Siasat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 25 Mar 2024 05:30:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Siasat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis Sabah tubuh pasukan petugas khas siasat kes kematian pelajar asrama kolej di Lahad Datu https://sabahmedia.com/2024/03/25/polis-sabah-tubuh-pasukan-petugas-khas-siasat-kes-kematian-pelajar-asrama-kolej-di-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2024/03/25/polis-sabah-tubuh-pasukan-petugas-khas-siasat-kes-kematian-pelajar-asrama-kolej-di-lahad-datu/#respond Mon, 25 Mar 2024 05:30:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51571
Read Time:1 Minute, 58 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah telah menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menyiasat kes seorang pelajar yang ditemui mati di asrama Kolej Vokasional Lahad Datu baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, penubuhan pasukan petugas ini adalah untuk membantu memastikan perjalanan ke atas kes ini dibuat secara cepat, profesional dan teratur.

“Untuk memastikan ketelusan siasatan PDRM dalam menangani isu berkenaan dalam kes ini maka kontinjen polis Sabah telah menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk membantu memastikan perjalanan ke atas kes ini dibuat secara cepat, profesional dan teratur,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Polis Ke-217 di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah di Kepayan hari ini.

Pada masa sama, beliau juga turut mengingatkan kepada orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi mengenai kes ini.

“Kita mengharapkan bahawa dengan siaran berita ini jangan lagi ada timbul berbagai-bagai spekulasi berkaitan dengan kes ini.

“Biar pihak PDRM menjalankan siasatan dan jangan menimbulkan apa-apa spekulasi mengenai perkara ini,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, Jauteh berkata reman ke atas 13 orang pelajar akan tamat sehingga 29 Mac ini dan siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala jumlah tahanan untuk siasatan setakat ini masih lagi berjumlah 13 orang.

“Setakat ini ada beberapa orang yang kita ambil untuk rakaman percakapan termasuklah dari pihak warden dan juga rakan-rakan mangsa yang lain,” katanya.

Ditanya mengenai hasil bedah siasat ke atas mangsa, beliau berkata, buat masa ini pihak polis belum dapat memaklumkan sebab atau punca kematian daripada hasil bedah siasat berkenaan.

“Memandangkan kes ini masih dalam siasatan jadi memang bedah siasat mayat mangsa itu telah dilaksanakan, tapi untuk tidak menimbulkan apa-apa spekulasi buat masa ini pihak polis belum dapat memaklumkan sebab kematian daripada hasil bedah siasat berkenaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Jauteh walaupun pihak PDRM telah memaklumkan berulangkali dalam program-program kesedaran yang dilaksanakan mengenai jenayah dan kes buli di sekolah-sekolah di tetapi keadaan ini masih lagi berlaku.

Justeru, beliau berharap bahawa insiden ini akan memberikan kesedaran lebih tinggi kepada semua pihak, bukan sahaja pihak pengurusan sekolah tetapi juga pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) agar memainkan peranan dari perkara-perkara seumpama ini.

“Pihak PDRM akan sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada pihak pentadbiran sekolah mahupun PIBG sekolah untuk memberikan apa juga bantuan yang dapat membendung perkara-perkara ini daripada berterusan,” tegas beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/25/polis-sabah-tubuh-pasukan-petugas-khas-siasat-kes-kematian-pelajar-asrama-kolej-di-lahad-datu/feed/ 0 51571
Wanita Gagasan Rakyat lapor polis, siasat dalang fitnah anak Ketua Menteri Sabah https://sabahmedia.com/2024/01/17/wanita-gagasan-rakyat-lapor-polis-siasat-dalang-fitnah-anak-ketua-menteri-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/01/17/wanita-gagasan-rakyat-lapor-polis-siasat-dalang-fitnah-anak-ketua-menteri-sabah/#respond Wed, 17 Jan 2024 02:39:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48081
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Anna Bell Perian (gambar) melahirkan rasa kekesalan ekoran daripada fitnah yang dilemparkan ke atas Mohd Reza Hajiji yang dituduh terlibat dengan kartel dadah.

Berikutan daripada itu, Wanita Parti Gagasan Rakyat dari Bahagian Sungai Sibuga, Gum-gum, Elopura, Tanjung Papat, Karamunting, Sekong dan beberapa kawasan lain telah membuat laporan polis agar siasatan terperinci dilaksanakan dan membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.

Menurut Anna, perbuatan yang berniat jahat ini ibarat melempar batu sembunyi tangan sengaja dicetuskan untuk menarik perhatian sekaligus cubaan untuk menjejaskan imej YAB Ketua Menteri Sabah.

“Perumpamaan ini mengambarkan bahawa individu atau pihak terbabit terdesak dengan menabur fitnah mengalihkan perhatian rakyat untuk menyokong kerajaan negeri yang tanpa henti membawa pembangunan untuk rakyat dan negeri Sabah. Pihak ini juga sengaja mengadu domba kerana tidak ada isu yang ingin mereka utarakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anna berkata, memasuki tahun baharu 2024, tahun yang masih menyaksikan peperangan dunia luar antara Israel–Palestin sedang berlaku sehingga mengundang ketidaktentuan politik peringkat antarabangsa dan juga kemelesetan ekonomi dunia seharusnya menjadi fokus utama semua pihak tidak kira pihak kerajaan, pembangkang dan rakyat adalah berganding bahu untuk memulihkan dan membangunkan ekonomi negeri kerana kalau bukan kita semua siapa lagi.

“Cukup-cukuplah berpolitik kerana rakyat sedang memerhatikan kita semua, tentu juga diselitkan doa-doa untuk kemenangan saudara mara kita di Palestin dalam berjuang membela tanah air mereka,” tegasnya.

Tambah beliau, Sabah dan rakyatnya menjadi contoh terbaik bukan hanya di peringkat negeri saja tetapi diperingkat nasional hidup aman harmoni tanpa peperangan meskipun berbeza budaya, kaum dan agama. Namun sayangnya, ada pihak yang suka mencetuskan ‘peperangan’ yang dangkal, lagi busuk, dipenuhi hasad dengki untuk menjatuhkan orang lain.

“Mengapa tidak kita bersama-sama menjalankan tugas kita sebagai rakyat Sabah? Membina dan memakmurkan negeri tercinta, merentasi perbezaan ideologi. Bukan berusaha mencari akal dan helah untuk ‘menusuk duri menikam daging hingga kesuma jiwa lara’.

“Cukuplah segala kealpaan yang membinasakan selama ini dijadikan iktibar dan teladan kepada kita semua atas segala musibah, kekurangan mahupun perbezaan.

“Kita berdoa semoga Negeri Sabah yang kita cintai ini terus kekal aman, makmur dan sejahtera untuk anak cucu cicit kita masa hadapan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/17/wanita-gagasan-rakyat-lapor-polis-siasat-dalang-fitnah-anak-ketua-menteri-sabah/feed/ 0 48081
Polis diminta siasat dalang fitnah anak Ketua Menteri Sabah https://sabahmedia.com/2024/01/15/polis-diminta-siasat-dalang-fitnah-anak-ketua-menteri/ https://sabahmedia.com/2024/01/15/polis-diminta-siasat-dalang-fitnah-anak-ketua-menteri/#respond Mon, 15 Jan 2024 05:03:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47993
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap dalang yang jelas cuba mengaibkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dengan cara memfitnah kononnya anak beliau terlibat dalam kartel dadah,” kata Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata, polis diminta siasat dalang fitnah anak ketua menteri Paparan dalam media sosial itu bukan setakat palsu, ianya juga satu kesalahan disisi undang-undang kerana secara terang-terangan membuat tuduhan liar bertujuan mencemar nama baik keluarga Ketua Menteri Sabah.

“Tindakan jijik ini jelas bukan saja merupakan usaha menjejaskan imej Ketua Menteri tetapi juga Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin oleh beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nizam, mungkinkah taktik kotor ini didalangi oleh pihak yang sebelum ini cuba menjatuhkan kerajaan negeri yang diterajui GRS tetapi gagal dan kini sudah ketandusan modal dan terdesak sehingga menyebarkan cerita yang direka-reka demi meraih sokongan politik?

Katanya, pihak yang tidak bertanggungjawab ini harus ingat rakyat kini bijak menilai dan sudah pasti akan menolak pihak yang menggunakan taktik kotor dengan cara menyebarkan fitnah.

“Melalui laporan polis yang telah dibuat oleh Mohd Reza Hajiji di Tuaran hari ini diharapkan siasatan dapat dijalankan agar dalang tersebut dapat dibawa ke muka pengadilan,” tegas beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/15/polis-diminta-siasat-dalang-fitnah-anak-ketua-menteri/feed/ 0 47993