shahelmey yahya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 11 Apr 2022 10:29:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png shahelmey yahya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KPMKR komited budayakan nilai integriti dalam kalangan kakitangan https://sabahmedia.com/2022/04/11/kpmkr-komited-budayakan-nilai-integriti-dalam-kalangan-kakitangan/ https://sabahmedia.com/2022/04/11/kpmkr-komited-budayakan-nilai-integriti-dalam-kalangan-kakitangan/#respond Mon, 11 Apr 2022 10:29:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14164
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) komited untuk membudayakan nilai integriti dalam  kalangan warga kementerian sebagai usaha bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatannya.

Menterinya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata pembudayaan ini memerlukan komitmen dari semua jabatan dan agensi dibawahnya.

“Kementerian telah menyemak semula Buku Pelan Antirasuah KPMKR selari dengan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 dengan menstrukturkan semula bidang keutamaan dan memasukkan inisiatif-inisiatif baharu bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan.

“Beberapa pengisian program telah dirancang bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan mengenai integriti kepada seluruh warga kerja Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Minggu Integriti Peringkat Kementerian bagi Tahun 2022 dan Pelancaran Buku Pelan Antirasuah (Semakan Semula) 2022-2026 di pejabatnya disini hari ini.

Shahelmey berkata, komitmen jabatan dan agensi serta seluruh warga KPMKR adalah amat diharapkan agar program-program dapat dilaksanakan dengan berkesan serta mencapai sasaran kementerian untuk menyebarluaskan program integriti kepada semua kumpulan sasar.

Katanya, beliau percaya langkah menyemak semula Pelan Antirasuah KPMKR itu akan membawa keberkesanan kepada usaha perancangan, pelaksanaan dan pemantauan nilai integriti di Kementerian tersebut.

“Saya percaya dengan inisiatif melaksanakan penilaian dan semakan semula terhadap risiko-risiko rasuah yang tersenarai, maka perancangan, pelaksanaan, serta pemantauan akan lebih berkesan, berintegriti serta bebas rasuah.

“Saya menyeru kepada semua warga KPMKR, jabatan dan agensi agar bersama-sama berganding bahu bekerja sebagai satu pasukan untuk merakyatkan perkhidmatan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/11/kpmkr-komited-budayakan-nilai-integriti-dalam-kalangan-kakitangan/feed/ 0 14164
Perkhidmatan Pergigian Percuma Tingkatkan Kesihatan Komuniti https://sabahmedia.com/2022/03/12/perkhidmatan-pergigian-percuma-tingkatkan-kesihatan-komuniti/ https://sabahmedia.com/2022/03/12/perkhidmatan-pergigian-percuma-tingkatkan-kesihatan-komuniti/#respond Sat, 12 Mar 2022 06:04:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12898
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Penyampaian perkhidmatan pergigian secara terus dan percuma diharap dapat meningkatkan lagi kesihatan komuniti khususnya golongan B40.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, Kampung Angkat Pergigian Daerah Putatan dilancarkan sebagai usaha menambah baik akses perkhidmatan, kesedaran dan pengetahuan tentang kesihatan pergigian. 

“Program Kampung Angkat Pergigian merupakan satu langkah relevan untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian dan para pemimpin akar umbi diseru memberi kerjasama menjayakan objektif program,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Kampung Angkat Pergigian Daerah Putatan di Kampung Muhibah yang dipilih sebagai perintis, disini semalam.

Shahelmey berkata, melalui program itu, rawatan pergigian akan dibuat dengan lawatan berkala rumah ke rumah terutamanya pada musim cuti sekolah di kampung yang terlibat. 

“Ini selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya iaitu merakyatkan perkhidmatan dan program relevan sebegini akan diperluas ke kawasan-kawasan yang lain sekaligus mengekalkan kesinambungan pemberian perkhidmatan kesihatan masyarakat.

“Hal ini akan memberi manfaat di era pasca pandemik COVID-19 dengan aspek promosi kesihatan menjadi tumpuan termasuk pergigian,” katanya.

Katanya, berdasarkan National Oral Health Survey of School Children 2017, 99.8 peratus pelajar sekolah rendah di Malaysia memerlukan rawatan pergigian, manakala kajian pada 2010 pula menunjukkan 93.9 peratus golongan dewasa mempunyai masalah periodontium dan pertambahan keperluan gigi palsu dalam kalangan ramai warga emas. 

“Merujuk kepada Surat Pekeliling Bahagian Kewangan Bilangan 1 Tahun 2013 (Pengecualian Bayaran Caj Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Di Luar Hospital / Fasiliti KKM) 43, tiada caj rawatan bagi aktiviti pemeriksaan dan rawatan pergigian bagi meningkat kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan di kawasan pedalaman untuk golongan yang kurang berkemampuan.

“Namun, bagi pembuatan gigi palsu melalui makmal pergigian bergerak akan dikenakan caj berdasarkan perintah Fi (Perubatan 1982),” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Putatan, Haryani Anah dan Ketua Daerah Mahkamah Anak Negeri Putatan, Datuk Mohd Dahali Matsin.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/12/perkhidmatan-pergigian-percuma-tingkatkan-kesihatan-komuniti/feed/ 0 12898
PICKids : Sikap Tunggu Dan Lihat Punca Kadar Pengambilan Vaksin Rendah https://sabahmedia.com/2022/03/11/pickids-sikap-tunggu-dan-lihat-punca-kadar-pengambilan-vaksin-rendah/ https://sabahmedia.com/2022/03/11/pickids-sikap-tunggu-dan-lihat-punca-kadar-pengambilan-vaksin-rendah/#respond Fri, 11 Mar 2022 11:40:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12890
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Sikap tunggu dan lihat mengenai keperluan pengambilan vaksinasi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) di negeri ini dikenal pasti menjadi antara punca kadar pencapaian penerimaan vaksin masih rendah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, Sabah kini berada ditangga ketiga terbawah di seluruh negara dengan peratusan sebanyak 17.50 peratus yang direkodkan sehingga semalam.

“Untuk negeri Sabah, pencapaian kita masih rendah dimana pada awalnya kita sasarkan sebelum pembukaan sekolah sebanyak 50 peratus golongan kanak-kanak telah menerima vaksin yang berusia lima hingga 11 tahun.

“Namun sehingga semalam,saya dimaklumkan kita baru mencapai sekitar 17.50 peratus bagi Sabah dan kedudukan negeri ini berada di tiga terbawah kalau dari segi rangkaian kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Program Kampung Angkat Pergigian Daerah Putatan disini hari ini.

Shahelmey berkata, sehingga kini tiada laporan berhubung kesan sampingan yang serius berlaku dikalangan kanak-kanak yang menerima vaksin menerusi PICkids yang dilaksanakan sejak 3 Februari lalu.

“Sekali lagi saya selaku Exco Kesihatan negeri Sabah menyeru kepada ibu bapa untuk terbuka minda, terbuka hati demi keselamatan anak-anak yang akan kembali ke sekolah pada 21 Mac nanti.

“Sebagai mana yang kita ketahui, kes-kes jangkitan COVID-19 terhadap kanak-kanak yang belum menerima vaksin juga berada pada kadar yang agak tinggi dan meningkat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/11/pickids-sikap-tunggu-dan-lihat-punca-kadar-pengambilan-vaksin-rendah/feed/ 0 12890
JKNS Tingkat Kapasiti, Keupayaan Tangani Peningkatan Lonjakan Kes Jangkitan COVID-19 https://sabahmedia.com/2022/02/10/jkns-tingkat-kapasiti-keupayaan-tangani-peningkatan-lonjakan-kes-jangkitan-covid-19/ https://sabahmedia.com/2022/02/10/jkns-tingkat-kapasiti-keupayaan-tangani-peningkatan-lonjakan-kes-jangkitan-covid-19/#respond Thu, 10 Feb 2022 05:04:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12065
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan meningkatkan kapasiti dan keupayaan bagi menangani peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, jabatan itu turut memberi jaminan akan menguruskan situasi semasa dengan sewajarnya.

“Saya telah dimaklumkan oleh Pengarah JKNS Datuk Dr Rose Nani Mudin dimana JKNS akan meningkatakn kapasiti dan keupayaan jabatan bagi menangani lonjakan kes COVID-19 di negeri ini.

“Begitu juga dengan Pusat Penilaian COVID-19 termasuk di Luyang yang sebelum ini tular dalam media sosial dimana orang ramai beratur panjang bagi menjalani saringan COVID-19.  Ini semua akan diatasi dengan sewajarnya oleh JKNS,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) disini semalam.

Hadir sama Pengarah HWKKS Dr Marcus Netto.

Shahelmey berkata, pada ketika ini juga terdapat beberapa buah hospital di Sabah mencatatkan kadar penggunaan katil lebih tinggi bermula dari awal Februari.

“Saya turut difahamkan bahawa pihak JKNS kini sedang menyelaraskan kakitangan untuk menangani lonjakan kenaikan kes jangkitan COVID-19 di Sabah,” katanya.

Sabah menyaksikan peningkatan ketara kes jangkitan COVID-19 dimana sehingga semalam sebanyak 3,333 kes dilaporkan di negeri ini.

Walau bagaimanapun, hanya kira-kira 99 peratus daripada kes berkenaan berada dalam Kategori 1 dan 2 berikutan pengambilan vaksin dalam kalangan rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/10/jkns-tingkat-kapasiti-keupayaan-tangani-peningkatan-lonjakan-kes-jangkitan-covid-19/feed/ 0 12065
Gender Focal Point Berupaya Bantu Kerajaan Salur Maklumat Berkaitan Gender https://sabahmedia.com/2022/02/09/gender-focal-point-berupaya-bantu-kerajaan-salur-maklumat-berkaitan-gender/ https://sabahmedia.com/2022/02/09/gender-focal-point-berupaya-bantu-kerajaan-salur-maklumat-berkaitan-gender/#respond Wed, 09 Feb 2022 00:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12021
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Pelantikan Gender Focal Point yang terdiri daripada pegawai kerajaan negeri, persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia Sabah yang ditauliahkan menerusi program ‘Train The Trainers’ (TTT) berupaya menyampaikan maklumat berkaitan gender.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, mereka yang ditauliahkan itu akan menjadi jurulatih bagi membantu kerajaan dan Sabah dalam perjuangan kesaksamaan gender di masa hadapan.

“Saya difahamkan seramai 24 orang peserta dan penyelia ditauliahkan pada hari ini (semalam) dan saya ucapkan tahniah atas perjuangan dan komitmen dalam menjayakan serta melengkapkan program Train The Trainers.

“Objektif utama program TTT ini ialah memberi pengiktirafan kepada para peserta yang telah diangkat sebagai Gender Focal Point yang mana mereka ini boleh menyampaikan ceramah program-program berkaitan gender anjuran jabatan, organisasi luar dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pentauliahan TTT Kumpulan 1 Sabah Gender Focal Points disini semalam.

Shahelmey berkata, Sabah merupakan negeri ketiga di Malaysia yang telah melengkapkan program TTT bagi isu gender selepas Selangor dan Pulau Pinang.

Katanya, mereka ini juga berupaya memberikan pendedahan kepada jabatan, kementerian mahupun agensi luar tentang pakar gender yang telah ditauliah dan diiktiraf.

“Selaras dengan dasar wanita negara yang mendukung prinsip tiada diskriminasi berasaskan gender, dasar ini juga berhasrat untuk menjamin pembangunan dan pengupayaan wanita dengan mengarusperdanakan kepentingan wanita untuk mencapai potensi mereka.

“Salah satu strategi ialah meningkatkan komitmen di kalangan badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman termausk penggubal dasar, pembuat keputusan dan pihak penguatkuasa di sektor awam dan swasta serta masyarakat sivil bagi menghormati dan memelihara martabat wanita.

“Saya yakin dengan adanya Sabah Gender Focal Points ini kita mampu mencapai sasaran dasar wanita negara,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/09/gender-focal-point-berupaya-bantu-kerajaan-salur-maklumat-berkaitan-gender/feed/ 0 12021
Modal Insan Aset Penting Dibangunkan Dikalangan Generasi Muda https://sabahmedia.com/2022/01/11/modal-insan-aset-penting-dibangunkan-dikalangan-generasi-muda/ https://sabahmedia.com/2022/01/11/modal-insan-aset-penting-dibangunkan-dikalangan-generasi-muda/#respond Tue, 11 Jan 2022 08:45:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11004
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Modal insan merupakan aset yang penting untuk dibangunkan khususnya dikalangan generasi muda agar dapat bersama-sama membangunkan negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia bagi memastikan agar Sabah dan Malaysia amnya akan dapat terus dibangunkan dari generasi ke generasi.

“Modal insan adalah aset yang penting untuk dibangunkan agar kita dapat bersama-sama membangunkan negeri dan negara kita bagi mencapai wawasan kemakmuran bersama pada 2030.

“Generasi muda yang ada pada masa ini merupakan pelapis seterusnya untuk memajukan Sabah dan negara kita Malaysia secara amnya.  Itulah harapan kami selaku pemimpin masyarakat untuk sama-sama menyumbang kearah membangunkan modal insan agar tidak putus usaha memajukan negeri kita daripada generasi ke generasi yang akan datang” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program SMART Jawab SPM 2021 anjuran Pusat Khidmat Rakyat dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N24 Tanjung Keramat secara maya di pejabatnya pagi tadi.

Shahelmey yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berkata, penganjuran program SMART Jawab SPM 2021 ini bertujuan untuk mempersiapkan para pelajar  di daerah Putatan yang bakal menduduki SPM 2021.

“Kami adakan program SMART Jawab  SPM 2021 ini untuk memperkemaskan persediaan ditahap akhir pelajar-pelajar bagi menduduki pepriksaan SPM 2021.

“Selain itu saya juga ingin melihat pencapaian prestasi akademik yang baik dikalangan penduduk daerah Putatan agar dapat sama-sama menyumbang kearah melahirkan modal insan di daerah Putatan, negeri Sabah dan juga Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Program SMART Jawab SPM 2021 yang diadakan bermula dari 11 Januari sehingga 19 Januari ini disertai oleh lebih 650 orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada bulan Mac ini yang melibatkan dua buah sekolah menengah dalam Daerah Putatan iaitu SMK Tansau dan SMK Putatan.

Para pelajar akan didedahkan dengan cara-cara menjawab kertas peperiksaan yang disampaikan oleh guru-guru yang terlibat secara langsung dalam menyemak kertas peperiksaan SPM.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/11/modal-insan-aset-penting-dibangunkan-dikalangan-generasi-muda/feed/ 0 11004
Banjir : Sentiasa Patuh Arahan Pihak Berkuasa, Elak Penularan COVID-19 https://sabahmedia.com/2022/01/03/banjir-sentiasa-patuh-arahan-pihak-berkuasa-elak-penularan-covid-19/ https://sabahmedia.com/2022/01/03/banjir-sentiasa-patuh-arahan-pihak-berkuasa-elak-penularan-covid-19/#respond Mon, 03 Jan 2022 10:39:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10662
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA MARUDU : Orang ramai khususnya yang terjejas banjir dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan sentiasa terjaga.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia termasuklah sentiasa mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak penularan wabak COVID-19 berlaku.

“Apa yang perlu dan penting adalah, mereka yang terjejas dengan banjir perlu sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa termasuk Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah masing-masing agar keselamatan mereka dapat dijaga.

“Disamping itu saya juga ingin mengingatkan bahawa kita masih dalam keadaan pandemik COVID-19 dan risiko jangkitan itu masih ada.  Justeru itu sama-samalah kita menjaga keselamatan dan kesihatan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Komuniti Kota Marudu disini pagi tadi.

Shahelmey berkata, persiapan yang dilaksanakan PKOB daerah ini berada pada tahap siapsiaga dimana telah menyediakan keperluan dan kelengkapan yang diperlukan di setiap PPS.

“Segala persiapan termasuk ‘partition’ untuk penginapan mangsa banjir, tilam, bantal dan makanan bermasak semua telah disediakan oleh PKOB Kota Marudu.

“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan persediaan yang mereka laksanakan,” katanya.

Sementara itu, Shahelmey berkata, PKOB daerah ini juga akan turut menghantar bakul makanan kepada lima buah kampung yang terputus hubungan darat.

“Selain daripada PPS yang telah diaktifkan,  ada juga beberapa buah kampung yang terputus hubungan darat jadi kita telah berbincang dengan PKOB Kota Marudu untuk menghantar bantuan bakul makanan kepada lima buah kampung terlibat di daerah ini,” katanya.

Terdahulu, sehingga jam 4 petang tadi, sebanyak 13 buah PPS dibuah di Kota Marudu membabitkan seramai 2,765 mangsa terjejas banjir telah dipindahkan.

Selain itu, Shahelmey turut melawat ke beberapa buah PPS di sekitar Kota Marudu iaitu, PPS SK Teritipan, PPS SMK Tandek dan PPS SRA Damai, Kota Marudu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/03/banjir-sentiasa-patuh-arahan-pihak-berkuasa-elak-penularan-covid-19/feed/ 0 10662
Penggunaan Darah di Hospital Meningkat – Shahelmey https://sabahmedia.com/2021/11/29/penggunaan-darah-di-hospital-meningkat-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2021/11/29/penggunaan-darah-di-hospital-meningkat-shahelmey/#respond Mon, 29 Nov 2021 00:20:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9018
Read Time:1 Minute, 26 Second

PUTATAN : Penggunaan darah di hospital kian meningkat saban hari terutama dalam pandemik dan endemik COVID-19.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, golongan belia diseru agar segera tampil menderma darah bagi meningkatkan bekalan darah di Unit Tabung Darah di negeri ini.

“Golongan belia merupakan golongan yang aktif dari segi fizikal dan peluang untuk menderma darah adalah lebih tinggi berbanding golongan dewasa.

“Oleh itu, kita seru kepada orang ramai terutama golongan muda untuk tampil menderma darah kerana bukan saja baik untuk kesihatan serta dapat membantu kepada pihak yang memerlukan.

“Melalui pemerhatian jelas kempen-kempen derma darah ini menujukkan peningkatan terutama ketika Sabah telah memasuki fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) apabila ramai golongan belia mula tampil menderma darah berbanding ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Derma Darah Peringkat Daerah Putatan 2021 anjuran bersama Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Daerah Putatan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Union dan  KRT Taman Teluk Villa, disini semalam.

Pada program sehari itu, PBSM Daerah Putatan berjaya mengumpul sebanyak 45 pain darah untuk kegunaan Unit Tabung Darah Jabatan Patologi, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Dalam program yang sama, Pengerusi KRT Taman Teluk Vila, Ahmad Mahmood berkata program yang dilaksanakan secara bersama dengan PBSM Daerah Putatan ini adalah bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menderma darah kepada masyarakat umum terutama bagi kes rawatan kecemasan serta pesakit Talasemia yang amat memerlukan bekalan darah untuk kelangsungan kehidupan.

“Darah ini bukan sesuatu yang mudah untuk dicari, ini memerlukan kesedaran dan keikhlasan individu yang sihat untuk menyumbangkan satu pain darah bagi kegunaan individu lain yang amat memerlukan,” jelas beliau.

Hadir sama, Ketua Daerah Putatan Datuk Mohd Dahali Matsin serta Pengerusi PBSM Daerah Putatan, Nanih Abah./Penerangan- 

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/29/penggunaan-darah-di-hospital-meningkat-shahelmey/feed/ 0 9018
Shahelmey Komited Laksana Program Keusahawanan https://sabahmedia.com/2021/11/20/shahelmey-komited-laksana-program-keusahawanan/ https://sabahmedia.com/2021/11/20/shahelmey-komited-laksana-program-keusahawanan/#respond Sat, 20 Nov 2021 12:06:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8661
Read Time:1 Minute, 5 Second

PUTATAN: Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat komited menganjurkan kursus-kursus kemahiran dan keusahawanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata ini bagi melahirkan lebih ramai masyarakat yang berkemahiran dan berdaya saing.

“Ini seiring dengan aspirasi saya iaitu mahu mempergiatkan aktiviti ekonomi serta perniagaan masyarakat setempat di daerah Putatan khususnya Tanjung Keramat.

“Kita ingin menambah bilangan usahawan ataupun usahawanita di daerah ini. Ini untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi dan juga aktiviti-aktiviti perniagaan serta memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada mereka yang gigih berusaha,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutupan kursus gunting rambut anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Tanjung Keramat di disini semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat berharap kemahiran yang diperolehi daripada kursus tersebut akan terus dipraktikkan untuk menambah kemahiran disamping boleh menjana pendapatan tambahan.

“Ilmu yang dipelajari ini boleh menjadi satu kerjaya di masa hadapan jika terus dipraktikkan.

“Apa yang penting ialah menimba ilmu, disiplin diri, rajin berusaha dan seterusnya uruslah kewangan dengan baik dalam memulakan perniagaan  agar boleh maju ke hapadan,” katanya.

Terdahulu, seramai 20 orang belia di daerah ini menyertai kursus yang dijalankan selama sepuluh hari.

Para peserta didedahkan dengan kemahiran-kemahiran menggunting serta mendandan rambut daripada tenaga pengajar yang professional dari Institute Kecantikan Negeri Sabah (NUVIS).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/20/shahelmey-komited-laksana-program-keusahawanan/feed/ 0 8661