seorang parah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 18 Mar 2024 04:00:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png seorang parah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Satu maut, seorang parah, Perodua Viva bertembung lori 10 tan https://sabahmedia.com/2024/03/18/satu-maut-seorang-parah-perodua-viva-bertembung-lori-10-tan/ https://sabahmedia.com/2024/03/18/satu-maut-seorang-parah-perodua-viva-bertembung-lori-10-tan/#respond Mon, 18 Mar 2024 04:00:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51225
Read Time:45 Second

TAWAU: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori 10 tan dalam kemalangan jalanraya di Jalan Apas Balung dekat sini awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 pagi itu membabitkan dua buah kenderaan iaitu pertembungan di antara Perodua Viva dan lori 10 tan di lokasi kejadian.

“Terdapat dua orang mangsa lelaki tersepit di Perodua Viva dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba.

“Bagaimanapun, mangsa dalam Perodua Viva seorang disahkan meninggal dan seorang lagi mengalami cedera parah.

“Manakala pemandu lori seorang lelaki berusia 48 tahun hanya mengalami cedera ringan dan diberi rawatan awal oleh Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 6.53 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/18/satu-maut-seorang-parah-perodua-viva-bertembung-lori-10-tan/feed/ 0 51225
Dua maut, seorang parah, dua cedera ringan terlibat kemalangan jalan raya di Sipitang https://sabahmedia.com/2024/02/14/dua-maut-seorang-parah-dua-cedera-ringan-terlibat-kemalangan-jalan-raya-di-sipitang/ https://sabahmedia.com/2024/02/14/dua-maut-seorang-parah-dua-cedera-ringan-terlibat-kemalangan-jalan-raya-di-sipitang/#respond Wed, 14 Feb 2024 13:47:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49504
Read Time:1 Minute, 9 Second

SIPITANG: Dua maut manakala seorang parah dan dua mengalami cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Sabah Forest Industries (SFI) di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba Sipitang Calvin Joe Jeafery berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.59 petang tadi (14 Feb) mengenai kejadian tersebut.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang tiba di lokasi kejadian mendapati satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga lama hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan di Jalan SFI.

“Difahamkan kenderaan terbabit dari jalan utama menuju ke arah kampung di bahagian dalam.

“Terdapat lima orang mangsa terlibat, iaitu dua orang mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital dengan menggunakan Ambulans manakala tiga orang mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Dua mangsa mengalami cedera ringan manakala seorang cedera parah.

“Bagaimanapun, dua orang mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“Seorang lagi mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital menaiki Jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Calvin, dua mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohd Khairul, 19, dan Norsiah, 14.

“Operasi ditamatkan pada jam 6.20 petang setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/14/dua-maut-seorang-parah-dua-cedera-ringan-terlibat-kemalangan-jalan-raya-di-sipitang/feed/ 0 49504
12 pekerja sesak nafas, seorang parah, gas ammonia bocor di kilang ais https://sabahmedia.com/2023/11/10/12-pekerja-sesak-nafas-seorang-parah-gas-ammonia-bocor-di-kilang-ais/ https://sabahmedia.com/2023/11/10/12-pekerja-sesak-nafas-seorang-parah-gas-ammonia-bocor-di-kilang-ais/#respond Fri, 10 Nov 2023 11:12:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45031
Read Time:1 Minute, 10 Second

SANDAKAN: Seramai 12 pekerja mengalami sesak nafas, sakit mata dan kulit manakala seorang cedera parah akibat kejadian mesin membuat ais telah pecah dan menyebabkan kebocoran gas ammonia di Kilang Ais Sinaran Batu 3 dekat sini pagi tadi.

Salah seorang mangsa kebocoran gas ammonia diselamatkan pasukan Bomba di Kilang Ais Sinaran Batu 3 Sandakan. – Foto ihsan BBP Sandakan

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.02 pagi tadi (10 Nov) melalui talian balai.

“Setibanya pasukan Bomba dari BBP Sandakan melapor terdapat mesin membuat ais telah pecah dan menyebabkan kebocoran gas ammonia di lokasi kejadian.

“Terdapat 13 orang mangsa yang dilaporkan terlibat dan diberi rawatan awal dilokasi kejadian seterusnya di hantar ke hospital menggunakan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan Ambulan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan Bomba berpakaian pelindung diri lengkap (PPE CPS) bertindak mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam bangunan seterusnya pasukan Bomba membuat nyahcemar dan sanitasi di seluruh kawasan tersebut.

Katanya, pemantauan turut dijalankan di kawasan bangunan berhampiran dan mengarahkan semua pekerja untuk segera keluar dari ke kawasan yang diisytiharkan selamat.

Sementara itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengarahkan kawasan kejadian dan kawasan berhampiran ditutup dengan radius 100 meter sehingga keadaan selamat.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya wujud operasi ditamatkan pada jam 12.06 tengahari. Pemantauan akan dijalankan dari masa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/10/12-pekerja-sesak-nafas-seorang-parah-gas-ammonia-bocor-di-kilang-ais/feed/ 0 45031