Siap – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 03 Jan 2022 08:55:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Siap – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bung Arah PKOB Siap Sedia Berikutan Cuaca Tidak Menentu https://sabahmedia.com/2022/01/03/bung-arah-pkob-siap-sedia-berikutan-cuaca-tidak-menentu/ https://sabahmedia.com/2022/01/03/bung-arah-pkob-siap-sedia-berikutan-cuaca-tidak-menentu/#respond Mon, 03 Jan 2022 08:55:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10659
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin mengarahkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di seluruh daerah di negeri ini terutama di kawasan Kinabatangan diaktifkan 24 jam berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Beliau berkata, ianya penting bagi memastikan segala persiapan dapat dirangka lebih awal sekaligus memastikan kelancaran operasi bersama agensi serta jabatan kerajaan berkaitan terutama dalam usaha membantu dan menyelamat.

Jelas beliau, ia juga bertujuan mengelak daripada timbul sebarang isu kelewatan gerakan operasi yang akhirnya hanya akan memberi kesan terhadap usaha-usaha menyelamat penduduk di kawasan yang berisiko tinggi.

“Saya minta seluruh PKOB di negeri ini terutama di kawasan Kinabatangan supaya melaksanakan persiapan awal dan rapi bagi memastikan perjalanan operasi berjalan dengan lancar.

“Perancangan yang rapi dan teratur dapat memastikan semua petugas serta aset-aset berkaitan dapat digerakkan bersama semasa operasi dijalankan sekaligus mengelak daripada sebarang kejadian yang buruk dan tidak diingini, hasil jalinan kerjasama padu semua pihak, ” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Bung yang juga Menteri Kerja Raya turut mengarahkan semua jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) di daerah masing-masing supaya memantau infrastruktur dibawah seliaan mereka berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Katanya, jalan raya yang berisiko termasuk bahagian cerun perlu dipantau bagi memastikan ianya selamat digunakan oleh pengguna dan sekiranya terdapat tanda-tanda yang mencurigakan, jurutera perlu memaklumkan ke pihak kementerian untuk tindakan lanjut.

Tambah Bung, mana-mana kawasan yang berisiko haruslah diletakkan papan tanda amaran bagi memastikan pengguna jalan raya peka dan lebih berhati-hati di kawasan tersebut bagi mengelak daripada kejadian yang tidak diingini.

Beliau turut menasihati pengguna supaya tidak mengambil sebarang risiko terutama bagi kenderaan kecil untuk meredah air banjir walaupun kelihatan tidak deras kerana apa-apa kemungkinan boleh berlaku dalam sekelip mata.

” Pihak JKR akan sentiasa mengemaskini kedudukan keadaan jalanraya cerun dan jambatan yang terjejas dengan keadaan banjir yang berlaku sekarang,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/03/bung-arah-pkob-siap-sedia-berikutan-cuaca-tidak-menentu/feed/ 0 10659
DUN Sabah: Projek Empangan Tawau Dijangka Siap 2024 https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-projek-empangan-tawau-dijangka-siap-2024/ https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-projek-empangan-tawau-dijangka-siap-2024/#respond Wed, 08 Dec 2021 10:20:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9572
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Bekalan air di Tawau dijangka pulih sepenuhnya apabila projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III yang membabitkan pembinaan sebuah empangan siap pada 2024.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata kontrak projek itu disambung setelah Perjanjian Tambahan dimeterai pada 26 Januari 2020.

Bagaimanapun, katanya kemajuan projek setakat 31 Oktober 2021 baru mencapai 6.93 peratus.

“Kelewatan projek ini adalah sebanyak 26.8 iaitu lewat 391 hari berbanding jadual. Ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara.

“Pertama, isu pekerja pakar yang tidak dapat memasuki negara dan negeri Sabah disebabkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang sedang berkuatkuasa pada ketika itu.

“Kedua masalah pengambilan balik tanah di kuari di bawah Seksyen 3 Ordinan Pengambilan Tanah yang lewat dan ketiga pewartaan pengambilan balik tanah di spillway,” katanya pada sesi soal jawab Persidangan DUN Sabah, hari.

Bung Moktar yang juga Mentegri Kerja Raya negeri berkata demikian ketika menjawab soalan Hamild Awang (UMNO – Balung) mengenai status Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III – reka bentuk dan pembinaan empangan air.

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata kapasiti rekabentuk empangan berkenaan mampu menampung sebanyak 30 juta meter padu air.

“Empangan ini juga boleh menampung air mentah untuk disalurkan ke Loji Rawatan Air Cinta Mata sebanyak 90 juta liter sehari (JLS) dan ke Loji Rawatan Air Utara sebanyak 40 JLS serta boleh bertahan lebih kurang empat bulan jika berlaku kemarau.

“Dengan siapnya pembinaan empangan air ini kelak, air mentah yang mencukupi akan dapat disalurkan ke loji rawatan air yang berhampiran untuk dirawat dan dijadikan air bersih sebelum dibekalkan kepada semua pengguna di seluruh daerah Tawau.

“Selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap perkara ini, saya ingin mengajak rakan saya Ahli Yang Berhormat Balung serta seluruh rakyat di Tawau agar dapat sama-sama berdoa dan mengharapkan agar semua pelaksanaan ini dapat berjalan dengan lancar,” katanya.

Katanya, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) akan memantau dan memastikan pelaksanaannya sentiasa mengikut jadual seterusnya dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Justin Wong (DAP – Sri Tanjung), Bung Moktar berkata sebuah lagi Loji Rawatan Air (LRA) di Tawau iaitu di Ranggu dijangka siap pada Mac 2022 bagi membantu mengatasi masalah air di daerah itu.

LRA baharu itu, katanya mampu membekalkan 20 JLS, khususnya ke kawasan Apas.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/08/dun-sabah-projek-empangan-tawau-dijangka-siap-2024/feed/ 0 9572