Serang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 31 Jul 2025 09:51:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Serang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Serang lelaki di restoran, penganggur dipenjara sebulan https://sabahmedia.com/2025/07/31/serang-lelaki-di-restoran-penganggur-dipenjara-sebulan/ https://sabahmedia.com/2025/07/31/serang-lelaki-di-restoran-penganggur-dipenjara-sebulan/#respond Thu, 31 Jul 2025 09:51:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78310
Read Time:50 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara selama sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki yang sedang makan di sebuah restoran.

Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Md Edyie Rafiy Lismin, 35, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Md Edyie telah mencederakan mangsa, seorang lelaki berusia 21 tahun di sebuah restoran di Putatan pada 18 Julai lalu.

Mengikut fakta kes, ketika mangsa sedang makan di restoran tersebut, dia telah didatangi oleh seorang lelaki tidak dikenali, iaitu Md Edyie.

Md Edyie telah memukul mangsa menggunakan sebuah topi keledar di bahagian kepala sebanyak tiga kali dan menumbuk di bahagian mata sebelah kanan pengadu sebanyak dua kali.

Akibat kejadian tersebut mangsa mengalami kecederaan lebam pada mata kanan dan sakit pada bahagian kepala.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis bagi tindakan lanjut diambil.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/31/serang-lelaki-di-restoran-penganggur-dipenjara-sebulan/feed/ 0 78310