidik anak bangsa dan paling besar sekali adalah sebagai orang tua yang melahirkan kita ke dunia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir dalam Program Jelajah Mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tanjong Batu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau baru-baru ini.

Redonah yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri itu juga berkata, generasi muda masa kini perlu memberi perhatian dan meluangkan masa untuk bersama warga emas di kampung halaman, khususnya pada bulan Ramadan ini.

“Andai ada kelapangan masa, dapat bercuti beberapa hari, pulanglah ke kampung halaman, melawat ibu bapa atau atuk nenek.

“Pastinya saat indah dalam Ramadan bulan yang penuh berkah ini akan memberi seribu makna kepada mereka, apabila anak cucu berada di sisi mereka,” katanya.

Menurut Redonah lagi, semua masyarakat juga perlu sentiasa mengambil sikap saling menghormati dan prihatin dengan keadaan warga emas yang berada di sekeliling, terutamanya ahli keluarga dan jiran tetangga.

“Peka terhadap keadaan kesihatan mereka, andai kita ada masa bermesra dengan mereka, boleh tanya khabar, keadaan kesihatan mereka dan lebih baik andai kita memberi sedikit sumbangan semampunya untuk memberi kegembiraan kepada mereka.

“Sesungguhnya golongan warga emas adalah insan yang banyak berjasa dalam hidup kita dan keberkatan hidup kita turut datang dari doa mereka,” ujarnya.

Dalam program itu, Redonah turut menyerahkan sumbangang bakul makanan kepada golongan warga emas di Balai Raya Kampung Tanjong Batu dan Kampung Koromoko.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/27/semua-pihak-sentiasa-peka-keperluan-warga-emas-redonah/feed/ 0 31608