Sepak takraw – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 14 Oct 2025 10:49:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sepak takraw – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SAGA XI : Papar rangkul emas takraw berpasukan https://sabahmedia.com/2025/10/14/saga-xi-papar-rangkul-emas-takraw-berpasukan/ https://sabahmedia.com/2025/10/14/saga-xi-papar-rangkul-emas-takraw-berpasukan/#respond Tue, 14 Oct 2025 10:49:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83277
Read Time:27 Second

TAWAU : Pasukan Papar berjaya menewaskan pasukan lawan dari Tongod dengan aggregat 2-1 sekaligus merangkul pingat emas bagi acara sepak takraw berpasukan lelaki pada temasya Sukan Sabah (SAGA) ke-11.

Manakala bagi kategori berpasukan wanita, Nabawan terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Beluran selepas tewas dengan agregat 2-0.

Pingat gangsa pula dikongsi bersama oleh Kota Belud dan Tawau bagi kategori wanita dan Tawau serta Tuaran bagi kategori lelaki.

Penyampaian hadiah diadakan di Dewan Sekolah Vision di sini, pada Isnin.

Perlawanan akan diteruskan dengan kategori double, regu dan quadrant.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/14/saga-xi-papar-rangkul-emas-takraw-berpasukan/feed/ 0 83277
Putera C ungguli Sepak Takraw Piala Mayor Bandaraya Kota Kinabalu 2025 https://sabahmedia.com/2025/04/22/putera-c-ungguli-sepak-takraw-piala-mayor-bandaraya-kota-kinabalu-2025/ https://sabahmedia.com/2025/04/22/putera-c-ungguli-sepak-takraw-piala-mayor-bandaraya-kota-kinabalu-2025/#respond Tue, 22 Apr 2025 08:06:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72445
Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Putera C berjaya menjuarai kejohanan terbuka Sepak Takraw Piala Mayor Bandaraya Kota Kinabalu 2025 yang diadakan selama tiga hari berakhir Sabtu lalu.

Kejohanan yang dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu itu telah berlangsung di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Majlis perasmian kejohanan disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Karim Rahim yang mewakili Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Dengan kemenangan itu, pasukan Putera C berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000 dan naib johan dimenangi pasukan kumpulan Wira yang membawa pulang wang tunai bernilai RM2,000.

Sementara itu, tempat ketiga bersama disandang  oleh pasukan Century dan Politeknik, masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000.

Terdahulu, dalam teks ucapan perasmian, Sabin berkata, penganjuran kejohanan itu menjadi cerminan kepada semangat kesukanan masyarakat.

Selain itu katanya, acara itu juga menunjukkan bahawa minat terhadap sukan tradisional seperti sepak takraw terus berkembang pesat, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Tambah beliau, sukan seperti sepak takraw merupakan medium perpaduan yang sangat berkesan, ia bukan sekadar permainan di gelanggang, tetapi turut memainkan peranan besar dalam menghubungkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang.

Kejohanan itu menyaksikan penglibatan daripada 18 Regu yang melibatkan lebih 150 pemain sepak takraw dari seluruh Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

DBKK akan sentiasa komited dalam mendukung usaha memperkasakan agenda sukan komuniti seiring usaha ke arah membina bandar raya sihat dan sejahtera.  – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/22/putera-c-ungguli-sepak-takraw-piala-mayor-bandaraya-kota-kinabalu-2025/feed/ 0 72445
26 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu https://sabahmedia.com/2024/11/27/26-pasukan-jayakan-kejohanan-sepak-takraw-tertutup-kuala-penyu/ https://sabahmedia.com/2024/11/27/26-pasukan-jayakan-kejohanan-sepak-takraw-tertutup-kuala-penyu/#respond Wed, 27 Nov 2024 05:46:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64497
Read Time:50 Second

Kuala Penyu : Sebanyak 26 pasukan telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu yang berlangsung selama dua hari di Balai Raya Kampung Melikai di sini baru-baru ini.

Perasmian kejohanan disempurnakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Ak Mohd Yazri Ak Mohd Yahaya.

Dalam ucapannya, Yazri berkata, pihaknya merakamkan ucapan tahniah kepada penganjur atas inisiatif penganjuran kejohanan itu.

“Kejohanan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pemain sekitar kawasan Kuala Penyu selain mencungkil bakat-bakat yang ada.

“Saya berharap agar aktiviti sebegini akan lebih ramai belia dapat menyertai dan menggalakkan lebih banyak aktiviti untuk belia dalam komuniti khususnya di daerah Kuala Penyu,” katanya.

Terdahulu pasukan Gimba berjaya menjuarai kejohanan itu dengan membawa pulang hadiah wang tunai.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi pasukan Pemuda Umno dan Manggis A serta Lepaking.

Penyampaian hadiah disempurnakan Presiden Astaka Daerah Kuala Penyu merangkap Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu Joumat Bisnin.

Terdahulu, kejohanan itu dianjurkan KRT Kg Melikai; Badan Masjid Kg Melikai dan Pemuda UMNO Beuafort – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/27/26-pasukan-jayakan-kejohanan-sepak-takraw-tertutup-kuala-penyu/feed/ 0 64497