SHMMP – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 30 Dec 2024 03:50:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SHMMP – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 75 Kes Dengan Kompaun RM8,600 Dikesan Sepanjang SHMMP Krismas – KPDN https://sabahmedia.com/2024/12/30/75-kes-dengan-kompaun-rm8600-dikesan-sepanjang-shmmp-krismas-kpdn/ https://sabahmedia.com/2024/12/30/75-kes-dengan-kompaun-rm8600-dikesan-sepanjang-shmmp-krismas-kpdn/#respond Mon, 30 Dec 2024 03:50:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66150
Read Time:1 Minute, 7 Second

Sebanyak 74 kes gagal meletakkan tanda harga khas merah jambu dan satu kes tiada tanda harga, melibatkan nilai kompaun RM8,600 dikesan sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam berkata kesalahan itu dikesan menerusi 2,748 pemeriksaan yang dijalankan terhadap premis runcit, borong dan pengeluar di seluruh negara bermula 23 hingga 27 Dis lepas.

“Berdasarkan pemantauan dan penguatkuasaan KPDN serta maklum balas orang ramai, pelaksanaan SHMMP Krismas 2024 berjalan dengan baik dan lancar.

“Kementerian tidak menerima sebarang aduan semasa pelaksanaan SHMMP Krismas 2024 … tiada kes melibatkan penjualan melebihi harga yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata majoriti peniaga yang diperiksa komited serta mematuhi perundangan harga maksimum yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim itu. 

Beliau berkata KPDN merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta agensi di bawahnya, pihak industri dan semua peniaga atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan pelaksanaan SHMMP Krismas 2024.

Pelaksanaan SHMMP Krismas 2024 selama lima hari yang dijalankan dua hari sebelum perayaan, sehari semasa perayaan dan dua hari selepas perayaan, merupakan langkah kerajaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang tidak beretika sepanjang sambutan Krismas.

Sebanyak 14 jenis barangan harga terkawal berserta harga maksimum telah diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2024. 

— BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/30/75-kes-dengan-kompaun-rm8600-dikesan-sepanjang-shmmp-krismas-kpdn/feed/ 0 66150
11 jenis barangan diwarta SHMMP Tahun Baru Cina 2024 bermula 6 Feb ini https://sabahmedia.com/2024/02/02/11-jenis-barangan-diwarta-shmmp-tahun-baru-cina-2024-bermula-6-feb-ini/ https://sabahmedia.com/2024/02/02/11-jenis-barangan-diwarta-shmmp-tahun-baru-cina-2024-bermula-6-feb-ini/#respond Fri, 02 Feb 2024 04:06:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48851
Read Time:1 Minute, 48 Second

PAPAR: Menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada 10 Februari 2024 kerajaan akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina selama sembilan hari yang akan berkuat kuasa bermula 6 Februari hingga 14 Februari 2024.

Sebanyak 11 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina 2024 iaitu seperti udang putih (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram);
Ikan bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor);
Babi hidup;
Daging babi (perut);
Daging babi (daging dan lemak);
Kobis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing);
Ubi kentang import (China); Bawang putih;
Halia tua import; Lobak putih import; dan
Lobak merah.

SHMMP Tahun Baru Cina 2024 diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri
dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali di Dewan Terbuka, SJK (C) Cheng Hwa di sini, hari ini.

Armizan berkata, untuk 11 jenis barangan yang diwartakan ini, para peniaga perlu meletakkan tanda harga yang berwarna merah jambu (pink) untuk memastikan rakyat mengetahui itu adalah barang-barang yang telah ditetapkan harga maksimum tersebut.

“Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2024 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.

“Manakala Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melaksanakan pemantauan berterusan untuk memastikan keberadaan bekalan barangan adalah mencukupi.

“Semakan harga boleh dibuat
melalui laman sesawang KPDN di https://www.kpdn.gov.my,” katanya.

Menurutnya, pegawai-pegawai Penguat Kuasa KPDN di seluruh negara akan melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik seperti
di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan.

“Pendekatan ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, KPDN meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan sebarang aduan
melalui saluran berikut:
i. WhatsApp iaitu 019-848 8000;
ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my;
iii. Call Centre 1-800-886-800, dan;
iv. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/02/11-jenis-barangan-diwarta-shmmp-tahun-baru-cina-2024-bermula-6-feb-ini/feed/ 0 48851
KPDN Sandakan tidak terima aduan sepanjang tempoh SHMMP https://sabahmedia.com/2023/12/23/kpdn-sandakan-tidak-terima-aduan-sepanjang-tempoh-shmmp/ https://sabahmedia.com/2023/12/23/kpdn-sandakan-tidak-terima-aduan-sepanjang-tempoh-shmmp/#respond Sat, 23 Dec 2023 02:13:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47026
Read Time:1 Minute, 42 Second

Sandakan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan tidak menerima sebarang aduan pengguna berhubung harga barangan sepanjang tempoh pelaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, sebanyak empat SHMMP telah dilaksanakan sejak awal tahun ini melibatkan beberapa perayaan utama di negara ini.

“Sejak awal tahun 2023, sebanyak empat musim perayaan telah dikuatkuasakan SHMMP, iaitu SHMMP Tahun Baru Cina (15 hingga 29 Januari 2023), SHMMP Hari Raya Puasa (15 April hingga 30 April 2023), SHMMP Pesta Kaamatan (27 Mei hingga 2 Jun 2023) dan SHMMP Deepavali (9 November hingga 15 November).

“Sepanjang empat perayaan tersebut, sebanyak 619 premis pemborong dan peruncit di daerah Sandakan telah diperiksa. Pemeriksaan juga mendapati para peniaga di daerah ini telah mematuhi SHMMP yang dikuatkuasakan.

“Bagi keempat-empat tempoh perayaan tersebut, pejabat KPDN Sandakan tiada menerima sebarang aduan daripada orang ramai,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Azdy berkata, bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2023 yang dilaksanakan selama lima hari bermula hari ini telah menguatkuasakan sebanyak 13 barangan terpilih akan dikawal harga maksimumnya di peringkat Ladang, Borong serta Runcit.

Beliau berkata, pihaknya juga telah menjalankan tinjauan serta pemeriksaan pra pelaksanaan SHMMP Krismas semalam di salah sebuah pasar raya tumpuan utama pengguna di daerah ini.

Kerajaan telah mewajibkan semua peniaga yang menjual barangan harga terkawal tersebut supaya tidak menjual melebihi daripada harga maksimum yang telah ditetapkan, meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi tujuan membezakannya dengan barangan lain serta mempamerkan dengan jelas tanda harga ke atas semua barangan yang dijual,” katanuy.

Dalam pada itu, Azdy berkata, pemeriksaan di beberapa farmasi tumpuan pengguna di sekitar daerah ini juga telah dijalankan bagi meninjau kedudukan bekalan dan harga pelitup muka, cecair sanitasi dan Kit Ujian Kendiri Covid-19 berikutan jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semakin meningkat di Sabah.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, bekalan barangan berkenaan adalah mencukupi serta mudah diperolehi di pasaran pada harga yang berpatutan.

“Kita akan sentiasa memantau situasi bekalan barangan agar ianya mencukupi selain memastikan peniaga-peniaga mematuhi SHMMP ini,” katanya. SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/23/kpdn-sandakan-tidak-terima-aduan-sepanjang-tempoh-shmmp/feed/ 0 47026