Sesb – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 08 Jan 2025 00:09:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sesb – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah Electricity terima tawaran Projek Solar 15 MWac https://sabahmedia.com/2025/01/08/sabah-electricity-terima-tawaran-projek-solar-15-mwac/ https://sabahmedia.com/2025/01/08/sabah-electricity-terima-tawaran-projek-solar-15-mwac/#respond Wed, 08 Jan 2025 00:09:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66626
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Sabah Electricity (SE) akan terus mengambil inisiatif untuk meningkatkan margin penjanaan demi memastikan pembekalan elektrik di negeri ini adalah mampan dan berdaya harap.

Ketua Pegawai Eksekutif SE, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, bagi tujuan itu, SE telah menerima Letter of Notification (LoN) mengenai tawaran Projek Large-Scale Solar Photovoltaic (LSSPV) sebanyak 15 MWac daripada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) melalui usahasama dengan TNB Renewables Sdn Bhd (TRe).

“Kemenangan ini merupakan satu pencapaian yang positif dalam usaha SE dan TRe menyokong inisiatif tenaga boleh diperbaharui seterusnya memberikan sumbangan kepada kelestarian tenaga hijau di negeri Sabah.

“Projek LSSPV ini melibatkan pemasangan 15MWac panel solar di Kampung Langkon, Kota Marudu dan pengoperasian loji LSSPV ini kelak akan membantu meningkatkan margin rizab Grid Sabah ketika waktu beban puncak di siang hari,” katanya dalam kenyataan di sini.

Yaakob berkata, SE dan TRe akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan serta pakar tenaga boleh diperbaharui untuk memastikan pelaksanaan projek LSSPV ini berjaya disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Dalam pada itu, belia turut berkata, SE ketika ini memberikan komitmen yang tinggi dalam teknologi hijau yang mana antaranya membangunkan infrastruktur Sistem Simpanan Tenaga Bateri (BESS) berkapasiti 100 Megawatt (MW) di Lahad Datu.

“SE optimis bahawa kedua-dua projek LSSPV dan BESS ini akan menjadi penanda aras dalam inovasi tenaga lestari dan meningkatkan potensi kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/08/sabah-electricity-terima-tawaran-projek-solar-15-mwac/feed/ 0 66626
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT 2024 https://sabahmedia.com/2024/12/28/sabah-electricity-terima-rm161-7-juta-subsidi-icpt-2024/ https://sabahmedia.com/2024/12/28/sabah-electricity-terima-rm161-7-juta-subsidi-icpt-2024/#respond Sat, 28 Dec 2024 04:26:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66066
Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu: Sabah Electricity telah menerima bayaran subsidi sebanyak RM161.7 juta bagi menampung Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) tahun ini. 

Pengerusi Sabah Electricity, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, pembayaran itu telah diterima daripada Kerajaan Persekutuan pada 23 Disember lalu.

“Jumlah itu merupakan bayaran bagi menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana prihatin mendengar keperluan dan permohonan kita sekali gus membolehkan Sabah Electricity terus dapat beroperasi membekalkan bekalan tenaga di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini semalam.

Terdahulu pada November lalu, Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran dalam Persidangan Parlimen Dewan Rakyat  telah membangkitkan kebimbangan bahawa Sabah mungkin bergelap semasa sambutan Krismas dan menjelang sambutan Tahun Baru sekiranya kerajaan tidak membuat pembayaran subsidi tersebut.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sabah yang juga memperuntukkan subsidi ICPT sebanyak RM50.9 juta kepada Sabah Electricity.

“Seperti yang telah diumumkan Ketua Menteri pada 20 Disember 2024, pengecualian surcaj ICPT telah dipersetujui untuk diteruskan bagi tempoh 1 Januari 2025 hingga 30 Jun 2025. 

“Untuk tujuan ini, Kerajaan Sabah telah memperuntukkan 50.9 juta untuk membantu meringankan beban pengguna.

“Selaku Pengerusi Sabah Electricity saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Kerajaan Sabah atas keprihatinan dan pemberian subsidi ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/28/sabah-electricity-terima-rm161-7-juta-subsidi-icpt-2024/feed/ 0 66066
Bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah pulih sepenuhnya https://sabahmedia.com/2024/11/09/bekalan-elektrik-di-pantai-timur-sabah-pulih-sepenuhnya/ https://sabahmedia.com/2024/11/09/bekalan-elektrik-di-pantai-timur-sabah-pulih-sepenuhnya/#respond Sat, 09 Nov 2024 13:43:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63512
Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu: Gangguan bekalan elektrik hampir lebih lima jam di beberapa daerah di Pantai Timur Sabah telah berjaya dipulihkan sepenuhnya kira-kira jam 5.24 petang tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, gangguan bekalan bermula jam 12.14 tengah hari itu telah dipulihkan secara berperingkat bermula jam 2.03 petang.

Katanya, antara daerah terlibat Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

“Gangguan bekalan tersebut berlaku pada Talian No.1 sambungtara 275kV Kolopis – Segaliud ketika Sabah Electricity sedang melaksanakan kerja-kerja pemulihan fasa akhir pemindahan pengalir daripada menara sementara Emergency Restoration System (ERS) ke menara kekal yang baharu disiapkan bagi talian No.2.

“Ketika kejadian, hanya talian No.1 sambungtara tersebut sahaja yang membekalkan 138MW tenaga elektrik ke Pantai Timur Sabah.

“Kerja-kerja siasatan untuk mengenalpasti punca talian sambungtara Kolopis- Segaliud tersebut terpelantik akibat ‘Transient Fault’ sedang giat dilakukan oleh pasukan teknikal Sabah Electricity dan pemeriksaan di tapak akan disambung pada hari esok (Ahad) berikutan cuaca buruk dan hujan lebat yang menghalang laluan akses masuk di sepanjang talian tersebut di Ranau,” katanya.

Mohd Yaakob berkata, dengan bantuan pantas daripada Kerajaan Negeri Sabah bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak Mac lalu telah dapat mempercepatkan pelaksanaan kerja-kerja penggantian dua menara 275kV pada talian sambungtara Kolopis-Segaliud di daerah Ranau yang telah rosak akibat pergerakan tanah mendap.

Katanya, ini adalah bagi memastikan kelangsungan bekalan elektrik ke Pantai Timur Sabah tidak terjejas.

Dalam pada itu, Sabah Electricty menghargai kesabaran dan keprihatinan semua pengguna di daerah Pantai Timur Sabah yang terjejas dan memohon maaf di atas gangguan bekalan yang berlaku. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH ELECTRICITY

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/09/bekalan-elektrik-di-pantai-timur-sabah-pulih-sepenuhnya/feed/ 0 63512
Bekalan Eletrik Sabah Terus Meruncing https://sabahmedia.com/2024/11/09/bekalan-eletrik-sabah-terus-meruncing/ https://sabahmedia.com/2024/11/09/bekalan-eletrik-sabah-terus-meruncing/#respond Sat, 09 Nov 2024 10:12:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63498
Read Time:9 Minute, 35 Second

1.​Pada akhir bulan Oktober 2024, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah di jenamakan semula sebagai Sabah Electricity, dengan imej korporat yang baru. Penjenamaan ini telah di laksanakan selaras dengan komitmen SESB untuk meningkatkan mutu serta kecekapan perkhidmatan kepada pengguna.

2.​Secara am-nya, ramai melihat penjenamaan ini sebagai langkah permulaan kepada penyelesaian isu bekalan elektrik di Sabah. Namun begitu, ramai juga yang skeptikal dan melihat penjenamaan ini sebagai hanya perubahan kosmetik/ cosmetic change yang tidak akan menghasilkan banyak manfaat, seumpama menyalin kulit buku tetapi isinya tetap sama. 

3.​Pandangan sinis ini tidaklah mengejutkan, dan berpunca daripada hakikat bahawa isu bekalan elektrik di Sabah sudah berlanjutan untuk sekian lama, dari generasi ke generasi, tanpa penyelesaian yang meyakinkan. Rata-rata penduduk Sabah sudah lali dengan isu ini, dan sudah terhakis harapan serta kepercayaan terhadap agenda penyelesaian yang di janjikan. 

4.​Sabah Electricity merupakan organisasi tenaga ulung yang menjalankan aktiviti penjanaan, transmisi dan pengedaran (generation, transmission, distribution) elektrik untuk pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

Ianya adalah organisasi tunggal yang bertanggungjawab untuk pembekalan elektrik kepada pengguna di Sabah dan WP Labuan.

5.​Fakta menarik: Pada tahun 1957, sejarah SESB bermula sebagai Lembaga Letrik Borneo Utara, dan Lembaga Letrik Sabah pada tahun 1963. Seterusnya, pada tahun 1998, SESB telah di swastakan. Kini, pemegang saham SESB/ Sabah Electricity adalah Tenaga Nasional Berhad (80%) dan Kerajaan Sabah (20%).

6.​Walaupun Sabah Electricity menggalas tanggungjawab besar ini, ianya tidak memiliki kuasa untuk menentukan kadar tarif elektrik yang di kenakan kepada pengguna dan juga kadar kos pembayaran pembelian elektrik kepadaPengeluar Tenaga Bebas/ Independent Power Producer (IPP)

7.​Selama ini, kedua-dua kadar berkenaan di tentukan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) di Putrajaya. Dan kini, sejak Januari 2024, kuasa kawal selia bekalan elektrik di Sabah telah di pindahkan dari Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada Suruhanjaya Tenaga SabahEnergy Commission of Sabah (ECoS). Pemindahan kuasa ini adalah sebahagian daripada hasil persetujuan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

8.​Menurut Pengerusi Sabah Electricity, ketika ini, Sabah Electricity beroperasi di dalam kerugian sekitar 10 sen per kilowatt-jam (kWh). Secara purata, kadar tarif elektrik yang di kenakan kepada pengguna adalah 34.5 senper kWh. Manakala kos pembelian elektrik dari IPP adalah 43.8 sen per kWh. 

9.​Ini bermakna Sabah Electricity beroperasi di bawah model perniagaanyang tidak mampan untuk jangka masa panjang. Tiada organisasi di seluruh negara mahupun dunia yang boleh terus beroperasi di dalam kerugian tahun demi tahun, melainkan menerima bantuan kewangan dari pihak lain.

Kemampanan model perniagaan ini adalah isu fundamental bekalan elektrik di Sabah.

10.​Bagi menampung ‘kerugian’ berkenaan, Kerajaan Malaysia terpaksa menyediakan jumlah subsidi elektrik yang sangat besar kepada Sabah Electricity. Sebagai contoh. Subsidi elektrik tersebut berjumlah RM 862 juta(2022) dan RM 866 juta (2024).

11.​Semasa Persidangan Dewan Rakyat pada awal Julai 2024, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memaklumkan bahawa jumlah siling indikatif subsidi daripada Kerajaan Malaysia kepada Sabah Electricity untuk tempoh 7 tahun (2024 – 2030) adalah sebanyak RM3.54 billion. Ini merangkumi subsidi bahan api, subsidi solar berskala besar, subsidi sokongan tarif dan subsidi Tenaga Boleh Baharu (FiT). 

Subsidi ini bukanlah automatik. Ianya perlu di mohon oleh Sabah Electricity dan tertakluk kepada pertimbangan serta kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia.

12.​Secara purata, jumlah indikatif subsidi daripada Kerajaan Malaysia kepada Sabah Electricity sepanjang tempoh masa 7 tahun tersebut adalah RM 506 juta setahun.

Berdasarkan model perniagaan sediada, adakah jumlah ini mencukupi untuk menampung ‘kerugian’ Sabah Electricity setiap tahun? Tidak!

13.​Malangnya, model perniagaan ini tidak dapat di elakkan kerana Sabah Electricity bergantung tinggi dan ‘terikat’ dengan IPP untuk pembekalan elektrik kepada pengguna. Menurut laman sesawang Sabah Electricity, terdapat 18 loji penjanaan elektrik di Sabah, di mana 9 di miliki oleh Sabah Electricitydan 9 lagi di miliki oleh IPP. Namun begitu, hanya 20% elektrik di hasilkan oleh Sabah Electricity dan majoriti 80% oleh IPP.

                                                                                   

Sumber: Laman sesawang SESB

14.​ Kos pembelian elektrik yang tinggi daripada IPP yang di tanggung oleh Sabah Electricity adalah satu isu legasi, di mana telah di persetujui di antara Suruhanjaya Tenaga dan IPP terbabit di Kuala Lumpur/ Putrajaya. Malah, Sabah Electricity tidak memiliki kuasa untuk mengubah kadar kos pembelian berkenaan.

Walaupun pahit untuk di telan, Sabah Electricity terpaksa menerima sahaja.

15.​Beberapa tahun dahulu, bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) pernah mendedahkan bahawa perjanjian dengan IPP terawal adalah berat sebelah dan lebih menguntungkan IPP. Akibatnya, TNB telah terbeban dengan kos elektrik yang lebih mahal.

16.​Beliau menyatakan, ketika itu, TNB dapat menghasilkan elektrik padakadar 8 sen per kWh, dan boleh di sediakan kepada pengguna pada 17 sen per kWh. Sebaliknya, IPP menghasilkan elektrik pada 23 sen per kWh, iaitu hampir 190% lebih mahal daripada TNB.

17.​Maka, tidak mengejutkan IPP di Sabah turut mendapat sweet deal yang serupa ataupun lebih baik. Sudah pasti ini bukanlah satu situasi win-win untuk kedua-dua pihak Sabah Electricity dan IPP. Ianya lebih menjurus kepada situasi win-lose, di mana IPP senang-lenang ibarat ‘laughing all the way to the bank’, tetapi Sabah electricity pula nazak ibarat ‘begging to stay afloat’

Agaknya, ada mana-mana IPP yang merekodkan kerugian?

18.​Malah, perjanjian sweet deal yang memihak serta sangat menguntungkan IPP telah menimbulkan persepsi serta bisikan bahawa ada pihak di ‘corridor of power’ di peringkat nasional dan wilayah, yang bersekongkol untuk turut sama mengaut keuntungan dan memiliki kepentingan di dalam IPP secara proksi.

19.​IPP adalah cash-cow yang menjana keuntungan besar. Naturally, everyone wants a piece of the pie. Samada untuk kepentingan diri sendiri, mahupun kepentingan politik.

20.​Apa yang jelas, perjanjian yang di persetujui di Kuala Lumpur/ Putrajaya akhirnya telah merugikan Sabah Electricity, sehinggakan Sabah Electricity jatuh melutut. Dan rakyat Sabah yang sengsara!

21.​Lebih malang lagi, Kerajaan Malaysia terpaksa pula mengguna-pakai duit rakyat untuk menyediakan subsidi elektrik beratus juta Ringgit setahun bagi menampung kerugian Sabah Electricity. 

Dalam bahasa mudah, rakyat yang sengsara hidup sebenarnya membiayai kemewahan hidup pemilik IPP.    

22.​Model perniagaan sediada yang merugikan ini telah melemahkan kedudukan kewangan Sabah Electricity, sehinggakan mengekang keupayaan Sabah Electricity untuk menangani isu bekalan elektrik di Sabah. Salah satu isu utama yang memerlukan penyelesaian segera ialah margin rizab elektrik yang sangat rendah ketika ini, sekitar 4% sahaja. 

23.​Sebagai perbandingan, menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia, margin rizab elektrik di Semenanjung Malaysia adalah sekitar 28 – 36%.


24.​Margin rizab elektrik di perlukan sebagai ‘back-up’ bagi menampung keperluan bekalan elektrik apabila berlaku gangguan atau kerosakan di loji penjanaan elektrik. Situasi margin rizab elektrik yang rendah ini telah menjejaskan kestabilan bekalan elektrik di Sabah, dan menyusahkan kehidupanseharian penduduk Sabah.

25.​Sebagai contoh. Pada penghujung bulan Mac 2024, Sabah Electricity terpaksa melaksanakan catuan bekalan elektrik di Sabah akibat penutupan kecemasan di loji penjanaan elektrik milik IPP. Pelaksanaan catuan elektrik berkenaan melibat 15.5% pengguna (lebih 100,000 pengguna), merangkumi 14daerah di Sabah dan Labuan.

26.​Oleh kerana gangguan elektrik yang kerap, Sabah telah merekodkan Indeks Tempoh Gangguan Purata SistemSystem Average Interruption Duration Index (SAIDI) yang tinggi, walaupun dengan trend menurun.

SAIDI mengukur purata tempoh gangguan bekalan elektrik yang di alami oleh pengguna dalam masa setahun.

Tahun2005201320222023Sasaran 2030
Sabah: SAIDI4,109 minit424 minit302 minit274 minit100 minit

27.​Sebaliknya, SAIDI yang di rekodkan di tempat lain adalah jauh lebih rendah berbanding Sabah:

▪ Semenanjung Malaysia: 46.1 minit (tahun 2023)

▪ Sarawak: 77.9 minit (tahun 2022) 

28.​Pengerusi Sabah Electricity telah memaklumkan bahawa sasaran ialah untuk meningkatkan margin rizab elektrik kepada 30% menjelang tahun 2030. Lonjakan dari 4% kepada 30% di dalam tempoh masa singkat 6 tahun sudah pasti memerlukan komitmen pelaburan yang sangat besar. 

29.​Namun begitu, kedudukan kewangan yang lemah menyukarkan Sabah Electricity untuk membuat pelaburan besar bagi mencapai sasaran margin rizab elektrik. Oleh yang demikian, Sabah Electricity terpaksa bergantung kepada pelaburan swasta untuk membina margin rizab elektrik tersebut.

30.​Berdasarkan pengalaman terdahulu, ini berpotensi tinggi akan memanjangkan/ perpetuate model perniagaan sediada yang menguntungkan IPP tetapi merugikan Sabah Electricity. Dan akan terus memenjara Sabah Electricity di dalam satu kitaran yang menjahanamkan. 

31.​Malah, kedudukan kewangan terkini Sabah Electricity adalah sangat kritikal dan mengalami defisit aliran tunai, menyebabkan tidak mampu membuat pembayaran kepada IPP. Oleh itu, beberapa hari lepas, Pengerusi Sabah Electricity telah memberi amaran bahawa Sabah mungkin mengalami black-out menyeluruh pada awal tahun 2025, sekiranya bantuan subsidi tidak di sediakan secukupnya kepada Sabah Electricity.

32.​Susulan amaran tersebut, Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) cawangan Sabah telah menyuarakan kebimbangan kesan negatif kepada perniagaan dan potensi pelaburan di Sabah, akibat gangguan bekalan elektrik. MICCI telah mengesa bantuan segera dari Kerajaan Malaysia untuk mengelakkan blackout daripada berlaku.

33.​Kerajaan Sabah hanya memiliki pegangan minoriti (20%) di dalam Sabah Electricity. Pemegang saham majoriti (80%) adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB), menjadikan Sabah Electricity sebagai sebuah anak syarikat TNB. 

Dan TNB merupakan sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan/ Government-Linked Company (GLC) milik Kerajaan Malaysia.

34.​Secara keseluruhan, Sabah Electricity di terajui dan di uruskan oleh TNB, tanpa banyak penglibatan Kerajaan Sabah. Malah, sejak di tubuhkan pada tahun 1998, hanya pada Jun 2023 seorang anak watan Sabah di lantik sebagai Pengerusi Sabah Electricity.

35.​Oleh yang demikian, sebagai pemilik dan pengurus Sabah Electricity, TNB dan Kerajaan Malaysia sewajarnya menggandakan usaha untuk menangani isu bekalan elektrik di Sabah. Lebih-lebih lagi, isu legasi berkaitan sweet dealIPP berpunca dari Kuala Lumpur/ Putrajaya.

36.​The saga continues..


]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/09/bekalan-eletrik-sabah-terus-meruncing/feed/ 0 63498
Projek Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) Sabah: Isu Ketelusan dan Kebimbangan Subsidi Elektrik https://sabahmedia.com/2024/11/05/projek-sistem-penyimpanan-tenaga-bateri-bess-sabah-isu-ketelusan-dan-kebimbangan-subsidi-elektrik/ https://sabahmedia.com/2024/11/05/projek-sistem-penyimpanan-tenaga-bateri-bess-sabah-isu-ketelusan-dan-kebimbangan-subsidi-elektrik/#respond Tue, 05 Nov 2024 13:12:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63338
Read Time:2 Minute, 49 Second

Kota Kinabalu – Pengumuman Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk membangunkan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) berkapasiti 100 megawatt (MW) dengan penyimpanan tenaga maksimum 400 megawatt-jam (MWh) di Lahad Datu, Sabah, terus menimbulkan persoalan di kalangan rakyat Sabah.

Projek yang dijangka menjadi projek penyimpanan tenaga bateri terbesar di Asia Tenggara ini bertujuan untuk meningkatkan margin rizab Grid Sabah semasa tempoh puncak serta menyokong pertumbuhan sumber tenaga solar berskala besar. Pembinaannya dijangka dimulakan tidak lama lagi, dengan operasi komersial yang dijadualkan pada 30 Jun 2025.

Walau bagaimanapun, Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Junz Wong, menyuarakan kebimbangan mengenai ketelusan pengurusan kewangan projek BESS bernilai RM645 juta ini. Beliau menekankan bahawa orang awam berhak mengetahui peruntukan dan perbelanjaan dana projek tersebut, memberi amaran bahawa tanpa ketelusan, SESB mungkin terus terperangkap dalam isu salah urus kewangan yang telah lama membelenggu syarikat tersebut.

Kebimbangan ini turut timbul berikutan harga pembelian BESS yang dikatakan terlalu tinggi dan hanya dapat ditampung melalui subsidi, dengan dakwaan bahawa pembekal lain menawarkan harga yang lebih rendah.

Dalam menjawab persoalan mengenai kos projek BESS, Pengerusi SESB, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, menjelaskan bahawa keputusan tender bernilai lebih RM100 juta ini dibuat oleh pihak di Kuala Lumpur, bukannya SESB atau Kerajaan Negeri, dan bahawa Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam urusan perolehan SESB.

Beliau juga menyatakan bahawa kira-kira 21 syarikat menghadiri taklimat bagi tender tersebut, dengan setiap syarikat memerlukan modal berbayar minimum sebanyak RM5 juta. Enam syarikat telah disenarai pendek, termasuk syarikat-syarikat yang berpangkalan di Sabah. Syarikat-syarikat yang disenarai pendek ini perlu menjadi sebahagian daripada konsortium bersama peneraju antarabangsa.

“Proses pemilihan sangat ketat kerana ini adalah projek pertama seumpamanya di Malaysia,” kata beliau.

Timbul juga kebimbangan tentang kadar tarif yang bakal dikenakan kepada pengguna akhir, sama ada di peringkat domestik mahupun kediaman isi rumah. Untuk rekod, kos penjanaan elektrik adalah 43 sen seunit, manakala tarif yang diluluskan kerajaan sejak tahun 2014 hanya 34 sen seunit, menyebabkan SESB mengalami kerugian 10 sen bagi setiap unit elektrik yang dijual.

Subsidi Elektrik dalam Belanjawan 2025

Dalam pada itu, Madius turut menyuarakan kebimbangannya mengenai keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak mempertimbangkan subsidi elektrik bagi Sabah dalam Bajet 2025.

Beliau mempersoalkan sama ada bantuan kepada negara asing dianggap lebih penting berbanding keperluan domestik untuk bekalan elektrik yang stabil. Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) menyatakan keperluan subsidi elektrik Sabah untuk tahun 2024 berjumlah RM866 juta, dan tanpa subsidi ini, SESB mungkin menghadapi masalah kewangan yang serius.

Pihak Sabahmedia turut memohon maklum balas daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), yang memegang saham majoriti dalam SESB dan memiliki pengaruh besar dalam operasi serta tadbir urus SESB.

Wakil TNB yang tidak mahu dikenali menyatakan bahawa TNB hanya bertindak sebagai operator dan tiada kaitan dengan isu subsidi tarif elektrik Sabah malah TNB menggesa agar jawapan rasmi diperolehi daripada Kementerian Kewangan dalam sesi penggulungan Belanjawan kementerian itu nanti.

Keputusan mengenai penghapusan subsidi elektrik untuk Sabah menimbulkan kebimbangan tentang kesannya terhadap perjanjian jual beli BESS yang mungkin melebihi harga tarif yang dibenarkan. Dengan subsidi yang terancam untuk dihapuskan, terdapat kebimbangan besar mengenai masa depan bekalan elektrik Sabah pada tahun hadapan dan seterusnya.

Ini penting memandangkan rancangan Kerajaan Negeri Sabah untuk mengambil alih sepenuhnya kawalan ke atas SESB dalam tempoh tujuh tahun akan datang, bertujuan meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan bekalan elektrik di negeri tersebut.

Oleh itu, ketelusan Tenaga Nasional Berhad, yang menguasai SESB, dalam memberikan penjelasan tuntas mengenai isu ini adalah penting demi hak dan kepentingan rakyat Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/05/projek-sistem-penyimpanan-tenaga-bateri-bess-sabah-isu-ketelusan-dan-kebimbangan-subsidi-elektrik/feed/ 0 63338
SESB kini dikenali sebagai Sabah Electricity https://sabahmedia.com/2024/10/25/sesb-kini-dikenali-sebagai-sabah-electricity/ https://sabahmedia.com/2024/10/25/sesb-kini-dikenali-sebagai-sabah-electricity/#respond Fri, 25 Oct 2024 09:53:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62756
Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kini dijenamakan semula dan dikenali sebagai Sabah Electricity yang bertujuan bagi memperkukuhkan sistem perkhidmatan bekalan elektrik kepada pengguna di Sabah dan Labuan.

Pengerusi Sabah Electricity, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, syarikat utiliti itu bertekad untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang berdaya harap.

Katanya, penjenamaan yang dilaksanakan adalah satu langkah strategik dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan masa kini dan di masa akan datang.

“Penjenamaan semula bukan hanya tentang menukar logo atau warna korporat tetapi melibatkan imej dan identiti syarikat.

“Sabah Electricity kini mengorak langkah sebagai satu pasukan yang bersatu padu, progresif dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Penjenamaan SESB, Kaunter Perkhidmatan Pengguna Kota Kinabalu dan Nombor  Talian Aduan (Careline) 15444 di sini hari ini.

Madius berkata, masa depan tenaga adalah berpaksikan kepada sumber tenaga hijau dan Sabah Electricity komited untuk menjadi sebahagian daripada transisi ini.

“Kita mahu mencapai net zero carbon emissions dalam operasi kita dan ini adalah keutamaan dalam pelbagai dasar dan inisiatif, termasuklah dalam program CSR kita yang akan menekankan aspek kelestarian alam sekitar,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata, Kaunter Perkhidmatan Pengguna Kota Kinabalu mula beroperasi di Bangunan KWSP pada 21 Oktober yang lalu.

“Sabah Electricity tampil dengan wajah yang baharu dan menyediakan kaunter perkhidmatan pengguna yang lebih kondusif, selesa, ceria dan moden untuk memudahkan pengguna berurusan,” katanya.

Katanya, perubahan nombor talian Careline 15454 kepada 15444 turut dilaksanakan untuk memudahkan panggilan pengguna disalurkan terus ke Pusat Perkhidmatan Pelanggan dan tidak lagi melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada waktu panggilan puncak. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/25/sesb-kini-dikenali-sebagai-sabah-electricity/feed/ 0 62756
SESB laksana projek Fast Track 94MW tingkatkan rizab penjanaan Sabah https://sabahmedia.com/2024/09/25/sesb-laksana-projek-fast-track-94mw-tingkat-rizab-penjanaan-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/09/25/sesb-laksana-projek-fast-track-94mw-tingkat-rizab-penjanaan-sabah/#respond Wed, 25 Sep 2024 00:33:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61146
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah diberikan kelulusan untuk melaksanakan projek pemasangan loji janakuasa gas bertujuan meningkatkan rizab kapasiti penjanaan di Grid Sabah.

SESB baru-baru ini telah menerima Letter of Notitication (LoN) daripada Energy Commission of Sabah (ECoS) bagi kerja-kerja pembekalan dan pemasangan penjana tarbin gas dengan kapasiti sebanyak 94 Megawatt (MW) yang akan bermula pada September 2024 dan dijangka siap untuk dimulatugas pada bulan Jun, 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif, Ir.Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata projek loji janakuasa berasaskan gas itu adalah antara inisiatif jangka masa pendek yang perlu dilaksanakan berdasarkan kepada Pelan Pembangunan Penjanaan yang telah diluluskan Majlis Tenaga Sabah (MTS).

Beliau berkata lokasi projek tersebut adalah di daerah Kimanis dan loji janakuasa gas tersebut akan disambungkan ke sistem Grid Sabah dengan menggunakan injection point di Pencawang Masuk Utama (PMU) Langsat, Kimanis.

“Keperluan untuk melaksanakan projek Fast Track ini amat kritikal untuk memastikan kapasiti penjanaan yang mencukupi dan menjamin kestabilan sistem Grid Sabah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/25/sesb-laksana-projek-fast-track-94mw-tingkat-rizab-penjanaan-sabah/feed/ 0 61146
Penduduk Pulau Omadal berterima kasih atas keprihatinan SESB https://sabahmedia.com/2024/09/08/penduduk-pulau-omadal-berterima-kasih-atas-keprihatinan-sesb/ https://sabahmedia.com/2024/09/08/penduduk-pulau-omadal-berterima-kasih-atas-keprihatinan-sesb/#respond Sat, 07 Sep 2024 20:37:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60312
Read Time:1 Minute, 56 Second

Semporna: Penduduk di Pulau Omadal, di sini merakamkan ucapan terima kasih kepada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) atas keprihatinan memastikan komuniti di pulau itu terus  menikmati bekalan elektrik.

Ketua kampungnya, Nattang @ Ahmad Jais Satari, 65, memaklumkan pihak SESB banyak membantu mereka dalam pengoperasian Stesen Solar Hibrid (SSH).

“Sebelum ada solar, penduduk menggunakan genset dengan kos pembelian minyak diesel yang tinggi dan membebankan orang kampung.

“Namun, selepas ada SSH, kos yang perlu ditanggung melalui bayaran bil kepada SESB lebih murah berbanding menggunakan genset,” katanya.

Nattang berkata demikian ketika ditemui semasa lawatan kerja SESB untuk meninjau SSH di sini baru-baru ini.

Lawatan tersebut diketuai Pengerusi SESB, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir. Ts. Mohd. Yaakob Jaafar serta pegawai-pegawai kanan SESB.

Menurut Nattang, SSH juga banyak membantu penduduk setempat dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

“Dengan bekalan elektrik yang stabil, anak-anak kami dapat belajar pada waktu malam, dan perniagaan kecil di sini juga boleh beroperasi dengan lebih lancar.

“Sekiranya berlaku sebarang gangguan atau masalah teknikal, pihak SESB hadir untuk membantu kami dengan segera apabila aduan dibuat.

“Saya juga sangat terharu dan  berterima kasih kepada Datuk Seri Madius yang turut hadir sendiri melihat keadaan solar kami di sini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Omadal, Boneka Halail, 52, turut menzahirkan rasa syukur atas inisiatif kerajaan dan SESB dalam membantu penduduk pulau menikmati kemudahan elektrik walaupun berada di kawasan yang terpencil.

“Kami sangat berterima kasih kepada kerajaan dan SESB kerana dengan adanya SSH ini, kami tidak lagi perlu bimbang tentang bekalan elektrik, walaupun pulau ini masih belum disambungkan ke grid utama,” katanya.

Terdahulu, Madius memaklumkan, sistem solar hibrid tersebut merupakan gabungan teknologi panel solar, bateri dan enjin yang menggantikan penggunaan genset tradisional.

“Dahulu, penduduk kampung terpaksa bergantung kepada generator, lilin, atau pelita untuk mendapatkan bekalan elektrik. Namun, bekalan tersebut sangat terhad disebabkan kos minyak yang tinggi.

“Dengan adanya SSH ini, saya yakin kehidupan penduduk di sini menjadi lebih selesa dan stabil, serta mereka kini dapat menikmati kemudahan elektrik sepanjang hari,” katanya.

Untuk rekod, SSH merupakan sebuah projek di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di menerusi program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan kini dikendalikan oleh SESB bagi memastikan bekalan elektrik yang berterusan dan berkualiti kepada penduduk di kawasan luar bandar.  – SABAH MEDIA / FOTO SESB

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/08/penduduk-pulau-omadal-berterima-kasih-atas-keprihatinan-sesb/feed/ 0 60312
SESB buat laporan polis berhubung sambungan haram di Lahad Datu https://sabahmedia.com/2024/09/03/sesb-buat-laporan-polis-berhubung-sambungan-haram-di-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2024/09/03/sesb-buat-laporan-polis-berhubung-sambungan-haram-di-lahad-datu/#respond Tue, 03 Sep 2024 10:18:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60130
Read Time:1 Minute, 15 Second

Lahad Datu: Sebuah laporan polis telah dibuat Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berhubung kegiatan sambungan haram dan aktiviti mencuri elektrik yang dilakukan penduduk setinggan Kampung Puyut di sini hari ini.

Laporan tersebut dibuat sendiri oleh Pengerusi SESB, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

“Saya telah bersama pasukan SESB membuat tinjauan di perkampungan setinggan ini dan mendapati sambungan haram dilakukan secara terang-terangan.

“Ini adalah satu kegiatan yang sangat serius, dan oleh itu saya terus ke IPD Lahad Datu untuk membuat laporan,” katanya.

Madius berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, dianggarkan 1,000 rumah yang terdapat di Kampung Puyut mengakibatkan kerugian yang besar kepada SESB sehingga mencecah kira-kira RM1 juta.

“Justeru, laporan dibuat bertujuan untuk memohon pihak polis menyiasat siapakah individu-individu yang terlibat dalam sambungan haram.

“Saya juga meminta agar siasatan dibuat sama ada pemasangan sambungan haram ini dilakukan penduduk setinggan Kampung Puyut atau oleh sindiket atau kartel,” katanya.

Tambahnya, laporan itu juga dibuat bagi meminta pihak polis menyiasat sama ada sambungan haram itu melanggar mana-mana enakmen, akta atau undang-undang.

“Jika ya, apakah hukuman yang boleh disabitkan kepada individu-individu yang terlibat.

“Saya juga minta pihak polis menyiasat berapakah sebenarnya kerugian yang ditanggung SESB akibat kegiatan mencuri elektrik dan sambungan haram ini.

“Laporan ini juga dibuat untuk memastikan tiada yang menjadi mangsa renjatan elektrik kerana sambungan haram ini sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa orang awam termasuk penduduk Kampung Puyut sendiri,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SESB

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/03/sesb-buat-laporan-polis-berhubung-sambungan-haram-di-lahad-datu/feed/ 0 60130
SESB lancar projek rintis Self Meter Reading di Kiulu https://sabahmedia.com/2024/08/27/sesb-lancar-projek-rintis-self-meter-reading-di-kiulu/ https://sabahmedia.com/2024/08/27/sesb-lancar-projek-rintis-self-meter-reading-di-kiulu/#respond Tue, 27 Aug 2024 10:44:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59751
Read Time:1 Minute, 30 Second

KIULU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah melancarkan projek rintis Self Meter Reading (SMR) di kawasan Kiulu sempena Program SESB Bersama Ketua Komuniti di Dewan Terbuka, Pekan Kiulu di sini, hari ini.

Program tersebut dianjurkan oleh SESB dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kiulu, dan Pusat Khidmat Parlimen P. 170 Tuaran.

Gimik pelancaran SMR disempurnakan oleh Pengerusi SESB merangkap Ahli Parlimen P. 170 Tuaran
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir.Ts. Mohd Yaakob Hj. Jaafar berkata SMR akan memudahkan proses bacaan bil elektrik yang bukan sahaja lebih tepat, tetapi juga lebih efisien dan mesra pengguna.

“Dengan SMR, pengguna boleh membaca meter elektrik mereka sendiri dan menyerahkan bacaan tersebut kepada SESB melalui Aplikasi WhatsApp,” katanya semasa berucap pada program itu.

Selain memberi penerangan mengenai SMR, Mohd Yaakob berkata, program itu juga ada menerangkan mengenai Keselamatan Bekalan Elektrik, makluman mengenai Aplikasi mySESB dan makluman mengenai proses permohonan bekalan elektrik.

Jelasnya, program ini juga merupakan kesinambungan daripada Program Hari Bersama Pelanggan dan Taklimat Bersama Pemimpin Komuniti yang sebelum ini pernah dilaksanakan oleh SESB dan kini digabungkan sebagai Program SESB Bersama Ketua Komuniti dan akan dilaksanakan di semua bandar-bandar seluruh negeri Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

“Program serta usaha berterusan seperti ini adalah perlu sebagai satu platform untuk SESB memperkenalkan dan menyebarluaskan perkhidmatan yang disediakan untuk pengguna,” katanya.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai dalam ucapannya meluahkan ribuan terima kasih kepada pihak SESB kerana memilih Kiulu untuk melaksanakan projek rintis SMR.

“Saya juga menyeru masyarakat di Pekan Kiulu ini untuk mengambil manfaat daripada program yang dilaksanakan oleh SESB pada hari ini.

“Semoga program pada hari ini akan mencapai objektifnya dan memberi manfaat khususnya kepada masyarakat setempat di Kiulu,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/27/sesb-lancar-projek-rintis-self-meter-reading-di-kiulu/feed/ 0 59751