Sesb letrik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 21 Feb 2025 00:47:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sesb letrik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah Electricity catat kerugian RM30 juta setahun akibat ‘curi karan’ https://sabahmedia.com/2025/02/21/sabah-electricity-catat-kerugian-rm30-juta-setahun-akibat-curi-karan/ https://sabahmedia.com/2025/02/21/sabah-electricity-catat-kerugian-rm30-juta-setahun-akibat-curi-karan/#respond Fri, 21 Feb 2025 00:46:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69110
Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu: Sabah Electricity menganggarkan kerugian kira-kira RM30 juta setahun atau mewakili dua peratus daripada kehilangan tenaga dalam sistem grid akibat penyambungan haram elektrik yang masih berlaku di negeri ini.

Berikutan  dengan itu, syarikat utiliti bagi Sabah dan Labuan itu memaklumkan, usaha membanteras penyambungan elektrik secara haram terus menjadi tumpuan dalam usaha mengukuhkan bekalan elektrik di Sabah pada tahun ini.

“Sabah Electricity bertekad untuk meneruskan momentum dalam membanteras sambungan haram di seluruh Sabah. 

“Berdasarkan statistik pada 2024, sebanyak 1,000 operasi dilaksanakan, masing-masing 200 Op Bersepadu dan 800 lagi Op Dalaman. 

“Dianggarkan kadar ‘System Loss’ yang berpunca daripada sambungan haram adalah dua peratus bersamaan dengan RM30 juta kerugian setahun,” menurut kenyataan yang dikemaskini di Facebook Sabah Electricity di sini semalam.

Baru-baru ini, Sabah Electricity dengan kerjasama beberapa agensi luar melaksanakan satu Operasi Bersepadu membanteras kegiatan sambungan haram pada 18 Februari lalu di sekitar ibu negeri.

Antara agensi yang terbabit ialah Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Imigresen dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Operasi itu turut disertai sendiri pihak pengurusan Sabah Electricity yang diketuai Ketua Pegawai Operasinya, Ir Mohd Yusmanizam Mohd Yusof.

Sepanjang operasi itu, kira-kira 50 rumah dikesan memiliki penyambungan haram bagi mendapatkan bekalan elektrik secara tidak sah selain turut merampas kira-kira 800 kilogram wayar aluminium yang digunakan untuk penyambungan haram.

“Sabah Electricity akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan terhadap pihak yang didapati terbabit dengan kegiatan penyambungan atau pengusikan pepasangan Sabah Electricity.

“Ia selari dengan peruntukan Seksyen 61 (3) Enakmen Bekalan Elektrik. Seluruh warga Sabah diminta agar dapat melaporkan dan bertindak bersama dalam usaha memberhentikan kegiatan sambungan haram ini,” katanya.

Kegiatan itu katanya adalah satu jenayah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 61 (3) Enakmen Bekalan Elektrik dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH ELECTRICITY

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/21/sabah-electricity-catat-kerugian-rm30-juta-setahun-akibat-curi-karan/feed/ 0 69110
Kerajaan negeri memperuntukan RM50.9 juta subsidi ICPT untuk pengguna elektrik Sabah https://sabahmedia.com/2024/12/20/kerajaan-negeri-memperuntukan-rm50-9-juta-subsidi-icpt-untuk-pengguna-elektrik-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/12/20/kerajaan-negeri-memperuntukan-rm50-9-juta-subsidi-icpt-untuk-pengguna-elektrik-sabah/#respond Fri, 20 Dec 2024 05:42:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65728
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri bersetuju meneruskan pengecualian surcaj Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bagi tempoh enam bulan bermula 1 Januari hingga Jun 2025.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pengecualian itu memperuntukkan subsidi ICPT sebanyak RM50.9 juta.

Katanya, pengecualian itu adalah bagi pengguna domestik dengan unit penggunaan elektrik sebanyak 1,500 kWj dan ke bawah (atau bil elektrik bulanan sekitar RM677); dan pengguna bukan domestik dalam kategori tarif voltan rendah (Kategori CM1 dan ID1) yang terdiri juga dari golongan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

“Bagi memberi pengecualian surcaj, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan subsidi ICPT sebanyak RM50.9 juta..

“Kerajaan negeri juga telah memohon bantuan subsidi bahan api sejumlah RM278 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi tujuan ini, memandangkan peningkatan kos penjanaan tenaga akibat kenaikan kos bahan api yang terkesan oleh impak global,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Beliau berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jemaah Menteri Kabinet yang dipengerusikan beliau pada awal bulan ini.

Hajiji berkata bantuan subsidi kepada Sabah Electricity dan pemegang- pemegang Lesen Awam akan memanfaatkan 693,834 pengguna atau 99 peratus daripada jumlah keseluruhan pengguna elektrik di Sabah.

Bagi pengguna kategori lain (Pengguna domestik dengan penggunaan elektrik melebihi 1,500kWj dan Pengguna bukan domestik voltan sederhana atau pengguna-pengguna besar serta lampu jalan awam), kadar surcaj yang dikenakan adalah kekal pada 4.06 sen/kWj. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/20/kerajaan-negeri-memperuntukan-rm50-9-juta-subsidi-icpt-untuk-pengguna-elektrik-sabah/feed/ 0 65728
Prestasi bekalan elektrik di tiga daerah memberangsangkan https://sabahmedia.com/2024/09/05/prestasi-bekalan-elektrik-di-tiga-daerah-memberangsangkan/ https://sabahmedia.com/2024/09/05/prestasi-bekalan-elektrik-di-tiga-daerah-memberangsangkan/#respond Thu, 05 Sep 2024 01:58:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60197
Read Time:2 Minute, 4 Second

Lahad Datu: Pencapaian pembekalan tenaga elektrik di Zon Tenggara Sabah menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan catatan dua digit dalam Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (SAIDI).

Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, zon itu yang merangkumi  Lahad Datu, Kota Kinabatangan dan Semporna menunjukkan penurunan kadar gangguan yang ketara dalam tempoh tiga tahun.

“Lahad Datu mencatatkan SAIDI sebanyak 42.77 minit per pelanggan per tahun pada tahun ini berbanding 106.77 pada tahun 2022 dan 104.51 minit per pelanggan per tahun pada 2023.

“Malah di beberapa kawasan seperti Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) merekodkan SAIDI satu digit iaitu dibawah 10 minit minit per pelanggan per tahun,” katanya.

Madius berkata demikian dalam satu kenyataan di sini sempena siri lawatan kerja beliau selama empat hari ke SESB Zon Tenggara dan Selatan.

Katanya, kadar SAIDI pembekalan elektrik di Kota Kinabatangan pada tahun ini adalah 53.23 minit per pelanggan per tahun iaitu peningkatan prestasi yang jauh lebih baik berbanding dua tahun sebelumnya.

“Pada tahun 2022 dan 2023, SAIDI di daerah itu masing-masing adalah 94.15 dan 169.75 minit per pelanggan per tahun.

“Daerah Kunak juga turut merekodkan pengurangan drastik gangguan elektrik dengan kadar SAIDI 30.17 minit per pelanggan per tahun.

“Pada tahun 2022 daerah ini merekodkan 66.57 dan 75.78 minit pada tahun lalu,” katanya 

Menurutnya, prestasi ketiga-tiga daerah di Zon Tenggara itu hampir sama dengan kadar pembekalan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia yang turut mencatatkan hanya dua digit SAIDI iaitu  46.10 minit per pelanggan per tahun pada tahun 2023 dan 45.06 pada 2022.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua kakitangan SESB di Zon Tenggara atas pencapaian ini.

“Sudah tentu pencapaian ini tidak datang dengan mudah melainkan atas usaha dan kerja keras siang dan malam,” katanya.

Dalam pada itu, Madius yang juga merupakan mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah memaklumkan bahawa antara punca yang menyebabkan bekalan elektrik terputus adalah sambungan haram yang menyebabkan kerosakan akibat lebihan beban pada konduktor dan fius pada kotak fius agihan pada Pencawang Elektrik serta gangguan tumbuh-tumbuhan kepada kabel-kabel yang belum bersalut. 

“Di Zon Tenggara 60 peratus daripada SAIDI disebabkan oleh kegiatan penjenayah mencuri elektrik.

“Saya sendiri telah meninjau sebuah perumahan setinggan iaitu di Kampung Puyut, Lahad Datu dan seterusnya membuat laporan polis untuk mereka menyiasat dan mengenalpasti siapakah penjenayah tersebut.

“Kita berharap agar tindakan segera akan diambil pihak berkuasa untuk membuat siasatan, menangkap dan mendakwa semua yang terlibat dalam kegiatan jenayah ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/05/prestasi-bekalan-elektrik-di-tiga-daerah-memberangsangkan/feed/ 0 60197