Serah Sumbangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 28 Jun 2023 04:20:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Serah Sumbangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji Serah Sumbangan 147 Ekor Lembu Korban https://sabahmedia.com/2023/06/28/hajiji-serah-sumbangan-147-ekor-lembu-korban/ https://sabahmedia.com/2023/06/28/hajiji-serah-sumbangan-147-ekor-lembu-korban/#respond Wed, 28 Jun 2023 04:18:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37309
Read Time:1 Minute, 14 Second

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan sumbangan sebanyak 147 ekor lembu korban kepada masjid, surau, jabatan dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman menyerahkan lembu-lembu korban itu di perkarangan Masjid At-Taubah, Kampung Lok Batik, hari ini.

Sebanyak 34 buah masjid, 27 buah surau daerah Tuaran dan Tamparuli menerima agihan sumbangan tersebut.

Turut menerima sumbangan ialah 12 buah agensi kerajaan serta 14 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) daerah Tuaran dan Tamparuli.

Antara penerima sumbangan ialah Markas Angkatan Tentera Darat Kem Lok Kawi, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (Depot Tahanan Imigresen Papar), Jabatan
Pengangkutan Jalan Sabah (JPJ), Jabatan Penjara Malaysia, Pusat Latihan RELA Negeri, Kampus INTAN Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (Akademi), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran dan lain-lain.

Hajiji berkata, Ibadah Korban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam.

“Ini merupakan satu ibadah yang boleh kita lakukan setiap tahun. Dengan sumbangan daging korban diagih-agihkan kepada golongan yang memerlukan, maka akan lebih
meriah lagi sambutan Hari Raya Aidiladha”, katanya.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya, Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div), Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A Wahab, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Saifulzaman Sangul dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, Datuk Norjeli Dais dan Pegawai Daerah Tuaran,
Mohd Hazlan Jamlee.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/28/hajiji-serah-sumbangan-147-ekor-lembu-korban/feed/ 0 37309
Wanita Gagasan Rakyat Sabah serah sumbangan mangsa kebakaran Kampung Cenderamata https://sabahmedia.com/2023/03/07/wanita-gagasan-rakyat-sabah-serah-sumbangan-mangsa-kebakaran-kampung-cenderamata/ https://sabahmedia.com/2023/03/07/wanita-gagasan-rakyat-sabah-serah-sumbangan-mangsa-kebakaran-kampung-cenderamata/#respond Tue, 07 Mar 2023 00:03:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30421
Read Time:40 Second

SANDAKAN: Wanita Gagasan Rakyat Sabah telah menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di perkampungan atas air Kampung Cenderamata, Batu Sapi dekat sini, semalam.

Melawat lokasi kejadian kebakaran di Kampung Cenderamata, Batu Sapi, Sandakan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, dianggarkan 90 buah rumah terlibat kebakaran itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.48 pagi.

Sumbangan tersebut berupa beras dan air mineral.

Semua mangsa ditempatkan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi yang dijadikan pusat penempatan sementara (PPS).

Penyerahan sumbangan di sampaikan oleh rombongan Wanita Gagasan Rakyat Zon 5 mewakili Wanita Gagasan Rakyat Sabah.

Rombongan turut melawat mangsa kebakaran di PPS dan lokasi kejadian.

Hasmah Nurdin dan Anna Bell Perian daripada Wanita Gagasan Rakyat zon 5 melawat mangsa kebakaran di PPS.
]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/07/wanita-gagasan-rakyat-sabah-serah-sumbangan-mangsa-kebakaran-kampung-cenderamata/feed/ 0 30421
Tabung Zakat MUIS Serah Sumbangan RM290,000 Bantu Mangsa Kebakaran Kg.Kurnia Jaya,Tawau https://sabahmedia.com/2022/03/22/tabung-zakat-muis-serah-sumbangan-rm290000-bantu-mangsa-kebakaran-kg-kurnia-jayatawau/ https://sabahmedia.com/2022/03/22/tabung-zakat-muis-serah-sumbangan-rm290000-bantu-mangsa-kebakaran-kg-kurnia-jayatawau/#respond Tue, 22 Mar 2022 08:41:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13337
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan sumbangan khas sebanyak RM290,000 daripada Tabung Zakat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Tawau di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Sumbangan itu telah diserahkan oleh Timbalan Yang Di-Pertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad kepada Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, mewakili Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran.

Seramai 580 KIR mangsa kebakaran kampung itu masing-masing akan menerima sumbangan sebanyak RM500.

“Sumbangan khas ini diharap dapat membantu KIR mangsa kebakaran Kg.Kurnia Jaya, Tawau,” kata Hajiji.

Turut hadir Setiausaha MUIS, Ramlan Awang Ali, Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Omar Raisul As-Salam Sulaiman Omar dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Datuk Ustaz Saifulzaman Sangul.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan khas MUIS kepada KIR mangsa kebakaran Kg. Kurnia Jaya, Batu 4, Tawau daripada Ustaz Malai Ali Malai Ahmad kepada Datuk Arifin Mohd Arif (tiga dari kanan).

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/22/tabung-zakat-muis-serah-sumbangan-rm290000-bantu-mangsa-kebakaran-kg-kurnia-jayatawau/feed/ 0 13337