Setinggan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 25 Jul 2026 02:44:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Setinggan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DBKK roboh 40 struktur setinggan haram di tanah miliknya https://sabahmedia.com/2026/07/25/dbkk-roboh-40-struktur-setinggan-haram-di-tanah-miliknya/ https://sabahmedia.com/2026/07/25/dbkk-roboh-40-struktur-setinggan-haram-di-tanah-miliknya/#respond Sat, 25 Jul 2026 02:44:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100530
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 40 struktur setinggan haram yang dibina di atas tanah milik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dirobohkan menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu bagi membanteras pencerobohan tanah kerajaan dan penempatan haram.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi perobohan itu dilaksanakan pada 20 Julai lalu menerusi Bahagian Pencerobohan dan Struktur Haram, Jabatan Penguatkuasaan.

“Sebelum operasi dijalankan, sebanyak 40 Notis Pengosongan, Pengalihan dan Perobohan telah diserahkan kepada penghuni struktur setinggan di kawasan berkenaan pada 11 Julai 2026 sebagai tindakan awal penguatkuasaan.

“Hasil operasi bersepadu yang dijalankan pada 20 Julai, kesemua 40 struktur setinggan haram yang dikenal pasti berjaya dirobohkan mengikut peruntukan yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

Operasi berkenaan turut mendapat kerjasama beberapa agensi, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Air Negeri Sabah serta Sabah Electricity bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan teratur.

DBKK menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pencerobohan tanah kerajaan atau pembinaan struktur haram di kawasan pentadbirannya.

Menurut kenyataan itu, tindakan penguatkuasaan secara berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan kawasan yang telah dibersihkan tidak diceroboh semula atau dijadikan penempatan setinggan haram.

“DBKK akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan pencerobohan atau membina struktur tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan,” menurut kenyataan itu.

DBKK turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan tidak mendirikan sebarang struktur tanpa kelulusan pihak berkuasa bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil pada masa hadapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/25/dbkk-roboh-40-struktur-setinggan-haram-di-tanah-miliknya/feed/ 0 100530
DBKK roboh 166 setinggan haram bersebelahan Kampung Bandulan https://sabahmedia.com/2026/07/24/dbkk-roboh-166-setinggan-haram-bersebelahan-kampung-bandulan/ https://sabahmedia.com/2026/07/24/dbkk-roboh-166-setinggan-haram-bersebelahan-kampung-bandulan/#respond Fri, 24 Jul 2026 09:00:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100479
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 166 buah struktur setinggan haram berjaya dirobohkan dalam satu operasi perobohan di kawasan setinggan bersebelahan Kampung Bandulan di sini baru-baru ini.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi yang dijalankan itu seiring dengan komitmen bagi menangani isu pencerobohan tanah kerajaan dan pembinaan struktur haram di sekitar bandar raya.

Operasi bersepadu itu melibatkan seramai 46 orang anggota daripada pelbagai agensi, iaitu Jabatan Penguatkuasaan, DBKK; Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity dan Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (BKKP).

DBKK melalui Bahagian Perobohan dan Struktur Haram, Jabatan Penguatkuasaan, DBKK sebelum ini telah menjalankan bancian di kawasan berkenaan dan mengenal pasti sebanyak 166 buah rumah yang dibina secara haram.

Kesemua struktur tersebut kemudiannya diberikan Notis Pengosongan, Pengalihan dan Perobohan sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.

“Hasil operasi perobohan yang dijalankan pada 16 hingga 17 Julai lalu, kesemua 166 buah struktur setinggan haram telah berjaya dirobohkan.

“DBKK akan terus melaksanakan pemantauan dan tindakan susulan di kawasan yang terlibat bagi memastikan tiada struktur haram baharu didirikan, sekali gus memastikan kawasan tersebut kekal bebas daripada penempatan setinggan haram,” menurut kenyataan itu di sini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/24/dbkk-roboh-166-setinggan-haram-bersebelahan-kampung-bandulan/feed/ 0 100479
DUN Sabah : 11 penempatan setinggan di Kapayan berisiko tinggi kebakaran https://sabahmedia.com/2026/04/30/dun-sabah-11-penempatan-setinggan-di-kapayan-berisiko-tinggi-kebakaran/ https://sabahmedia.com/2026/04/30/dun-sabah-11-penempatan-setinggan-di-kapayan-berisiko-tinggi-kebakaran/#respond Thu, 30 Apr 2026 04:37:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95846
Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Sebanyak 11 penempatan setinggan di kawasan Kapayan dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi berdepan dengan kebakaran.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Maijol Mahap berkata, jumlah yang direkodkan Majlis Perbandaran Penampang (MPP) itu terletak di beberapa lokasi seperti darat, tepi parit serta kawasan berbukit.

“Kebanyakan penempatan ini mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, susun atur rumah yang rapat dan tidak terancang serta menggunakan bahan binaan yang mudah terbakar.

“Selain itu, terdapat kekangan dari segi akses laluan yang sempit dan terhad, yang boleh menjejaskan kelancaran operasi pasukan penyelamat dan bomba sekiranya berlaku kebakaran,”‘katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Chin Tek Ming (Warisan-Kapayan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini.

Maijol berkata, pihak MPP telah mengambil langkah pemantauan berterusan serta mengeluarkan notis di bawah Undang-Undang Kecil berkaitan bangunan dan keselamatan. 

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara berperingkat termasuk memberi notis amaran; notis lanjutan; dan yindakan perundangan ke atas pemilik-pemilik tanah.

” Kerajaan Negeri melalui Kementerian saya akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan langkah pencegahan, kawalan dan pelaksanaan tindakan susulan dapat dilaksanakan secara menyeluruh demi keselamatan penduduk serta mengurangkan risiko kejadian kebakaran di kawasan berkenaan,” katanya. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/30/dun-sabah-11-penempatan-setinggan-di-kapayan-berisiko-tinggi-kebakaran/feed/ 0 95846
56 Rumah Setinggan Bakau Likas Diroboh https://sabahmedia.com/2021/11/26/56-rumah-setinggan-bakau-likas-diroboh/ https://sabahmedia.com/2021/11/26/56-rumah-setinggan-bakau-likas-diroboh/#respond Fri, 26 Nov 2021 08:09:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8921
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 56 buah rumah setinggan yang didiami oleh warga asing di kawasan yang dikenali sebagai Setinggan Bakau Likas telah dirobohkan dalam satu operasi yang dijalankan bersama beberapa jabatan penguatkuasaan tempatan di sini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, pihak yang terlibat dalam Op Roboh selama empat hari bermula pada 23 November hingga 26 November 2021 tersebut ialah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Penguatkuasaan DBKK (JP DBKK) bersama pihak PDRM, Jabatan Tanah & Ukur (JTU), Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Suruhanjaya Tenaga.

Menurut Noorliza, sebelum Op Roboh ini diadakan, kawasan tersebut telahpun dibanci oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKK pada bulan Februari awal tahun ini dan didapati terdapat 267 buah rumah kesemuanya yang mana 56 daripadanya didiami oleh warga asing.

Hasil daripada bancian tersebut Notis Arahan Meroboh dan Mengalihkan Struktur di bawah Undang-undang Kecil (Bangunan) DBKK, 1951 telah disampaikan kepada penghuni-penghuni 56 buah rumah tersebut pada 22 Mac tahun ini iaitu lapan bulan yang lalu.

“Dalam operasi ini pihak PDRM membantu membuat kawalan keselamatan sepanjang operasi dijalankan manakala JTU membantu operasi merobohkan struktur-struktur haram.

“Pihak JANS dan SESB pula mengambil tindakan memotong penyambungan haram air dan elektrik. Operasi ini akan diteruskan di kawasan-kawasan setinggan yang lain di kawasan Kota Kinabalu,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/26/56-rumah-setinggan-bakau-likas-diroboh/feed/ 0 8921
26 Rumah Setinggan Di Telipok Musnah Terbakar https://sabahmedia.com/2021/09/11/26-rumah-setinggan-di-telipok-musnah-terbakar/ https://sabahmedia.com/2021/09/11/26-rumah-setinggan-di-telipok-musnah-terbakar/#respond Sat, 11 Sep 2021 10:33:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6168
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Kebakaran memusnahkan 26 buah rumah setinggan dalam satu kejadian di penempatan Telipok dekat sini, petang tadi.

Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Sabah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) PgKB I Misran Bisara mengesahkan kejadian itu berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.07 petang hari ini (11 September 2021), sepasukan anggota Bomba bergegas ke lokasi kejadian.

“Semasa tiba ke lokasi kejadian, mendapati kebakaran melibatkan 26 buah rumah jenis tidak kekal (setinggan) musnah terbakar 100 peratus.

“Pasukan Bomba membuat operasi pemadaman api menggunakan 3 aliran 1200 kaki 6 pancutan dan sumber air dari tangki jentera dan Water Tanker,” kata Misran.

‘Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dan kematian dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu.

“Operasi terkawal pada jam 2.23 petang sementara kerja-kerja ‘overhaul’ sedang dijalankan,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/11/26-rumah-setinggan-di-telipok-musnah-terbakar/feed/ 0 6168