Serta Merta – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 23 Mar 2023 07:50:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Serta Merta – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 6 kilang proses makanan ditutup serta merta gagal patuhi kebersihan https://sabahmedia.com/2023/03/23/6-kilang-proses-makanan-ditutup-serta-merta-gagal-patuhi-kebersihan/ https://sabahmedia.com/2023/03/23/6-kilang-proses-makanan-ditutup-serta-merta-gagal-patuhi-kebersihan/#respond Thu, 23 Mar 2023 07:03:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31329
Read Time:2 Minute, 0 Second

SANDAKAN: Sebanyak enam kilang pemprosesan makanan di sekitar daerah Sandakan diarah tutup serta merta kerana gagal mematuhi piawaian kebersihan menerusi satu operasi mengejut yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sini, baru-baru ini.

Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr Johari Awang Besar, berkata, operasi pemeriksaan mengejut keatas sepuluh buah kilang proses makanan di daerah Sandakan sepanjang bulan Mac tahun ini yang terdiri daripada enam kilang sembelih ayam dan empat kilang roti lyang dikenal pasti masih beroperasi di daerah Sandakan.

Katanya, operasi bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.00 petang itu bermatlamat untuk memastikan premis sentiasa berkeadaan bersih, kemas dengan mewujudkan Jaminan Keselamatan Makanan.

“Dua agensi penguatkuasa terlibat secara bersepadu menjalankan operasi tersebut terdiri Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan dan Pihak Berkuasa Tempatan (MPS). Seramai 10 orang Pegawai Berkuasa dari semua agensi terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Dr Johari, hasil pemeriksaan telah mengesan dua buah rumah sembelihan dan empat kilang roti gagal mematuhi kehendak dibawah Seksyen 11(Premis tidak suci) dibawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan 9 dibawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Premis diarahkan tutup serta merta selama 14 hari untuk memberi ruang bagi kerja-kerja pembersihan dan sementara itu juga enam notis kompaun dibawah seksyen 32B turut dikeluarkan kerana gagal Mengadakan Program Jaminan Keselamatan Makanan sepeti yang diwajibkan keatas semua kilang proses makanan,’ katanya.

Pada sesi taklimat sebelum operasi bermula, Dr Johari mengucapkan terima kasih diatas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam membantu melancarkan perjalanan operasi kali ini.

Beliau mengalu-alukan sebarang aduan jika mendapati rumah sembelihan atau mana-mana premis memproses makanan yang tidak mengutamakan kebersihan agar tindakan pembetulan segera dapat diambil.

Dalam pada itu, Dr Johari berkata, kesalahan lain ditemui iaitu pekerja tidak memiliki Kad Kesihatan berserta sijil kursus pengendali makanan, Lantai bangunan licin, berlumut dan kotor, perkakas dan peralatan tidak diselenggara dengan baik, kemudahan perparitan tidak berfungsi dengan baik dan pengurusan sampah serta sisa buangan tidak diurus dengan sempurna.

Katanya, perbuatan seumpama ini sudah tentu akan memberi gambaran tidak baik kepada sumber bekalan daging ayam segar di daerah Sandakan dan mengundang kepada ketidakpuasan hati pelanggan berkompromi pada sebarang ketidak patuhan arahan yang dikeluarkan.

“Bagi memastikan bekalan roti dan ayam bagi daerah Sandakan adalah berkualiti dan selamat untuk dimakan, Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan kawasan Sandakan akan sentiasa memantau premis makanan bagi memastikan makanan yang dijual kepada masyarakat adalah selamat dan berkualiti,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/23/6-kilang-proses-makanan-ditutup-serta-merta-gagal-patuhi-kebersihan/feed/ 0 31329
Premis Perniagaan Wajib Guna Aplikasi Mysejahtera Berkuatkuasa Serta Merta https://sabahmedia.com/2021/11/14/premis-perniagaan-wajib-guna-aplikasi-mysejahtera-berkuatkuasa-serta-merta/ https://sabahmedia.com/2021/11/14/premis-perniagaan-wajib-guna-aplikasi-mysejahtera-berkuatkuasa-serta-merta/#respond Sun, 14 Nov 2021 13:11:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8466
Read Time:47 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan telah memutuskan mewajibkan penggunaan aplikasi Mysejahtera di kawasan capaian internet yang luas.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peraturan ini berkuatkuasa serta merta dan akan dikuatkuasakan oleh semua agensi penguatkuasa.

“Kegagalan pematuhan peraturan ini boleh menyebabkan pemilik premis dikompaun”, tegasnya.

Katanya, namun pengecualian diberikan bagi kawasan yang tidak mempunyai capaian internet khususnya di kawasan kampung dan pedalaman.

Dalam pada itu, pemegang lesen dan pemilik premis diwajibkan menyediakan kemudahan QR code MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.

Masidi juga turut menegaskan bahawa suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius serta tidak memakai pelitup muka adalah tidak dibenarkan memasuki premis.

“Pemilik premis hendaklah memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal satu meter serta menyediakan hand sanitizer atau tempat mencuci tangan.

“Manakala had bilangan pengunjung adalah 50% kapasiti ruang bagi Pusat Membeli Belah (Mall), Hypermarket, Supermarket, Mini Market, kedai runcit dan sebagainya”,jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/14/premis-perniagaan-wajib-guna-aplikasi-mysejahtera-berkuatkuasa-serta-merta/feed/ 0 8466