sesb meter – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 18 Sep 2024 13:48:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sesb meter – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SESB laksana penggunaan meter pintar secara berperingkat https://sabahmedia.com/2024/09/19/sesb-laksana-penggunaan-meter-pintar-secara-berperingkat/ https://sabahmedia.com/2024/09/19/sesb-laksana-penggunaan-meter-pintar-secara-berperingkat/#respond Wed, 18 Sep 2024 17:56:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60853
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan penggunaan meter pintar yang dilengkapi teknologi terkini bagi menambah baik kualiti perkhidmatan kepada pengguna di Sabah dan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Mohd Yaakob Jaafar berkata, meter baharu itu akan dapat mendorong pengguna untuk menggunakan elektrik dengan lebih berkesan dan jimat tenaga.

Katanya, menerusi penggunaan meter pintar itu, pengguna akan dapat merancang jumlah atau had penggunaan elektrik secara bulanan dan akan menerima notifikasi apabila jumlah bil sasaran bulanan telah mencapai had yang ditetapkan.

“Ciri-ciri baharu ini adalah bertepatan dan bersesuaian dengan usaha SESB bagi mendukung dan merealisasikan hasrat kerajaan memberi manfaat kepada kepada rakyat dengan memperkasakan bidang ekonomi digital.

“Projek Meter Pintar ini akan dilaksanakan secara berperingkat di mana pemasangan Fasa satu adalah sebanyak 6,497 unit yang melibatkan pengguna daripada Kategori Pengguna Kuasa Tinggi dan pemegang akaun Feed-in-Tariff (FiT).

“Sebanyak 60 unit akan dipasang dalam tempoh dua bulan fasa percubaan ini dengan mensasarkan pengguna yang telah dipilih untuk memastikan sistem dan operasi pengebilan lancar.

“Manakala baki 6,437 unit lagi akan dilaksanakan sebaik sahaja fasa percubaan  mencapai  objektif pelaksanaan projek ini,” katanya.

Mohd Yaakob berkata, Fasa Dua projek ini akan dilaksanakan pada 2025 dan mensasarkan pengguna domestik di Bandaraya Kota Kinabalu dan Labuan selari dengan tema KK Smart City dan WP Labuan Smart Island. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/19/sesb-laksana-penggunaan-meter-pintar-secara-berperingkat/feed/ 0 60853
SESB bakal gunakan meter pintar https://sabahmedia.com/2024/06/18/sesb-bakal-gunakan-meter-pintar/ https://sabahmedia.com/2024/06/18/sesb-bakal-gunakan-meter-pintar/#respond Tue, 18 Jun 2024 04:09:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56188
Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kini dalam proses ke arah penggunaan Meter Pintar atau ‘Smart Meter’ bagi merekodkan jumlah penggunaan elektrik di setiap premis dan kediaman.

Pengerusi SESB, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, bagi tujuan ini pihaknya telah pun membuka tender bagi mempelawa syarikat- syarikat yang berkelayakan untuk menjayakan inisiatif tersebut.

“Tender telah dibuka pada 16 April dan ditutup pada 12 Jun lalu. Pada ketika ini, ia sedang berada dalam proses analisa tender sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Tender Pengurusan dan seterusnya ke Jawatankuasa Perolehan dan Kewangan Lembaga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini bagi mengulas saranan Pengerusi Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah, David Chan.

Madius berkata, saranan David agar pihak kerajaan menggunakan meter pintar adalah wajar kerana ia mempunyai pelbagai manfaat dan kelebihan berbanding penggunaan meter konvensional.

“Saya ingin memaklumkan bahawa pihak SESB pun sememangnya sedang ke arah itu dan diharapkan segala proses yang sedang dilaksanakan berjalan dengan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran turut mengalakkan orang ramai dan pengguna untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi mySESB di telefon bimbit masing- masing.

“Melalui aplikasi ini, pelbagai perkhidmatan boleh dilaksanakan hanya daripada hujung jari sahaja. Antaranya, mendapat akses penyata bil terkini selain boleh membuat pembayaran bil secara terus ke sistem SESB tanpa perlu menunggu tiga hari bekerja seperti cara pembayaran yang lain.

“Pengguna juga boleh mendapatkan info-info semasa berkaitan penyelenggaraan di sesuatu kawasan, boleh menyalurkan aduan dan menyemak status tindakan, membuat permohonan meter baharu dan pelbagai lagi,” katanya.

Katanya, perkhidmatan mySESB merupakan satu inisiatif bagi memudahkan para pelanggan untuk berurusan tanpa perlu hadir berbaris panjang atau bersesak sesakan di kaunter atau Kiosk SESB.

“Namun buat masa ini, daripada 696,711 pengguna SESB, baru 112,835 orang yang telah mendaftar.

“Untuk itu, kita harapkan agar lebih ramai yang mendaftar di mySESB agar sebarang urusan orang ramai dengan SESB dapat diselesaikan dengan lebih fleksibel, mudah, cepat dan pantas,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/18/sesb-bakal-gunakan-meter-pintar/feed/ 0 56188