Sendiri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 02 Apr 2023 08:16:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sendiri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah sendiri sudah mempunyai pelaburan berkualiti China – Yong https://sabahmedia.com/2023/04/02/sabah-sendiri-sudah-mempunyai-pelaburan-berkualiti-china-yong/ https://sabahmedia.com/2023/04/02/sabah-sendiri-sudah-mempunyai-pelaburan-berkualiti-china-yong/#respond Sun, 02 Apr 2023 08:16:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32020
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Komuniti perniagaan Sabah tidak perlu terlalu bimbang bahawa tiada satu pun daripada 19 Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani di Beijing semalam sempena lawatan Perdana Menteri ke China melibatkan mana-mana syarikat Sabah atau pelaburan di Sabah, kata Pengerusi Kumpulan Kluster Industri Kelapa Sawit (POIC) Datuk Yong Teck Lee.

Yong berkata, ini kerana Sabah telah pun menerima aliran Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang sihat, termasuk dari China dan Korea. Pelaburan China di Sabah, seperti Kibin Solar New Materials untuk pembuatan kaca solar adalah pelaburan berkualiti yang menyediakan pekerjaan berkualiti dan kesan pengganda kepada ekonomi domestik Sabah.

Katanya, POIC Sabah sendiri telah menyaksikan peningkatan yang kukuh dalam pelaburan dalam pemprosesan hiliran minyak sawit, pelaburan dalam tenaga hijau daripada biojisim, syarikat logistik yang ditubuhkan di POIC dan peningkatan kargo barangan di pelabuhan POIC, termasuk kerjasama dengan pelabuhan Shandong di China dan pelabuhan Korea.

“Ini terutamanya selepas pelancaran pelabuhan POIC oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, tahun lepas. Minat pelabur di POIC Lahad Datu juga melonjak apabila Ketua Menteri Sabah mengumumkan Inisiatif Zon Bebas pada 5 September tahun lalu.

“Seperti yang dilaporkan dalam media, plan Sabah Maju Jaya sejak dua tahun lepas, pelaburan asing di KKIP dan SOGIP begitu juga dalam industri agro perikanan juga telah mula beroperasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Yong, dalam beberapa bulan akan datang, dijangka perdagangan dan ketibaan pelancong Sabah-China akan menyaksikan aliran menaik.

“Pengesahan terbaru mengenai hubungan rapat antara Malaysia dan China yang telah dibina lebih 50 tahun akan meningkatkan keyakinan bersama di kalangan komuniti perniagaan Sabah dan pelabur China di Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/02/sabah-sendiri-sudah-mempunyai-pelaburan-berkualiti-china-yong/feed/ 0 32020
Lelaki Maut, Tercampak, Dihempap Kereta Sendiri https://sabahmedia.com/2021/12/27/lelaki-maut-tercampak-dihempap-kereta-sendiri/ https://sabahmedia.com/2021/12/27/lelaki-maut-tercampak-dihempap-kereta-sendiri/#respond Mon, 27 Dec 2021 05:08:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10328
Read Time:46 Second

NABAWAN: Seorang lelaki maut selepas tercampak dan dihempap keretanya sendiri dalam satu kemalangan di Kg Malampoi, berdekatan dengan Ladang Sawit Felcra Batu 48 dekat sini, pada Isnin pagi tadi.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah hari ini, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 7.39 pagi tadi (27 Disember 2021), sepasukan anggota dari Balai Bomba Sook dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan anggota bomba mendapati satu kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback telah terbabas sendiri di tepi jalan di Kg Malampoi, berdekatan dengan Ladang Sawit Felcra Batu 48.

“Seorang pemandu tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian,” kata kenyataan itu.

Hasil siasatan, mangsa yang berumur 25 tahun itu dilaporkan tercampak keluar sebelum dihempap kenderaannya sendiri.

Mangsa seterusnya di serahkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya manakala operasi ditamatkan pada jam 8:28 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/27/lelaki-maut-tercampak-dihempap-kereta-sendiri/feed/ 0 10328
KOPDESA Kini Miliki Tapak Kedai Perniagaan Sendiri Di Tenghilan https://sabahmedia.com/2021/12/06/kopdesa-kini-miliki-tapak-kedai-perniagaan-sendiri-di-tenghilan/ https://sabahmedia.com/2021/12/06/kopdesa-kini-miliki-tapak-kedai-perniagaan-sendiri-di-tenghilan/#respond Mon, 06 Dec 2021 03:37:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9376
Read Time:52 Second

TAMPARULI: Koperasi Pembangunan Desa Saradan Tenghilan Berhad (KOPDESA), kini memiliki tapak kedai perniagaan mereka sendiri, di kawasan Tenghilan dekat sini.

Pengerusinya, Irelene Damit, berkata, setelah mengadakan perbincangan dan mendapatkan persetujuan semua anggota koperasi, mereka bersetuju untuk menyewa di sebuah tanah milik seorang ahli dengan kadar sewa berpatutan.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada cikgu Yatau Mohd Azman atas kesudian menyewakan tanah beliau kepada KOPDESA dengan harapan semoga kita dapat dirikan sebuah kedai di sini kelak,” katanya.

Ahad lalu, tapak kedai itu turut dilawati Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, bersama dengan kepimpinan di daerah kecil Tamparuli.

Lawatan tersebut merupakan susulan daripada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang telah dirasmikannya sendiri pada 22 November lalu.

Dalam majlis tersebut, beliau (Jahid) telah meluluskan sumbangan sebanyak RM5,000 dan Jahid telah sampaikan sumbangan tersebut kepada tabung koperasi bagi membiayai pengurusan KOPDESA semasa lawatan ke tapak tersebut kelmarin (Ahad).

Jahid turut memuji usaha KOPDESA yang proaktif dalam memainkan peranan bagi meningkatkan ekonomi penduduk, terutama di kawasan luar bandar.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/06/kopdesa-kini-miliki-tapak-kedai-perniagaan-sendiri-di-tenghilan/feed/ 0 9376
Tiada parti politik boleh bentuk kerajaan sendiri – Salleh https://sabahmedia.com/2021/08/17/tiada-parti-politik-boleh-bentuk-kerajaan-sendiri-salleh/ https://sabahmedia.com/2021/08/17/tiada-parti-politik-boleh-bentuk-kerajaan-sendiri-salleh/#respond Tue, 17 Aug 2021 03:29:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4746
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Tiada parti politik yang dilihat boleh membentuk kerajaan secara sendiri.

Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, senario itu merupakan realiti sebenar kepada politik negara ketika ini.

Memetik kenyataan beliau dalam pautan Facebooknya pagi tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan itu turut menambah, terdapat keperluan untuk penjajaran semula dan kompromi melibatkan semua pihak.

“Tetapi fokus utama seharusnya kepada pemulihan.

“Parti politik perlu ingat perkara ini dan mempercayai Yang Dipertuan Agong (YDPA) untuk memilih Perdana Menteri yang akan memikul tanggungjawab ini.

“Perdana Menteri baru boleh pertimbangkan untuk mewujudkan kabinet yang kecil, mahir dan bipartisan untuk membina kestabilan,” katanya.

Semalam, Pengerusi Perikatanan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan selepas mendapat perkenan daripada YDPA, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perletakkan jawatan beliau turut disusuli dengan barisan kabinet yang lain namun Muhyiddin dilantik oleh Baginda untuk menggalas Perdana Menteri Sementara (caretaker) sebelum perlantikan Perdana Menteri yang baharu dalam tempoh terdekat.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/17/tiada-parti-politik-boleh-bentuk-kerajaan-sendiri-salleh/feed/ 0 4746
Seorang lelaki parah dihimpit kenderaan bergerak sendiri https://sabahmedia.com/2021/08/04/seorang-lelaki-parah-dihimpit-kenderaan-bergerak-sendiri/ https://sabahmedia.com/2021/08/04/seorang-lelaki-parah-dihimpit-kenderaan-bergerak-sendiri/#respond Wed, 04 Aug 2021 11:11:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4062
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan cedera parah selepas sebuah kenderaan bergerak sendiri ke belakang lalu menghimpitnya dalam satu kejadian di jalan Kg Pulutan, Menggatal dekat sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4 Ogos 2021, jam 12.24 tengah hari.

Katanya, sepasukan lima anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Laupen Nuar dari Balai Lintas telah bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 12 kilometer dari balai.

Setiba di lokasi kejadian, didapati seorang mangsa lelaki tersepit di bawah sebuah kenderan jenis Toyota Vigo.

Siasatan awal mendapati bahawa mangsa pada mulanya cuba membaiki kenderaan tersebut yang rosak di bahu jalan tiba-tiba kenderaan tersebut telah bergerak sendiri ke belakang lalu menghimpit mangsa tersebut.

Mangsa berusia 53 tahun mengalami kecederaan parah dan dikeluarkan oleh pasukan bomba seterusnya dibawa menggunakan kenderaan awam ke hospital untuk rawatan lanjut.

Operasi ditamatkan pada jam 2.10 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/04/seorang-lelaki-parah-dihimpit-kenderaan-bergerak-sendiri/feed/ 0 4062