sesak nafas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 24 Jan 2024 07:24:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sesak nafas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kebakaran Rumah: Tujuh sekeluarga terselamat, penyelamat maut akibat sesak nafas terhidu asap berlebihan https://sabahmedia.com/2024/01/24/kebakaran-rumah-tujuh-sekeluarga-terselamat-penyelamat-maut-akibat-sesak-nafas-terhidu-asap-berlebihan/ https://sabahmedia.com/2024/01/24/kebakaran-rumah-tujuh-sekeluarga-terselamat-penyelamat-maut-akibat-sesak-nafas-terhidu-asap-berlebihan/#respond Wed, 24 Jan 2024 07:24:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48436
Read Time:1 Minute, 30 Second

LABUAN: Tujuh sekeluarga mangsa kebakaran terselamat, namun seorang jiran yang berhati mulia menemui ajalnya selepas berjaya menyelamatkan kesemua mangsa dalam kejadian kebakaran rumah kediaman teres dua tingkat di Merinding Garden, Jalan OKK Daud di sini awal pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Gillian Donald, 41, dipercayai mengalami sesak nafas akibat terhidu bau asap yang berlebihan selepas berjaya menyelamatkan kesemua mangsa dari kebakaran itu.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan Superintendan Mohd Hamizi Halim mengesahkan dan menerima maklumat mengenai kejadian kebakaran tersebut pada jam 4.17 pagi tadi (24 Jan).

“Pihak polis yang menjalankan siasatan awal di tempat kejadian mendapati pihak bomba telah berjaya memadam kebakaran.

“Siasatan lanjut juga mendapati seramai tujuh orang isi rumah terdiri daripada enam perempuan, tiga daripadanya kanak-kanak dan seorang lelaki berjaya diselamatkan. Kesemua mangsa masing-masing berusia empat hingga 67 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Hamizi, seorang sukarelawan iaitu jiran mangsa kebakaran yang telah
bertungkus lumus dan berjaya menyelamatkan tujuh mangsa kebakaran didapati telah meninggal dunia.

Jelasnya, selepas kejadian Gillian berasa letih dan tidak bermaya lalu pengsan. Bantuan pernafasan (CPR) telah diberikan namun beliau gagal diselamatkan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke hospital dengan ambulan dan pada jam 6.10 pagi.

“Pegawai Perubatan mengesahkan yang mangsa telah meninggal dunia disyaki mengalami sesak nafas dipercayai akibat terhidu bau asap yang berlebihan.

“Seterusnya mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Nukleus W.P. Labuan untuk pemeriksaan lanjut dan didapati tiada sebarang kecederaan di tubuh badan mangsa, namun siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, hasil siasatan awal pihak bomba, punca kebakaran dipercayai datang daripada kenderaan milik mangsa kebakaran yang diparkir di hadapan rumah dan seterusnya merebak ke dalam rumah.

“Manakala kesemua mangsa yang diselamatkan berada dalam keadaan stabil dan dua daripadanya menerima rawatan akibat kecederaan yang dialami,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/24/kebakaran-rumah-tujuh-sekeluarga-terselamat-penyelamat-maut-akibat-sesak-nafas-terhidu-asap-berlebihan/feed/ 0 48436
12 pekerja sesak nafas, seorang parah, gas ammonia bocor di kilang ais https://sabahmedia.com/2023/11/10/12-pekerja-sesak-nafas-seorang-parah-gas-ammonia-bocor-di-kilang-ais/ https://sabahmedia.com/2023/11/10/12-pekerja-sesak-nafas-seorang-parah-gas-ammonia-bocor-di-kilang-ais/#respond Fri, 10 Nov 2023 11:12:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45031
Read Time:1 Minute, 10 Second

SANDAKAN: Seramai 12 pekerja mengalami sesak nafas, sakit mata dan kulit manakala seorang cedera parah akibat kejadian mesin membuat ais telah pecah dan menyebabkan kebocoran gas ammonia di Kilang Ais Sinaran Batu 3 dekat sini pagi tadi.

Salah seorang mangsa kebocoran gas ammonia diselamatkan pasukan Bomba di Kilang Ais Sinaran Batu 3 Sandakan. – Foto ihsan BBP Sandakan

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.02 pagi tadi (10 Nov) melalui talian balai.

“Setibanya pasukan Bomba dari BBP Sandakan melapor terdapat mesin membuat ais telah pecah dan menyebabkan kebocoran gas ammonia di lokasi kejadian.

“Terdapat 13 orang mangsa yang dilaporkan terlibat dan diberi rawatan awal dilokasi kejadian seterusnya di hantar ke hospital menggunakan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan Ambulan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan Bomba berpakaian pelindung diri lengkap (PPE CPS) bertindak mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam bangunan seterusnya pasukan Bomba membuat nyahcemar dan sanitasi di seluruh kawasan tersebut.

Katanya, pemantauan turut dijalankan di kawasan bangunan berhampiran dan mengarahkan semua pekerja untuk segera keluar dari ke kawasan yang diisytiharkan selamat.

Sementara itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengarahkan kawasan kejadian dan kawasan berhampiran ditutup dengan radius 100 meter sehingga keadaan selamat.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya wujud operasi ditamatkan pada jam 12.06 tengahari. Pemantauan akan dijalankan dari masa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/10/12-pekerja-sesak-nafas-seorang-parah-gas-ammonia-bocor-di-kilang-ais/feed/ 0 45031