Setuju – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 30 Jan 2023 11:15:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Setuju – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 TPM setuju beri peruntukan bina semula jeti yang roboh di Pulau Pababag – Abdul Manan https://sabahmedia.com/2023/01/30/tpm-setuju-beri-peruntukan-bina-semula-jeti-yang-roboh-di-pulau-pababag-abdul-manan/ https://sabahmedia.com/2023/01/30/tpm-setuju-beri-peruntukan-bina-semula-jeti-yang-roboh-di-pulau-pababag-abdul-manan/#respond Mon, 30 Jan 2023 11:15:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28757
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju memberi peruntukan untuk membina semula jeti yang roboh melibatkan 20 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag di Semporna terjatuh ke dalam laut awal pagi tadi.

Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sulabayan, Abdul Manan Indanan berkata, beliau telah mengajukan perkara itu dan telah menunjukkan video jeti yang roboh berkenaan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

“Alhamdulillah kebetulan pula pada hari ini, menteri (Zahid) yang berkenaan datang ke Sabah, jadi kita kemukakan video tadi.

“Saya telah menunjukkan video tersebut supaya peruntukan segera untuk melaksanakan pembinaan jeti yang roboh itu dan beliau bersetuju supaya pembinaan jeti tersebut dilaksanakan secepat mungkin.,” katanya ketika ditemui pemberita selepas beliau menghadiri Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Sabah di sini, hari ini.

Sebelum itu, Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah telah mengadakan lawatan dan meninjau keadaan banjir di Pitas pada pagi tadi.

Ditanya mengenai jumlah peruntukan yang akan diberikan, Abdul Manan berkata, menteri berkenaan (Zahid) tidak umum berapa peruntukan tapi beliau mahu perlu siapkan jeti tersebut dalam kadar yang cepat.

Terdahulu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Abidin Marjan berkata, selain itu, lima orang murid Tabika KEMAS serta beberapa orang ibu bapa yang menghantar murid ke sekolah berkenaan turut terjatuh ke laut dalam kejadian pada jam 6.45 pagi tadi.

“Turut bertindak dua orang guru iaitu Penolong Kanan (PK) 1 dan PK Hal Ehwal Murid (HEM) terjun membantu menyelamat mangsa terlibat.

““Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan berat yang dilaporkan setakat ini. Manakala bagi murid yang diberi sijil sakit selepas menerima rawatan di klinik atau hospital adalah dibenarkan untuk berehat,”‘ katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/30/tpm-setuju-beri-peruntukan-bina-semula-jeti-yang-roboh-di-pulau-pababag-abdul-manan/feed/ 0 28757
LPKP Setuju Naikkan Kadar Tambang Khas Bas Ekspress Sepanjang Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 https://sabahmedia.com/2022/04/08/lpkp-setuju-naikkan-kadar-tambang-khas-bas-ekspress-sepanjang-musim-perayaan-hari-raya-aidilfitri-2022/ https://sabahmedia.com/2022/04/08/lpkp-setuju-naikkan-kadar-tambang-khas-bas-ekspress-sepanjang-musim-perayaan-hari-raya-aidilfitri-2022/#respond Fri, 08 Apr 2022 08:45:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14060
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan kenaikan kadar tambang 10% daripada kadar tambang asal perkhidmatan Bas Ekspres, Mesyuarat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah bersetuju untuk menaikkan kadar tambang khas sebanyak 14.3 sen (RM0.143) bagi setiap kilometer sepanjang tempoh dari 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022 berbanding 13 sen bagi setiap kilometer sebelumnya.

Pengerusi LPKP Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung berkata, LPKP Sabah juga mengambil maklum akan keperluan bas tambahan bagi menampung keperluan pengguna di sepanjang musim perayaan Aidilfitri yang dijangka akan meningkat disebabkan oleh kelonggaran SOP COVID-19 oleh kerajaan.

“Mesyuarat Lembaga LPKP Sabah juga bersetuju untuk membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 bagi mana-mana syarikat pengendali Bas Ekpres yang layak untuk memohon bagi menampung keperluan ini,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat LPKP di sini , hari ini.

Tarikh permohonan LPS akan dibuka bermula 11 hingga 22 April 2022 dan borang boleh didapati di Ibu Pejabat LPKP Sabah, Kota Kinabau, LPKP Sabah Cawangan Tawau dan LPKP Sabah Cawangan Sandakan manakala tempoh sah laku LPS yang telah diluluskan adalah dari 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022.

“Saya percaya keputusan ini akan mendapat pelbagai maklum balas dari pihak yang terkesan. Namun demikian saya percaya keputusan ini adalah keputusan menang-menang bagi memastikan kebajikan semua pihak terjaga selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

“Saya juga berharap agar semua pihak yang terlibat akan terus menjaga dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kita semua dapat membendung penularan COVID-19,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/08/lpkp-setuju-naikkan-kadar-tambang-khas-bas-ekspress-sepanjang-musim-perayaan-hari-raya-aidilfitri-2022/feed/ 0 14060