SFI – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 11 Nov 2025 02:24:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SFI – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hampir 40,000 ekar tanah SFI dikeluarkan untuk rizab kampung https://sabahmedia.com/2025/11/08/hampir-40000-ekar-tanah-sfi-dikeluarkan-untuk-rizab-kampung/ https://sabahmedia.com/2025/11/08/hampir-40000-ekar-tanah-sfi-dikeluarkan-untuk-rizab-kampung/#respond Sat, 08 Nov 2025 14:42:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85311
Read Time:1 Minute, 48 Second

TENOM: Kerajaan Negeri telah mengeluarkan hampir 40,000 ekar tanah negeri daripada kawasan konsesi Sabah Forest Industry (SFI) untuk dijadikan rizab kampung, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kerajaan Negeri GRS telah mewartakan rizab kampung ini sebagai bukti bahawa kerajaan peka terhadap keperluan rakyat.

“Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri yang lalu, kita telah meluluskan lebih. 40,000 ekar tanah kerajaan daripada SFI untuk tujuan ini,” katanya semasa melancarkan Jentera Pilihan Raya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kemabong di Dataran Daerah Kecil Kemabong, di sini, hari ini.

Hajiji berkata, di bawah Kerajaan Negeri yang diterajui GRS, tanah milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga telah diperuntukkkan dan diberikan kepada rakyat.

“Kita mahu rakyat hidup dengan selesa. Di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), salah satu tonggaknya ialah kemakmuran rakyat, sebab itu kita mengutamakan kebajikan rakyat,” katanya.

Menurut beliau, sebelum ini hanya sekitar 30,000 orang tersenarai sebagai penerima bantuan kebajikan, namun di bawah Kerajaan Negeri sekarang, jumlah penerima telah meningkat kepada 70,000 orang.

Hajiji turut berkata, Kerajaan Negeri telah memperoleh banyak manfaat daripada Perjanjian Kerjasama Kpmersial (CCA) dengan PETRONAS, sambil menegaskan bahawa Sabah kini mempunyai suara yang lebih besar dan penglibatan yang lebih luas dalam industri minyak dan gas.

“Dalam sektor peerkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE), kini terdapat lebih 80 vendor tempatan yang terlibat dalam industri minyak dan gas berbanding hanya 10 pada tahun 2022,” katanya sambil menambah bahawa vendor-vendor ini kini menguasai 36 peratus daripada pasaran kontrak.

Hajiji berkata, tidak seperti pihak pembangkang yang bermain politik dendam apabila mengambil alih kerajaan, kerajaan pimpinan GRS menumpukan kepada pembangunan dan kemajuan melalui Hala Tuju SMJ 1.0.

“Jika rakyat memberikan semula mandat kepada GRS, kita akan meneruskan pembangunan di bawah Hala Tuju SMJ 2.0.

“Kita tidak bermain politik. Kita tidak membuat janji kosong. Kita mempunyai agenda pembangunan, sedangkan pembangkang sanggup berjanji bulan dan bintang,” katanya.

Hajiji turut mengesahkan Datuk Rubin Balang sebagai calon GRS bagi kerusi Kemabong dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-17 pada 29 November ini.

“Dengan jentera yang kukuh dan sokongan padu daripada para pengundi di Kemabong. Insyallah Datuk Rubin Balang akan sekali lagi memenangi pilihan raya ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/08/hampir-40000-ekar-tanah-sfi-dikeluarkan-untuk-rizab-kampung/feed/ 0 85311
SFI gagal batal perintah penggulungan syarikat https://sabahmedia.com/2025/09/11/sfi-gagal-batal-perintah-penggulungan-syarikat/ https://sabahmedia.com/2025/09/11/sfi-gagal-batal-perintah-penggulungan-syarikat/#respond Thu, 11 Sep 2025 13:59:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81023
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) gagal dalam usahanya untuk membatalkan perintah penggulungan syarikat (winding-up) yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi pada 2021.

Ini susulan keputusan Mahkamah Rayuan kelmarin (10 September) yang sebulat suara menolak rayuan SFI dengan kos selepas menerima bantahan awal yang dikemukakan oleh Sabah Development Bank Bhd (SDB).

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, terdiri daripada Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril, Datuk Dr Alwi Abdul Wahab dan Datin Paduka Evrol Mariette Peters.

“Perayu (SFI) gagal memberikan justifikasi kepada Mahkamah Rayuan mengapa ia lewat hampir dua tahun menyerahkan Notis Rayuan kepada Sabah Development Bank (SDB), selaku pencelah (intervener) dalam rayuan SFI.

“Sehubungan itu, rayuan SFI ditolak,” kata peguam Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad yang mewakili SDB.

Beliau berkata SFI berhutang kepada SDB kira-kira RM120 juta termasuk faedah.

“Pinjaman asal sebanyak RM93 juta yang diberikan pada 2019 di bawah pentadbiran kerajaan Warisan ketika itu.

“Pinjaman tanpa cagaran itu diberikan walaupun SFI ketika itu menanggung hutang kira-kira RM1.5 bilion, berada dalam pengurusan penerima (receivership) dan telah menghentikan operasi sejak 2016.

“Sehingga kini, saya tidak mengetahui sebarang bayaran balik dibuat oleh SFI,” katanya.

Dengan keputusan Mahkamah Rayuan ini, Fuad berkata sudah tiba masanya aset SFI dilupuskan bagi kepentingan para pemiutang, sebahagian daripada mereka telah dinafikan hak sejak 2017.

Kerajaan negeri juga sebelum ini telah membatalkan konsesi balak milik SFI.

SFI diwakili oleh peguam S. Vanugopal dan J. Marimhuthu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/11/sfi-gagal-batal-perintah-penggulungan-syarikat/feed/ 0 81023
Sebahagian tanah SFI akan dikeluarkan untuk penduduk di Tenom https://sabahmedia.com/2024/09/28/sebahagian-tanah-sfi-akan-dikeluarkan-untuk-penduduk-di-tenom/ https://sabahmedia.com/2024/09/28/sebahagian-tanah-sfi-akan-dikeluarkan-untuk-penduduk-di-tenom/#respond Sat, 28 Sep 2024 08:41:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61370
Read Time:1 Minute, 16 Second

TENOM: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan akan memastikan sebahagian tanah dalam kawasan Sabah Forest Industry (SFI) di daerah ini dikeluarkan dan diwartakan sebagai tanah perkampungan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) disambut oleh pemimpin dan ahli parti ketibanya di majlis perasmian Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Kemabong Tahun 2024 di Dewan Sri Ontoros, Kemabong pada Sabtu.

Katanya, beberapa ribu hektar tanah dalam kawasan konsesi perhutanan syarikat berkenaan sudah dikenal pasti untuk dikeluarkan supaya penduduk dapat terus mendudukinya secara sah.

Pada masa yang sama, katanya beliau juga akan mengarahkan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) untuk melaksanakan program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) di daerah ini.

Beliau berkata, ia bagi menyelesaikan tanah yang sudah lama diduduki dan diusahakan penduduk kampung dapat disukat dan dikeluarkan geran kepada pemiliknya.

“Saya nyatakan bahawa kita akan memastikan beberapa ribu ekar tanah dalam SFI dikeluarkan untuk perkampungan rakyat kita di Tenom.

“Begitu juga tanah yang belum disukat, saya akan minta Pengarah JTU untuk menggunakan program PANTAS bagi mengukur tanah penduduk supaya tanah yang sudah lama diusahakan diberi geran,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Kemabong di Dewan Sri Ontoros, Kemabong pada Sabtu.

Beliau memberikan maklum balas terhadap beberapa usul yang dikemukakan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kemabong, Datuk Rubin Balang berkaitan dengan kepentingan rakyat kawasan itu.

Bercakap pada sidang media selepas itu, Hajiji berkata beliau akan memanggil syarikat berkenaan bagi membincangkan usul untuk mengeluarkan sebahagian daripada tanah SFI itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/28/sebahagian-tanah-sfi-akan-dikeluarkan-untuk-penduduk-di-tenom/feed/ 0 61370
Bekalan elektrik telah disambung semula di perumahan SFI Sipitang – Dr Yusof https://sabahmedia.com/2022/12/14/bekalan-elektrik-telah-disambung-semula-ke-perumahan-sfi-sipitang-dr-yusof/ https://sabahmedia.com/2022/12/14/bekalan-elektrik-telah-disambung-semula-ke-perumahan-sfi-sipitang-dr-yusof/#respond Wed, 14 Dec 2022 07:25:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26308
Read Time:1 Minute, 19 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Oleh NORMIMIE DIUN

SIPITANG: Penghuni perumahan Sabah Forest Industries (SFI) yang terkesan dengan pemotongan bekalan elektrik di kawasan perumahan mereka semalam, telah disambungkan semula oleh Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB) pada pagi tadi. (14 Dis)

Prihatin dengan keadaan pekerja dan ahli keluarga yang tinggal di perumahan SFI, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob telah mengutus surat rayuan kepada SESB supaya menyambung semula bekalan elektrik ke perumahan SFI pada hari ini.

Dr Yusof ketika dihubungi Sabah Media hari ini berkenaan masalah yang dihadapi oleh penghuni perumahan SFI, beliau berkata sudahpun menghantar surat rayuan kepada SESB.

Menurut isi kandungan surat tersebut;

“Adalah difahamkan bahawa perumahan SFI SIPITANG telah dipotong bekalan letrik dan sekali gus bekalan air juga terputus. Keadaan ini amat menyulitkan bagi pekerja SFI yang belum berpindah dari perumahan tersebut dan belum ada alternatif lain.

“Sebagai ADUN N35 SINDUMIN dari kawasan tersebut, saya bagi pihak pekerja SFI memohon supaya pemotongan ini ditunda hingga ke 15/01/23, iaitu setelah perayaan Krismas dan Tahun Baru 2023. Saya faham dengan bil yang tertunggak, tetapi sebagai rasa simpati dan belas kesihan dapatlah juga SESB menyumbang untuk perayaan Krismas ini.

“Selepas 15/01/23, tentu pekerja SFI dan pihak berwajib dapat memikirkan tindakan dan alternatif selanjutnya,” jelas surat Dr Yusof.

Dalam pada itu, Pengurus Cawangan SESB Sipitang Suhaibol Mohd Salleh memaklumkan kepada Dr Yusof bahawa penyambungan sementara bekalan elektrik di SFI telah disambung semula pada pagi tadi.

Terdahulu, lebih 2,000 pekerja serta ahli keluarga SFI terjejas apabila SESB memotong bekalan elektrik mereka berkuatkuasa semalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/14/bekalan-elektrik-telah-disambung-semula-ke-perumahan-sfi-sipitang-dr-yusof/feed/ 0 26308
Mahkamah Tinggi Perintah SFI Untuk Menggulung Perniagaan Kerana Gagal Membayar Hutang https://sabahmedia.com/2021/11/15/mahkamah-tinggi-perintah-sfi-untuk-menggulung-perniagaan-kerana-gagal-membayar-hutang/ https://sabahmedia.com/2021/11/15/mahkamah-tinggi-perintah-sfi-untuk-menggulung-perniagaan-kerana-gagal-membayar-hutang/#comments Mon, 15 Nov 2021 09:41:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8494
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Anak syarikat kerajaan, Sabah Forest Industries (SFI) hari ini diperintah oleh Mahkamah Tinggi untuk menggulung perniagaannya selepas gagal membayar hutang.

Pesuruhjaya Kehakiman Leonard Shim mengeluarkan perintah penggulungan itu selepas SFI gagal membayar hutang kira-kira RM2.7 juta kepada kontraktornya Lee Khoon Hoo dan yang lain.

Hakim Shim berkata bahawa SFI telah diberi banyak peluang untuk menyelesaikan tetapi gagal membayar jumlah itu tanpa mengira walaupun masa yang mencukupi diberikan oleh mahkamah,” kata peguam bagi pemiutang Sabah Development Bank Berhad Datuk Fuad Ahmad kepada pemberita hari ini di luar bilik mahkamah.

“Memandangkan SFI tidak dapat membayar hutangnya kerana ia telah cukup tempoh dan tidak mampu bayar, mahkamah wajar untuk memberikan petisyen penggulungan. SFI kini akan dibubarkan,” katanya.

Penghakiman Shim memperuntukan di bawah Seksyen 465(1)(e) Akta Syarikat 2016. Hakim Shim juga memerintahkan penerima rasmi dilantik sebagai penyelesai syarikat dan kos RM5,000 dibayar daripada aset syarikat.

SFI diwakili peguam Sukumaran Vanugopal.

SFI ialah sebuah Kilang pulpa dan kertas, yang ditubuhkan pada 1982, merupakan salah satu penanam kayu dan pemproses kayu terbesar di Malaysia, dilaporkan menguruskan ladang hutan seluas kira-kira 288,000 hektar, kemudahan pembuatan pulpa dan kertas, dan kompleks kayu bersepadu yang terdiri daripada kilang gergaji dan kilang venir dan papan lapis, menyokong masyarakat setempat di daerah Sipitang.

Ia telah dibanjiri dengan masalah kewangan dalam dekad yang lalu, telah dijual selama bertahun-tahun kepada syarikat swasta yang berbeza yang memegang saham utama dan telah berada di bawah penerima sejak 2017.

Ahli perniagaan Pelangi Prestasi Tan Sri Mokhtar Albukhary memenangi bidaan untuk mengambil alih SFI pada Mac 2018 dan memperoleh semua aset SFI dengan harga RM1.2 bilion tetapi sejak itu juga telah terjebak dengan masalah selepas bekas kerajaan negeri Parti Warisan Sabah mengeluarkan terma dan syarat baharu mengenai lesen kayu pada syarikat pada Jun 2019.

Ia dilaporkan juga tidak membayar gaji kepada kakitangan sekurang-kurangnya empat bulan pada awal tahun ini. – Malay Mail

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/15/mahkamah-tinggi-perintah-sfi-untuk-menggulung-perniagaan-kerana-gagal-membayar-hutang/feed/ 1 8494