serah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 21 Mar 2024 07:04:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png serah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SESB serah wakalah zakat kepada golongan memerlukan https://sabahmedia.com/2024/03/21/sesb-serah-wakalah-zakat-kepada-golongan-memerlukan/ https://sabahmedia.com/2024/03/21/sesb-serah-wakalah-zakat-kepada-golongan-memerlukan/#respond Thu, 21 Mar 2024 07:04:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51380
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Sempena dengan sambutan bulan Ramadan ini, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah menyerahkan wakalah zakat kepada golongan memerlukan di Bongawan.

Penyerahan wakalah zakat itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar.

“Penyerahan wakalah zakat ini adalah satu tanggungjawab yang dilaksanakan oleh SESB
sebagai usaha untuk membantu golongan yang memerlukan sepertimana yang ditetapkan oleh Bahagian Zakat & Fitrah Majlis Ugama Islam Negeri Sabah,” katanya.

Menurut beliau, penyerahan wakalah zakat ini juga dilaksanakan di beberapa daerah sepanjang bulan Ramadan dan akan diteruskan sepanjang tahun.

SESB menerima semula 12.5 peratus daripada jumlah Zakat Perniagaan yang dibayar setiap tahun untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan di Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Wakalah Zakat yang diadakan di Surau Assyuhadah, Kampung Laut Bongawan.

Majlis tersebut menyaksikan penyerahan wakalah zakat kepada 40 penerima golongan asnaf, fakir miskin dan ibu tunggal, Surau Assyuhadah Kampung Laut Bongawan, Surau Al-Hidayah Kampung Seri Serbang Bongawan dan Surau Kampung Silat, Pantai Kenangan, Bongawan dan Maahad Tafiz Darul Hadis Darsa Bongawan.

SESB turut menyerahkan sumbangan kepada 26 Ketua Isi Rumah (KIR) yang menjadi mangsa kejadian kebakaran di kampung tersebut pada 4 Mac lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/21/sesb-serah-wakalah-zakat-kepada-golongan-memerlukan/feed/ 0 51380
Serah Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik Sabah & SESB secara berfasa https://sabahmedia.com/2024/01/04/serah-kuasa-kawal-selia-bekalan-elektrik-sabah-sesb-secara-berfasa/ https://sabahmedia.com/2024/01/04/serah-kuasa-kawal-selia-bekalan-elektrik-sabah-sesb-secara-berfasa/#respond Thu, 04 Jan 2024 09:23:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47475
Read Time:49 Second

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam telah bersetuju dengan penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kepada Kerajaan Negeri Sabah dilaksanakan secara berfasa.

Menerusi satu kenyataan media kementerian berkenaan hari ini, fasa tersebut seperti Fasa 1 – penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah berkuat kuasa pada 3 Januari 2024; dan manakala Fasa 2 – penyerahan SESB dalam tempoh 7 tahun yang dijangka selesai pada tahun 2030.

Katanya, keputusan ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan
Persekutuan untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963.

“Dengan pelaksanaan pemindahan kuasa kawalselia tersebut, Kerajaan Negeri Sabah boleh melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri Sabah dengan sendiri.

“Walaupun demikian, Kerajaan Persekutuan bersedia untuk bekerjasama dan membimbing sekiranya pihak Sabah memerlukan bantuan dan khidmat nasihat daripada Kerajaan Persekutuan.

“Selepas penyerahan ini, adalah diharapkan Kerajaan Negeri Sabah akan sentiasa komited dalam menangani masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah, sekali gus memenuhi peningkatan permintaan elektrik di negeri berkenaan,” kata kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/04/serah-kuasa-kawal-selia-bekalan-elektrik-sabah-sesb-secara-berfasa/feed/ 0 47475