sesb madius tangau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 14 Sep 2023 15:02:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sesb madius tangau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan diminta meneliti sistem governans bekalan elektrik di Sabah https://sabahmedia.com/2023/09/14/kerajaan-diminta-meneliti-sistem-governans-bekalan-elektrik-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/09/14/kerajaan-diminta-meneliti-sistem-governans-bekalan-elektrik-di-sabah/#respond Thu, 14 Sep 2023 15:02:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41832
Read Time:1 Minute, 24 Second

Kuala Lumpur: Kerajaan diminta untuk mengadakan perbincangan dan membuat penelitian bagi memastikan sistem governans bekalan elektrik dalam keadaan terbaik apabila syarikat utiliti bekalan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) diserahkan kepada kerajaan negeri tahun depan.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, ia bagi memastikan urus tadbir bekalan itu dapat dilaksanakan dengan baik dari segi penjanaan (generation), penghantaran (transmission) dan pengagihan (distribution).

“Di Sarawak, ekosistem governannya sudah mantap. Ada syarikat utiliti iaitu Sarawak Energy Berhad (SEB), kemudian pengawal selia pelaksana (regulator) iaitu Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak,  serta pembuatan dasar iaitu Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak.

“Di Sabah, syarikat utiliti ialah SESB dan regulator adalah Suruhanjaya Tenaga Sabah (EcoS).  Tapi dari segi pembuat dasarnya masih belum jelas. 

“Mungkin akan ada kementerian baharu, tetapi saya mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan agar perkara ini dibincangkan dengan teliti supaya apabila tata kelola bekalan elektrik diserahkan kepada Sabah pada tahun hadapan, maka the governance ecosystem is in place,” katanya.

Madius yang juga Pengerusi SESB berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) pada Persidangan Parlimen Dewan Rakyat di sini semalam.

Katanya, hal-hal governans bekalan elektrik perlu dititkberatkan untuk mengelakkan sebarang kesilapan tadbir urus (mis-management) seiring dengan penekanan yang terkandung dalam KSP RMK12.

“Sebab kita di Sabah tidak mempunyai masa yang banyak. We don’t have the luxury of time. 

“Sehubungan dengan itu, kita perlu mengurus tadbir bekalan elektrik ini dengan baik dari segi penjanaan, tranmission dan distribution, dan pada masa yang sama mengambil kira hal kemampanan iaitu memenuhi keperluan dasar kerajaan yang telah dilancarkan di persekutuan iaitu mencapai ‘Net-zero Emissions’ menjelang tahun 2050,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/14/kerajaan-diminta-meneliti-sistem-governans-bekalan-elektrik-di-sabah/feed/ 0 41832
Jangan begitu bah, asal ‘blackout’ SESB disalahkan – Madius https://sabahmedia.com/2023/08/30/jangan-begitu-bah-asal-blackout-sesb-disalahkan-madius/ https://sabahmedia.com/2023/08/30/jangan-begitu-bah-asal-blackout-sesb-disalahkan-madius/#respond Wed, 30 Aug 2023 12:45:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41048
Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hanya memberikan bekalan elektrik sekitar 4MegaWatt (MW) ke bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Pengerusi SESB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, gangguan bekalan yang berlaku di KKIA semalam adalah disebabkan terdapat kerosakan pada talian 11kiloVolt (KV) di dalam pendawaian dalaman KKIA.

“Malam tadi ketika saya berada di ibu negara bagi menyertai Energy Transition Forum 2023, saya telah menerima beberapa aduan menerusi WhatsApp sekitar 9.36 malam yang menyatakan bahawa terdapat gangguan bekalan di KKIA.

“Ekoran itu saya telah meminta Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir. Mohd Yaakub Jaafar untuk membuat siasatan tentang insiden berkenaan.  Hasil siasatan pada  kedua – dua pembekal pada Pemutus Litar (Circuit Breaker) 33kV talian dari Pencawang Pembahagian Utama KKIA, PPU KKIA ke Bangunan KKIA dan didapati bahawa punca bekalan elektrik dari pihak SESB adalah normal,”katanya menerusi hantaran di Facebooknya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gangguan bekalan elektrik yang berlaku di KKIA di sini semalam.

Madius berkata, pemeriksaan juga mendapati tidak berlaku gangguan bekalan terhadap grid SESB pada ketika itu.

Katanya, pengesahan juga turut dibuat dengan pengurusan bangunan KKIA dan telah dimaklumkan bahawa kerosakan tersebut adalah berpunca dari kerosakan pendawaian dalaman bangunan KKIA tersebut.

“Sebenarnya, peranan SESB hanyalah memberikan bekalan elektrik sekitar 4MegaWatt (MW) pada 33kV ke bangunan KKIA dan ketika kejadian tersebut, beban elektrik yang diambil menurun secara mendadak sekitar hanya sekitar 0.2MW sahaja.

“Susulan daripada pemeriksaan pihak pengurusan Bangunan KKIA dan mengesahkan bahawa terdapat kerosakan pada talian 11kV di dalam pendawaian dalaman mereka. Bekalan dipulihkan sepenuhnya sekitar jam12.30 malam,” katanya.

Menerusi hantaran di Facebook beliau, Madius turut berseloroh “Jangan begitu bah, asal blackout SESB yang disalahkan… contoh semalam di KKIA, kesian SESB bertungkus lumus kerja tetap disalahkan”. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/30/jangan-begitu-bah-asal-blackout-sesb-disalahkan-madius/feed/ 0 41048