sentiasa peka – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 02 May 2023 08:30:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sentiasa peka – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sentiasa peka, berwaspada serta kemaskini ilmu pengetahuan dalam kecanggihan teknologi masa kini – Acryl https://sabahmedia.com/2023/05/02/sentiasa-peka-berwaspada-serta-kemaskini-ilmu-pengetahuan-dalam-kecanggihan-teknologi-masa-kini-acryl/ https://sabahmedia.com/2023/05/02/sentiasa-peka-berwaspada-serta-kemaskini-ilmu-pengetahuan-dalam-kecanggihan-teknologi-masa-kini-acryl/#respond Tue, 02 May 2023 08:29:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33693
Read Time:2 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Masyarakat diingatkan supaya sentiasa peka dan berwaspada serta sentiasa kemaskini ilmu pengetahuan mereka mengenai kecanggihan teknologi masa kini yang sedang berkembang luas di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kita sedia maklum bahawa teknologi internet semakin hari bertambah maju dan canggih dan ditambah lagi dengan kehadiran jaringan 5G telahpun dilaksanakan secara berfasa.

“Apa yang saya perhatikan berhubung perkara ini, mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi ini untuk membuat aktiviti-aktiviti ataupun kegiatan-kegiatan yang boleh merugikan anggota masyarakat secara umumnya. Mereka terlibat dengan segala bentuk tipu daya dan penyamaran.

“Sekiranya anggota masyarakat tidak peka, tidak berhati-hati ataupun tidak berwaspada maka dengan mudah mereka terperangkap dalam denga tipu daya mereka.

“Itu sebabnya saya sangat menekan kepada anggota masyarakat sentiasa kemaskini pengetahuan mereka. Masyarakat jangan mudah rasa gentar dengan taktik-taktik ataupun teknik-teknik yang diguna oleh mereka yang sentiasa berusaha mengambil kesempatan,” katanya semasa Majlis Pemakaian Pangkat Pesuruhjaya Polis Sabah dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah, dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Acryl turut mengingatkan kepada mereka yang menjalikan hubungan persahabatan dan berurusniaga di alam maya.

Katanya, mereka yang menjalinkan hubungan persahabatan di alam maya ini, mereka tidak pernah berjumpa malah tidak pernahpun berkomunikasi secara fizikal dan mereka hanya berkomunikasi secara menulis teks di dalam talian sahaja tetapi telah diambil kesempatan untuk diperdaya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga mengalami kerugian kepada mereka yang menjadi mangsa.

“Kerugian yang saya lihat di sini bukanlah kerugian yang kecil, kerugian melibatkan angka yang besar, ada yang kehilangan wang simpanan ‘live saving’ untuk wang persaraan khususnya untuk usia tua nanti tetapi ditipu diperdaya, itu sebabnya kita semua sama-sama bertanggungjawab, kita semua sama-sama mengambil peranan dan rakan media juga untuk menyebarluaskan mengenai kesedaran perkara ini,” tegasnya.

Mengenai dengan urusniaga, beliau menjelaskan bahawa pihak berkuasa tidak berurusan secara terperinci melalui telefon dan itu yang pasti. Telefon hanya digunakan untuk menetapkan temujanji di pejabat yang rasmi sahaja.

“Apa juga urusan selain dari di pejabat yang rasmi, kita harus berwaspada, itulah ingatan saya kepada semua ahli masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata, masih ada lagi segelintir masyarakat yang terlibat dengan skim pelaburan yang tidak rasional pulangan yang dijanjikan.

“Kita lihat masih ada lagi segelintir masyarakat terjebak dengan skim-skim pelaburan-pelaburan, yang kadang-kadang kita lihat tidak begitu rasional dari segi pulangan yang dijanjikan 10 hingga 15 peratus sebulan yang sangat tidak masuk akal kerana tidak ada perniagaan yang boleh menjanjikan keuntungan tetap bersih setiap bulan malah perniagaan yang berjaya sekalipun mereka akan sentiasa melalui susah payah untuk memastikan perniagaan mereka berjaya dan menguntungkan.

“Kadang-kadang ada mereka (scammer) menjanjikan hadiah-hadiah lumayan menanti, disebaliknya mereka akan menjadikan itu sebagai helah untuk mereka memperdaya kepada mangsa-mangsa membuat pembayaran malah bukan sedikit jumlah yang terlibat. Jadi itulah pesan saya berkaitan perkara ini,” tegas beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/02/sentiasa-peka-berwaspada-serta-kemaskini-ilmu-pengetahuan-dalam-kecanggihan-teknologi-masa-kini-acryl/feed/ 0 33693
Semua pihak sentiasa peka keperluan warga emas – Redonah https://sabahmedia.com/2023/03/27/semua-pihak-sentiasa-peka-keperluan-warga-emas-redonah/ https://sabahmedia.com/2023/03/27/semua-pihak-sentiasa-peka-keperluan-warga-emas-redonah/#respond Mon, 27 Mar 2023 05:54:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31608
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA MARUDU: Ketua Wanita Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Redonah Bahanda menyeru semua pihak untuk sentiasa peka dengan keperluan dan kebajikan golongan warga emas dalam komuniti masyarakat.

Katanya, warga emas adalah generasi yang berjasa kepada usaha membangunkan negara dan negeri Sabah pada masa lalu.

“Tanpa usaha dan keringat warga emas dalam komuniti kita masa kini, mana mungkin kita berjaya hidup dengan harmoni ini di masa kini.

“Mereka berjasa dalam pelbagai sudut termasuk pembangunan, memperjuangkan kemerdekaan, mendidik anak bangsa dan paling besar sekali adalah sebagai orang tua yang melahirkan kita ke dunia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir dalam Program Jelajah Mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tanjong Batu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau baru-baru ini.

Redonah yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri itu juga berkata, generasi muda masa kini perlu memberi perhatian dan meluangkan masa untuk bersama warga emas di kampung halaman, khususnya pada bulan Ramadan ini.

“Andai ada kelapangan masa, dapat bercuti beberapa hari, pulanglah ke kampung halaman, melawat ibu bapa atau atuk nenek.

“Pastinya saat indah dalam Ramadan bulan yang penuh berkah ini akan memberi seribu makna kepada mereka, apabila anak cucu berada di sisi mereka,” katanya.

Menurut Redonah lagi, semua masyarakat juga perlu sentiasa mengambil sikap saling menghormati dan prihatin dengan keadaan warga emas yang berada di sekeliling, terutamanya ahli keluarga dan jiran tetangga.

“Peka terhadap keadaan kesihatan mereka, andai kita ada masa bermesra dengan mereka, boleh tanya khabar, keadaan kesihatan mereka dan lebih baik andai kita memberi sedikit sumbangan semampunya untuk memberi kegembiraan kepada mereka.

“Sesungguhnya golongan warga emas adalah insan yang banyak berjasa dalam hidup kita dan keberkatan hidup kita turut datang dari doa mereka,” ujarnya.

Dalam program itu, Redonah turut menyerahkan sumbangang bakul makanan kepada golongan warga emas di Balai Raya Kampung Tanjong Batu dan Kampung Koromoko.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/27/semua-pihak-sentiasa-peka-keperluan-warga-emas-redonah/feed/ 0 31608