sepanggar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 23 May 2026 04:32:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sepanggar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis kesan pemandu Hilux terbabit kemalangan maut di Sepanggar https://sabahmedia.com/2026/05/23/polis-kesan-pemandu-hilux-terbabit-kemalangan-maut-di-sepanggar/ https://sabahmedia.com/2026/05/23/polis-kesan-pemandu-hilux-terbabit-kemalangan-maut-di-sepanggar/#respond Sat, 23 May 2026 04:32:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97178
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah Toyota Hilux berwarna hitam yang dipercayai terlibat dalam kemalangan maut membabitkan seorang pejalan kaki di Jalan Sepanggar berhampiran Kampung Sepakat Jaya, pada 22 Mei lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.25 petang apabila mangsa lelaki berusia 69 tahun dipercayai melintas jalan dari arah kanan ke kiri menuju ke kawasan Indah Permai.

Menurutnya, mangsa kemudian dilanggar sebuah Toyota Hilux yang bergerak di lorong kiri jalan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke bahu jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 4.56 petang oleh pegawai perubatan Hospital Likas,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, pemandu kenderaan terbabit dipercayai meninggalkan lokasi kejadian sejurus selepas kemalangan berlaku.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Brymenedren Godon di talian 010-7768802 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/23/polis-kesan-pemandu-hilux-terbabit-kemalangan-maut-di-sepanggar/feed/ 0 97178
Pelan Pembangunan Sepanggar merangkumi aspek pembangunan fizikal dan insan: Mustapha https://sabahmedia.com/2025/04/12/pelan-pembangunan-sepanggar-merangkumi-aspek-pembangunan-fizikal-dan-insan-mustapha/ https://sabahmedia.com/2025/04/12/pelan-pembangunan-sepanggar-merangkumi-aspek-pembangunan-fizikal-dan-insan-mustapha/#respond Sat, 12 Apr 2025 07:03:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71824
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh FLORIETA DIET

SEPANGGAR: Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud telah melaksanakan pelancaran awal bagi Pelan Pembangunan Sepanggar yang akan menjadi asas kepada perancangan jangka panjang pembangunan kawasan Parlimen tersebut.

Katanya,  pelancaran asas ini menandakan komitmen kerajaan untuk menyusun pelan pembangunan menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal dan pembangunan insan.

“Pendekatan ini diambil bagi memastikan semua aspek penting dapat dikenal pasti dan diambil kira secara teliti sebelum pelan dilancarkan sepenuhnya.

Mustapha menyerahkan replika cek curah kepada penerima Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah pada Majlis Jalinan Ukhuwah Aidilfitri Pendidikan Tinggi @ Sepanggar

“Kita laksanakan pelancaran awal hari ini sebagai langkah awal. Kita mahu pastikan sebelum pelan ini digerakkan sepenuhnya, kita tidak terlepas pandang perkara-perkara kritikal yang boleh memberi kesan besar kepada penduduk Sepanggar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jalinan Ukhuwah Aidilfitri bersama agensinya dan kerjasama Parlimen Sepanggar serta DUN Inanam.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, antara fokus utama pelan pembangunan ini termasuk infrastruktur asas seperti pembinaan dan naik taraf jalan raya, bekalan air dan elektrik, serta penyelesaian isu setinggan. 

“Selain itu, aspek pembangunan insan seperti pendidikan, kemahiran, dan kesejahteraan sosial turut diberi perhatian utama.

“Kita tidak mahu hanya tumpu kepada bina jalan atau projek fizikal sahaja, tetapi mahu pastikan rakyat Sepanggar ini berkembang dari segi potensi diri dan kehidupan mereka juga meningkat,” tambah beliau.

Pelan ini akan melalui fasa perbincangan lanjut dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta agensi kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan dalam tempoh setahun akan datang. 

Ia dijangka diperhalusi menerusi sesi libat urus menyeluruh bagi memastikan penyelesaian yang inklusif dan realistik dapat dicapai.

“Sepanggar ini ada lebih 300,000 penduduk, jadi pelan ini perlu ambil kira semua suara dan keperluan masyarakat setempat. Kita mahu semua warga rasa bahagia bila berada di Sepanggar,” katanya lagi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/12/pelan-pembangunan-sepanggar-merangkumi-aspek-pembangunan-fizikal-dan-insan-mustapha/feed/ 0 71824
NGO Perlu Bersama Kerajaan Bantu Mereka Terkesan Akibat COVID-19 https://sabahmedia.com/2022/01/18/ngo-perlu-bersama-kerajaan-bantu-mereka-terkesan-akibat-covid-19/ https://sabahmedia.com/2022/01/18/ngo-perlu-bersama-kerajaan-bantu-mereka-terkesan-akibat-covid-19/#respond Tue, 18 Jan 2022 09:26:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11252
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu golongan memerlukan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 sememangnya amat dialu-alukan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan berkata, langkah ini merupakan inisiatif terbaik dalam usaha membantu mereka yang kurang berkemampuan sekali gus bersama-sama membantu menjaga kebajikan masyarakat secara keseluruhanya.

Beliau mengambil contoh inisiatif diambil oleh Kelab Kebajikan Raisul Sabah menyumbang bantuan peralatan sekolah akibat terkesan COVID-19 kepada keluarga kurang berkemampuan.

“Inisiatif kelab itu memperlihatkan keutuhan semangat dan perpaduan masyarakat di kawasan itu yang sentiasa prihatin dengan nasib golongan yang kurang bernasib baik.

“Usaha ini sudah tentu menjadi contoh badan NGO serta syarikat swasta yang lain agar turut sama membantu mereka yang kurang berkemampuan terutama di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan peralatan sekolah kepada Kampung Saradan Rampayan Manggatal di sini baru-baru ini.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, NGO bersama syarikat swasta lain perlu tampil dengan usaha serta inisiatif sendiri dan tidak perlu menunggu bantuan daripada pihak kerajaan.

“NGO diseru agar lebih peka dalam menjalankan tanggungjawab mereka membantu kerajaan menjaga dalam kebajikan rakyat yang memerlukan terutama mereka yang terkesan akibat COVID-19,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/18/ngo-perlu-bersama-kerajaan-bantu-mereka-terkesan-akibat-covid-19/feed/ 0 11252
Pemimpin, Ketua-Ketua Cawangan Warisan Tenom & Sepanggar Keluar Parti Sokong Kerajaan https://sabahmedia.com/2022/01/03/pemimpin-ketua-ketua-cawangan-warisan-tenom-sepanggar-keluar-parti-sokong-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2022/01/03/pemimpin-ketua-ketua-cawangan-warisan-tenom-sepanggar-keluar-parti-sokong-kerajaan/#respond Mon, 03 Jan 2022 05:50:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10646
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Parti Warisan di Tenom terkesan dengan perkembangan politik semasa Sabah apabila pemimpin-pemimpinnya mengikut jejak Ketua Bahagian, Datuk Peter Anthony meninggalkan parti itu.

Timbalan Ketua Bahagian, Donneysius Ansuku mengumumkan keputusan mereka itu pada jam 2.00 petang di Tenom, semalam (Ahad).

Donneysius yang juga Ketua Cawangan Warisan Kg Gumisi Laut berkata, beliau bersama-sama dengan AJK Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan Warisan dan ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) P181 Tenom, merestui keputusan Peter keluar dari parti Warisan.

“Dengan ini, kami dengan rela hati tanpa paksaan mengisytiharkan keluar secara rasminya dari parti Warisan berkuatkuasa serta merta dan menyokong penuh kepimpinan Datuk Peter dalam parti baharu nanti,” katanya.

Sejam selepas pengumuman Donneysius, Warisan Sepanggar turut menerima tamparan apabila Ketua Wira-nya, Jumardie Lukman turut mengumumkan meninggalkan parti itu, di sini.

“Saya, ketua Wira P171 Sepanggar dan beberapa lagi yang bersama saya terdiri daripada AJK-AJK Bahagian dan Ketua-Ketua Cawangan Parti Warisan serta beberapa orang-orang berpengaruh di seluruh kawasan P171 Sepanggar mengumumkan untuk meletakkan jawatan dan keluar daripada Parti Warisan serta-merta hari ini (2 Januari),” katanya.

“Bagi saya, politik ini hanyalah fahaman ideologi. Jika kita sudah tidak sefahaman dengan perjalanannya atau sudah tidak sehaluan dan berbeza hala-tujunya maka kita berhak untuk menarik diri secara peribadi daripada wadah ini dan ianya sudah pasti bersifat peribadi.

“Oleh itu, saya menyokong keputusan akar umbi dan Datuk Peter Anthony selaku Naib Presiden Parti Warisan keluar daripada Parti Warisan yang bakal menubuhkan parti baharu berbilang kaum mesra Kerajaan di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor demi pembangunan Negeri Sabah,” tambahnya.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap mengumumkan bersama ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim keluar dari parti Warisan pada 28 Disember lalu.

Peter akan menubuhkan parti baharu yang dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/03/pemimpin-ketua-ketua-cawangan-warisan-tenom-sepanggar-keluar-parti-sokong-kerajaan/feed/ 0 10646
UMNO Sedia tawan Kerusi Parlimen Sepanggar – Yakub https://sabahmedia.com/2021/12/19/umno-sedia-tawan-kerusi-parlimen-sepanggar-yakub/ https://sabahmedia.com/2021/12/19/umno-sedia-tawan-kerusi-parlimen-sepanggar-yakub/#respond Sun, 19 Dec 2021 13:08:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10096
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: UMNO Sepanggar perlu fokus terhadap gerak kerja bagi memastikan matlamat ‘Tawan Sepanggar’ akan dapat dilakukan dalam Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU15) akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Yakub Khan berkata, perkara ini tidak mustahil dilakukan berikutan kelihatan semangat kebangkitan UMNO sudah dirasai dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu.

Katanya, kebangkitan ini harus seiring bersama dengan kerja keras serta strategi berkesan bagi memastikan UMNO kembali memerintah dalam PRU15 akan datang.

“Ahli UMNO Sepanggar perlu bersama-sama kepimpinan bahagian dalam mengatur gerak kerja agar matlamat tawan semula Parlimen Sepanggar akan dapat dicapai dalam PRU15.

“Kita yakin ahli UMNO bersedia dalam apa jua keadaan mereka ini sangat setia kepada parti sekali gus dengan semangat bekerja bertungkus lumus meskipun dilambung ombak, mereka tetap setia kepada parti keramat ini,” katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepanggar hari ini.

Yakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, ahli UMNO perlu mengubah sikap serta metaliti agar tidak menunggu rakyat datang kepada mereka malah bersedia turun padang menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

“Jangan ada perasaan berpuak-puak dalam kalangan ahli-ahli UMNO. Mereka harus menjalin silaturahim meskipun bukan ahli umno, perkara ini penting agar sifat saling bantu membantu mampu diwujudkan kepada masyarakat sekeliling,” katanya.

Dalam pada itu, Yakub mengingatkan ahli UMNO terutama kalangan Pergerakkan Pemuda serta Puteri UMNO Sepanggar agar mencari pendekatan terbaik dalam mendekati pengundi 18 tahun.

“Mereka ini berpeluang mengundi pengundi pertama kali ini dalam PRU15…Ini kita akan lihat mereka mampu mengubah lanskap politik di negara ini di masa depan. 

Kita harus bijak untuk memberikan tawaran baharu agar kehadiran mereka dapat membantu parti di masa depan.

“Golongan muda profesional harus diberikan peluang serta ruang dalam UMNO Sepanggar agar mereka dapat menabur segala kepakaran sekali gus membantu mengembalikan UMNO menjadi pilihan Rakyat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/19/umno-sedia-tawan-kerusi-parlimen-sepanggar-yakub/feed/ 0 10096
Penduduk Mula ‘Naik Angin’, Gesa Pengarah JANS Letak Jawatan https://sabahmedia.com/2021/11/18/penduduk-mula-naik-angin-gesa-pengarah-jans-letak-jawatan/ https://sabahmedia.com/2021/11/18/penduduk-mula-naik-angin-gesa-pengarah-jans-letak-jawatan/#comments Thu, 18 Nov 2021 07:31:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8574
Read Time:3 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU : Isu bekalan air yang berlaku di beberapa kawasan khususnya di sekitar Parlimen Sepanggar terus berlarutan mengakibatkan penduduk mula ‘naik angin’ dengan isu yang tidak ada jalan penyelesaian segera.

Pengguna air di kawasan Sepanggar turut menggesa agar Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS)  Edwad Lingkapo meletakkan jawatan atau diganti dengan Pengarah JANS yang lebih berkemampuan untuk menyelesaikan isu bekalan air.

Malah penduduk di beberapa kawasan perumahan di kawasan itu juga tidak menerima bekalan air hampir lebih lima hari berturut-turut malah ada yang berminggu.

Difahamkan, pengguna air telah melakukan pelbagai platform bagi mendapat perhatian pihak berkaitan bagi memastikan isu bekalan air ini dapat diatasi dengan lebih segera.

Ia termasuklah membuat rayuan, membuat hebahan menerusi media cetak dan media elektronik, namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian yang menyeluuruh diterima dari pihak JANS.

Berikutan itu, pengguna di kawasan berkenaan meluahkan rasa ketidakpuasan hati menerusi laman sosial selain ada yang menubuhkan ‘Group Telegram’ bagi menyuarakan masalah yang dihadapi mereka.

Bagi seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Hazaidi berkata, Loji Rawatan Air (LRA) Telibong  yang mengalami kerosakan bukan alasan untuk JANS mengabaikan keperluan pengguna sehingga lebih seminggu.

“Air ini merupakan keperluan asas semua pihak, jika LRA Telibong mengalami kerosakan, pihak JANS perlu mencari jalan penyelesaian lain.

“Ya, memang ada dibekalkan penghantaran air melalui lori, namun itu tidak mencukupi bagi keperluan harian kami sebagai pengguna, lebih-lebih lagi kami yang tidak di kawasan perumahan yang diurus oleh pihak pengurusan swasta.

“Selain JANS, pihak pengurusan perumahan juga perlu mengambil jalan penyelesaian dengan menyediakan lebih banyak tangki dan membuat persediaan lebih baik agar semua pengguna tidak rugi membayar bil air setiap bulan,” katanya.

Bagi pengguna di sebuah kawasan perumahan bertaraf ‘Kondominium’, Farizah turut meluahkan perasaan sama apabila hampir setiap hari menerima ‘angin’ apabila membuka paip di rumahnya.

Katanya, setiap hari dia terpaksa mengangkat air yang dibawa dari luar dan diambil di kawasan yang mempunyai bekalan air untuk dibawa pulang ke rumah.

“Selain mencari bekalan air dari luar, saya juga terpaksa membeli air mineral bagi menampung keperluan harian saya di rumah, ini juga akan menambah kos perbelanjaan harian saya selain membayar bil air bulanan namun hanya ‘angin’ kami terima.

“Situasi ini agak menyukarkan saya kerana terpaksa mengangkat air ke tingkat atas berikutan perumahan saya tidak menyediakan perkhidmatan lif, bayangkan jika seorang ibu mengandung atau mereka yang orang kurang upaya (OKU), sudah pasti ini amat menyukarkan.

“Justeru itu, saya berharap agar pihak pengurusan perumahan dapat lebih bijak dalam menyelesaikan masalah air di kawasan perumahan ini selain JANS juga perlu mencari jalan penyelesaian yang lebih pantas, agar semua pengguna dapat menikmati kemudahan dengan baik,” katanya.

Berbeza bagi penduduk di kawasan perumahan sama yang mahu dikenali sebagai Mustaqim menyeru agar Pengarah JANS bertanggungjawab dengan isu bekalan air yang tidak berkesudahan sehingga kini.

“Kepada tuan Pengarah JANS, sila letak jawatan jika tidak mampu memikul tanggungjawab menyelesaikan masalah bekalan air khususnya di kawasan Sepanggar ini.

“Saya difahamkan kerosakan LRA Telibong akan diselenggara dan siap dalam beberapa minggu dan ada LRA yang akan siap dalam beberapa tahun lalu,  tetapi bekalan air ini diperlukan setiap hari.

“Perkara ini bukan baru, ia telah lama berlaku, selain JANS, pihak pengurusan rumah juga perlu mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan,”katanya.

Terdahulu, masalah bekalan air di kawasan ini memang sudah wujud sejak bertahun-tahun, namun ia semakin teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

Untuk mengatasi masalah bekalan air ini, kebanyakkan mereka sanggup membeli berkarton-karton air mineral untuk disimpan di rumah, mahupun menumpang di rumah kawan atau menyewa bilik hotel.

Walaupun sudah berkali-kali membuat aduan kepada JANS, alasan yang mereka terima seolah-olah pihak jabatan lepas tangan dengan masalah yang tidak berkesudahan itu.

Antara alasan yang sering diberi oleh jabatan itu adalah ‘Juruteknik akan membuat pemeriksaan’ atau ‘penyelenggaraan akan dilakukan’.

Sebelum ini juga, Sabah Media pernah melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai Datuk Yakub Khan turut meminta Pengarah JANS meletak jawatan jika tidak serius untuk mengatasi masalah bekalan air.

Katanya, isu bekalan air yang sentiasa mengalami masalah sejak sekian lama memberi kesan buruk kepada penduduk setempat khususnya di kawasan Parlimen Sepanggar.

“Masalah bekalan air di kawasan Sepanggar sudah semakin meruncing, sudah beberapa kali perbincangan dan arahan dikeluarkan untuk mengatasi masalah ini.

“Namun sehingga kini masalah ini tetap berlaku dan berterusan, rakyat terus marahkan saya kononnya gagal untuk menyelesaikan namun ini memerlukan tindakan serius dan segera  JANS untuk menyelesaikan permasalahan penyaluran bekalan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/18/penduduk-mula-naik-angin-gesa-pengarah-jans-letak-jawatan/feed/ 1 8574
Penduduk Sudah Muak & Marah, Bekalan Air Sering Terputus https://sabahmedia.com/2021/09/10/penduduk-sudah-muak-marah-bekalan-air-sering-terputus/ https://sabahmedia.com/2021/09/10/penduduk-sudah-muak-marah-bekalan-air-sering-terputus/#comments Fri, 10 Sep 2021 07:59:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6113
Read Time:2 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU : Rata-rata penduduk khususnya di kawasan Sepanggar sudah muak dan jemu dengan masalah ketiadaan bekalan air sejak beberapa tahun lalu yang dilihat tidak ada jalan penyelesaian.

Malah saranan dan cadangan penduduk agar mengkaji semula paip utama penyaluran bekalan air juga tidak dihiraukan.

Bagi salah seorang penduduk Kampung Unggun Jaya, Halim @ Mataha Burut,57, mengakui masalah isu bekalan air dikawasan perkampungannya itu telah berlarutan hampir lebih 10 tahun.

Katanya, dia bersama keluarganya hanya mengharapkan bekalan air hujan dan kadang kala terpaksa membeli air mineral untuk kegunaan harian termasuk untuk tujuan makan dan minum.

“Masalah ini telah berlarutan hampir lebih 10 tahun, kami hanya mengharapkan air hujan dan jika tiada hujan jadi kami terpaksa mencari inisiatif lain termasuk membeli air mineral atau mendapatkan bekalan dari lokasi yang ada bekalan air.

“Ini agak menyukarkan dan membebankan kami terutama yang sudah berusia lebih-lebih lagi ketika musim pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Halim berkata, beberapa sesi janji temu bagi mengadakan perbincangan bersama Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Ir Edward Lingkapo sebelum ini juga tidak dilayan.

“Kami juga ada bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri bertanggungjawab kepada JANS, namun setakat ini arahan yang diberikan kepada Pengarah JANS oleh Menteri bertanggungjawab tidak ada tindakan susulan yang dibuat.

“Saya juga difahamkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai ada menyatakan agar Pengarah JANS meletakkan jawatan sekiranya gagal untuk mengatasi masalah air di kawasan Sepanggar,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Kampung Kebagu, KK Daud Damin,48, turut mengakui masalah bekalan air di kawasan perkampungannya turut mengalami masalah sama dan terus berlarutan hingga kini.

Katanya, pelbagai janji telah diberikan oleh jabatan terbabit namun sehingga kini masih belum terdapat perubahan ketara kepada isu bekalan air di Sepanggar.

KK Daud Damin,48

“Walaupun kampung ini mempunyai paip air tetapi tiada setitis pun air yang mengalir sehingga kini.. Walaupun selepas tinjauan yang dilakukan oleh beberapa orang pemimpin namun masalah ini tetap berlanjutan  sehingga kini.

“Bekalan air bersih merupakan keperluan harian yang sangat penting dalam kehidupan.. kami berharap agar masalah ini dapat diselesaikan dengan kadar segera,” katanya.

Dalam pada itu, penduduk di Taman Putera Perdana Latif Diun,50, isu bekalan air yang sering terganggu di kawasan perumahannya turut menyukarkan kehidupan harian khususnya untuk mandi dan memasak.

“Kami tiada pilihan, gara-gara bekalan air terputus kami terpaksa membeli air mineral setiap hari dan kos juga turut meningkat dimana air ini kami gunakan untuk mandi, memasak dan minum setiap hari.

“Disebabkan saya juga salah seorang petugas kesihatan yang sering dedah dengan pesakit COVID-19 maka keperluan air adalah yang utama bagi kami untuk mandi membersihkan diri,” katanya.

Seorang lagi penduduk di Taman Seri Maju, Sabilah Harapan,46, turut mengakui menghadapi masalah sama dan lebih menyukarkan apabila terpaksa mengangkat air ditangki bawah bangunan perumahan yang disediakan oleh pemaju.

“Gangguan air ini hampir setiap hari berlaku, jika ia pulih hanya sehari dua sahaja dan selepas itu kami terpaksa bergantung kepada bekalan air yang disediakan oleh pemaju,” katanya.

Sebelum ini, Sabah Media melaporkan ADUN Karambunai Datuk Yaakub Khan mahu Pengarah JANS Ir Edward Lingkapo meletak jawatan jika tidak serius untuk mengatasi masalah bekalan air.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/10/penduduk-sudah-muak-marah-bekalan-air-sering-terputus/feed/ 1 6113
JANS Laksana Catuan Berjadual, Permintaan Bekalan Air Melebihi Jumlah Pengeluaran Air Terawat https://sabahmedia.com/2021/09/08/jans-laksana-catuan-berjadual-permintaan-bekalan-air-melebihi-jumlah-pengeluaran-air-terawat/ https://sabahmedia.com/2021/09/08/jans-laksana-catuan-berjadual-permintaan-bekalan-air-melebihi-jumlah-pengeluaran-air-terawat/#comments Wed, 08 Sep 2021 14:11:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6032
Read Time:3 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) telah melaksanakan catuan berjadual kepada pengguna di beberapa kawasan utara Kota Kinabalu bagi memberi laluan bekalan air kepada penduduk terjejas.

Setiausaha Perhubungan Awam Kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Alfian Sambas berkata, ia berikutan permintaan bekalan air semasa di kawasan Kota Kinabalu melebihi 30 peratus daripada jumlah pengeluaran air terawat yang dibekalkan kepada pengguna.

Katanya, disebabkan pengeluaran dari LRA tersebut tidak dapat menampung permintaan semasa, catuan bekalan air terpaksa dilaksanakan disamping penghantaran air melalui tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas teruk.

“Jumlah pengeluaran agihan bekalan air daripada Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 1 dan 2 ialah 164 JLH namun kekurangan sebanyak 49 JLH (30%) memberikan kesan yang besar kepada pengguna bekalan air di kawasan tersebut.

“Walaupun pengeluaran air semasa LRA Telibong 1 dan 2 telah melebihi rekabentuk kapasiti asal 144 JLH kepada 164 JLH, tetapi pengeluaran bekalan air masih tidak dapat menampung permintaan penguna sejak dari tahun 2015,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai Datuk Yaakub Khan berhubung gangguan bekalan air yang berlarutan di beberapa kawasan Sepanggar sejak beberapa bulan lalu.

Alfian berkata, ekoran dari itu, tindakan penyelesaian serta merta JANS telah menyediakan dua  buah lori tangki air Jabatan yang berkapasiti 13,000 liter dan khidmat lori tangki swasta sebanyak 5.3 Juta liter.

Katanya, lori berkenaan akan mengagihkan bekalan air kepada para pengguna di kawasan kritikal seperti klinik, sekolah, dan tangki statik yang telah disediakan oleh pihak pengurusan perumahan.

“Selain itu, JANS turut melaksanakan beberapa tindakan penyelesaian jangka pendek bagi memastikan bekalan air di beberapa kawasan di utara Kota Kinabalu sentiasa mencukupi.

“Antaranya cadangan pembinaan UWSS LRA Telibong 1, Tamparuli oleh JETAMA Sdn Bhd Sebanyak 5 JLH dimana mereka telah melantik kontraktor pelaksana dan projek ini dijangka siap September 2022,” katanya.

Katanya, selain itu tindakan lain JANS juga meliputi cadangan pembinaan Urgent Water Supply Scheme (UWSS) LRA Telibong II, Tamparuli sebanyak 10 JLH dan projek ini dijangka dapat dilaksanakan pada bulan September 2022 ini seperti yang dirancang.

Tambahnya, JANS di masa yang sama sedang menyelaraskan permohonan-permohonan pihak-pihak swasta yang berpotensi dan berpengalaman dalam pengeluaran air terawat.

Dalam pada itu, Alfian berkata, masalah kekurangan bekalan air ini juga bertambah teruk dengan adanya aktiviti penyambungan haram yang berleluas di beberapa kawasan setinggan.

Katanya, antara kawasan yang sering membuat sambungan haram termasuklah di Kampung Tebobon Baru, Kampung Delima, Kampung Brunei, Kampung Sepakat Baru, Kampung Suang Parai, Kampung Pulau Penampang, Kampung Lokub, Kampung Gentisan, Kampung Numbak dan kawasan sekitar Sepanggar, yang di ramalkan lebih dari 6 JLH.

“Justeru itu, JANS turut melaksanakan pengawalan aktiviti penyambungan haram dan kecurian air bersepadu bersama agensi lain seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK); Jabatan Tanah Ukur (JTU); Polis; Jabatan Imigresen Malaysia (JIM); Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Rela selain pemimpin setempat.

“Pihak jabatan khususnya turut mempergiat usaha dan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyambungan haram dan kecurian aset JANS,” katanya.

Sementara itu, Alfian berkata, hujan lebat di beberapa kawasan di pantai barat Sabah turut menjejaskan agihan bekalan air di kawasan liputan LRA Telibong 1 dan 2.

Katanya, antara kawasan terjejas Universiti Utara Condominium, Universiti Condominium Apartment 2, Biz Hub/Grand Merdeka Mall di Bandar Seirra, Putera Perdana Telipok, Putera Jaya, Tobobon Bukit, Kampung Rakyat Baru. (Tobobon) dan Kampung Kaliangau (Manggatal).

“Turut terjejas agihan air di Pusat Tahanan sementara, Kampung Dato, Kampung Muhibbah, Taman Wangsa Maju, Taman Putera Mas, Bakti Iklas perumahan dan Bukit Sepanggar/Indah Permai.

Manakala di Kampung Malawa, Taman Malawa Jaya, Perumahan Jaya Diri, Perumahan Bukit Setia, Perumahan Seri Gayang dan sebahagian KKIP Selatan turut mengalami gangguan agihan air.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/08/jans-laksana-catuan-berjadual-permintaan-bekalan-air-melebihi-jumlah-pengeluaran-air-terawat/feed/ 2 6032
Pengarah JANS Diminta Letak Jawatan Jika Enggan Tangani Masalah Bekalan Air https://sabahmedia.com/2021/09/08/pengarah-jans-diminta-letak-jawatan-jika-enggan-tangani-masalah-bekalan-air/ https://sabahmedia.com/2021/09/08/pengarah-jans-diminta-letak-jawatan-jika-enggan-tangani-masalah-bekalan-air/#comments Wed, 08 Sep 2021 02:13:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6004
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai Datuk Yaakub Khan meminta Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Ir Edward Lingkapo meletak Jawatan jika tidak serius untuk mengatasi masalah bekalan air.

Beliau berkata, isu bekalan air yang sentiasa mengalami masalah sejak sekian lama memberi kesan buruk kepada penduduk setempat khususnya di kawasan Parlimen Sepanggar.

“Masalah bekalan air di kawasan Sepanggar sudah semakin meruncing, sudah beberapa kali perbincangan dan arahan dikeluarkan untuk mengatasi masalah ini.

“Namun sehingga kini masalah ini tetap berlaku dan berterusan, rakyat terus marahkan saya kononnya gagal untuk menyelesaikan namun ini memerlukan tidakan serius dan segera  JANS untuk menyelesaikan permasalahan penyaluran bekalan,” katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Yaakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, pihaknya telah berusaha untuk menyelesaikan permasalahan tersebut termasuk mengadakan lawatan di Loji Rawatan Air (LRA) Telibong.

“Meskipun lawatan bersama Timbalan Pengarah JANS sudah dibuat ke LRA Telibong namun masalah tetap sama.

“Justeru itu, saya meminta pengarah JANS lebih serius atau meletak jawatan agar bekalan air disini serta dibeberapa daerah lain dapat diselesaikan,” katanya.

Ekoran dari masalah yang dihadapi, beberapa kawasan perkampungan termasuk perumahan penduduk mengalami masalah gangguan bekalan air.

Ia termasuklah berlaku catuan air yang turut menyukarkan penduduk untuk meneruskan kehidupan harian seperti biasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/08/pengarah-jans-diminta-letak-jawatan-jika-enggan-tangani-masalah-bekalan-air/feed/ 9 6004