shareda – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 26 Oct 2025 00:49:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png shareda – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sektor swasta diseru main peranan dalam pembangunan bandar pintar Sabah https://sabahmedia.com/2025/10/26/sektor-swasta-diseru-main-peranan-dalam-pembangunan-bandar-pintar-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/10/26/sektor-swasta-diseru-main-peranan-dalam-pembangunan-bandar-pintar-sabah/#respond Sun, 26 Oct 2025 00:49:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84159
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU : Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) serta sektor swasta diseru untuk memainkan peranan aktif dalam merealisasikan pembangunan Bandar Pintar di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dua bandar pintar yang dirancang di Penampang dan Kota Kinabalu akan menjadi pemangkin kepada transformasi bandar yang lebih moden, lestari dan berteknologi tinggi.

“Melihat ke hadapan, pembangunan Bandar Pintar akan menjadi fokus utama bagi Sabah. Dengan dua Bandar Pintar yang dirancang di Penampang dan Kota Kinabalu, kita sedang melangkah ke era baharu inovasi bandar.

“Saya menggalakkan SHAREDA dan sektor swasta untuk memainkan peranan aktif dalam membentuk bandar pintar ini dengan mengintegrasikan teknologi, kelestarian dan keperluan komuniti bagi mewujudkan ruang kehidupan yang lebih pintar dan selesa untuk masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Shareda ke-47 di Magellan Sutera Resort, di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Hajiji memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan terus memupuk persekitaran yang kondusif dan mesra perniagaan bagi menggalakkan pelaburan serta inovasi.

“Kami komited untuk memperkemas prosedur, menambah baik penyampaian perkhidmatan serta memastikan dasar kami kekal telus, adil dan menyokong keyakinan pelabur.

“Pada masa yang sama, penyediaan perumahan kepada rakyat terus menjadi keutamaan.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan sektor swasta bagi memastikan rumah mampu milik dan berkualiti dapat diakses oleh setiap rakyat Sabah, khususnya dalam kumpulan B40 dan M40,” katanya.

Hajiji turut berasa gembira dengan tumpuan SHAREDA terhadap pembangunan lestari dan hijau yang sejajar dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

“Pendekatan berpandangan jauh ini memastikan pertumbuhan yang kita usahakan hari ini tidak akan menjejaskan keperluan generasi akan datang,” katanya.

Sementara itu, Hajiji turut memuji SHAREDA atas kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri serta peranan berterusan dalam memajukan agenda pembangunan Sabah.

“Sektor hartanah kekal sebagai salah satu pemacu utama ekonomi Sabah. Ia membawa pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat kita.

“Dalam kita melangkah ke hadapan, pembangunan mesti kekal seimbang dan inklusif untuk memupuk peluang, di samping memastikan kelestarian serta memberikan nilai jangka panjang kepada semua rakyat Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/26/sektor-swasta-diseru-main-peranan-dalam-pembangunan-bandar-pintar-sabah/feed/ 0 84159
SHAREDA rayu agar DBKK teliti semula kadar fi lesen https://sabahmedia.com/2025/02/09/shareda-rayu-agar-dbkk-teliti-semula-kadar-fi-lesen/ https://sabahmedia.com/2025/02/09/shareda-rayu-agar-dbkk-teliti-semula-kadar-fi-lesen/#respond Sun, 09 Feb 2025 06:02:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68295
Read Time:1 Minute, 32 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) merayu agar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) meneliti semula kadar fi lesen di bawah Undang-undang Kecil (Hotel & Rumah Lojing) Bandaraya Kota Kinabalu, 1966 yang telah dikuatkuasa awal Januari.

Presidennya Datuk Chua Soon Ping berkata, sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) adalah antara yang paling terkesan dengan kadar fi lesen itu selain daripada perlaksanaan penetapan gaji RM1,700 sebulan kepada pekerja.

“Kami berharap DBKK boleh mempertimbangkan caj fi lesen hanya dikenakan kepada pengusaha hotel bajet atau penginapan sewa jangka pendek jika penghunian mereka melebihi 50 peratus. Ini membolehkan PMKS boleh terus bertahan dalam keadaan yang sentiasa mencabar.

“Kami juga memohon agar DBKK akan mempertimbangkan semula perubahan fi kategori Kelas 3 dan Kelas 2 untuk bajet dan penginapan sewa jangka pendek. Caj sewa juga perlu bergantung kepada saiz setiap bilik atau unit pangsapuri,” katanya ketika berucap pada Majlis Pesta Angpow Bersama Mayor Bandaraya di Bay Suites Likas dekat sini pada Sabtu.

Persatuan itu juga meminta agar cukai pendapatan dikenakan hanya kepada syarikat yang memperolehi keuntungan.

Menurut Chua lagi, sebarang peningkatan kos dalam perkhidmatan PMKS akan memberi kesan ketara kepada keupayaan pelanggan PMKS untuk membeli penginapan.

“Pelanggan PMKS biasanya terdiri daripada pengembara bajet. Keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan pasaran yang sedia mencabar di rantau ini,” katanya.

Beliau sangat berharap, DBKK dapat membantu PMKS ini yang kebanyakkan diusahakan oleh usahawan muda, agar mereka sentiasa boleh berdiri di atas kaki mereka sendiri.

“DBKK perlu melihat perkara secara keseluruhannya sekali lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pengarah DBKK Lifred Wong yang hadir ke majlis itu bagi mewakili Mayor Bandaraya memberi maklum balas bahawa, beliau akan mengambil perhatian perkara-perkara yang telah diutarakan oleh SHAREDA di majlis itu.

“Jika mereka menghadapi sebarang masalah, mereka sentiasa boleh datang ke DBKK, kita akan mendengar dan selesaikan masalah itu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/09/shareda-rayu-agar-dbkk-teliti-semula-kadar-fi-lesen/feed/ 0 68295
SHAREDA Sumbang Dana Kepada HWKKS Bagi Dapatkan Peralatan Perubatan Penting https://sabahmedia.com/2021/08/14/shareda-sumbang-dana-kepada-hwkks-bagi-dapatkan-peralatan-perubatan-penting/ https://sabahmedia.com/2021/08/14/shareda-sumbang-dana-kepada-hwkks-bagi-dapatkan-peralatan-perubatan-penting/#respond Sat, 14 Aug 2021 03:59:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4592
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) telah menyumbang sejumlah RM100,000 kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) bagi mendapatkan peralatan perubatan yang penting.

Presiden SHAREDA Datuk Chua Soon Ping berkata, ramai dalam kalangan wanita mengandung telah dijangkiti COVID-19 dan memerlukan pembedahan untuk bersalin disebabkan wabak yang menjadi ancaman utama kepada bayi yang belum dilahirkan.

“Oleh kerana bilangan ibu mengandung yang dijangkiti COVID-19 semakin meningkat (kategori 4 dan 5), ramai dalam kalangan mereka juga terpaksa bersalin menggunakan kaedah pembedahan.

“Oleh itu, hospital memerlukan dana bagi mendapatkan lebih banyak kemudahan berkaitan untuk mengatasi kekurangan dihadapi. Saya juga berharap lebih banyak syarikat swasta akan tampil ke hadapan untuk membantu HWKKS di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Pada majlis itu, Chua menyerahkan bantuan kepada Pengarah Hospital HWKKS Dr Marcus Netto.

Beliau berkata, selepas mengetahui bahawa hospital berkenaan berhadapan dengan kekurangan kemudahan itu, SHAREDA terus mewujudkan pungutan dana amal dalam kalangan ahli serta jawatankuasanya. “Kami berharap sumbangan RM100,000 ini akan mengurangkan bebanan HWKKS,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/14/shareda-sumbang-dana-kepada-hwkks-bagi-dapatkan-peralatan-perubatan-penting/feed/ 0 4592