Sertai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 10 Feb 2024 09:18:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sertai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 TYT, KM sertai ribuan tetamu sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Sabah https://sabahmedia.com/2024/02/10/tyt-km-sertai-ribuan-tetamu-sempena-sambutan-tahun-baharu-cina-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/02/10/tyt-km-sertai-ribuan-tetamu-sempena-sambutan-tahun-baharu-cina-di-sabah/#respond Sat, 10 Feb 2024 09:18:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49308
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Lebih 10,000 daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Kerajaan Negeri dan Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS).

Tun Juhar bersama isteri Toh Puan diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor (kiri) dan isteri Datin Seri Juliah Salag semasa tiba di rumah terbuka Tahun Baharu Cina di SICC hari ini.Foto ihsan JKM Sabah

Majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Datin Seri Juliah Salag.

Mereka disambut oleh pengerusi penganjur utama Datuk Christina Liew yang merupakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta menteri Kabinet lain.

Ketibaan tetamu kehormat disambut dengan persembahan tarian singa dan replika Naga sepanjang 350 kaki di plaza SICC.

Manakala di dewan utama, para tetamu yang hadir dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan moden dari artis tempatan.

Acara tradisi masyarakat Cina pada Tahun Baharu menggaul ‘Yee Sang’ turut diadakan pada majlis itu.

Acara menggaul ‘Yee sang’.

Yee Sang menurut kepercayaan masyarakat Cina adalah sebagai simbol kepada kemewahan, kekayaan, kebahagian dan kemakmuran.

Dalam majlis itu, lebih 10 hotel terkemuka yang terdapat di sekitar Kota Kinabalu menyertai dan menyediakan pelbagai jenis makanan tradisional Cina dan Melayu kepada para tetamu. Kanak-kanak yang hadir juga turut diberikan ‘Angpau’.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/10/tyt-km-sertai-ribuan-tetamu-sempena-sambutan-tahun-baharu-cina-di-sabah/feed/ 0 49308
80 sertai Jelajah Berbasikal Kinabalu UNESCO Global Geopark https://sabahmedia.com/2024/01/19/80-sertai-jelajah-berbasikal-kinabalu-unesco-global-geopark/ https://sabahmedia.com/2024/01/19/80-sertai-jelajah-berbasikal-kinabalu-unesco-global-geopark/#respond Fri, 19 Jan 2024 03:55:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48175
Read Time:2 Minute, 2 Second

RANAU: Seramai 80 peserta menyertai acara berbasikal sempena dengan Jelajah Berbasikal Kinabalu UNESCO Global Geopark yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 18 hingga 20 Januari 2024.

Peserta terdiri daripada kakitangan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan peminat sukan berbasikal akan menelusuri kawasan-kawasan Geopark sejauh 185 Kilometer bermula dari Ranau ke Kota Marudu seterusnya ke Kota Belud.

Dianjurkan oleh Taman-Taman Sabah dengan kerjasama Sri Pelancongan Sabah, acara ini juga adalah sebahagian daripada acara Pemashyuran Kinabalu UNESCO Global Geopark (KUGGP) dan turut menjadi acara pelancaran sambutan Jubli Intan Taman-Taman Sabah di Dataran Kota Belud pada 20 Januari 2024, yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Christina (tengah), Peter dan Maklarin merakamkan gambar kenangan bersama penganjur dan peserta berbasikal.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, acara ini bukan sahaja menjadi sejarah untuk Taman-Taman Sabah dengan anugerah status UNESCO Global Geopark, tetapi juga melengkapkan Triple Crown UNESCO, bersanding dengan Kinabalu World Heritage Site dan Crocker Range Biosphere Reserve.

“Selain itu, acara ini menjadi platform utama untuk memperkenalkan tarikan baru dalam pelancongan pedalaman – pelancongan sukan berbasikal.

“Laluan menarik yang dilalui menawarkan pengalaman yang memukau dengan keindahan alam semulajadi dan latar belakang Gunung Kinabalu, menjadikannya daya tarikan kepada peminat sukan berbasikal di seluruh dunia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis pelepasan peserta di Taman Kinabalu di sini, pada Khamis (18 Jan).

Menurut Christina, Jelajah Berbasikal yang merangkumi tiga hari itu, peserta akan melalui enam hentian yang menyediakan pelbagai aktiviti bersama komuniti setempat.

“Peserta akan beristirehat di dua lokasi berbeza. Pada 18 Januari, mereka akan bermalam di Sub-Stesen Sorinsim, Kota Marudu, kawasan pemuliharaan dan konservasi di bawah Taman-Taman Sabah. Malam berikutnya, pada 19 Januari, mereka akan menginap di Paranauan Inn Kg Sangkir, Kota Belud, sebuah tempat menarik dengan latar belakang Gunung Kinabalu.

“Sambil menikmati keindahan, peserta juga akan membawa mesej penting tentang kelestarian alam semula jadi dan keperluan untuk usaha konservasi guna mengekalkan keindahan semulajadi kita untuk generasi akan datang.

“Daerah Ranau, Kota Marudu, dan Kota Belud bukan hanya kaya dengan tarikan pelancongan semula jadi, tetapi juga mempunyai kekayaan budaya, warisan, dan tarikan lain. Kita percaya bahawa pelancongan berpusatkan komuniti di daerah ini dapat memberikan pulangan besar kepada kerajaan negeri,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Taman-Taman Sabah Peter Lintar, Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Maklarin Lakim, Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pelancongan Sabah Thonny Chee dan Ketua Pegawai Eksekutif Sabapak Eco Sdn Bhd Remysta Taylor.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/19/80-sertai-jelajah-berbasikal-kinabalu-unesco-global-geopark/feed/ 0 48175
Seramai 658 sertai GFNY Kota Kinabalu 2023 https://sabahmedia.com/2023/12/10/seramai-658-sertai-gfny-kota-kinabalu-2023/ https://sabahmedia.com/2023/12/10/seramai-658-sertai-gfny-kota-kinabalu-2023/#respond Sun, 10 Dec 2023 04:06:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46355
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Seramai 658 peserta dalam dan luar negara menyertai acara marathon berbasikal Gran Fondo New York (GFNY) Kota Kinabalu 2023 bermula di perkarangan Menara Tun Mustapha di sini awal pagi tadi (10 Dis).

Para peserta memulakan kayuhan mereka pada 6.15 pagi dan kayuhan terakhir mereka juga dijangka tamat di perkarangan Menara tersebut.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin telah menyempurnakan ‘flag-off’ GFNY Kota Kinabalu 2023 itu.

Dalam kejohanan berbasikal bertaraf antarabangsa itu terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu Long Course 130 kilometer dan Medium Course 82 kilometer.

Kayuhan juga akan melalui beberapa daerah berdekatan Kota Kinabalu seperti Putatan, Penampang, Inanam, Tuaran dan Tamparuli.

Para peserta kejohanan itu terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Amerika Syarikat, Jepun, Switzerland, Austria dan Jerman.

Selain itu pihak penganjur juga menjangkakan kejohanan tersebut turut memberikan pulangan ekonomi kepada Sabah terutamanya dalam industri pelancongan.

Hadir sama pada program itu Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Datuk Mansur Asun, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Dr Ammar Abd Ghapar, Pengerusi Penganjur, Syed Mohammed Feisal Dato’ Syed Hussain.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/10/seramai-658-sertai-gfny-kota-kinabalu-2023/feed/ 0 46355
16 pasukan sertai pertandingan Boling Piala Ikon Tenpin https://sabahmedia.com/2023/11/27/16-pasukan-sertai-pertandingan-boling-piala-ikon-tenpin/ https://sabahmedia.com/2023/11/27/16-pasukan-sertai-pertandingan-boling-piala-ikon-tenpin/#respond Sun, 26 Nov 2023 23:59:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45728
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 16 pasukan menyertai Pertandingan Boling Piala Ikon Tenpin peringkat Kelab Wanita Ikon Malaysia negeri Sabah 2023.

Majlis penutupan pertandingan itu disempurnakan oleh Datin Wahida Mardiana Nursalim isteri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Pertandingan tersebut diadakan di KK Galaxy Bowl, Centre Point Kota Kinabalu semalam.

Sementara itu, Datin Wahida Mardiana Norsalim berkata, bidang sukan bukan sahaja medan melahirkan ahli sukan semata-mata, tetapi sebenarnya ia juga berperanan menjadi landasan memupuk perpaduan rakyat.

Beliau berkata menerusi sukan, semua masyarakat setempat dapat bersatu dan berinteraksi tanpa mengira pangkat, budaya, agama, bangsa dan pendidikan.

Katanya, aktiviti sukan sangat bermakna bukan hanya sebagai usaha melahirkan masyarakat yang sihat malah menjadi medan membentuk jati diri, disiplin, semangat bekerjasama dalam satu bumbung selain mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan para pemain tersebut.

“Kegiatan sukan perlu menjadi asas untuk mencungkil bakat baru pada peringkat lebih tinggi, termasuk daerah, negeri dan kebangsaan.

“Golongan generasi muda tidak seharusnya mengabaikan kegiatan sukan ketika di bangku sekolah kerana penyertaan dalam bidang berkenaan boleh membantu meningkatkan mutu sukan negara. Melalui bersukan juga memberikan impak yang berguna kepada kesihatan badan dan mental, “ katanya.

Turut hadir Pengerusi Kelab Wanita Ikon Malaysia cawangan Sabah, Asmah Kadir, jawatankuasa Kelab Wanita Ikon Malaysia dan para pemain.

Menurut Wahida lagi amalan sihat seperti beriadah dan senaman rutin yang teratur mampu memberi faedah besar kepada kesihatan tubuh badan dan minda.

“Selain daripada mengisi masa lapang, menyihatkan tubuh badan, aktiviti sebegini juga boleh mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga dan jiran tetangga.

“Riadah dan senaman yang dilakukan beramai-ramai pastinya akan lebih menyeronokkan,” katanya.

Pasukan yang memenangi bagi pertandingan boling ini akan mewakili negeri Sabah pada 2 Disember depan di Sunway Pyramid Selangor.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/27/16-pasukan-sertai-pertandingan-boling-piala-ikon-tenpin/feed/ 0 45728
Pelbagai kaum di Sabah sertai Tarian Singa dan Naga, contoh konsep Malaysia Madani – Nizam https://sabahmedia.com/2023/11/11/pelbagai-kaum-di-sabah-sertai-tarian-singa-dan-naga-contoh-konsep-malaysia-madani-nizam/ https://sabahmedia.com/2023/11/11/pelbagai-kaum-di-sabah-sertai-tarian-singa-dan-naga-contoh-konsep-malaysia-madani-nizam/#respond Sat, 11 Nov 2023 12:02:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45074
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Kepelbagaian masyarakat pelbagai kaum menyertai pertandingan ‘ Tarian Singa dan Naga’ mencerminkan Sabah sebagai contoh kepada konsep Malaysia Madani di negara ini.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, jika dahulu tarian ini hanya terhad kepada masyarakat Cina namun kini ia sudah menarik minat minat masyarakat pelbagai kaum menyertainya.

Katanya, sebagai contoh di Sabah, kaum Kadazan Dusun, Bajau serta masyarakat lain menyertainya sekali gus ini menunjukkan satu budaya serta warisan perlu dikekalkan di masa depan.

“Kita semua maklum, tarian singa dan naga ini keunikannya cukup tinggi nilainya. Peredaran masa menyaksikan penyertaan tarian ini tidak terhad kepada kalangan masyarakat Cina.

“Ini jelas menunjukkan tradisi ini merupakan satu kombinasi yang sempurna sebagai langkah mempromosikan kebudayaan negeri Sabah yang begitu unik selaras dengan konsep Malaysia Madani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Tarian Singa Tongma kali ke-2 peringkat negeri Sabah di sini hari ini.

Ketika berucap menyentuh pertandingan Tarian Singa dan Naga ini Nizam berkata, penganjuran acara ini bukan hanya mempromosikan Tarian Singa malah kebudayaan masyarakat cina secara tidak langsung dapat ditonjolkan.

“Apa yang penting, ia juga membawa makna besar kepada negeri Sabah untuk menuju ke arah penyatuan semua masyarakat berbilang kaum serta etnik besar di negeri ini.

“Saya begitu gembira kerana terdapat penyertaan luar termasuk pasukan Singa Tung-Fatt Kuching Sarawak sekali gus acara ini sangat dinantikan serta sangat berprestij,” jelas Nizam.

Di majlis tersebut, Nizam mengumumkan menyalurkan sumbangan peribadi sebanyak RM10,000 sebagai komitmennya dalam memperkasakan pertandingan ini di masa depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/11/pelbagai-kaum-di-sabah-sertai-tarian-singa-dan-naga-contoh-konsep-malaysia-madani-nizam/feed/ 0 45074
69 murid, guru dan staf SKPK Tuaran sertai sambutan Hari Penglihatan Sedunia https://sabahmedia.com/2023/11/02/69-murid-guru-dan-staf-skpk-tuaran-sertai-sambutan-hari-penglihatan-sedunia/ https://sabahmedia.com/2023/11/02/69-murid-guru-dan-staf-skpk-tuaran-sertai-sambutan-hari-penglihatan-sedunia/#respond Thu, 02 Nov 2023 00:07:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44563
Read Time:2 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Seramai 69 orang peserta dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Tuaran telah menyertai sambutan Hari Penglihatan Sedunia yang berlangsung di dewan sekolah tersebut, baru-baru ini.

Program anjuran SK Pendidikan Khas Tuaran dengan kolaborasi bersama Jabatan Paediatrik dan Oftalmologi, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah adalah merupakan kolaborasi yang kedua antara kedua-dua pihak.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Khas Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Penampang, Jurainih Brahim.

Selain murid, guru dan staf SKPK Tuaran, turut hadir seramai 23 orang staf dari Jabatan Paediatrik dan Oftalmologi, HWKKS telah menyertai sambutan ini yang diketuai oleh Dr Mohamad Isra Mohamad Isa (Ketua Jabatan Paediatrik dan Oftalmologi).

Turut serta ialah Prof. Dr. Shuaibah A.B. Ghani iaitu Ketua Jabatan Oftalmologi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Hari Penglihatan Sedunia disambut pada hari Khamis kedua bulan Oktober, setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kesihatan mata dan mewujudkan rasa empati kepada mereka yang mengalami gangguan penglihatan dan tidak mempunyai akses untuk rawatan mata.

Sambutan ini adalah sangat penting kerana SKPK Tuaran adalah satu-satunya sekolah rendah di Sabah yang menempatkan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Kurang Upaya Penglihatan dari pra sekolah sehingga Tahun 6.

Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang pelaksanaan program iaitu Aktiviti Orientasi dan Mobiliti dan Pertandingan Goalball (Friendly Match).

Pada program itu juga, semua peserta berpeluang untuk merasa kehidupan sebagai seorang yang mempunyai Kurang Upaya penglihatan dengan menjalankan aktiviti seperti berjalan menggunakan tongkat putih, berjalan menaiki dan menuruni tangga serta mengisi air dalam gelas. Aktiviti ini dijalankan dengan peserta menutup mata menggunakan blindfold.

Selain itu, pertandingan Goalball yang dijalankan memberi peluang kepada staf Jabatan Paediatrik dan Oftalmologi untuk bermain Goalball, iaitu salah satu permainan khusus untuk Orang Kurang Upaya Penglihatan.

Pertandingan ini mendapat sambutan yang meriah dengan pelaksanaan lima pusingan perlawanan sengit antara pihak sekolah dan wakil hospital.

SKPK Tuaran memenangi pertandingan secara keseluruhan dan memegang piala pusingan.

Selain itu, pihak sekolah turut menerima sumbangan tongkat putih, set permainan Carom dan set Pétanque yang disampaikan oleh Dr. Mohamad Israk Mohamad Isa dan Prof. Dr. Shuaibah A.B. Ghani kepada pihak sekolah. Sumbangan-sumbangan yang diterima ini akan diguna oleh semua murud-murid SKPK Tuaran dalam menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah.

Kolaborasi seumpama ini dapat memberi impak yang besar kepada semua peserta terutama MBPK Kurang Upaya Penglihatan dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Ia dapat membantu melahirkan MBPK Kurang Upaya Penglihatan yang aktif bukan sahaja dari aspek jasmani, tetapi juga dari segi emosi, sosial, Rohani dan intelek.

Program seperti ini turut dapat membantu memperkenalkan murid-murid kepada masyarakat luar melalui interaksi antara peserta yang hadir sepanjang sambutan Hari Penglihatan Sedunia berlangsung.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/02/69-murid-guru-dan-staf-skpk-tuaran-sertai-sambutan-hari-penglihatan-sedunia/feed/ 0 44563