Setuju – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 17 Apr 2024 14:43:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Setuju – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kabinet Negeri setuju hidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah https://sabahmedia.com/2024/04/17/kabinet-negeri-setuju-hidupkan-semula-lembaga-padi-dan-beras-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/04/17/kabinet-negeri-setuju-hidupkan-semula-lembaga-padi-dan-beras-sabah/#respond Wed, 17 Apr 2024 14:43:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52693
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Kabinet Negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan memastikan keselamatan makanan dalam negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kebangkitan semula Lembaga tersebut adalah penting memandangkan Sabah kini mengimport kira-kira 70 peratus daripada keperluan berasnya.

“Sabah perlu meningkatkan sara diri makanannya dan kita akan dapat melakukannya dengan kebangkitan
Lembaga Padi dan Beras Sabah itu,” katanya.

“Kabinet Negeri akan mengemukakan syor kepada Yang Dipertua Negeri untuk kelulusan penubuhan Lembaga Padi dan Beras Sabah seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 3 Akta Enakmen Lembaga Hasil Pertanian 1981,” katanya pada mesyuarat kabinet, Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu hari ini.

Dalam satu langkah tegas, Hajiji berkata Kabinet Negeri juga telah bersetuju untuk memberi kebenaran khas kepada pelabur yang beroperasi di taman perindustrian di negeri ini untuk menubuhkan kemudahan janakuasa tenaga elektrik untuk kegunaan sendiri.

“Langkah ini penting untuk menarik pelabur dan mengekalkan mereka yang sudah beroperasi terjejas dengan isu elektrik,” katanya.

Hajiji berkata dalam usaha untuk mengurangkan permintaan tenaga di Sabah, Kabinet juga telah memutuskan
untuk membenarkan rumah kedai, bangunan dan premis kediaman memasang sistem tenaga solar tanpa mendapatkan kelulusan daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Mengenai program Sabah Rumah Keduaku (SBH-MM2H), Jemaah Menteri juga telah
meluluskan had umur pemohon kepada 30 tahun ke atas dan membenarkan peserta daripadan program untuk menjual hartanah mereka selepas lima tahun dengan syarat mereka mesti membeli rumah baharu bernilai tidak kurang daripada RM600,000.

Justeru itu, beliau berkata, di bawah polisi baharu itu, pelantikan ejen SBH-MM2H mestilah daripada syarikat tempatan Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/17/kabinet-negeri-setuju-hidupkan-semula-lembaga-padi-dan-beras-sabah/feed/ 0 52693