Seorang Mangsa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 28 Apr 2024 05:57:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Seorang Mangsa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga rumah musnah terbakar, seorang mangsa melecur https://sabahmedia.com/2024/04/28/tiga-rumah-musnah-terbakar-seorang-mangsa-melecur/ https://sabahmedia.com/2024/04/28/tiga-rumah-musnah-terbakar-seorang-mangsa-melecur/#respond Sun, 28 Apr 2024 05:55:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53620
Read Time:39 Second

LAHAD DATU: Seorang mangsa lelaki melecur di tangan kirinya terlibat dalam kejadian kebakaran tiga buah rumah di Kampung Tamoi Baru dekat sini, pada Sabtu.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu sekitar jam 4.04 petang semalam (27 April).

Katanya, 12 anggota dan 2 jentera digerakkan dari Balai Bomba Lahad Datu ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian mendapati tiga buah rumah telah terbakar 100 peratus.

“Terdapat seorang lelaki dilaporkan cedera ringan melecur di tangan kiri dan diberi rawatan oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) di tempat kejadian, bagaimanapun mangsa enggan dihantar ke hospital.

“Operasi pemadaman api terkawal pada jam 4.30 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.47 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/28/tiga-rumah-musnah-terbakar-seorang-mangsa-melecur/feed/ 0 53620
Seorang Mangsa Bot Karam Ditemui, Seorang Masih Hilang https://sabahmedia.com/2021/09/23/seorang-mangsa-bot-karam-ditemui-seorang-masih-hilang/ https://sabahmedia.com/2021/09/23/seorang-mangsa-bot-karam-ditemui-seorang-masih-hilang/#respond Thu, 23 Sep 2021 13:16:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6785
Read Time:1 Minute, 15 Second

TENOM: Seorang mangsa kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas dibawa arus deras semasa kejadian bot karam di Sungai Padas, Kg Kalandos Pangi telah dijumpai oleh orang awam pada jam 4.45 petang, pada Khamis (23 September 2021).

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Misran Bisara berkata, seorang mangsa kanak-kanak lelaki yang hanyut dibawa arus deras semasa kejadian bot karam di Sungai Padas Kg Kalandos Pangi telah dijumpai oleh orang awam petang Khamis kira-kira 33 kilometer dari lokasi kejadian.

“Mangsa dikenali Melvin Junaidi berusia 12 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, mayat mangsa dibawa ke Kg Binunuk untuk proses pengecaman oleh keluarga mangsa.

“Seterusnya mayat mangsa diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala seorang lagi mangsa lelaki Joseph Sayah berusia 55 tahun masih belum dijumpai,” kata Misran.

Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) bot karam bersama-sama agensi bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah ditangguhkan pada jam 4 petang hari ini dan akan disambung pada keesokan hari.

Semalam, empat orang mangsa yang baru selesai daripada membeli barangan keperluan di Pekan Tenom menggunakan bot tiba-tiba terbalik dan karam kerana arus sungai yang deras semasa menyeberangi Sungai Padas untuk balik ke rumah.

Dua mangsa iaitu seorang warga emas lelaki dan seorang wanita dewasa berjaya menyelamatkan diri, manakala dua mangsa lagi seorang lelaki dikenali sebagai Joseph Sayah, 55, dan seorang kanak-kanak lelaki Melvin Junaidi,12, telah hanyut dibawa arus deras.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/23/seorang-mangsa-bot-karam-ditemui-seorang-masih-hilang/feed/ 0 6785