Setiausaha politik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 26 Dec 2025 08:02:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Setiausaha politik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penyampaian dasar, urus persepsi rakyat secara berfakta – Azrul https://sabahmedia.com/2025/12/26/penyampaian-dasar-urus-persepsi-rakyat-secara-berfakta-azrul/ https://sabahmedia.com/2025/12/26/penyampaian-dasar-urus-persepsi-rakyat-secara-berfakta-azrul/#respond Fri, 26 Dec 2025 07:14:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88858
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Aspek penyampaian dasar dan komunikasi awam akan terus diperkukuh bagi memastikan setiap dasar, inisiatif serta hala tuju pentadbiran Kerajaan negeri disampaikan secara jelas, tepat dan berfakta kepada rakyat.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Azrul Ibrahim berkata, komunikasi yang berkesan amat penting bukan sahaja untuk memaklumkan rakyat mengenai pelaksanaan projek dan program kerajaan, malah bagi mengurus persepsi awam secara bertanggungjawab serta mengelakkan salah faham terhadap dasar yang dilaksanakan.

Katanya, penyampaian maklumat yang konsisten, telus dan berterusan akan membantu meningkatkan kefahaman rakyat serta membina keyakinan terhadap keupayaan kerajaan negeri dalam mentadbir dan memenuhi keperluan sebenar masyarakat.

“Dalam pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang akan bermula tahun hadapan, peranan komunikasi awam menjadi semakin kritikal.

“Rakyat perlu mengetahui apa yang sedang dilaksanakan, perancangan yang dirangka serta manfaat yang bakal mereka terima,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya di sini pada Jumaat.

Azrul berkata, kerajaan negeri komited memastikan setiap dasar dan inisiatif, khususnya yang melibatkan penyelesaian isu asas seperti bekalan air, jalan raya dan elektrik, disampaikan dengan penjelasan yang tepat agar rakyat memahami cabaran, garis masa serta langkah penyelesaian yang sedang diambil.

Beliau turut menegaskan bahawa penyampaian dasar tidak boleh bersifat sehala, sebaliknya perlu mengambil kira maklum balas rakyat bagi membolehkan penambahbaikan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Selain itu, katanya, pelbagai program kerajaan negeri dalam bidang pendidikan, pembangunan modal insan, keusahawanan, kebajikan sosial, belia, sukan serta pemerkasaan wanita dan golongan rentan perlu diperluaskan hebahan agar tidak ada rakyat yang tercicir daripada menikmati manfaat yang disediakan.

“Keutamaan kerajaan negeri adalah memastikan setiap usaha dan dasar yang digerakkan dapat dirasai impaknya oleh rakyat.

“Justeru, pengurusan persepsi secara berfakta dan berintegriti akan terus menjadi fokus utama,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/26/penyampaian-dasar-urus-persepsi-rakyat-secara-berfakta-azrul/feed/ 0 88858
KM arah Setiausaha Politik salur maklumat inisiatif kerajaan kepada akar umbi https://sabahmedia.com/2025/12/18/km-arah-setiausaha-politik-salur-maklumat-inisiatif-kerajaan-kepada-akar-umbi/ https://sabahmedia.com/2025/12/18/km-arah-setiausaha-politik-salur-maklumat-inisiatif-kerajaan-kepada-akar-umbi/#respond Thu, 18 Dec 2025 09:45:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88528
Read Time:2 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengarahkan 18 Setiausaha Politik yang baharu dilantik supaya memastikan maklumat mengenai inisiatif dan dasar Kerajaan Negeri sampai ke peringkat akar umbi.

“Peranan setiausaha politik amat penting dalam sistem pentadbiran kita. Saya mahu semua. setiausaha politik membantu kerajaan dan menteri masing-masing, khususnya dalam menyebarluaskan dasar-dasar kerajaan.

“Yang penting, dalam menyampaikan maklumat mengenai Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 yang akan bermula tahun hadapan,” katanya pada majlis angkat sumpah 18 Setiausaha Politik di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Beliau mengimbas kembali bahawa pada Pilihan Raya Negeri lalu, kebanyakan rakyat yang ditemuinya tidak mengetahui inisiatif dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan, walaupun ia telah dihebahkan secara meluas di semua platform media.

Katanya, isu seperti pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) oleh Kerajaan Negeri sebelum ini serta hakikat bahawa 39 pemegang sijil tersebut telah dianugerahkan biasiswa kerajaan, juga tidak diketahui oleh masyarakat Cina.

“Saya terkejut apabila ramai dalam kalangan masyarakat Cina tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri walaupun pelbagai bantuan telah disalurkan kepada sekolah-sekolah Cina dan badan keagamaan bukan Islam.

“Saya juga hairan mengapa mereka tidak mengetahui bantuan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Sabah sebelum ini. Kerajaan Negeri (diterajui GRS) telah memperuntukkan. lebih RM1.3 bilion bagi pendidikan dan pembangunan modal insan,” katanya.

Bantuan lain termasuk pemberian komputer riba percuma, bayaran yuran pendaftaran kemasukan universiti secara sekali bayar, subsidi kepada pelajar universiti sama ada di dalam negeri atau di Semenanjung Malaysia untuk pulang ke kampung halaman semasa cuti, bantuan kepada calon yang menduduki peperiksaan SPM setiap tahun, 40 unit Rumah Mesra SMJ yang akan ditingkatkan kepada 50 unit bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri, serta pelbagai lagi inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Semua ini tidak pernah dilaksanakan sebelum ini. Oleh itu, saya mahu setiausaha politik memainkan peranan masing-masing dalam menyampaikan maklumat ini kepada rakyat di peringkat akar umbi.

“Kita mahu rakyat mendapat maklumat yang tepat mengenai inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri supaya tidak timbul tuduhan bahawa kita hanya menabur janji kosong,” katanya.

Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri juga sedang mempertimbangkan permintaan Ahli Dewan Undangan pembangkang untuk mendapat bantuan peruntukan pengurusan pejabat.

“Kita sebagai Kerajaan yang adil akan mempertimbangkan tertakluk kepada budi bicara Menteri Kewangan,” katanya.

Hajiji turut mengingatkan setiausaha politik supaya tidak menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan peribadi.

“Saya mahu setiausaha politik melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya serta membantu menteri masing-masing dan kerajaan.

“Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati mengkhianati kepercayaan yang diberikan,” katanya sambil menambah bahawa mereka perlu bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan semua dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Setiausaha Politik baharu di Jabatan Ketua Menteri ialah Azrul Ibrahim (Ketua Setiausaha Politik), Datuk Effendi Mohamed Sunoh, Datuk Mazlan Joehari Manan, Datuk Arthur Sen, Datuk Norazlinah Arif, Datuk Lahirul Latigu, Noorazmahirah Noorzain dan Mohd Isquzawan Israq Arsit.

Setiausaha politik lain ialah Dr Bonaventure Boniface (Kementerian Kerja Raya dan Utiliti), Johari Joe Suhaimin (Kementerian Kewangan), Carlyle Lajimin (Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan), Abd Wahid Abd Razak (Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan), Justinus Jalang (Kementerian Pendidikan, Sains. Teknologi dan Inovasi), M. Aziriansyah Ali (Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif), Sabili Ahunang (Kementerian Pembangunan Luar Bandar), Marius Masain (Kementerian Pembangunan Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat). Datuk Raimie Unggi (Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) dan Herbert Roger (Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan).

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/18/km-arah-setiausaha-politik-salur-maklumat-inisiatif-kerajaan-kepada-akar-umbi/feed/ 0 88528
Lima setiausaha politik mengangkat sumpah https://sabahmedia.com/2023/04/05/lima-setiausaha-politik-mengangkat-sumpah/ https://sabahmedia.com/2023/04/05/lima-setiausaha-politik-mengangkat-sumpah/#respond Wed, 05 Apr 2023 09:15:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32208
Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: Lima setiausaha politik mengangkat sumpah di hadapan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu dekat sini hari ini.

Mereka ialah Abd Rahman Yakub, Mohd Suffian @ Eddie Matin, Chan Loong Wei, Lee Mee Peng dan Undi @ Jenddy N.C Sanggau.

Mereka akan ditempatkan di pelbagai kementerian di Jabatan Ketua Menteri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan berkuat kuasa serta merta.

Turut hadir Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Phoong Jin Zhe dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/05/lima-setiausaha-politik-mengangkat-sumpah/feed/ 0 32208
Dayang Norhayati angkat sumpah sebagai setiausaha politik https://sabahmedia.com/2023/01/18/dayang-norhayati-angkat-sumpah-sebagai-setiausaha-politik/ https://sabahmedia.com/2023/01/18/dayang-norhayati-angkat-sumpah-sebagai-setiausaha-politik/#respond Wed, 18 Jan 2023 08:14:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28058
Read Time:36 Second

KOTA KINABALU: Dayang Norhayati OKK Titing mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik di hadapan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu dekat sini, hari ini.

Dayang Norhayati mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik di hadapan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu pada Rabu. – Foto ihsan JKM

Dayang Norhayati dari Kinabatangan adalah antara empat ahli politik yang baru dilantik sebagai setiausaha politik.

Jonnybone J Kurum (kiri), Anuar Ghani (dua kiri) dan Jamain Sarudin (kanan) merakamkan gambar bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor selepas mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik di Menara Kinabalu minggu lalu.

Tiga lagi mengangkat sumpah minggu lalu iaitu Jonnybone J Kurum yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Anuar Ghani dan Jamain Sarudin.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/18/dayang-norhayati-angkat-sumpah-sebagai-setiausaha-politik/feed/ 0 28058