Setiausaha – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 15 Oct 2025 21:42:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Setiausaha – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sambutan ke-50 tahun Persatuan Setiausaha Sabah 26 Oktober ini https://sabahmedia.com/2025/10/16/sambutan-ke-50-tahun-persatuan-setiausaha-sabah-26-oktober-ini/ https://sabahmedia.com/2025/10/16/sambutan-ke-50-tahun-persatuan-setiausaha-sabah-26-oktober-ini/#respond Wed, 15 Oct 2025 21:42:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83383
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Setiausaha Sabah (SAS) akan menganjurkan Majlis Makan Malam sempena Sambutan Ke-50 tahun pada 26 Oktober nanti.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Maria Melvin Jaikul berkata, acara itu bertujuan meraikan sambutan yang ke-50 tahun selain menghargai sumbangan para ahli persatuan dalam aktiviti SAS, di samping mengeratkan silaturrahim di antara ahli lama dan baharu.

“Hari ini kita membuat kunjungan hormat kepada Toh Puan Faridah Tussin isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk menjemput beliau selaku penaung persatuan.

“Tujuan majlis makan malam ini adalah untuk menyampaikan penghargaan kepada ahli SAS, terutamanya mereka yang telah banyak menyumbang masa, tenaga, dan bakti kepada persatuan ini sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. 

“Penghargaan ini adalah tanda terima kasih kami atas dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi,” katanya.

Maria (tengah) semasa ditemui media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas kunjungan hormat kepada Toh Puan Faridah di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Rabu.

Mengenai aktiviti-aktiviti yang akan diadakan oleh SAS, Maria berkata, beberapa program terutamanya  berkaitan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sudah dirancang dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Tambahnya, seramai 160 orang telah berdaftar sebagai ahli SAS termasuk kakitangan kerajaan negeri, persekutuan dan swasta.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/16/sambutan-ke-50-tahun-persatuan-setiausaha-sabah-26-oktober-ini/feed/ 0 83383
Ketua Menteri terima kunjungan hormat Setiausaha Persekutuan Sabah baharu https://sabahmedia.com/2025/09/04/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-setiausaha-persekutuan-sabah-baharu/ https://sabahmedia.com/2025/09/04/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-setiausaha-persekutuan-sabah-baharu/#respond Wed, 03 Sep 2025 22:59:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80552
Read Time:20 Second

Kota Kinabalu: Setiausaha Persekutuan Sabah yang baru, Datuk Mohd Razali Wahab mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, di sini pada Rabu.

Razali sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Perancangan dan Persediaan (Dasar) di Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), menggantikan Dato Seri Rosli Isa yang bersara pada 26 Ogos lalu 

Lantikan Razali berkuatkuasa 2 September 2025. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/04/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-setiausaha-persekutuan-sabah-baharu/feed/ 0 80552
Setiausaha digesa beri khidmat cekap, berintegriti dan berkualiti tinggi – Roslina https://sabahmedia.com/2024/06/05/setiausaha-digesa-beri-khidmat-cekap-berintergriti-dan-berkualiti-tinggi-roslina/ https://sabahmedia.com/2024/06/05/setiausaha-digesa-beri-khidmat-cekap-berintergriti-dan-berkualiti-tinggi-roslina/#respond Wed, 05 Jun 2024 08:17:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55531
Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU: Semua Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SSS) digesa untuk memberikan perkhidmatan kesetiausahaan dengan cekap, berintegriti dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya lebih teratur.

Pengerusinya, Rosalind @ Roslina Bumpin berkata, ini adalah untuk memastikan proses kerja sebagai Setiausaha memenuhi standard yang berkualiti selain bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat berjalan lancar.

“Setiausaha juga merupakan cerminan sesebuah pejabat, kerana kitalah yang berada di hadapan membantu majikan (boss) kita dalam memberi penerangan maklumat korporat dan khidmat nasihat umum kepada pelanggan, berperwatakan mesra pelanggan, ceria, peramah, berbudi bahasa, menghormati tetamu atau palanggan, berintegriti dan akauntablti,” katanya ketika berucap sempena Majlis Makan Malam Persatuan Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di sini pada Sabtu (1 Jun).

Majlis Makan Malam yang julung kali diadakan sejak penubuhan persatuan itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Rosaline Oliver, semua Ahli Jawatankuasa dan ahli SSS dari seluruh jabatan kerajaan.

Roslina berkata, majlis seumpama ini diharap akan memberi peluang kepada semua ahli untuk mengukuhkan jalinan silaturrahim diantara mereka.

“Secara tidak langsung, ini merupakan kesempatan yang terbaik untuk kita mengeratkan semangat perpaduan dan kekitaan serta mewujudkan perasaan saling memahami, menghormati dan menghargai erti persahabatan dan lebih-lebih lagi dapat bekerjasama dalam menjalankan tugas sebagai Setiausaha.

“Malah yang lebih penting kefahaman dan kerjasama menjadi tunjang kekuatan untuk kita lebih maju ke hadapan dalam menghadapi sebarang situasi semasa menjalankan tugas yang mana kita sering berhadapan dengan pelbagai ragam dan sifat pelanggan ataupun pegawai atasan,” katanya.

Menurutnya, Setiausaha juga harus memahami etiket dan protokol serta bertindak sebagai pegawai perhubungan semasa kehadiran tetamu di pejabat.

“Selain itu, Setiausaha juga harus melayan dengan baik semua tetamu, pelanggan dan rakan kerja yang datang berurusan di pejabat walaupun kadang kala tanpa temujanji.

“Masalah di rumah tidak seharusnya di bawa ke pejabat, tinggalkan sebenar masalah tersebut agar kita dapat fokus dalam menjalankan tanggungjawab kita di pejabat,” tegasnya.

Tambah Roslina, untuk Setiausaha yang senior juga hendaklah memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional serta menyelia setiausaha baru dalam teknik membuat keputusan, mengatasi permasalahan dan peningkatan kemahiran, menerapkan budaya pembelajaran berterusan melalui perbincangan, perkongsian ilmu dan pengalaman.

“Manakala Setiausaha junior pula jangan segan untuk meminta bantuan dan tunjuk ajar.

“Keakraban antara Setiausaha Senior dan Junior dapat mengajar kita erti perkongsian kegembiraan serta mengeratkan hubungan yang sedia ada terjalin dan memperbaharui ukhuwah sesama kita,” ujarnya.

Setakat ini seramai 92 orang keahlian menyertai persatuan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/05/setiausaha-digesa-beri-khidmat-cekap-berintergriti-dan-berkualiti-tinggi-roslina/feed/ 0 55531