Setempat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 20 Nov 2021 10:15:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Setempat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tamu Lokal Kampung Kokol Tingkat Ekonomi Setempat https://sabahmedia.com/2021/11/20/tamu-lokal-kampung-kokol-tingkat-ekonomi-setempat/ https://sabahmedia.com/2021/11/20/tamu-lokal-kampung-kokol-tingkat-ekonomi-setempat/#respond Sat, 20 Nov 2021 10:15:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8650
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU : Tamu Lokal Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Kampung Kokol menjadi alternatif penduduk setempat meningkatkan pendapatan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Menteri yang bertanggungjawab Kepada DBKK, Datuk Abidin Madingkir berkata, tamu ini merupakan platform terbaik untuk memasarkan hasil pertanian, penternakan dan hasil kraftangan penduduk.

“Selain itu, pembukaan tamu ini secara tidak langsung berupaya menarik pelancong sekaligus meningkatkan ekopelancongan di kawasan ini.

“Kita berharap penduduk kampung dapat terus bekerjasama menjaga kemudahan-kemudahan yang disediakan dan melakukan promosi agar lebih ramai pengunjung datang berkunjung ke tamu ini nanti,” katanya dalam Majlis Perasmian Pembukaan Tamu Lokal Kampung Kokol Manggatal, pada Sabtu.

Tamu berkenaan beroperasi setiap Sabtu minggu pertama dan ketiga bermula pukul 6 pagi hingga 1 petang melibatkan seramai 30 penjaja.

Turut hadir, Mayor DBKK, Datuk Noorliza Awang Alip dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.18 Inanam, Datuk William Majimbun./Penerangan

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/20/tamu-lokal-kampung-kokol-tingkat-ekonomi-setempat/feed/ 0 8650
Pembukaan Semula Aktiviti & Sektor Ekonomi, Memacu Kembali Pertumbuhan Ekonomi Setempat – Shahelmey https://sabahmedia.com/2021/10/23/pembukaan-semula-aktiviti-sektor-ekonomi-memacu-kembali-pertumbuhan-ekonomi-setempat-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2021/10/23/pembukaan-semula-aktiviti-sektor-ekonomi-memacu-kembali-pertumbuhan-ekonomi-setempat-shahelmey/#respond Sat, 23 Oct 2021 11:31:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7844
Read Time:1 Minute, 10 Second

KUNDASANG: Pembukaan semula pelbagai aktiviti serta sektor ekonomi akan dapat memacu kembali pertumbuhan ekonomi setempat di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ianya juga akan dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat, namun demikian prosedur operasi standard (SOP) harus sentiasa dipatuhi agar proses pemulihan ekonomi tidak terjejas.

“Pelbagai aktiviti dan sektor-sektor ekonomi sudah mula dibuka, ini termasuk lah tamu-tamu dan pasar malam.

“Ia akan dapat meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat setempat di negeri ini.

“Dalam melakukan aktiviti, penting untuk kita mematuhi SOP agar segala rancangan pemulihan dan pembukaan ekonomi tidak akan terganggu lagi dengan jangkitan-jangkitan atau peningkatan kes COVID-19 disebabkan kecuaian kita” jelasnya.

Shahelmey berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Rukun Tetanga (RT) Care di Tamu KRT Kundasang anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) pada Sabtu.(23 Oktober 2021)

Terdahulu, dalam program yang sama, Shahelmey turut menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada peniaga-peniaga Tamu KRT Kundasang yang merupakan Ahli Kawasan Rukun Tetangga Kundasang.

Beliau berharap sumbangan yang diberikan oleh Kementerian Perpaduan Negara melalui JPNIN yang bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah kepada para peniaga yang baru kembali memulakan perniagaan itu akan dapat meringankan sedikit beban mereka.

“Saya berharap sumbangan ini akan dapat membantu meringankan sedikit beban para peniaga yang terkesan dan baru memulakan kembali perniagaan sejak pandemik COVID-19 melanda negara,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/23/pembukaan-semula-aktiviti-sektor-ekonomi-memacu-kembali-pertumbuhan-ekonomi-setempat-shahelmey/feed/ 0 7844