Seorang Wanita – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 01 May 2023 09:34:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Seorang Wanita – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis tangkap empat remaja lelaki bawah umur, seorang wanita terlibat kes rogol berkumpulan https://sabahmedia.com/2023/05/01/polis-tangkap-empat-remaja-lelaki-bawah-umur-seorang-wanita-terlibat-kes-rogol-berkumpulan/ https://sabahmedia.com/2023/05/01/polis-tangkap-empat-remaja-lelaki-bawah-umur-seorang-wanita-terlibat-kes-rogol-berkumpulan/#respond Mon, 01 May 2023 09:30:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33657
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Polis berjaya menangkap empat remaja lelaki di bawah umur termasuk seorang wanita berusia 17 tahun dipercayai terlibat dalam kes rogol berkumpulan di sebuah rumah tumpangan di kawasan Kampung Air, dekat sini pada 26 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu pada 27 April lalu menyatakan telah menjadi salah seorang mangsa kejadian rogol berkumpulan di sebuah rumah tumpangan di kawasan Kampung Air, Kota Kinabalu.

“Kejadian yang berlaku pada minggu lepas itu turut melibatkan tiga lagi rakan mangsa yang masih dibawah umur membabitkan suspek empat remaja lelaki yang tidak dikenali dan seorang wanita yang dikenali oleh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zaidi berkata, menurut pengadu, malam kejadian itu, suspek empat lelaki dan satu wanita tersebut telah menegur ketiga-tiga mangsa semasa berada di sebuah pusat membeli belah di daerah Kota Kinabalu dan telah memujuk kesemua mangsa untuk melepak di rumah tumpangan mereka di Kampung Air, Kota Kinabalu.

Katanya, semasa berada di rumah tersebut, kesemua mangsa telah diumpan untuk menghisap vape yang berperisa baharu, sebaik sahaja menuruti pelawaan suspek, ketiga-tiga mangsa telah tidak sedarkan diri.

“Apabila kesemua mangsa tersedar pada tengah malam tersebut mendapati kesemua mereka dalam keadaan tidak berpakaian manakala kelima-lima suspek tersebut telah menghilangkan diri. Ketiga-tiga mangsa mengesyaki mereka telah dirogol lalu membuat laporan polis,” katanya.

Bertindak atas laporan yang dibuat oleh mangsa, Zaidi berkata, Polis Daerah Kota Kinabalu telah berjaya mengesan dan menangkap kelima-lima suspek yang terlibat di sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan di kawasan Telipok Ria, Tuaran.

“Kesemua suspek ditahan reman sehingga 5 Mei 2023 untuk siasatan dibawah Seksyen 372(1)(a) Kanun Keseksaan Dan 375(B) Kanun Keseksaan.

“Sehubungan dengan itu, pihak polis ingin menasihati para remaja terutamanya remaja perempuan agar tidak mudah terpedaya atau terpengaruh dengan kenalan lelaki yang baru dikenali dan tidak mencuba untuk menghisap vape kerana akan membawa kepada risiko keselamatan diri,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/01/polis-tangkap-empat-remaja-lelaki-bawah-umur-seorang-wanita-terlibat-kes-rogol-berkumpulan/feed/ 0 33657
Polis Tahan Seorang Wanita Kes Tipu Jual Beli Kuih Tradisional Di Beaufort https://sabahmedia.com/2021/10/05/polis-tahan-seorang-wanita-kes-tipu-jual-beli-kuih-tradisional-di-beaufort/ https://sabahmedia.com/2021/10/05/polis-tahan-seorang-wanita-kes-tipu-jual-beli-kuih-tradisional-di-beaufort/#respond Tue, 05 Oct 2021 09:53:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7203
Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BEAUFORT: Seorang wanita telah ditahan oleh anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort semalam, disyaki terlibat dalam kes penipuan jual beli kuih tradisional dan bahan membuat kuih.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, pada 4 Oktober 2021, jam 7.00 malam, bertempat di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, pengadu bersama dua orang anggota BSJK IPD Beaufort telah menjalankan tangkapan ke atas suspek wanita berumur 43 tahun itu kerana terlibat dalam kes penipuan jual beli kuih tradisional dan bahan membuat kuih.

Menurut Yusoff, pengadu dalam kes ini telah kerugian sebanyak RM13,610.00 apabila suspek datang ke rumahnya pada 3 September 2021 dan menawarkan tentang pembelian serta pembuatan kuih tradisional dengan menawarkan pengadu untuk membuat 10,000 balang kuih dengan harga RM58.00 sekilo.

“Pengadu berminat dan telah memindahkan wang secara berperingkat sebanyak RM13,610.00 ke akaun BSN suspek untuk pembelian bahan membuat kuih dan balang.

“Namun sehingga tarikh pengadu membuat laporan polis pada 30 September 2021, pengadu tidak menerima apa-apa kuih yang telah dijanjikan,” kata Yusoff.

Hasil soal siasat awal mendapati, suspek ada berurusan dengan mangsa dan menerima wang bagi urusan jualan dan tawaran membuat Kuih.

Turut dirampas semasa tangkapan itu, sekeping kad ATM BSN.

“Berikutan kes tersebut, kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan telah dijalankan dan tangkapan akan dipohon reman hari ini di Mahkamah Beaufort,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/05/polis-tahan-seorang-wanita-kes-tipu-jual-beli-kuih-tradisional-di-beaufort/feed/ 0 7203