sepakat komuniti – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 24 Sep 2021 10:54:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sepakat komuniti – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sepakat@Komuniti Kiulu Medium Pendedahan Keperluan Masyarakat https://sabahmedia.com/2021/09/24/sepakatkomuniti-kiulu-medium-pendedahan-keperluan-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2021/09/24/sepakatkomuniti-kiulu-medium-pendedahan-keperluan-masyarakat/#respond Fri, 24 Sep 2021 10:54:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6806
Read Time:55 Second

TUARAN: Program Sepakat@Komuniti Kiulu anjuran Jabatan Penerangan Sabah (JaPen) dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (PSUPS) menjadi medium pendedahan keperluan masyarakat. 

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai berkata, program yang turut dihadiri Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Zulkapli Mohamed kali ini membolehkan keperluan infrastruktur di kawasan itu dapat dibentangkan. 

“Selain menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk, kami berkesempatan melawat empat buah kampung dan melihat sendiri gambaran infrastruktur yang diperlukan penduduk.

“Sebagai contoh, penambahan dan pembaikan jalan desa, keperluan air bersih, keperluan bekalan elektrik ke rumah-rumah serta menaik taraf dewan-dewan terbuka yang kelihatan daif seperti di Dewan Kampung Lokub,” katanya ketika ditemui media dalam program tersebut, pada Jumaat.

Pada program itu, sebanyak 50 kotak sumbangan makanan dan minuman daripada PSUPS dan 50 lagi dari JaPen Daerah Tuaran diagihkan kepada penduduk Kampung Tulung Mantob, Kg Lokub, Kg Poturidong dan Kg Nawoi. 

Hadir sama, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah, Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Hamizi Halim dan Pegawai Penerangan Daerah Tuaran, Malina Jamarin./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/24/sepakatkomuniti-kiulu-medium-pendedahan-keperluan-masyarakat/feed/ 0 6806