Serah Sumbangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 27 Mar 2024 09:17:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Serah Sumbangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Wanita Gagasan Rakyat Sabah serah sumbangan mangsa kebakaran di Likas https://sabahmedia.com/2024/03/27/wanita-gagasan-rakyat-sabah-serah-sumbangan-mangsa-kebakaran-di-likas/ https://sabahmedia.com/2024/03/27/wanita-gagasan-rakyat-sabah-serah-sumbangan-mangsa-kebakaran-di-likas/#respond Wed, 27 Mar 2024 05:31:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51715
Read Time:30 Second

KOTA KINABALU: Kira-kira 17 keluarga mangsa kebakaran Kampung Muhibbah Likas telah menerima sumbangan daripada Wanita Gagasan Rakyat Sabah di Dewan Serbaguna Kampung Likas semalam.

Sumbangan berupa wang tunai disampaikan oleh Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda kepada mangsa kebakaran berkenaan.

Redonah dan rombongan menyantuni mangsa-mangsa kebakaran di Dewan Serbaguna Likas semalam.

Dalam kejadian kebakaran yang berlaku 24 Mac lalu, sebanyak 10 rumah musnah dijilat api di Kampung Muhibbah Likas menyebabkan 17 keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Kejadian berlaku ketika beberapa keluarga baru sahaja terjaga untuk menyediakan juadah bersahur sekitar jam 3 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/27/wanita-gagasan-rakyat-sabah-serah-sumbangan-mangsa-kebakaran-di-likas/feed/ 0 51715