shahelmey – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 07 Mar 2024 11:49:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png shahelmey – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Shahelmey minta JANS tarik balik notis ’10 hari gangguan bekalan air’ https://sabahmedia.com/2024/03/07/shahelmey-minta-jans-tarik-balik-notis-10-hari-gangguan-bekalan-air/ https://sabahmedia.com/2024/03/07/shahelmey-minta-jans-tarik-balik-notis-10-hari-gangguan-bekalan-air/#respond Thu, 07 Mar 2024 11:32:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50707
Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) diminta menarik balik notis yang dikeluarkan semalam berkenaan 10 hari gangguan bekalan air di kawasan sekitar daerah Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, notis tersebut didapati ada kekeliruan dan kurang jelas maksud yang disampaikan.

“Saya telah berbincang dengan pengarah Jabatan Air pada awal pagi tadi kerana saya mendapati notis tersebut kurang jelas
maksud yang disampaikan melalui notis tersebut mengelirukan dan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat.

“Malah media massa juga telah mengeluarkan berita-berita mengenai 10 hari gangguan bekalan air di kawasan sekitar daerah Kota Kinabalu.

“Saya semak dengan CEO Jetama pada pagi tadi bahawa kerja-kerja penyelenggaraan mesti dibuat, sekiranya tidak dibuat ia akan menyebabkan gangguan bekalan air lebih kritikal pada masa akan datang.

“Oleh yang demikian disebabkan kerja penyelenggaraan tersebut pengurangan air di Loji Rawatan Air Moyog hanya berkurang sebanyak 2 megaliter air sehari (MLD) daripada 189 turun kepada 187 mld, namun demikian Jetama komited untuk menambah kehilangan 2 mld daripada Moyog diganti dengan Loji Rawatan Air Kasigui yang sekarang beroperasi pada 53 mld boleh menambah 2 mld menjadikan 55 mld.

“Jadi notis gangguan bekalan air selama 10 hari tu adalah tafsiran yang salah.

“Justeru, saya mohon maaf dan minta Jabatan Air tarik balik notis yang agak mengelirukan itu,” katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan di Loji Rawatan Air Limbahau, Papar hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/07/shahelmey-minta-jans-tarik-balik-notis-10-hari-gangguan-bekalan-air/feed/ 0 50707
Shahelmey arah JKR daerah, konsesi terlibat pastikan keadaan jalan raya selamat dilalui pengguna https://sabahmedia.com/2024/02/18/shahelmey-arah-jkr-daerah-konsesi-terlibat-pastikan-keadaan-jalan-raya-selamat-dilalui-pengguna/ https://sabahmedia.com/2024/02/18/shahelmey-arah-jkr-daerah-konsesi-terlibat-pastikan-keadaan-jalan-raya-selamat-dilalui-pengguna/#respond Sun, 18 Feb 2024 04:00:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49677
Read Time:1 Minute, 55 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya mengarahkan semua JKR daerah dan juga konsesi terlibat sentiasa memastikan keadaan jalan raya selamat dilalui oleh pengguna sementara kerja-kerja menaik taraf jalan dilakukan pada masa ini.

Shahelmey berkata, baru-baru ini satu mesyuarat telah diadakan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan semua konsesi terlibat untuk mengenal pasti masalah-masalah teknikal yang dihadapi dalam melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf jalan.

“Baru-baru ini saya telah mengadakan mesyuarat dengan JKR dan juga semua konsesi yang terlibat dan cuba memahami masalah teknikal, sama ada masalah pengurusan ataupun kewangan yang terlibat, sebenarnya masalah teknikal yang dihadapi seperti jalan sudah lebih uzur rekabentuknya.

“Kedua bebanan yang diikenakan kepada jalan melebihi khususnya jalan-jalan daripada Telupid hingga ke Tawau yang mana kiri kanan jalan ada aktiviti perladangan kelapa sawit, ada bebanan lebih muatan ke atas jalan raya yang sudah uzur jadi ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang basah jadi ini sudah tentu mempercepatkan kerosakan struktur dan permukaan jalan.

“Justeru, sementara menanti jalan dinaik taraf ada bahagian jalan yang kita perlu perbaiki strukturnya saya minta semua JKR daerah dan juga konsesi untuk memastikan keadaan jalan selamat dilalui oleh pengguna jalan raya.

“Jadi mereka mengambil maklum, kita berharap ada perubahan dan peningkatan tahap keselamatan jalan raya daripada masa-masa seterusnya selepas ini,” jelasnya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Berkhatan Perdana Parlimen Putatan di Masjid Daerah Putatan di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, Shahelmey juga turut mencadangkan kepada agensi berkaitan supaya mengenakan penguatkuasaan tegas ke atas pengguna kenderaan berat yang lebih muatan melalui jalan yang telah dinaik taraf.

Terdahulu, Shahelmey menyempurnakan perasmian Majlis Berkhatan yang menyaksikan seramai 250 kanak-kanak kawasan Parlimen Putatan menyertainya.

Program berkhatan ini diadakan serentak di empat lokasi kawasan Parlimen iaitu Masjid Daerah Putatan, Masjid Serigai, Masjid Meruntum dan Masjid Al-Hilal Kampung Contoh.

“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada jawatankuasa penganjur dan ibubapa yang turut menjayakan program berkhatan ini.

“Program anjuran Pejabat Parlimen, Pejabat ADUN Tanjung Keramat dan jabatan-jabatan berkaitan kawasan Putatan adalah untuk membantu meringankan kos berkhatan yang pada masa sekarang ini jika dilakukan di klinik-klinik swasta akan mencecah RM150 hingga RM250.

“Justeru, saya berharap, program ini akan dapat membantu meringankan beban keluarga yang mempunyai anak lelaki lebih dari seorang,” kata Shahelmey.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/18/shahelmey-arah-jkr-daerah-konsesi-terlibat-pastikan-keadaan-jalan-raya-selamat-dilalui-pengguna/feed/ 0 49677