sertai Gagasan Rakyat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 21 Mar 2023 02:36:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sertai Gagasan Rakyat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 3,792 ahli dari 75 cawangan pelbagai parti politik umum keluar parti di DUN Lamag sertai Gagasan Rakyat https://sabahmedia.com/2023/03/21/3792-ahli-dari-75-cawangan-pelbagai-parti-politik-umum-keluar-parti-di-dun-lamag-sertai-gagasan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2023/03/21/3792-ahli-dari-75-cawangan-pelbagai-parti-politik-umum-keluar-parti-di-dun-lamag-sertai-gagasan-rakyat/#respond Tue, 21 Mar 2023 02:35:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31187
Read Time:1 Minute, 20 Second

KINABATANGAN: Seramai 3,792 ahli daripada 75 buah cawangan mewakili pelbagai parti politik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Kinabatangan mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diterajui oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.58 Lamag, Johainizamshah Johari mereka menyertai Gagasan Rakyat secara rela hati dan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

“Keseluruhan ahli-ahli ini menyatakan keyakinan mereka terhadap kepimpinan yang ada sekarang kerana pencapaian yang telah dicapai dibawah pimpinan Ketua Menteri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media pada Majlis Pengisytiharan Menyertai Gagasan Rakyat secara beramai-ramai di Dewan Sri Lamag, Kota Kinabatangan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Johainizamshah berkata keputusan ini dibuat dengan harapan agar kestabilan politik dapat dibentuk dan agenda mengembalikan hak rakyat Sabah terlaksana dengan jayanya.

Sehubungan itu, beliau percaya dengan kebijaksanaan Hajiji dalam memastikan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya sebagai keutamaan sudah pasti ia akan memberi banyak manfaat sekaligus menjadikan negeri terus maju setanding negeri-negeri lain.

“Kami yakin dengan kepimpinan YAB Datuk Seri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor selaku Ketua Menteri Sabah berdasarkan pencapaian selama dua tahun beliau mentadbir Sabah ini begitu banyak pencapaian dan kita bukan mahu setakat berpolitik secara retorik tetapi kita mahu terutamanya agenda dalam menuntut hak mengembalikan hak orang Sabah dapat terlaksana,” ujarnya.

Beliau berkata, antara sebab utama menarik keyakinan ahli-ahli berkenaan yang mengambil keputusan keluar parti kerana inginkan kemajuan dan kestabilan politik di kawasan tersebut.

Dalam majlis itu, perisytiharan penyertaan secara beramai-ramai ke dalam Gagasan Rakyat oleh ahli-ahli baharu diketuai Matzailan Osup dihadapan Johainizamshah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/21/3792-ahli-dari-75-cawangan-pelbagai-parti-politik-umum-keluar-parti-di-dun-lamag-sertai-gagasan-rakyat/feed/ 0 31187
Hajiji alu-alukan bekas ADUN Umno dan Warisan sertai Gagasan Rakyat https://sabahmedia.com/2023/03/06/hajiji-alu-alukan-bekas-adun-umno-dan-warisan-sertai-gagasan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2023/03/06/hajiji-alu-alukan-bekas-adun-umno-dan-warisan-sertai-gagasan-rakyat/#respond Mon, 06 Mar 2023 09:25:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30411
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno dan tiga bekas ADUN dari parti Warisan Sabah (Warisan) untuk menyertai Gagasan Rakyat.

Perkara itu disuarakan oleh Hajiji semasa ditemui pemberita selepas menghadiri Program Bicara Pemimpin Muda Bersama Ketua Menteri sempena sambutan peringatan Hari Antidadah Tahun 2023 Peringkat Negeri
Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Menjawab persoalan sama ada Gagasan Rakyat menerima secara rasmi permohonan bekas ADUN Umno dan Warisan yang menyatakan pendirian menyertai Gagasan Rakyat, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, beliau memang menerimanya.

“Memang diterima… itu hak mereka untuk menentukan pendirian dan masa depan politik mereka, jadi bagi saya kita mengalu-alukan penyertaan mereka kerana kita mahu memberi fokus kepada satu perpaduan yang jitu.

“Ini juga satu usaha untuk memajukan memberi khidmat kepada rakyat terutama di kawasan masing-masing,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/06/hajiji-alu-alukan-bekas-adun-umno-dan-warisan-sertai-gagasan-rakyat/feed/ 0 30411
ADUN Karamunting keluar Warisan sertai Gagasan Rakyat https://sabahmedia.com/2023/03/04/adun-karamunting-keluar-warisan-sertai-gagasan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2023/03/04/adun-karamunting-keluar-warisan-sertai-gagasan-rakyat/#respond Sat, 04 Mar 2023 08:12:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30285
Read Time:1 Minute, 18 Second

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, George Hiew Vun Zin hari ini telah mengumumkan keluar dari Parti Warisan Sabah dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

George dalam kenyataannya hari ini berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana rakyat sudah tidak mahu melihat keadaan politik yang tidak stabil yang telah mengakibatkan terbantutnya perkembangan dan kemajuan di Sabah, termasuk kawasan Karamunting.

“Rakyat sudah penat dengan kemelut politik di Sabah. Hanya dengan kestabilan politik yang utuh kita boleh membawa pembangunan dan perubahan, khususnya di Karamunting yang mendahagakan pelbagai pembaharuan dan pembangunan.

“Demi pembangunan dan kesahteraan rakyat di kawasan Karamunting, saya membuat keputusan untuk menyokong kepimpinan kerajaan perpaduan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga kerajaan negeri Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya.

George memenangi kerusi Karamunting atas tiket Warisan pada tahun 2018 dan 2020. Beliau juga pernah menjadi Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selama dua tahun.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal atas peluang yang diberikan kepada beliau di dalam arena politik.

“Namun, sekarang adalah masa untuk memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian untuk menyatupadukan rakyat Sabah, membangunkan Sabah, dan menuntut hak-hak kita yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Saya akan menyumbangkan segala tenaga dan masa saya untuk bekerja dan memastikan kebajikan rakyat di kawasan saya akan terus terjaga, disamping membawa pembangunan yang diperlukan di Karamunting,”ujarnya.

Terdahulu pada Isnin lalu, ADUN Petagas Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari juga telah mengumumkan keluar dari parti Warisan dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/04/adun-karamunting-keluar-warisan-sertai-gagasan-rakyat/feed/ 0 30285