Seorang maut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 22 Sep 2023 00:14:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Seorang maut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua buah bot berlanggar, seorang maut https://sabahmedia.com/2023/09/22/dua-buah-bot-berlanggar-seorang-maut/ https://sabahmedia.com/2023/09/22/dua-buah-bot-berlanggar-seorang-maut/#respond Fri, 22 Sep 2023 00:14:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42263
Read Time:1 Minute, 27 Second

SANDAKAN: Seorang maut selepas bot yang dinaiki bertembung dengan sebuah bot penumpang menyebabkan pelanggaran kedua-dua bot dalam kejadian di perairan Sungai Bungon dekat sini pada Selasa lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Superintendan Ramasamy Kuppan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Dalam kejadian pada 19 September lalu, jam lebih kurang 3.00 petang, pihak polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sandakan, telah menerima maklumat tentang satu kemalangan yang melibatkan dua buah bot di Sungai Bungon, Sandakan mengakibatkan kematian seorang individu.

Menurut Ramasamy, sejurus menerima maklumat tersebut, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Sandakan dan Balai Polis Sandakan dengan dibantu Pasukan Polis Marin Sandakan telah bergegas ke lokasi kejadian iaitu di Sungai Bungon, mendapati berlaku kejadian satu kemalangan iaitu pelanggaran yang melibatkan dua buah bot iaitu sebuah bot penumpang yang membawa 12 orang penumpang yang dari arah Pulau Bungon ke Sandakan dan sebuah bot kecil yang dinaiki oleh dua orang individu dari arah bertentangan.

“Dalam kejadian ini, kedua-dua bot telah bertembung di satu selekoh sempit di Sungai Bungon dan pelanggaran ini telah menyebabkan kematian kepada juragan bot kecil iaitu seorang lelaki warga tempatan berumur 42 tahun.

“Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di kepala. Dalam kejadian ini kedua-dua bot telah cuba mengelak antara satu sama lain tetapi gagal kerana kedudukan kedua-duqa bot yang terlalu dekat secara berhadapan dan keadaan selekoh atau susur sungai yang tajam serta air yang cetek di kawasan tepi sungai.

“Kedua-dua bot mengalami kerosakan dan bot turut terbalik tetapi kesemua penumpang serta juragan di bot penumpang berjaya menyelamatkan diri,” kata Ramasamy dalam satu kenyataan media semalam.

Katanya, mayat mangsa di hantar ke Hospital Duchess Of Kent, Sandakan untuk dibedah siasat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes di siasat di bawah Seksyen 304 A Kanun Keseksaan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/22/dua-buah-bot-berlanggar-seorang-maut/feed/ 0 42263
Bot Karam: Seorang maut, lapan selamat https://sabahmedia.com/2023/09/05/bot-karam-seorang-maut-lapan-selamat/ https://sabahmedia.com/2023/09/05/bot-karam-seorang-maut-lapan-selamat/#respond Tue, 05 Sep 2023 04:00:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41276
Read Time:1 Minute, 14 Second

SEMPORNA: Seorang pelancong warga asing maut manakala lapan lagi selamat dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Timba-Timba dekat sini petang semalam (4 Sept).

Mangsa yang maut seorang lelaki berumur 38 tahun dipercayai lemas manakala lapan mangsa yang lain berjaya diselamatkan.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan kejadian itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, satu laporan polis diterima pada 4 September 2023 jam lebih kurang 4 petang, berkenaan satu kejadian bot karam di kawasan perairan laut Pulau Timba-Timba Semporna pada jam lebih kurang 10.10 pagi yang melibatkan sembilan orang pelancong warga asing.

“Salah seorang daripada mangsa iaitu satu lelaki warga asing berumur 38 tahun telah meninggal dunia dipercayai lemas manakala lapan yang lain berjaya diselamatkan,” katanya.

Menurut Mohd Farhan, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

“Susulan daripada kejadian itu pihak polis telah menahan empat orang lelaki terdiri daripada seorang
warga tempatan berumur 22 tahun dan tiga warga asing berumur antara 26 hingga 40 tahun untuk membantu siasatan.

“Kesemua suspek akan dibawa ke hadapan majistret untuk mendapatkan tahanan reman,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan kepada pemilik bot supaya berhati-hati semasa menggunakan bot dan menyediakan peralatan keselamatan seperti jaket dan sebagainya.

“Sebarang maklumat berkenaan kejadian bolehlah disalurkan kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Khadijah Mohd Seruji di talian 019-8718002 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/05/bot-karam-seorang-maut-lapan-selamat/feed/ 0 41276