seri kinabalu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 06 Sep 2021 02:59:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png seri kinabalu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua Bangunan Kerajaan Dikenali Dengan Nama Baharu https://sabahmedia.com/2021/09/06/dua-bangunan-kerajaan-dikenali-dengan-nama-baharu/ https://sabahmedia.com/2021/09/06/dua-bangunan-kerajaan-dikenali-dengan-nama-baharu/#respond Mon, 06 Sep 2021 02:59:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5892
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Istana Negeri Sabah dan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) kini mula dikenali dengan nama baharu selepas diwartakan menerusi Warta Kerajaan Negeri Sabah.

Istana Negeri Sabah kini dikenali sebagai Istana Seri Kinabalu manakala PPNS dikenali sebagai Menara Kinabalu.

Warta Kerajaan Negeri Sabah itu dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong pada 5 Ogos lalu dan diterbitkan pada 26 Ogos lalu.

Warta itu turut dimuat naik di laman web kerajaan negeri www.sabah.gov.my/gazette/ selain turut tular dimedia sosial sejak malam tadi.

Kenyataan di dalam warta tersebut diterbitkan atas perintah Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin untuk makluman umum.

Bangunan Istana Seri Kinabalu berfungsi sebagai pejabat dan kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Menara Kinabalu menempatkan pejabat Ketua Menteri dan beberapa kementerian lain.

Antaranya Kementerian Kewangan, Jabatan Ketua Menteri dan Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah selain beberapa jabatan kerajan lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/06/dua-bangunan-kerajaan-dikenali-dengan-nama-baharu/feed/ 0 5892