Serex – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 04 Oct 2025 05:30:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Serex – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SAREX AR 2 Sandakan bukti kesiapsiagaan ATM, agensi kerajaan dalam operasi carilamat https://sabahmedia.com/2025/10/04/sarex-ar-2-sandakan-bukti-kesiapsiagaan-atm-agensi-kerajaan-dalam-operasi-carilamat/ https://sabahmedia.com/2025/10/04/sarex-ar-2-sandakan-bukti-kesiapsiagaan-atm-agensi-kerajaan-dalam-operasi-carilamat/#respond Sat, 04 Oct 2025 05:30:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82483
Read Time:1 Minute, 29 Second

SANDAKAN : Latihan Search and Rescue Exercise Air Region 2 (SAREX AR 2) yang berlangsung selama lima hari bermula 29 September lalu di daerah ini telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif latihan seperti yang ditetapkan.

SAREX AR 2 itu turut membuktikan tahap kesiapsiagaan tinggi dan keupayaan sebenar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta 15 agensi kerajaan lain dalam melaksanakan operasi carilamat secara bersepadu.

Latihan tahunan anjuran Markas Wilayah Udara 2 itu bukan sahaja menguji keberkesanan prosedur operasi standard (SOP) dan koordinasi antara agensi, malah memperlihatkan respons pantas aset-aset udara, darat dan laut dalam senario kecemasan.

Antara aset ATM yang memainkan peranan penting dalam latihan ini termasuk pesawat pengangkut C130H dari No. 14 Skuadron, helikopter EC725 dari No. 5 Skuadron serta bot penyelamat milik pelbagai agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan memaklumkan, latihan itu menggariskan kepentingan kerjasama antara pelbagai agensi di bawah pendekatan Whole of Government and Whole of Society (WOGOS).

Menurut kenyataan itu lagi, ia adalah bagi memastikan operasi menyelamat dijalankan dengan pantas, teratur dan berkesan.

Kehadiran aset udara TUDM di ruang udara Pantai Timur Sabah bukan sahaja memberi kesan visual yang mengagumkan, malah menjadi simbol kepada keyakinan rakyat terhadap keupayaan pertahanan negara.

Ia turut memperlihatkan komitmen tidak berbelah bahagi TUDM dan ATM dalam memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

Menariknya, SAREX AR 2 turut disertai dengan program Community Relation (COMREL) yang dijalankan di Pusat Pemulihan Orang Utan dan Pusat Pemuliharaan Beruang Madu di Sepilok serta Pulau Berhala.

Program ini melibatkan aktiviti kemasyarakatan yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara anggota tentera, agensi kerajaan dan masyarakat setempat, selain meningkatkan kesedaran tentang peranan penting ATM dalam menjaga keselamatan negara. – SABAH MEDIA / FOTO TLDM

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/04/sarex-ar-2-sandakan-bukti-kesiapsiagaan-atm-agensi-kerajaan-dalam-operasi-carilamat/feed/ 0 82483
TUDM laksana latihan carilamat SAREX AR 2-25 di Pantai Timur Sabah https://sabahmedia.com/2025/09/24/tudm-laksana-latihan-carilamat-sarex-ar-2-25-di-pantai-timur-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/09/24/tudm-laksana-latihan-carilamat-sarex-ar-2-25-di-pantai-timur-sabah/#respond Wed, 24 Sep 2025 08:29:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81914
Read Time:51 Second

KUALA LUMPUR : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Search and Rescue Exercise Air Region 2 Tahun 2025 (SAREX AR 2-25) di kawasan perairan Op PASIR, Sandakan, Sabah bermula 29 September hingga 3 Oktober ini.

Latihan tahunan itu bertujuan menguji keupayaan Military Rescue Sub Centre East (Mil-RSC East) di Markas Wilayah Udara 2 dalam mengendalikan misi carilamat bersepadu membabitkan kerjasama antara tentera dan agensi awam di Pantai Timur Sabah.

Menurut kenyataan TUDM, latihan ini juga memastikan pegawai serta anggota sentiasa kompeten dalam merancang, mengkoordinasi dan melaksanakan operasi carilamat melibatkan udara dan laut.

Sepanjang latihan, orang ramai terutama di sekitar kawasan Sandakan diminta tidak panik sekiranya terlihat pesawat TUDM terbang rendah atau pergerakan aset-aset maritim agensi penguat kuasa.

“Pesawat TUDM akan melakukan penerbangan taktikal altitud rendah manakala aset pertahanan lain turut digerakkan di kawasan latihan yang telah digazetkan,” menurut kenyataan itu.

Latihan SAREX AR 2-25 dijangka meningkatkan kesiapsiagaan pasukan keselamatan negara dalam menghadapi sebarang insiden di perairan strategik Pantai Timur Sabah. – SABAH MEDIA / FB GENG KESELAMATAN NEGARA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/24/tudm-laksana-latihan-carilamat-sarex-ar-2-25-di-pantai-timur-sabah/feed/ 0 81914