Sesb – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 08 Apr 2024 02:59:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sesb – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SESB tetap penuhi permohonan pengguna – Mohd Yaakob https://sabahmedia.com/2024/04/08/sesb-tetap-penuhi-permohonan-pengguna-mohd-yaakob/ https://sabahmedia.com/2024/04/08/sesb-tetap-penuhi-permohonan-pengguna-mohd-yaakob/#respond Mon, 08 Apr 2024 02:59:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52354
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan berusaha memenuhi semua keperluan dan permohonan untuk bekalan elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Insiden kebakaran yang berlaku di salah sebuah gudang simpanan baru-baru ini telah memberi kesan terhadap kewangan SESB dalam memenuhi permintaan bekalan elektrik yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar bekata kejadian mengejutkan ini telah menyebabkan banyak stok simpanan kabel elektrik baharu telah terbakar, rosak dan tidak boleh digunakan.

Katanya, kabel-kabel elektrik yang terbakar ini sepatutnya diagihkan ke stor-stor daerah SESB dalam masa terdekat.

“Kabel elektrik yang terbakar tersebut adalah merupakan komponen utama dalam pembekalan Tenaga elektrik di negeri ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Yaakob berkata, usaha untuk membuat perolehan segera kabel-kabel berkaitan telah dibuat namun proses ini dijangka akan mengambil masa.

Justeru itu, katanya, SESB memohon para pelanggan yang telah membuat permohonan bekalan elektrik untuk bersabar sehingga kabel elektrik yang baharu dibekalkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/08/sesb-tetap-penuhi-permohonan-pengguna-mohd-yaakob/feed/ 0 52354
Stor penyimpanan kabel SESB terbakar https://sabahmedia.com/2024/04/04/stor-penyimpanan-kabel-sesb-terbakar/ https://sabahmedia.com/2024/04/04/stor-penyimpanan-kabel-sesb-terbakar/#respond Thu, 04 Apr 2024 09:25:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52151
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Sebuah stor penyimpanan kabel milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Batu 7, Jalan Tuaran terbakar pada Khamis.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 12.50 tengahari dan melibatkan kabel SESB yang disimpan di stor tersebut.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkaitan.

Menerusi kenyataan media hari ini, SESB akan memberikan makluman terkini sejurus selepas mendapat maklumat lengkap berkaitan kejadian ini kelak.

Sementara itu, menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dibantu anggota dari Balai Kota Kinabalu dan Penampang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 12.56 tengahari tadi.

“Kebakaran melibatkan sebuah gudang penyimpanan kabel SESB dengan anggaran keluasan 3.7 ekar telah terbakar seluas 3 ekar.

“Turut terbakar sebuah rumah kosong, sebuah stor penyimpanan Transformers, Minyak Hyraxoil dan Mesin Feeder Pillar terbakar 100 peratus.

“Operasi pemadaman terkawal pada jam 5.06 petang. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/04/stor-penyimpanan-kabel-sesb-terbakar/feed/ 0 52151
SESB serah wakalah zakat kepada golongan memerlukan https://sabahmedia.com/2024/03/21/sesb-serah-wakalah-zakat-kepada-golongan-memerlukan/ https://sabahmedia.com/2024/03/21/sesb-serah-wakalah-zakat-kepada-golongan-memerlukan/#respond Thu, 21 Mar 2024 07:04:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51380
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Sempena dengan sambutan bulan Ramadan ini, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah menyerahkan wakalah zakat kepada golongan memerlukan di Bongawan.

Penyerahan wakalah zakat itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar.

“Penyerahan wakalah zakat ini adalah satu tanggungjawab yang dilaksanakan oleh SESB
sebagai usaha untuk membantu golongan yang memerlukan sepertimana yang ditetapkan oleh Bahagian Zakat & Fitrah Majlis Ugama Islam Negeri Sabah,” katanya.

Menurut beliau, penyerahan wakalah zakat ini juga dilaksanakan di beberapa daerah sepanjang bulan Ramadan dan akan diteruskan sepanjang tahun.

SESB menerima semula 12.5 peratus daripada jumlah Zakat Perniagaan yang dibayar setiap tahun untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan di Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Wakalah Zakat yang diadakan di Surau Assyuhadah, Kampung Laut Bongawan.

Majlis tersebut menyaksikan penyerahan wakalah zakat kepada 40 penerima golongan asnaf, fakir miskin dan ibu tunggal, Surau Assyuhadah Kampung Laut Bongawan, Surau Al-Hidayah Kampung Seri Serbang Bongawan dan Surau Kampung Silat, Pantai Kenangan, Bongawan dan Maahad Tafiz Darul Hadis Darsa Bongawan.

SESB turut menyerahkan sumbangan kepada 26 Ketua Isi Rumah (KIR) yang menjadi mangsa kejadian kebakaran di kampung tersebut pada 4 Mac lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/21/sesb-serah-wakalah-zakat-kepada-golongan-memerlukan/feed/ 0 51380
Program ‘Ceria Ke Sekolah’ SESB ceriakan anak-anak keluarga B40 https://sabahmedia.com/2024/03/14/program-ceria-ke-sekolah-sesb-ceriakan-anak-anak-keluarga-b40/ https://sabahmedia.com/2024/03/14/program-ceria-ke-sekolah-sesb-ceriakan-anak-anak-keluarga-b40/#respond Thu, 14 Mar 2024 00:22:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51019
Read Time:44 Second

RANAU: Seramai 100 orang murid dari sekolah rendah di sekitar Daerah Ranau menerima bantuan kelengkapan sekolah daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Bantuan kepada anak-anak keluarga B40 ini dilaksanakan melalui program ‘Ceria Ke Sekolah’ SESB.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof ketika menyampaikan ucapan alu-aluan berkata, agihan sumbangan itu diberikan kepada 1,000 orang pelajar di seluruh negeri Sabah bagi sesi persekolahan tahun 2024/2025.

“SESB berharap sumbangan ini akan dapat membantu anak-anak memulakan awal
persekolahan dengan baik dan selesa,” katanya.

Murid-murid berkenaan menerima bantuan berupa beg sekolah, kelengkapan alat tulis dan wang saku pada Rabu.

Majlis penyerahan sumbangan diadakan di Dewan Sekolah SJKC Pai Wen dan disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin.

Program ‘Ceria Ke Sekolah’ ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat SESB dilaksanakan sejak tahun 2018 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/14/program-ceria-ke-sekolah-sesb-ceriakan-anak-anak-keluarga-b40/feed/ 0 51019
SESB terima dua kontena menara ERS dari TNB https://sabahmedia.com/2024/03/05/sesb-terima-dua-kontena-menara-ers-dari-tnb/ https://sabahmedia.com/2024/03/05/sesb-terima-dua-kontena-menara-ers-dari-tnb/#respond Tue, 05 Mar 2024 04:00:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50550
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Usaha pemasangan Menara Pengalihan Sementara, dikenali sebagai Emergency Restoration System (ERS) di Ranau oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Sebagai tindak balas pantas terhadap keperluan mendesak untuk memindahkan talian penghantaran kepada menara ERS sejak 7 Februari lalu, Kerajaan Negeri Sabah telah memberi bantuan kecemasan dengan menggunakan perkhidmatan pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk mengangkut lima kontena Menara ERS dari Selangor ke Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, dua daripada lima kontena yang dihantar oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah tiba pada hari ini untuk digunakan SESB, sementara baki tiga kontena lagi dijadualkan tiba pada hari berikutnya.

Katanya, sebanyak lapan menara ERS akan dipasang oleh SESB bersama TNB dan kerja-kerja pengalihan dijangka akan siap dalam pertengahan bulan Mac ini.

“Sementara itu, kerja-kerja pembinaan menara penghantaran yang baru dijangka siap pada awal bulan April dan juga pertengahan bulan Jun tahun ini.

“SESB komited dan fokus untuk sentiasa memastikan bekalan elektrik di negeri ini kekal stabil demi keselesaan pengguna dan rakyat dan menyambut baik kerjasama daripada pelbagai pihak dalam membantu mengatasi masalah ini,” kata Mohd Yaakob dalam kenyataannya hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/05/sesb-terima-dua-kontena-menara-ers-dari-tnb/feed/ 0 50550
SESB laksana Projek IPD khas, meter prabayar untuk setinggan di Tawau https://sabahmedia.com/2024/02/24/sesb-laksana-projek-ipd-khas-meter-prabayar-untuk-setinggan-di-tawau/ https://sabahmedia.com/2024/02/24/sesb-laksana-projek-ipd-khas-meter-prabayar-untuk-setinggan-di-tawau/#respond Sat, 24 Feb 2024 07:16:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50026
Read Time:1 Minute, 0 Second

TAWAU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan projek IPD khas dengan meter prabayar untuk pembekalan elektrik kepada kawasan penempatan setinggan di daerah ini.

Projek IPD ini didapati amat berkesan setelah dilaksanakan di kawasan penempatan setinggan di Kampung Forest, Sandakan pada bulan Oktober 2023 sehingga kejadian gangguan bekalan elektrik, vandalisma dan kualiti voltan rendah di kawasan sekitar kini adalah minima.

Selain itu, pelaksanaan projek IPD di Kampung Forest, Sandakan juga membuktikan bahawa projek ini adalah ‘jawapan’ kepada isu penyambungan haram yang amat merugikan SESB
kerana tidak dapat mengutip hasil penggunaan elektrik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar, pihaknya telahpun mengenalpasti beberapa kawasan setinggan yang sesuai untuk projek IPD khas ini
termasuklah di Kampung Hidayat, Tawau.

Baru-baru ini, pihak SESB telahpun memulakan proses awal tinjauan bagi mendapatkan maklumat dan skop untuk melaksanakan projek ini.

Cadangan pelaksanaan projek ini kemudiannya akan diusulkan kepada pihak Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah (ECoS) bagi tujuan untuk mendapatkan lesen IPD dan kadar tarif jualan.

Sementara itu, cadangan pelaksanaan projek IPD ini telahpun dikongsikan dengan Ahli
Parlimen P.190 Tawau, Datuk Lo Su Fui semasa lawatannya ke Kampung Hidayat, Tawau bersama-sama dengan Pengerusi SESB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau pada 22 Februari 2024.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/24/sesb-laksana-projek-ipd-khas-meter-prabayar-untuk-setinggan-di-tawau/feed/ 0 50026
SESB & ECoS bekerjasama percepat projek bekalan elektrik di Kota Belud https://sabahmedia.com/2024/02/24/sesb-ecos-bekerjasama-percepat-projek-bekalan-elektrik-di-kota-belud/ https://sabahmedia.com/2024/02/24/sesb-ecos-bekerjasama-percepat-projek-bekalan-elektrik-di-kota-belud/#respond Sat, 24 Feb 2024 06:00:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50016
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sedang bekerjasama dengan Energy Commission of Sabah (ECoS) untuk memastikan bekalan elektrik di beberapa buah kampung di Kota Belud dapat diberikan kepada penduduk kampung.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar (gambar) berkata, kemudahan bekalan elektrik yang disalurkan ke 19 kampung berkenaan adalah di bawah projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di bawah kuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KLPBW).

Menurut beliau, SESB menjangkakan kesemua kampung yang terlibat dengan projek itu akan mendapat bekalan elektrik pada Mac, 2024 ini.

“SESB sedang bekerjasama sepenuhnya bersama Ecos untuk memantau progres dan status projek berkenaan yang kini 95 peratus telah siap,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kampung-kampung yang terlibat adalah Kg Bukid Kembura, Kg Gaur, Kg Pinolobu, Kg Takulung, Kg Lumpios, Kg Lasau Minunsud, Kg Botung, Kg Sogoh, Kg Tengkurus, Kg Gondukut, Kg Lahanas, Kg Taginambur Jaya, Kg Tamalang, Kg Bukit Bendera, Kg Tororobo Tuguson, Kg Talungan, Kg Teguson, Kg Nahaba dan Kg Toburon.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/24/sesb-ecos-bekerjasama-percepat-projek-bekalan-elektrik-di-kota-belud/feed/ 0 50016
SESB belum diambil alih oleh kerajaan negeri https://sabahmedia.com/2024/01/04/sesb-belum-diambil-alih-oleh-kerajaan-negeri/ https://sabahmedia.com/2024/01/04/sesb-belum-diambil-alih-oleh-kerajaan-negeri/#respond Thu, 04 Jan 2024 14:02:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47483
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih lagi pemegang saham terbesar ke atas pemilikan syarikat utiliti elektrik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan belum diambil alih oleh Kerajaan Negeri Sabah yang memiliki 17 peratus saham dalam SESB.

Hanya kuasa kawal selia ke atas pengurusan industri elektrik di negeri Sabah yang dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Sabah melalui penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).

Ketua Pegawai Eksekutif, Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, SESB akan terus komited untuk memastikan pengguna terus menerima bekalan elektrik yang mampan pada kadar yang munasabah.

“SESB akan berada di bawah seliaan dua pengawal selia iaitu Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) dan ECoS tetapi misi dan visi SESB masih tetap sama iaitu memberikan perkhidmatan bekalan yang berdaya harap kepada semua rakyat di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Pengambilalihan kawal selia ke atas bekalan elektrik oleh Kerajaan Negeri Sabah adalah selari dengan pelbagai inisiatif berkaitan yang telah dirancang serta dilaksanakan dan sekali gus membolehkan kerajaan negeri terlibat secara langsung dengan aktiviti industri gas dan minyak untuk manfaat rakyat Sabah.

Ir.Ts. Mohd Yaakob mengulas keputusan Persidangan Dewan Undangan Khas pada Rabu yang membincangkan mengenai dua Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan kawal selia ke atas bekalan elektrik di Sabah.

Dua RUU itu adalah Enakmen Bekalan Elektrik dan Enakmen Tenaga Boleh Diperbaharui, serta pindaan kepada Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 (untuk memasukkan fungsi kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh diperbaharui).

Dengan termaktubnya dua Rang Undang-Undang ini maka Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 (Akta 610), Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 (Akta 725) dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 (Akta 726) sedia ada di bawah ST tidak lagi terpakai untuk negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/04/sesb-belum-diambil-alih-oleh-kerajaan-negeri/feed/ 0 47483
Serah Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik Sabah & SESB secara berfasa https://sabahmedia.com/2024/01/04/serah-kuasa-kawal-selia-bekalan-elektrik-sabah-sesb-secara-berfasa/ https://sabahmedia.com/2024/01/04/serah-kuasa-kawal-selia-bekalan-elektrik-sabah-sesb-secara-berfasa/#respond Thu, 04 Jan 2024 09:23:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47475
Read Time:49 Second

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam telah bersetuju dengan penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kepada Kerajaan Negeri Sabah dilaksanakan secara berfasa.

Menerusi satu kenyataan media kementerian berkenaan hari ini, fasa tersebut seperti Fasa 1 – penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah berkuat kuasa pada 3 Januari 2024; dan manakala Fasa 2 – penyerahan SESB dalam tempoh 7 tahun yang dijangka selesai pada tahun 2030.

Katanya, keputusan ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan
Persekutuan untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963.

“Dengan pelaksanaan pemindahan kuasa kawalselia tersebut, Kerajaan Negeri Sabah boleh melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri Sabah dengan sendiri.

“Walaupun demikian, Kerajaan Persekutuan bersedia untuk bekerjasama dan membimbing sekiranya pihak Sabah memerlukan bantuan dan khidmat nasihat daripada Kerajaan Persekutuan.

“Selepas penyerahan ini, adalah diharapkan Kerajaan Negeri Sabah akan sentiasa komited dalam menangani masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah, sekali gus memenuhi peningkatan permintaan elektrik di negeri berkenaan,” kata kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/04/serah-kuasa-kawal-selia-bekalan-elektrik-sabah-sesb-secara-berfasa/feed/ 0 47475
SESB pertingkat kapasiti penjanaan dengan mulatugas 15MWac Loji Tenaga Solar Skala Besar di grid Sabah https://sabahmedia.com/2023/11/27/sesb-pertingkat-kapasiti-penjanaan-dengan-mulatugas-15mwac-loji-tenaga-solar-skala-besar-di-grid-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/11/27/sesb-pertingkat-kapasiti-penjanaan-dengan-mulatugas-15mwac-loji-tenaga-solar-skala-besar-di-grid-sabah/#respond Mon, 27 Nov 2023 09:02:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45766
Read Time:1 Minute, 7 Second

LABUAN: Kapasiti penjanaan tenaga elektrik di Sabah akan dipertingkatkan lagi dengan pengoperasian dua lagi Loji Solar Skala Besar (LSS) di Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir Mohd Yaakob Jaafar berkata, dua loji LSS yang hampir siap dibina di Labuan iaitu loji berkapasiti 10MWac, dibangunkan oleh Solar PV Power Sdn.Bhd. syarikat usahasama antara Jetama Energy Sdn. Bhd. (JETAMA) dan Symbior Solar dijangka akan dimulatugas pada Disember 2023 manakala sebuah lagi loji berkapasiti 5MWac yang dibangunkan oleh Sabah Energy Corporation (SEC) akan dimulatugas pada Februari 2024.

“Pengoperasian dua loji LSS ini akan dapat membantu menangani masalah catuan bekalan yang kerap disebabkan kekurangan kapasiti penjanaan grid dengan peningkatan margin rizab Grid Sabah ketika waktu beban puncak disiang hari.

“Pengoperasian LSS ini juga seiring dengan pembangunan tenaga hijau dan boleh diperbaharui di Grid Sabah,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian setelah melaksanakan satu lawatan kerja ke tapak LSS di Tanjung Kubong dan LSS Kampung Bukit Kalam pada Sabtu.

Lawatan itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif JETAMA, Ahmad Naim Uddang, dan Pengurus Projek SEC, Muhammad Faruq.

Kedua-dua loji LSS itu adalah antara 10 syarikat pembida di bawah skim LSS1 dan LSS2 yang telah dianugerahkan kontrak dan menandatangani Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) dengan SESB pada Ogos 2021.

Baki tujuh lagi loji LLS akan dimulatugas dan dioperasikan secara berperingkat sehingga Jun 2024.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/27/sesb-pertingkat-kapasiti-penjanaan-dengan-mulatugas-15mwac-loji-tenaga-solar-skala-besar-di-grid-sabah/feed/ 0 45766