shafie – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 29 Jul 2026 08:29:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png shafie – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Shafie hormati keputusan mahkamah, kemuka rayuan https://sabahmedia.com/2026/07/29/shafie-hormati-keputusan-mahkamah-kemuka-fail-rayuan/ https://sabahmedia.com/2026/07/29/shafie-hormati-keputusan-mahkamah-kemuka-fail-rayuan/#respond Wed, 29 Jul 2026 08:28:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100752
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menghormati keputusan Mahkamah dalam prosiding penghinaan mahkamah terhadapnya dan akan mengemukakan rayuan.

Beliau berkata, peguamnya telah diarahkan untuk memfailkan rayuan dan menyerahkan sepenuhnya proses berkenaan untuk berjalan mengikut lunas undang-undang.

“Saya menghormati keputusan Mahkamah dan telah mengarahkan peguam saya untuk memfailkan rayuan. Biarlah proses undang-undang berjalan mengikut lunasnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shafie berkata, amanah yang dipikul sebagai wakil rakyat tetap tidak berubah meskipun berdepan prosiding berkenaan.

Menurutnya, isu yang dibangkitkan sejak awal bukan mengenai dirinya, sebaliknya berkaitan pemergian seorang kanak-kanak yang menyentuh hati seluruh negara.

“Harapan saya sejak awal hanyalah agar kebenaran dapat ditegakkan, keadilan dapat dilaksanakan dan keyakinan rakyat terhadap institusi negara terus diperkukuhkan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, memandangkan perkara itu kini berada di hadapan Mahkamah Rayuan, beliau tidak akan mengulas lanjut mengenai kes berkenaan.

Shafie turut menegaskan komitmennya untuk terus melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan penuh integriti serta menghormati kedaulatan undang-undang.

“Komitmen saya untuk berkhidmat kepada rakyat serta mempertahankan prinsip kebenaran, keadilan dan akauntabiliti tetap tidak berubah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/29/shafie-hormati-keputusan-mahkamah-kemuka-fail-rayuan/feed/ 0 100752
Shafie persoal penukaran FD kepada RPS dalam SDB https://sabahmedia.com/2026/07/22/shafie-persoal-penukaran-fd-kepada-rps-dalam-sdb/ https://sabahmedia.com/2026/07/22/shafie-persoal-penukaran-fd-kepada-rps-dalam-sdb/#respond Wed, 22 Jul 2026 10:11:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100380
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Penukaran Deposit Tetap (FD) kerajaan negeri berjumlah RM200 juta kepada Redeemable Preference Shares (RPS) dalam Sabah Development Bank (SDB) menimbulkan persoalan mengenai tujuan sebenar langkah itu, kata Ketua Pembangkang Sabah yang juga Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang itu berkata, penjelasan kerajaan bahawa langkah berkenaan hanyalah satu amalan perakaunan tidak menjawab persoalan mengapa dana yang sebelum ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan kerajaan kini ditukarkan kepada instrumen modal dalam SDB.

Menurutnya, jika SDB berada dalam kedudukan kewangan yang kukuh, kerajaan perlu menjelaskan mengapa penukaran itu perlu dilakukan dan sama ada bank milik kerajaan negeri itu sedang berdepan masalah kecairan (liquidity).

Shafie turut mengaitkan langkah berkenaan dengan penstrukturan Sabah International Petroleum (SIP) dan SDB pada Oktober 2023 yang menurutnya turut melibatkan penggunaan dana awam.

Beliau berkata, tindakan menukar FD kepada RPS menimbulkan persoalan sama ada kerajaan sedang menggunakan dana awam untuk menyelamatkan (bailout) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Jika benar ini bukan satu bailout, kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat bailout untuk apa dan bailout untuk siapa,” katanya pada sidang media di luar perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Menurutnya, rakyat Sabah berhak mengetahui mengapa wang awam terus digunakan untuk memperkukuhkan GLC ketika pelbagai isu asas seperti bekalan air, jalan raya dan kos sara hidup masih belum dapat diselesaikan.

Beliau turut mempersoalkan sehingga bila dana rakyat akan terus digunakan untuk membantu GLC sedangkan masih banyak keperluan rakyat yang memerlukan perhatian.

Bagi menggambarkan pendiriannya, Shafie menggunakan analogi sebuah keluarga.

“Kalau diibaratkan sebuah keluarga, Kerajaan Sabah ialah datuk, SDB ialah anak, SIP ialah cucu dan rakyat ialah ahli keluarga yang lain.

“Semalam datuk membantu cucu pada Oktober 2023, hari ini datuk membantu anak pula. Persoalannya, sampai bila wang keluarga akan terus digunakan untuk membantu ahli keluarga sendiri, sedangkan seluruh keluarga masih memerlukan perhatian?” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/22/shafie-persoal-penukaran-fd-kepada-rps-dalam-sdb/feed/ 0 100380
Hina Mahkamah: Kes Shafie, Mona Din didengar 1 Disember https://sabahmedia.com/2025/11/04/hina-mahkamah-kes-shafie-mona-din-didengar-1-disember/ https://sabahmedia.com/2025/11/04/hina-mahkamah-kes-shafie-mona-din-didengar-1-disember/#respond Tue, 04 Nov 2025 03:52:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84903
Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Permohonan komital bagi prosiding penghinaan mahkamah terhadap Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan pempengaruh, Che Muna Din, akan didengar di Mahkamah Koroner di sini pada 1 Disember ini.

Kes tersebut melibatkan kenyataan mereka di media sosial mengenai kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Menurut Jabatan Peguam Negara (AGC), selaras dengan kebenaran Mahkamah bertarikh 23 Oktober 2025, kertas kausa bagi permohonan komital atas penghinaan Mahkamah telah diserahkan kepada Shafie Apdal pada petang 3 November 2025 di Tawau, Sabah.

Sementara itu, dokumen yang sama telah diserahkan kepada Mona Din pada awal pagi 1 November 2025 di kediamannya di Shah Alam.

Sehubungan itu, kedua-dua responden dikehendaki menjawab pernyataan menurut Aturan 52 Kaedah 3(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (Order 52 Rule 3(2) Rules of Courts 2012) serta afidavit-afidavit sokongan dalam tempoh 14 hari.

Pada 23 Oktober lalu Koroner Amir Shah Amir Hassan membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap bekas Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal dan Mona Din.

Koroner Amir Shah Amir Hassan membenarkan permohonan kebenaran itu selepas mendengar hujah daripada Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalan dan Nadia Mohd Izhar.

Dalam permohonan ex-parte mereka, Mustaffa menyatakan bahawa Notis Tunjuk Sebab telah diserahkan kepada Shafie pada 23 September, manakala kepada Mona Din pada 10 September.

Walaupun responden telah memberikan surat jawapan berkenaan dan tidak menafikan membuat kenyataan seperti yang terkandung dalam hantaran tersebut, mereka gagal memberikan penjelasan memuaskan terhadap Notis Tunjuk Sebab masing-masing, sekali gus membawa kepada permohonan untuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah.

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2025/10/23/hina-mahkamah-mahkamah-benarkan-permohonan-ag-terhadap-shafie-mona-din/

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/04/hina-mahkamah-kes-shafie-mona-din-didengar-1-disember/feed/ 0 84903
Notis tunjuk sebab diserahkan kepada Shafie https://sabahmedia.com/2025/09/24/notis-tunjuk-sebab-diserahkan-kepada-shafie/ https://sabahmedia.com/2025/09/24/notis-tunjuk-sebab-diserahkan-kepada-shafie/#respond Wed, 24 Sep 2025 07:01:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81902
Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Notis tunjuk sebab terhadap Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung kenyataan yang didakwa menghina prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir telah diserahkan.

Pengarah Pendakwaan Negeri, Nahra Dollah, berkata notis itu diserahkan kepada Shafie semalam.

Nahra hanya menjawab ringkas ketika ditanya mengenai perkembangan tersebut.

Pada 22 September lalu, Mahkamah Koroner mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap Shafie berhubung kenyataannya mengenai inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Koroner Amir Shah Amir Hassan membenarkan permohonan oleh peguam Datuk Ram Singh, yang turut disokong semua pihak dalam prosiding.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah rakaman video memaparkan Shafie membuat kenyataan berhubung kes tersebut.

Dalam video itu, Shafie antara lain kedengaran berkata: “Itu budak sudah mati, bukan buli, it’s a murder. Betul kah?” sebelum disambut dengan suara hadirin yang menjawab, “Betul.”

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2025/09/22/mahkamah-keluarkan-notis-tunjuk-sebab-hina-mahkamah-terhadap-presiden-warisan-shafie-apdal/

Sementara itu, Shafie yang juga merupakan bekas Ketua Menteri mengesahkan beliau telah menerima notis tunjuk sebab tersebut.

Menurutnya, notis berkenaan diserahkan kepadanya oleh Jabatan Peguam Negara semalam.

Beliau memberitahu perkara itu pada sidang media parti, sambil menjelaskan bahawa beliau mempunyai tempoh tujuh hari untuk memberikan jawapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/24/notis-tunjuk-sebab-diserahkan-kepada-shafie/feed/ 0 81902
Ucapan Shafie singgung kaum Murut, UPKO Tenom desak mohon maaf https://sabahmedia.com/2025/09/09/ucapan-shafie-singgung-kaum-murut-upko-tenom-desak-mohon-maaf/ https://sabahmedia.com/2025/09/09/ucapan-shafie-singgung-kaum-murut-upko-tenom-desak-mohon-maaf/#respond Tue, 09 Sep 2025 01:08:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80839
Read Time:1 Minute, 3 Second

TENOM: Ucapan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal yang menyifatkan kaum Murut sebagai ‘kafir’ dalam sebuah majlis bersama rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap baru-baru ini mencetuskan rasa kesal dan kemarahan banyak pihak.

Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tenom, Junik Bajik berkata, walaupun Shafie mendakwa hanya ‘tersasul’, kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum tidak wajar dijadikan bahan dalam mana-mana ceramah politik.

Katanya, kenyataan itu amat menyinggung perasaan masyarakat Murut selain turut dirasai oleh kaum bumiputera bukan Islam lain di Sabah.

“Bukan itu saja, malah ia membawa maksud yang sangat sensitif dan berbaur penghinaan. Apa yang amat dikesali, ini bukanlah kali pertama Shafie mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan kaum lain di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Junik, sebelum ini Shafie juga pernah mencetuskan kontroversi apabila menyebut “tiada satu ekor Cina dalam kabinet”, yang dianggap menghina masyarakat Cina.

“Kenyataan jelik berulang kali seperti ini jelas menunjukkan sikap tidak sensitif terhadap kepelbagaian kaum di Sabah yang selama ini hidup harmoni. Tindakan Shafie wajar dikecam kerana boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan menggugat perpaduan rakyat,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Shafie membuat permohonan maaf secara terbuka kepada masyarakat Murut khususnya, selain kepada seluruh rakyat Sabah dan Malaysia secara umum, serta berjanji tidak lagi mengulangi kenyataan berbaur penghinaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/09/ucapan-shafie-singgung-kaum-murut-upko-tenom-desak-mohon-maaf/feed/ 0 80839
PMMS desak Shafie mohon maaf isu ucapan ‘Murut Kafir’ https://sabahmedia.com/2025/09/08/pmms-desak-shafie-mohon-maaf-isu-ucapan-murut-kafir/ https://sabahmedia.com/2025/09/08/pmms-desak-shafie-mohon-maaf-isu-ucapan-murut-kafir/#respond Mon, 08 Sep 2025 12:46:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80832
Read Time:1 Minute, 3 Second

SIPITANG: Persatuan Masyarakat Murut Sipitang (PMMS) menzahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap kenyataan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, yang didakwa menyebut perkataan ‘Murut Kafir’ ketika berucap dalam satu majlis di Melalap pada Ahad.

PMMS dalam satu kenyataan memaklumkan, penggunaan istilah tersebut dianggap sebagai penghinaan yang menyinggung perasaan masyarakat Murut serta mencemarkan maruah dan identiti kaum itu.

“Istilah kafir tidak seharusnya digunakan terhadap sesuatu bangsa kerana ia berunsur penghinaan, berpotensi menimbulkan salah faham dan boleh menggugat keharmonian antara kaum serta agama di Sabah,” menurut kenyataan itu di sini pada Isnin.

Sehubungan itu, PMMS menuntut agar Shafie membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Murut di negeri ini. 

Persatuan itu turut mengingatkan semua pemimpin politik supaya lebih berhati-hati ketika berucap, terutama dalam isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

PMMS menegaskan mereka akan terus memantau serta mengambil langkah sewajarnya demi mempertahankan maruah masyarakat Murut agar tidak dipandang rendah atau dihina oleh mana-mana pihak.

“Sabah terkenal dengan keharmonian dan toleransi antara kaum serta agama. Justeru, kami tidak mahu ada ucapan yang boleh menggores perasaan, merosakkan perpaduan dan membawa perpecahan dalam masyarakat majmuk negeri ini,” tambah kenyataan itu lagi.

Persatuan itu sekali lagi mendesak agar Shafie tampil dengan permohonan maaf terbuka kepada masyarakat Murut di seluruh Sabah. 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/08/pmms-desak-shafie-mohon-maaf-isu-ucapan-murut-kafir/feed/ 0 80832
ADUN Telupid cabar Shafie ke mahkamah jika masih katakan TYT dan Hajiji langgar perlembagaan Sabah https://sabahmedia.com/2023/01/09/adun-telupid-cabar-shafie-ke-mahkamah-jika-masih-katakan-tyt-dan-hajiji-langgar-perlembagaan-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/01/09/adun-telupid-cabar-shafie-ke-mahkamah-jika-masih-katakan-tyt-dan-hajiji-langgar-perlembagaan-sabah/#respond Mon, 09 Jan 2023 05:09:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27611
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid Jonnybone J Kurum mencabar untuk mengambil tindakan dan membawa Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal ke mahkamah jika masih berkeras menyatakan Tun Yang Terutama (TYT) dan Datuk Seri Hajiji Noor melanggar undang-undang dan perlembagaan Negeri Sabah.

Jonnybone yang juga Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata demikian dan mengulas mengenai sidang media Parti Warisan yang diadakan pada 7 Januari lalu.

“Shafie tidak betul dengan mengatakan bahawa Datuk Seri Hajiji Noor tidak mempunyai parti politik. Perkara 6.1 (i) Perlembagaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membenarkan individu menjadi ahli langsung GRS yang Hajiji, antara lain, adalah salah seorang.

“Saya katakan bahawa jika Shafie bertegas bahawa Tun Yang Terutama (TYT) dan Hajiji melanggar undang-undang dan Perlembagaan Sabah, maka saya mencabarnya untuk mengambil tindakan dan membawa perkara itu ke mahkamah,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.

Menurutnya, terdahulu dalam satu kenyataan baru-baru ini, Datuk Seri Dr Joachim dan Datuk Seri Masidi Manjum telah mendidik Shafie dalam cara Perlembagaan Negeri Sabah itu berfungsi.

“Kedua-dua Dr. Joachim dan Masidi telah menjelaskan bahawa selepas Hajiji mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri secara perlembagaan pada 2020, Art.6(7) tidak lagi terpakai. Art.6(7) hanya akan terpakai selepas Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

“Jadi melainkan jika Shafie bersedia untuk pergi ke Mahkamah, saya katakan dia harus ‘berdiri atau diam’,” jelasnya.

Semalam, Hajiji dengan yakin telah mengumumkan dan mendapat sokongan majoriti ADUN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan meneruskan khidmatnya sebagai Ketua Menteri Negeri Sabah.

Pengumuman dibuat selepas mengadakan perjumpaan dengan 44 orang ADUN Sabah di rumah rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, di sini.

Mereka adalah 29 ADUN daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH) (tujuh), UMNO (lima) dan PAS, Parti Harapan Rakyat Sabah serta Bebas (masing-masing seorang).

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/09/adun-telupid-cabar-shafie-ke-mahkamah-jika-masih-katakan-tyt-dan-hajiji-langgar-perlembagaan-sabah/feed/ 0 27611