SHMKM – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 05 Feb 2022 05:42:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SHMKM – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KPDNHEP Sabah Berjaya Kesan 65 Kes Sepanjang SHMKM https://sabahmedia.com/2022/02/05/kpdnhep-sabah-berjaya-kesan-65-kes-sepanjang-shmkm/ https://sabahmedia.com/2022/02/05/kpdnhep-sabah-berjaya-kesan-65-kes-sepanjang-shmkm/#respond Sat, 05 Feb 2022 05:42:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11888
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah berjaya mengesan 65 kesalahan membabitkan kompaun sebanyak RM8,400 sepanjang pelaksanaan penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang berakhir semalam.

Pengarahnya, Georgie Abas berkata, skim yang dilaksanakan bermula 7 Disember lalu turut memeriksa sebanyak 11,243 premis perniagaan di seluruh negeri.

Katanya, jumlah premis yang diperiksa itu turut termasuk pemeriksaan yang dijalankan semasa pelaksanaan penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas pada 23 Disember hingga 31 Disember 2021 dan SHMMP Tahun Baru Cina pada 29 Januari yang berakhir semalam.

“Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 65 kes telah dihasilkan oleh KPDNHEP Sabah dengan nilai rampasan keseluruhan kes terbabit adalah RM4,274.52.

“Semua 65 kes berkenaan telah dikompaun dengan jumlah keseluruhan bayaran kompaun sebanyak RM8,400.00,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Georgie berkata, kebanyakan tindakan kes yang direkodkan adalah kesalahan peniaga yang gagal menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan kawalan musim perayaan.

Katanya, kesalahan gagal menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu direkodkan sebanyak 63 kes manakala kesalahan lain yang dilakukan adalah tidak mempamerkan tanda harga pada barangan yang dijual (1 kes) dan kesalahan menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan (1 kes).

“Terdapat satu aduan diterima oleh KPDNHEP Sabah semasa SHMKM 2022 iaitu aduan berkaitan dengan penjualan barang kawalan SHMKM yang melebihi harga maksimum. Aduan tersebut telah disiasat dan tindakan kes telah dihasilkan.

“Secara umumnya, tahap pematuhan SHMKM 2021, SHMKM 2022, SHMMP Krismas 2021 dan SHMMP Tahun Baru Cina 2022 adalah memuaskan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/05/kpdnhep-sabah-berjaya-kesan-65-kes-sepanjang-shmkm/feed/ 0 11888
Empat Premis Dikenakan Kompaun, Gagal Letak Tanda Harga Merah Jambu https://sabahmedia.com/2022/01/11/empat-premis-dikenakan-kompaun-gagal-letak-tanda-harga-merah-jambu/ https://sabahmedia.com/2022/01/11/empat-premis-dikenakan-kompaun-gagal-letak-tanda-harga-merah-jambu/#respond Tue, 11 Jan 2022 09:47:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11009
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak empat buah premis dikenakan kompaun RM400 selepas gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga kawalan terkawal sepanjang Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang dilaksanakan di negeri ini.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah Georgie Abas berkata, sebanyak 4,277 premis telah diperiksa di seluruh Sabah sepanjang tempoh pelaksanaan SHMKM yang bermula Jumaat lalu sehingga 4 Februari depan.

“Sehingga semalam, empat premis telah dikenakan kompaun berjumlah RM400 kerana gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambubagi barangan harga terkawal dengan nilai rampasan RM267.08.

“SHMKM ini dilaksanakan oleh Kerajaan sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan keperluan pada masa ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Georgie Abas

Georgie berkata, skim itu juga adalah bagi memastikan keberadaan bekalan di pasaran dan merupakan komitmen utama kerajaan untuk menangani peningkatan kos sara hidup pada masa kini.

Katanya, para peniaga dinasihatkan supaya menjalankan perniagaan secara beretika dan mematuhi SHMKM 2022 dengan tidak menjual melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan.

“Peniaga seterusnya diingatkan juga agar mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu untuk barang kawalan SHMKM, mempamerkan penandaan harga yang jelas, mempastikan bekalan sentiasa mencukupi dan mudah diperolehi oleh pengguna di samping terus mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Sabah yang sedang berkuatkuasa.

“Pengguna pula dinasihatkan agar menggunakan hak sebagai pengguna dengan bijaksana dan bertanggungjawab.

“Para pengguna hendaklah sedar tentang kepentingan berbelanja secara berhemah dan tidak perlu membeli secara berlebihan,” katanya.

Tambahnya, pengguna boleh melaporkan kepada KPDNHEP jika ada peniaga yang menjual lebih daripada harga kawalan atau menaikkan harga jualan secara tidak munasabah.

Katanya, selain daripada itu, pengguna juga turut diingatkan agar sentiasa mematuhi SOP PPN negeri Sabah yang sedang berkuat kuasa.

“Semua pihak di seluruh rantaian bekalan dari kalangan pengeluar, pemborong, pengedar dan penjual dinasihatkan dan diberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah SHMKM 2022.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalty,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/11/empat-premis-dikenakan-kompaun-gagal-letak-tanda-harga-merah-jambu/feed/ 0 11009