shahelmey – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 25 Jul 2026 08:40:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png shahelmey – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pembangunan mapan Putatan terus jadi agenda utama – Shahelmey https://sabahmedia.com/2026/07/25/pembangunan-mapan-putatan-terus-jadi-agenda-utama-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2026/07/25/pembangunan-mapan-putatan-terus-jadi-agenda-utama-shahelmey/#respond Sat, 25 Jul 2026 08:34:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100547
Read Time:1 Minute, 52 Second

PUTATAN: Agenda pembangunan mapan di Parlimen Putatan terus menjadi keutamaan dalam memastikan tahap kehidupan, sosial dan ekonomi rakyat sentiasa dinaik taraf dari semasa ke semasa.

Ahli Parlimen Putatan; Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pelan pembangunan yang efisyen bukan sahaja meningkatkan kualiti dan keselesaan, bahkan pada masa sama menunjukkan Putatan sebagai sebuah destinasi membangun di masa hadapan.

Jelasnya selaku wakil rakyat, mekanisme pembangunan infra serta progam komuniti mampu mengangkat kualiti yang diharapkan dan menjamin Parlimen itu terus berdaya saing dengan mana-mana lokaliti di Sabah.

“Kita setiap tahun menerima peruntukkan bagi pembangunan di kawasan parlimen sebanyak RM2 juta dan Alhamdulillah, peruntukkan-peruntukkan berkenaan kita manfaat sebaiknya.

“Antara yang kita lakukan adalah pembinaan Dewan Terbuka SK Contoh, padang SMK Tansau dan astaka SMK Tansau. Jika dahulu, kita juga membina padang SMK Putatan, selain pembinaan lampu-lampu jalan, pembinaan parit dan banyak lagi.

“Kalau ikut, peruntukkan persekutuan tersebut adalah tidak mencukupi bagi tujuan pembangunan infra namun kita sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan dana menerusi kementerian-kementerian lain yang ada, “katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Padang Kg Duvanson, dekat sini, pada Sabtu.

Untuk rekod, dalam projek pembinaan padang kampung itu, Shahelmey berkata ianya memakan kos kira-kira RM300,000.

“Projek padang ini merupakan sebahagian peruntukkan parlimen kita dan saya difahamkan ianya akan dapat digunakan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan lagi.

“Saya menerima maklum balas daripada para penduduk yang gembira dengan pembinaan padang tersebut yang mana kita mendapat maklum mereka mahu memanfaatkannya melalui kepelbagaian aktiviti seperti sukan, acara tradisi serta kegiatan lain.

“Kita juga berharap penduduk di Kg Duvanson ini bersabar sedikit sebelum padang tersebut dapat digunakan sepenuhnya menjelang hujung tahun dan saya berharap juga ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan pelbagai aktiviti positif dan sihat, “katanya lagi.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan projek Pan Borneo Pakej Enam melibatkan laluan Ketiau-Penampang-Inanam yang dijangka siap pada bulan Ogos, Shahelmey berkata, ianya bakal memudahkan para pengguna dan merancakkan lagi aktiviti komuniti setempat.

“Ia merupakan laluan alternatif Kota Kinabalu Selatan dan Kota Kinabalu Utara yang mana ianya mampu mengurangkan kepadatan serta kesesakan lalu lintas yang bertumpu di Bandaraya Kota Kinabalu.

“Laluan ini dijangka siap pada Ogos dan harapan saya para pengguna jalan raya dapat menggunakan laluan tersebut dengan berhemah dan mengutamakan aspek keselamatan masing-masing, “katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/25/pembangunan-mapan-putatan-terus-jadi-agenda-utama-shahelmey/feed/ 0 100547
Tilawah Al-Quran kanak-kanak mampu lahirkan pelapis qari, qariah Sabah – Shahelmey https://sabahmedia.com/2026/07/12/tilawah-al-quran-kanak-kanak-mampu-lahirkan-pelapis-qari-qariah-sabah-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2026/07/12/tilawah-al-quran-kanak-kanak-mampu-lahirkan-pelapis-qari-qariah-sabah-shahelmey/#respond Sun, 12 Jul 2026 03:31:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99730
Read Time:1 Minute, 18 Second

PUTATAN: Penganjuran program Tilawah Al-Quran kanak-kanak secara berterusan mampu melahirkan pelapis qari dan qariah di Sabah, selain membentuk generasi yang celik Al-Quran sejak usia muda.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, pendedahan awal terhadap ilmu tajwid, teknik taranum dan bacaan Al-Quran merupakan langkah penting dalam mencungkil bakat, di samping menyemai penghayatan nilai-nilai Islam dalam kalangan kanak-kanak.

Menurutnya, usaha melahirkan generasi yang mahir membaca Al-Quran memerlukan komitmen berterusan daripada kerajaan, masyarakat dan pertubuhan setempat supaya program seumpamanya dapat dilaksanakan secara konsisten.

“Program yang memupuk masyarakat celik Al-Quran merupakan satu usaha murni yang bukan sahaja memperkukuh penguasaan bacaan Al-Quran, malah meningkatkan ketakwaan umat Islam.

“Sehubungan itu, kerjasama erat antara kerajaan, komuniti dan pertubuhan dalam menganjurkan program seperti ini amat penting bagi melahirkan lebih ramai pelapis qari dan qariah pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas merasmikan Pertandingan Tilawah Al-Quran Kanak-Kanak anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjung Aru Lama di Tanjung Aru, pada Sabtu.

Shahelmey berkata, program yang memberi pendedahan kepada kanak-kanak sejak usia muda bukan sahaja membantu memperkukuh penguasaan bacaan Al-Quran, malah membina keyakinan diri dan memupuk minat mendalami ilmu agama.

Beliau berharap lebih banyak program seumpama itu dapat dianjurkan pada masa hadapan dengan penglibatan lebih ramai kanak-kanak dan sokongan pelbagai pihak bagi memperkasa syiar Islam di Sabah.

Terdahulu, seramai lapan kanak-kanak daripada komuniti sekitar Tanjung Aru menyertai pertandingan berkenaan yang bertujuan mencungkil bakat baharu dalam bidang tilawah serta menggalakkan budaya membaca dan menghayati Al-Quran dalam kalangan generasi muda.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/12/tilawah-al-quran-kanak-kanak-mampu-lahirkan-pelapis-qari-qariah-sabah-shahelmey/feed/ 0 99730
Masyarakat Putatan digesa manfaatkan inisiatif saringan kesihatan https://sabahmedia.com/2026/06/07/masyarakat-putatan-digesa-manfaatkan-inisiatif-saringan-kesihatan/ https://sabahmedia.com/2026/06/07/masyarakat-putatan-digesa-manfaatkan-inisiatif-saringan-kesihatan/#respond Sun, 07 Jun 2026 00:15:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97814
Read Time:1 Minute, 40 Second

PUTATAN: Masyarakat di kawasan Parlimen Putatan digesa mengambil peluang menyertai program kesedaran serta saringan kesihatan yang dianjurkan pelbagai pihak sebagai langkah awal mencegah risiko penyakit, termasuk kanser.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, program berasaskan komuniti itu bukan sahaja memberi ruang kepada masyarakat mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak berwajib, malah mampu meningkatkan tahap kesedaran rakyat terhadap kepentingan menjaga kesihatan diri.

Menurut beliau, penglibatan aktif masyarakat dalam program kesihatan juga dapat membantu mengurangkan kesesakan di klinik dan hospital kerajaan, khususnya bagi urusan saringan serta pemeriksaan kesihatan.

“Masyarakat khususnya di kawasan Parlimen Putatan perlu cakna sekiranya terdapat program berbentuk kesedaran kesihatan dan mengambil peluang menyertai taklimat atau saringan yang disediakan menerusi aktiviti berkenaan.

“Dalam usaha membentuk masyarakat yang lebih peka terhadap tahap kesihatan masing-masing, program seperti ini memberi impak besar selain meningkatkan kesedaran terhadap risiko penyakit yang sedia ada.

“Selain menjimatkan masa untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital dan klinik kerajaan, pendekatan sebegini juga lebih efisien serta memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jejak Kanser anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.173 Putatan bersama Persatuan Pencegah Kanser Sabah (PPKS) di Dewan Serbaguna Kampung Muhibbah, Putatan, di sini pada Sabtu.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya; Pegawai Tugas-Tugas Khas Parlimen Putatan, Mohd Sufian Matin serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Keramat, Latip Jiar.

Sementara itu, Shahelmey yang juga Pengerusi Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) berkata, pihaknya komited meneruskan pelaksanaan program dan kempen kesedaran kesihatan di Putatan bagi membantu mengurangkan risiko penyakit kanser dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, program saringan dan jaringan kesihatan seumpama itu merupakan langkah awal dalam membudayakan amalan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

“Program saringan seperti ini adalah satu langkah awal dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kesihatan serta mencegah komplikasi akibat penyakit kanser.

“Pada masa sama, ia merupakan usaha positif ke arah memastikan rakyat Putatan kekal lebih sihat dan cergas serta dapat mengurangkan risiko penyakit dari semasa ke semasa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/07/masyarakat-putatan-digesa-manfaatkan-inisiatif-saringan-kesihatan/feed/ 0 97814
Sambutan Kaamatan tingkatkan motivasi semangat perpaduan di Putatan: Shahelmey https://sabahmedia.com/2026/05/18/sambutan-kaamatan-tingkatkan-motivasi-semangat-perpaduan-di-putatan-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2026/05/18/sambutan-kaamatan-tingkatkan-motivasi-semangat-perpaduan-di-putatan-shahelmey/#respond Sun, 17 May 2026 22:15:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96863
Read Time:1 Minute, 6 Second

PUTATAN: Perayaan sambutan Pesta Kaamatan yang diraikan masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR) dan rumpunnya wajar dijadikan simbolik kepada perpaduan di daerah Putatan dan Sabah secara amnya.

Ahli Parlimen Putatan; Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, seiring tema Kaamatan pada tahun ini, Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian, beliau berkata, ia dilihat amat signifikan kepada semua rakyat yang terkenal dengan semangat keukhuwahan dan menyemai harmoni dalam kehidupan seharian tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan fahaman.

“Oleh yang demikian, wajarlah perayaan seperti Kaamatan ini diangkat untuk menjadi wadah perpaduan di antara semua kaum yang ada di Putatan dan seterusnya di Sabah.

“Jagalah keharmonian yang telah diwariskan oleh generasi terdahulu, dan sudah tentu ia merupakan tanggungjawab kita bersama untuk mengekalkan perpaduan ini.

“Dengan sambutan Kaamatan, kini ia bukan sahaja diraikan oleh masyarakat KDMR sahaja bahkan bangsa-bangsa yang lain juga di Sabah yang mana ianya sudah menjadi simbol utama di negeri kita dan juga negara,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) berkata demikian dalam ucapan perasmian Pertandingan Akhir Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Putatan di Dewan Sri Putatan, di sini.

Seramai sepuluh peserta Unduk Ngadau bertanding di pentas Pertandingan Akhir Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Putatan di Dewan Sri Putatan bagi mewakili daerah ke KDCA pada kemuncak Kaamatan 31 Mei nanti.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/18/sambutan-kaamatan-tingkatkan-motivasi-semangat-perpaduan-di-putatan-shahelmey/feed/ 0 96863
Akademik dan sukan perlu seimbang untuk lahirkan pelajar holistik https://sabahmedia.com/2026/04/10/akademik-dan-sukan-perlu-seimbang-untuk-lahirkan-pelajar-holistik/ https://sabahmedia.com/2026/04/10/akademik-dan-sukan-perlu-seimbang-untuk-lahirkan-pelajar-holistik/#respond Thu, 09 Apr 2026 22:38:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94607
Read Time:1 Minute, 18 Second

PUTATAN: Keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan penglibatan aktif dalam sukan perlu diberi penekanan bagi melahirkan pelajar yang holistik serta berdaya saing.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kedua-dua elemen itu penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan sekali gus mengangkat status sekolah-sekolah di daerah Putatan agar terus cemerlang.

Beliau berkata, selain mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan, penglibatan dalam aktiviti fizikal seperti sukan mampu membentuk sahsiah, disiplin serta kemahiran sosial dalam kalangan pelajar.

“Pembangunan holistik yang merangkumi akademik dan sukan amat penting untuk melahirkan generasi pelajar yang lebih berwibawa pada masa hadapan.

“Pada masa sama, ia membantu meningkatkan kualiti sekolah dan membuktikan bahawa Putatan juga mempunyai institusi pendidikan yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-26 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau, di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Penampang Rusmadi Ahmad, Pengetua SMK Tansau Dr. Miller Yong, Pegawai Tugas-Tugas Khas Parlimen Putatan Mohd Sufian Matin, Pegawai Khas Parlimen Putatan Mahadzir Abd Majid serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Keramat Latip Jiar.

Dalam pada itu, Shahelmey yang juga Pengerusi Sabah Oil & Gas Development Corporation (SOGDC) berkata, penganjuran kejohanan sukan tersebut turut menjadi platform penting dalam memupuk kecemerlangan kokurikulum, kepimpinan serta disiplin diri dalam kalangan pelajar.

Tambah beliau, tema kejohanan tahun ini iaitu Alam Sekitar: Flora dan Fauna juga bertepatan dalam meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan memelihara dan melindungi khazanah alam semula jadi.

“Sambil bersukan, pelajar turut didedahkan dengan pendidikan berkaitan pemuliharaan alam sekitar agar mereka lebih menghargai flora dan fauna,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/10/akademik-dan-sukan-perlu-seimbang-untuk-lahirkan-pelajar-holistik/feed/ 0 94607
NGO diseru perhebat CSR bantu golongan memerlukan https://sabahmedia.com/2026/03/16/ngo-diseru-perhebat-csr-bantu-golongan-memerlukan/ https://sabahmedia.com/2026/03/16/ngo-diseru-perhebat-csr-bantu-golongan-memerlukan/#respond Mon, 16 Mar 2026 09:06:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93384
Read Time:1 Minute, 24 Second

PUTATAN: Persatuan berdaftar atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan menjadi nadi penggerak dalam menyokong aspirasi kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan rakyat di peringkat akar umbi terus diberi perhatian, khususnya menjelang musim perayaan.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya, berkata penglibatan NGO amat penting dalam membantu membela nasib serta meringankan beban golongan yang memerlukan, terutama di daerah Putatan.

Menurutnya, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh NGO amat digalakkan bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

“Sudah tentu dalam kegembiraan kita menyambut bulan Syawal pada minggu ini, janganlah kita melupakan golongan fakir miskin, asnaf serta mereka yang kurang bernasib baik.

“Walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bantuan dan kebajikan, peranan NGO juga sangat penting dalam melaksanakan program CSR mereka.

“Di Putatan, kami amat menggalakkan mana-mana NGO yang ingin tampil menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) berkata demikian selepas menghadiri program penyerahan bantuan bakul makanan anjuran Persatuan Wanita Perkasa Sabah (PWPS) di Dewan Mini Kampung Muhibbah, di sini, pada Isnin.

Turut hadir Pengerusi PWPS, Salma Said; Pegawai Khas Kanan Parlimen Putatan, Sufian Matin; Pegawai Khas Pentadbiran dan Operasi Parlimen Putatan, Mahadzir Abd Majid; serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Keramat, Latip Jiar.

Dalam majlis itu, Shahelmey turut menyampaikan bakul makanan kepada 34 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf sekitar Putatan.

“Program seperti ini amat signifikan kerana ia merupakan sebahagian daripada inisiatif bantuan yang digerakkan oleh pelbagai pihak termasuk NGO seperti PWPS.

“Kita berharap usaha sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa, di samping menggalakkan masyarakat mengamalkan budaya membantu mereka yang memerlukan, lebih-lebih lagi dalam bulan yang mulia ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/16/ngo-diseru-perhebat-csr-bantu-golongan-memerlukan/feed/ 0 93384
Perayaan kaum wajar jadi simbol perpaduan Sabah – Shahelmey https://sabahmedia.com/2026/02/13/perayaan-kaum-wajar-jadi-simbol-perpaduan-sabah-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2026/02/13/perayaan-kaum-wajar-jadi-simbol-perpaduan-sabah-shahelmey/#respond Thu, 12 Feb 2026 22:29:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91557
Read Time:1 Minute, 38 Second

PUTATAN: Sambutan perayaan pelbagai kaum termasuk Tahun Baharu Cina wadah terbaik untuk terus dijadikan simbolik perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa khususnya di Sabah.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, sambutan yang diraikan masyarakat Tiong Hua itu bukan sahaja memperkukuh hubungan silaturahim, malah menjadi wadah terbaik untuk semua lapisan masyarakat mendalami kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negeri ini.

Menurutnya, semangat perpaduan yang sekian lama terjalin di Sabah mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan negeri sejajar aspirasi kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerusi hala tuju Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0).

“Sudah tentu, dengan adanya perayaan Tahun Baharu Cina yang diraikan oleh masyarakat Cina di Sabah, ia memberikan gambaran jelas mengenai nilai perpaduan yang kita miliki di negeri ini.

“Seperti di Putatan, kita sentiasa komited memberikan perkhidmatan kepada semua lapisan kaum sama ada bumiputera mahupun masyarakat Tiong Hua, tanpa ada yang tercicir.

“Salah satu agenda utama SMJ 2.0 ialah membangunkan sumber manusia secara berterusan. Ini menunjukkan kerajaan amat menitikberatkan pembangunan pendidikan dan latihan berterusan demi masa depan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Tahun Baharu Cina 2026 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hwa Shiong, di sini, pada Khamis.

Turut hadir Presiden Gabungan Dewan Perniagaan Tionghua Sabah (SUCCC), Datuk Micheal Lui Yen Sang; Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah SJKC Hwa Shiong Putatan, Chung Wan Kiong; serta Guru Besar sekolah berkenaan, Chung Tek Fei.

Shahelmey yang juga Pengerusi Sabah Oil and Gas Development Corporation (SOGDC) berkata, kesinambungan sumbangan komuniti dalam bidang pendidikan menjadi teras penting dalam mengukuhkan ikatan antara kaum di Putatan.

Beliau memaklumkan, majoriti pelajar di SJKC Hwa Shiong kini terdiri daripada anak-anak bumiputera Sabah, manakala hanya kira-kira 10 peratus adalah daripada masyarakat Cina.

“Perkembangan ini amat positif dan membuktikan semakin ramai keluarga bumiputera menyedari kepentingan pendidikan aliran Cina serta kelebihan yang boleh diperoleh oleh pelajar.

“Ia secara tidak langsung mencerminkan keterbukaan masyarakat kita serta keyakinan terhadap sistem pendidikan pelbagai aliran di negeri ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/13/perayaan-kaum-wajar-jadi-simbol-perpaduan-sabah-shahelmey/feed/ 0 91557
Golongan wanita Putatan di minta tingkat kesedaran awal kanser serviks – Shahelmey https://sabahmedia.com/2026/01/17/golongan-wanita-putatan-di-minta-tingkat-kesedaran-awal-kanser-serviks-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2026/01/17/golongan-wanita-putatan-di-minta-tingkat-kesedaran-awal-kanser-serviks-shahelmey/#respond Sat, 17 Jan 2026 09:26:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89908
Read Time:1 Minute, 7 Second

PUTATAN: Kesedaran terhadap aspek pengesanan awal kanser serviks mampu meningkatkan pengetahuan dan tingkah laku kesihatan masyarakat tentang kesihatan wanita terutamanya di daerah Putatan.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kesedaran awam mengenai pentingnya pencegahan tersebut dari peringkat awal dan pada masa yang sama sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

“Secara global, kanser serviks atau kanser pangkal rahim berada pada tempat keempat penyebab kematian wanita.

“Kebanyakkan kes yang didiagnos berada di peringkat lewat iaitu tahap tiga dan tahap empat.

“Sehubungan itu, saya menyeru agar golongan wanita agar membuat saringan dan ujian pap smear bagi mengesan awal kanser serviks, “katanya.

Beliau berkata demikian dalam perasmian Pelancaran Projek Pendidikan Kesihatan anjuran Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dengan kerjasama Klinik Kesihatan Putatan.

Hadir sama Pegawai Kesihatan Kawasan Penampang, Dr Eupharasia Anak Bari, Timbalan Pengarah Akademik ILKKM; Jaffir Hashim.

Mengulas lanjut, Shahelmey berkata, program bertema Pengesanan Awal Kanser Serviks Jaminan Kesejahteraan Wanita itu amat penting dalam memastikan demi peningkatan kesedaran kesihatan wanita di daerah tersebut.

“Inisiatif program ini amat dialu-alukan untuk memberi kesedaran kepada golongan wanita khasnya mengenai kepentingan pengambilan ujian pap smear bagi pengesanan awal kanser serviks.

“Perkhidmatan pemeriksaan saringan kesihatan wanita boleh didapati di mana-mana premis kesihatan sama ada kerajaan atau swasta.

“Saya ingatkan, sentiasa mengambil peduli terhadap tahap kesihatan masing-masing, utamakan perkara itu dan buatlah saringan kesihatan dengan kerap, ” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/17/golongan-wanita-putatan-di-minta-tingkat-kesedaran-awal-kanser-serviks-shahelmey/feed/ 0 89908
Shahelmey dilantik pengerusi baharu SOGDC https://sabahmedia.com/2026/01/16/shahelmey-dilantik-pengerusi-baharu-sogdc/ https://sabahmedia.com/2026/01/16/shahelmey-dilantik-pengerusi-baharu-sogdc/#respond Fri, 16 Jan 2026 09:26:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89837
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU : Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn. Bhd. (SOGDC) menyambut baik pelantikan Ahli Parlimen Putatan sebagai Pengerusi SOGDC bertaraf Menteri.

SOGDC dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan itu diyakini mampu memperkukuh hala tuju strategik syarikat milik negeri itu.

Pelantikan itu disusuli dengan lawatan rasmi serta sesi taklimat ke ibu pejabat SOGDC yang disambut Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan, Mohd Azmir Datuk Ramli bersama barisan pengurusan tertinggi. 

Lawatan tersebut mencerminkan komitmen awal Shahelmey dalam memahami peranan dan tanggungjawab menerajui organisasi.

Dalam sesi taklimat itu, Shahelmey menegaskan kepentingan tadbir urus yang kukuh, pemantauan prestasi korporat yang berkesan serta pengurusan bersepadu melibatkan SOGDC dan anak-anak syarikatnya. 

Beliau turut menyatakan hasrat memperkukuh strategi pelaburan dengan memberi tumpuan kepada peluang strategik yang mampan, di samping memastikan pelaksanaan pelaburan sedia ada berjalan teratur dan menepati objektif ditetapkan.

Pihak pengurusan dan seluruh warga kerja SOGDC menyatakan komitmen penuh untuk bekerjasama secara profesional serta menyokong kepimpinan baharu dalam melaksanakan agenda korporat dan dasar strategik syarikat. 

Usaha berterusan juga akan diperkasa bagi mengekalkan budaya kerja berintegriti, harmoni dan berorientasikan prestasi.

SOGDC yakin kepimpinan baharu ini akan memperkukuh peranan syarikat sebagai entiti strategik negeri, seterusnya menyumbang secara berterusan kepada pembangunan sosioekonomi Sabah melalui pendekatan yang mampan dan berimpak tinggi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/16/shahelmey-dilantik-pengerusi-baharu-sogdc/feed/ 0 89837
Pendekatan proaktif perkukuh keselamatan dan kebersihan Putatan https://sabahmedia.com/2026/01/15/pendekatan-proaktif-perkukuh-keselamatan-dan-kebersihan-putatan/ https://sabahmedia.com/2026/01/15/pendekatan-proaktif-perkukuh-keselamatan-dan-kebersihan-putatan/#respond Thu, 15 Jan 2026 00:50:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89728
Read Time:1 Minute, 15 Second

PUTATAN : Pendekatan turun padang dan kerjasama erat antara kerajaan, agensi pelaksana serta masyarakat setempat menjadi kunci utama dalam memastikan daerah ini kekal selamat dan selesa untuk didiami.

Ahli Parlimen Putatan Datuk Shahelmey Yahya berkata, sinergi menyeluruh itu mampu memperkukuh penguatkuasaan serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan, khususnya berkaitan kebersihan dan keselamatan persekitaran.

Menurutnya, hubungan holistik antara penduduk dan pihak berkuasa bukan sahaja mempercepat penyelesaian isu setempat, malah mengelakkan masalah berlarutan sehingga menjejaskan kualiti hidup komuniti.

“Kita tidak boleh menunggu aduan semata-mata. Semua pihak perlu proaktif memberikan perkhidmatan terbaik dari semasa ke semasa demi keterjaminan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan program walkabout di sekitar perumahan Taman Jumbo dan Taman Friendship, di sini, bagi meninjau sendiri isu-isu yang dihadapi penduduk.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat Shah Alfie Yahya, Pegawai Daerah Putatan Masawi Salleh serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Keramat Latip Jiar.

Mengulas mengenai lawatan itu, Shahelmey berkata beberapa isu dikenal pasti termasuk masalah perparitan, kerosakan jalan, kawasan pembuangan sampah tidak terurus serta keperluan penyelenggaraan pemotongan pokok.

Beliau turut memaklumkan terdapat kawasan tertentu yang sukar diselenggara kerana kekurangan kerjasama pemilik premis, khususnya dalam membenarkan pembersihan longkang, sekali gus berpotensi mengundang pembiakan nyamuk Aedes dan menjejaskan kesihatan awam.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak konsesi menjalankan penyelenggaraan berkala, manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memperhebat pemantauan rapi bagi menangani isu perumahan secara berterusan.

“Penduduk juga perlu menjadi mata dan telinga. Dengan kerjasama semua pihak, setiap masalah dapat ditangani lebih cepat dan berkesan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/15/pendekatan-proaktif-perkukuh-keselamatan-dan-kebersihan-putatan/feed/ 0 89728