Setiap Tahun – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 13 Sep 2023 03:09:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Setiap Tahun – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pameran Hari Malaysia perlu diadakan setiap tahun – Christina https://sabahmedia.com/2023/09/13/pameran-hari-malaysia-perlu-diadakan-setiap-tahun-christina/ https://sabahmedia.com/2023/09/13/pameran-hari-malaysia-perlu-diadakan-setiap-tahun-christina/#respond Wed, 13 Sep 2023 01:55:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41731
Read Time:1 Minute, 21 Second

PENAMPANG: Pameran Hari Malaysia perlu diadakan setiap tahun sempena sambutan tahunan memperingati Hari Malaysia, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Beliau mencadangkan demikian selepas merasmikan Pameran Hari Malaysia 2023 ke-60 dengan tema “Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Teknologi & Komersial Antarabangsa (ITCC) di sini pada Selasa.

Christina berkata, pameran itu merupakan satu inisiatif yang baik di pihak Jabatan Arkib Negeri. Justeru, saya menggalakkan generasi muda melawat gerai-gerai pameran sejarah North Borneo (kini Sabah) dan Malaysia.

“Mereka mesti tahu dan faham sejarah kelahiran Malaysia dan bagaimana Sabah mencapai Kemerdekaan pada tahun 1963, dan kemudiannya membentuk Persekutuan Malaysia, bersama-sama dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pameran itu.

Menurut Christina, pameran yang berlangsung sehingga 16 Sept ini bermula dari jam 10 pagi hingga 9 malam setiap hari, turut mengetengahkan inisiatif Kerajaan Sabah Maju Jaya (SMJ), selain peranan, fungsi dan program 10 kementerian negeri termasuklah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar serta Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan.

Beliau turut diiringi Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Datuk Dr Ahemad Sade yang mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri, dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pameran Shirley Sion.

Dalam pada itu, Christina turut meninjau gerai-gerai pameran daripada Jabatan Ketua Menteri (JKM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Jabatan Arkib Negeri, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Perhutanan, Jabatan Percetakan, Jabatan Keretapi Negeri dan lain-lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/13/pameran-hari-malaysia-perlu-diadakan-setiap-tahun-christina/feed/ 0 41731
GLC Negeri Perlu Bayar Sekurang-kurangnya RM1 Juta Dividen Setiap Tahun https://sabahmedia.com/2022/03/28/glc-negeri-perlu-bayar-sekurang-kurangnya-rm1-juta-dividen-setiap-tahun/ https://sabahmedia.com/2022/03/28/glc-negeri-perlu-bayar-sekurang-kurangnya-rm1-juta-dividen-setiap-tahun/#respond Mon, 28 Mar 2022 09:02:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13588
Read Time:52 Second

TUARAN: Syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) dikehendaki membayar dividen sekurang-kurangnya sebanyak RM1 juta setahun kepada Kerajaan Negeri mulai tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dengan berbuat demikian ia akan membantu untuk meningkatkan tabung negara dan membawa lebih banyak pembangunan kepada rakyat.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun berkata, Kerajaan Negeri tidak akan bergantung kepada GLC sahaja untuk mengisi tabung negara.

“Kami memerlukan pelabur untuk masuk… Pelabur datang membawa dana untuk melakukan projek mereka dan ini akan mewujudkan impak positif kepada rakyat dan memberi pekerjaan kepada rakyat ,” katanya semasa mendengar taklimat di sekretariat mukim Tamparuli di sini pada Ahad.

Hajiji turut menyatakan, salah satu ciri dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) atau Pelan tindakan pembangunan Sabah telah mewujudkan dasar mesra pelabur.

“Dalam tempoh satu setengah tahun sejak pelancaran SMJ, kami telah menarik lebih daripada 10 syarikat akan datang melabur di Sabah,” katanya.

Melalui SMJ, beliau berkata Sabah sedang mengorak langkah dalam peningkatan ekonominya dan ini terbukti apabila negeri itu mencatatkan RM5.44 bilion hasil tahun lepas, yang terbesar dalam sejarahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/28/glc-negeri-perlu-bayar-sekurang-kurangnya-rm1-juta-dividen-setiap-tahun/feed/ 0 13588