Sentiasa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 15 Feb 2023 01:13:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sentiasa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ahli MAN diseru sentiasa pastikan tindakan, keputusan berlandaskan hukum adat https://sabahmedia.com/2023/02/15/ahli-man-diseru-sentiasa-pastikan-tindakan-keputusan-berlandaskan-hukum-adat/ https://sabahmedia.com/2023/02/15/ahli-man-diseru-sentiasa-pastikan-tindakan-keputusan-berlandaskan-hukum-adat/#respond Wed, 15 Feb 2023 01:13:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29591
Read Time:42 Second

KUNAK: Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih menyeru agar ahli-ahli Mahkamah Anak Negeri (MAN) sentiasa memastikan tindakan dan keputusan yang dibuat adalah berlandaskan hukum adat.

Justeru, katanya, Kerajaan Negeri amat prihatin kepada rakyat dan akan terus menjaga hak serta kepentingan rakyat di negeri ini.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan satu sesi taklimat sempena lawatan rasmi beliau ke Mahkamah Anak Negeri (MAN) daerah Kunak di Majlis Daerah Kunak, dekat sini, kelmarin.

Seramai 100 orang MAN yang terdiri daripada ketua-ketua adat hadir pada sesi taklimat tersebut yang turut membincangkan masalah-masalah yang berkaitan.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif, Pegawai Daerah Kunak, Awang Yusuf; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Majaran Osman dan penduduk setempat.

Dalam pada itu, Isnin turut melawat Dewan Masyarakat rosak yang lama tidak dapat digunakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/15/ahli-man-diseru-sentiasa-pastikan-tindakan-keputusan-berlandaskan-hukum-adat/feed/ 0 29591
MDPG Seru Masyarakat Sentiasa Jaga Kebersihan https://sabahmedia.com/2022/03/20/mdpg-seru-masyarakat-sentiasa-jaga-kebersihan/ https://sabahmedia.com/2022/03/20/mdpg-seru-masyarakat-sentiasa-jaga-kebersihan/#respond Sun, 20 Mar 2022 12:16:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13245
Read Time:1 Minute, 15 Second

PENAMPANG: Menjaga kebersihan bukan untuk keindahan persekitaran sahaja tetapi yang lebih penting adalah menjaga kesihatan masyarakat terutama dalam usaha mencegah wabak demam denggi dan yang terbaharu pandemik COVID-19 menular di negara ini.

Menurut Jurucakap Bahagian Perkhidmatan Bandar, Majlis Daerah Penampang (MDPG), menjaga kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab bersama dan bukan diletakkan di bahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sahaja.

“Kami sebagai pihak PBT MDPG bertanggungjawab sepenuhnya ke atas menjaga kebersihan kawasan daerah Penampang terutamanya pekan Dongonggon yang menjadi tumpuan orang ramai dan masyarakat setempat namun masyarakat juga turut memainkan peranan bersama-sama menjaga kebersihan demi memastikan tahap kesihatan kita terjaga memandangkan penularan pelbagai penyakit pada ketika ini akibat sikap membuang sampah merata-merata.

“Akibat kelalaian manusia yang tidak menjaga kebersihan bukan sahaja mengundang penyakit malah musibah banjir, tanah runtuh juga akan berlaku sekiranya masalah ini tidak dibendung dari awal kerana pembuangan sampah merata-rata menyebabkan longkang tersumbat dan aliran air tidak lancar.

“Sejak beberapa bulan yang lalu pihak MDPG telah bertungkus lumus membersihkan kawasan daerah Penampang walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19 melanda, ini juga sebagai satu kempen kecil namun diharap dapat memberikan kesan yang besar terhadap kesedaran orang awam betapa cantik dan indahnya bandar Penampang jika tahap kebersihan sentiasa terjaga dengan kerjasama semua pihak terutamanya orang awam,” kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Dalam pada itu, MDPG turut menyeru kepada orang awam yang mempunyai idea atau cadangan dalam usaha meningkatkan kawalan kebersihan adalah dialu-alukan dan boleh berhubung dengan MDPG, di Bahagian Perkhidmatan Bandar pada bila-bila masa.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/20/mdpg-seru-masyarakat-sentiasa-jaga-kebersihan/feed/ 0 13245