Shell – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 14 Feb 2026 10:35:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Shell – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Shell perbaharui komitmen laksana program latih juruteknik minyak dan gas Sabah https://sabahmedia.com/2026/02/14/shell-perbaharui-komitmen-laksana-program-latih-juruteknik-minyak-dan-gas-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/02/14/shell-perbaharui-komitmen-laksana-program-latih-juruteknik-minyak-dan-gas-sabah/#respond Sat, 14 Feb 2026 10:35:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91669
Read Time:2 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC) memperbaharui komitmennya untuk terus melaksanakan program “Sabah Petroleum Operations Technicians” (SPOT) menerusi pemeteraian dan pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) bersama TAS Institute of Oil & Gas (TAS).

MoA itu bagi membangunkan bakat tempatan sebagai juruteknik minyak dan gas bertauliah.

MoA berkenaan ditandatangani pada Majlis Konvokesyen ke-12 TAS di kampusnya di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) dan disaksikan Pembantu Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Mohd Ishak Ayub yang mewakili Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SMJ Energy, Datuk Dr Dionysia Kibat, barisan Lembaga Pengarah Kumpulan Syarikat TAS serta rakan pengendali petroleum (PAC) yang menyertai program berkenaan.

Pemeteraian itu menandakan lanjutan program SPOT yang dimulakan SSPC pada 2017 dengan kerjasama TAS. Program yang kini memasuki tahun ke-10 pelaksanaannya terus menyediakan latihan praktikal secara langsung kepada pelatih terpilih.

Melalui inisiatif itu, lapan pelatih terbaik setiap tahun akan menjalani latihan sambil bekerja selama dua minggu di salah satu daripada dua pelantar laut dalam Shell Malaysia di Sabah iaitu Malikai Tension Leg Platform (TLP) dan Gumusut-Kakap Floating Production System (FPS).

Pendedahan ini memberi pengalaman berharga sebagai persediaan bekerja dan menempuh kehidupan di luar pesisir.

Gumusut-Kakap merupakan pembangunan laut dalam pertama Shell di Malaysia dengan sistem pengeluaran terapung separa tenggelam yang terletak di perairan Sabah pada kedalaman sehingga 1,200 meter.

Malikai pula ialah pelantar jenis tension-leg pertama negara dan yang pertama dibangunkan Shell di luar Teluk Mexico.

Sejak diperkenalkan sedekad lalu, beberapa PAC lain turut melaksanakan SPOT bersama TAS, sekali gus memperluas peluang anak Sabah menimba pengalaman kerja luar pesisir.

Inisiatif itu membantu sebahagian besar graduan TAS mendapatkan pekerjaan di Sabah, seluruh negara malah di peringkat antarabangsa, termasuk sebelum menamatkan pengajian secara rasmi.

Pada majlis berkenaan, graduan Lois Ann Iris Jofri dan Noel Peter George Matthew berkongsi pengalaman serta impak program terhadap kehidupan mereka.

Manakala ibu bapa seperti Kayleen Manuel Ayunini turut berkongsi perubahan positif yang dilalui anak masing-masing hasil penyertaan dalam program itu.

Seramai 58 pelajar menamatkan pengajian sebagai generasi baharu pakar tenaga dengan pencapaian 100 peratus memenuhi syarat kelayakan graduasi.

Pengarah Eksekutif TAS, Datuk Willie Ng berkata pihaknya berbangga memperkenalkan graduan sebagai juruteknik yang bukan sahaja layak di atas kertas, tetapi benar-benar bersedia untuk bekerja, peka terhadap keselamatan dan berteraskan piawaian industri, hasil kerjasama awal bersama SSPC yang menjadi pemangkin penubuhan institut serta pelaksanaan program SPOT.

TAS yang ditubuhkan pada 16 Ogos 2008 menawarkan sijil Tahap Dua dan Tahap Tiga Business and Education Council, United Kingdom (BTEC) dalam program juruteknik kejuruteraan operasi minyak dan gas di kampusnya di luar Kota Kinabalu. Program itu terbuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan tempoh latihan selama dua tahun bagi memperoleh sijil BTEC Tahap Dua dalam bidang berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/14/shell-perbaharui-komitmen-laksana-program-latih-juruteknik-minyak-dan-gas-sabah/feed/ 0 91669
Hajiji alu-alukan inisiatif penyertaan tempatan Shell Malaysia https://sabahmedia.com/2026/02/06/hajiji-alu-alukan-inisiatif-penyertaan-tempatan-shell-malaysia/ https://sabahmedia.com/2026/02/06/hajiji-alu-alukan-inisiatif-penyertaan-tempatan-shell-malaysia/#respond Fri, 06 Feb 2026 01:20:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91082
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan inisiatif Shell Malaysia untuk memperkasakan penyertaan tempatan dalam industri minyak dan gas negeri yang bertujuan memperluas peluang ekonomi bagi rakyat Sabah.

Beliau berkata, pada tahun lalu Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran peningkatan sebanyak 100 peratus bagi nilai kontrak Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) yang dianugerahkan kepada syarikat tempatan.

“Sasaran ini menekankan komitmen jitu negeri untuk memperkukuh penglibatan tempatan dan memupuk ekosistem tenaga tempatan yang berdaya tahan,” katanya.

Hajiji berkata demikian semasa kunjungan hormat daripada Pengerusi Shell Malaysia dan Naib Presiden Kanan Huluan Malaysia, Siti Sulaiman di Menara Kinabalu, di sini pada Khamis.

Dalam pertemuan itu, Siti memberi taklimat perkembangan perniagaan mengenai aktiviti dan projek Shell yang sedang berjalan di Sabah, termasuk usaha syarikat dalam memupuk keusahawanan tempatan melalui program Shell LiveWIRE.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Sabah Shell, Alexon Jong, Pengurus Besar Perhubungan Korporat Malaysia Timur Shell Malaysia, Jonathan Jolly dan Penasihat Perhubungan Korporat Malaysia Timur Shell Malaysia, Liz Kumar.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/06/hajiji-alu-alukan-inisiatif-penyertaan-tempatan-shell-malaysia/feed/ 0 91082
SHELL awards deepwater asset operations contracts to two Sabahan Companies https://sabahmedia.com/2024/06/27/shell-awards-deepwater-asset-operations-contracts-to-two-sabahan-companies/ https://sabahmedia.com/2024/06/27/shell-awards-deepwater-asset-operations-contracts-to-two-sabahan-companies/#respond Thu, 27 Jun 2024 05:00:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56579
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Sabah Shell Petroleum Company Ltd (SSPC) has awarded two separate contracts to two companies based in Sabah.

The contract signing ceremony took place today during the opening ceremony of the Sabah Oil, Gas & Energy Conference and Exhibition (SOGCE) in Kota Kinabalu, Sabah.

The signing ceremony was witnessed by Guest of Honour, Datuk Seri Masidi Manjun, Sabah Minister of Finance and Chairman of state-owned SMJ Energy Sdn Bhd, together with Siti Hurrairah Sulaiman, Country Chair of Shell Malaysia and Senior Vice President of Upstream Malaysia.

Sabah Shell Petroleum Company Ltd (SSPC) signed a contract with company A (redacted for third party review).

In the same ceremony, Sabah Shell Petroleum Company Ltd also signed a contract with SAZMA Aviation for the provision of offshore helicopter services to safely transport personnel to and from offshore locations.

Chief Executive Officer of SAZMA Aviation, Rodney Pinus signed on behalf of the company, while its Chairman Datuk Hassan A Gani Pg.Amir as the witness

Both contracts were signed by Wong Kim Mun, SSPC’s General Manager.

Also present at this ceremony were Datuk Bacho Pilong, Senior Vice President of Malaysia Petroleum Management (MPM), PETRONAS, SOGCE Organiser, Dolly Jimayol, Managing Director/Chief Executive Officer and Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC).

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/27/shell-awards-deepwater-asset-operations-contracts-to-two-sabahan-companies/feed/ 0 56579