Siasat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 12 Nov 2024 04:09:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Siasat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tangkap & siasat pelaku rasuah, GRS nothing to hide – Hajiji https://sabahmedia.com/2024/11/12/tangkap-siasat-pelaku-rasuah-grs-nothing-to-hide-hajiji/ https://sabahmedia.com/2024/11/12/tangkap-siasat-pelaku-rasuah-grs-nothing-to-hide-hajiji/#respond Tue, 12 Nov 2024 04:09:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63633
Read Time:45 Second

PAPAR: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mahu pihak berkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan beberapa Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terlibat dengan kes rasuah yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Kita minta pihak berkuasa menyiasat kita akan bagi kerjasama tapi siasat juga yang pemberi rasuah juga kerana mempunyai niat yang tidak baik untuk mendapatkan sesuatu daripada kerajaan apabila tidak dapat inilah keluar.

“Justeru, bagi saya adalah adil tangkap dia (pemberi rasuah) dulu, siasat dia,” tegas Hajiji ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah bagi projek loji janakuasa 100 megawatt (MW) yang baharu di Kimanis hari ini.

Menurut Hajiji, perkara itu hanya satu tuduhan dan kerajaan masih berjalan dengan baik.

“Saya tiada apa-apa, memang ok kita kerajaan masih berjalan dengan baik, itu cuma tuduhan, laporlah kepada MACC, kita (GRS) nothing to hide (tiada apa mahu disembunyikan),” tegas beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/12/tangkap-siasat-pelaku-rasuah-grs-nothing-to-hide-hajiji/feed/ 0 63633
Polis siasat video tular aksi pengambaran filem lucah https://sabahmedia.com/2023/06/15/polis-siasat-video-tular-aksi-pengambaran-filem-lucah/ https://sabahmedia.com/2023/06/15/polis-siasat-video-tular-aksi-pengambaran-filem-lucah/#respond Thu, 15 Jun 2023 07:44:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36424
Read Time:48 Second

SANDAKAN: Polis Sandakan sedang menjalankan siasatan terhadap satu rakaman video yang tular memaparkan aksi pengambaran filem lucah di sebuah lokasi yang tidak dikenalpasti.

Menerusi rakaman video tersebut lokasi pengambaran dipercayai di kawasan tepi pantai yang berlatar belakangkan sebuah batu besar di atas permukaan air.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataannya hari ini.

Katanya, pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan telah membuat siasatan mengenai perkara tersebut dan mendapati tiada sebarang kegiatan pengambaran video lucah yang berlaku di daerah Sandakan.

Namun beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menularkan rakaman video lucah tersebut serta tidak menyimpan sebarang video lucah kerana ianya menyalahi undang-undang di negara ini dan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kanun Keseksaan & Akta Komunikasi & Multimedia 1998.

Bagaimanapun, Abdul Fuad menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut tentang lokasi kejadian tersebut boleh menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/15/polis-siasat-video-tular-aksi-pengambaran-filem-lucah/feed/ 0 36424
JTK Sabah siasat isu pekerja kematian isteri disamping anak baru dilahirkan https://sabahmedia.com/2023/06/02/jtk-sabah-siasat-isu-pekerja-kematian-isteri-disamping-anak-baru-dilahirkan/ https://sabahmedia.com/2023/06/02/jtk-sabah-siasat-isu-pekerja-kematian-isteri-disamping-anak-baru-dilahirkan/#respond Fri, 02 Jun 2023 09:15:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35633
Read Time:3 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah sedang jalankan siasatan terperinci berhubung isu seorang pekerja trauma melihat kematian isteri disamping anak yang baru dilahirkan di rumah sewa mereka selepas pulang dari kerja dalam kejadian pada awal Mei lalu.

Berikutan dengan perkara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud amat sedih dan
turut bersimpati dengan kejadian menimpa pekerja berkenaan.

“Sebaik mendapat berita tersebut, saya telah meminta Jabatan Tenaga Kerja Sabah untuk membantu perkara ini bagi mendapat maklumat yang tepat daripada pekerja dan majikan.

“Saya dimaklumkan pada masa ini pekerja masih lagi amat sedih dengan pemergian isterinya dan hanya mahu bersama anaknya yang baru dilahirkan.

“Saya amat berharap agar semua pihak tidak membuat apa-apa spekulasi dan menyerahkan kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk menyelesaikan situasi ini sebaik mungkin mengikut perundangan dan kemanusiaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mustapha berkata, mengikut sumber daripada majikan, mereka telah dimaklumkan oleh pekerja tentang isterinya yang telah bersalin dan telah memberi cuti paterniti kepada pekerja selama dua hari untuk urusan berkaitan. Majikan juga membenarkan pekerja untuk mengambil cuti
tahunan sehingga urusan selesai.

“Majikan ada menyatakan bahawa selepas enam hari kelahiran, pekerja telah datang bekerja dan memaklumkan pada pagi tersebut kepada pengurusan syarikat bahawa isteri dan anaknya dalam keadaan sihat dan beliau boleh bekerja seperti biasa.

“Bagaimanapun pada hari tersebut, apabila pulang dari kerja, beliau mendapati isterinya telah meninggal dunia disamping anak yang baru dilahirkan,” katanya.

Menurutnya, majikan juga ada memaklumkan bahawa bantuan dan sumbangan telah diberikan termasuk urusan semasa di hospital sebaik mengetahui perkara ini dan majikan juga bersedia untuk membantu apa-apa keperluan yang diperlukan oleh pekerja.

“Saya mohon agar netizen tidak menyalahkan sesiapa dalam kejadian ini kerana pihak majikan masih mematuhi Ordinan Buruh (Sabah Bab 67),” jelasnya.

Mustapha turut memaklumkan buat masa sekarang peruntukan cuti bersalin kepada bapa sebanyak tujuh
hari sebagaimana yang telah dilaksanakan di Semenanjung masih belum dikuatkuasakan di Negeri Sabah.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah memberi persetujuan kepada KSM untuk meminda Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) agar pekerja di Sabah juga mendapat faedah yang sama sebagaimana pekerja di Semenanjung.

“Pindaan ini telah diperhalusi dengan perbincangan bersama antara
Kerajaan, Majikan dan Kesatuan Sekerja di Sabah dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk keadaan ekonomi dan realiti pembangunan Negeri Sabah,” katanya.

Tambah beliau, KSM memberi komitmen bahawa hak pekerja akan diperjuangkan sesuai dengan
Piawaian Perburuhan Antarabangsa yang digariskan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

“Hasil siasatan oleh JTK Sabah, memang benar majikan ada memotong gaji pekerja selama 13 hari semasa tempoh berkabung kerana pekerja tidak memohon apa-apa cuti
tahunan dan sehingga sekarang pekerja masih belum memaklumkan kepada pihak majikan bilakah tarikh akan bekerja semula.

“Bagaimanapun, setelah dinasihati oleh JTK Sabah, majikan telah menarik balik potongan tersebut dan telah membayar gaji penuh kepada pekerja walaupun menjadi tanggungjawab pekerja untuk memohon cuti tahunan
terlebih dahulu jika tidak hadir bekerja,” ujarnya.

Kata Mustapha lagi, mengikut undang-undang, pekerja perlu bekerja genap dua belas bulan terlebih dahulu untuk melayakkan cuti tahunan, tetapi atas nasihat JTK Sabah, majikan bersetuju untuk memberi cuti bergaji selama pekerja tidak hadir bekerja.

“Saya difahamkan bahawa pekerja ini mula bekerja dengan syarikat ini pada 2 Disember 2022 iaitu selama 5 bulan sehingga sekarang.

“Saya juga dimaklumkan bahawa pekerja hanya hadir tiga hari sepanjang bulan Mei 2023 dan pihak majikan tetap membayar gaji penuh untuk bulan tersebut setelah mendapat
nasihat daripada JTK Sabah.

“JTK Sabah masih berusaha untuk mendapatkan maklumat daripada pekerja tentang kejadian sebenar yang berlaku pada hari kejadian.

“Bagaimanapun semasa dihubungi,
pekerja memaklumkan bahawa beliau amat sedih dan trauma dengan kehilangan isteri tersayang serta masih belum dapat menerima dengan apa yang telah berlaku.

“Emosinya masih terganggu dan pekerja memohon kepada JTK Sabah agar diberi tempoh untuk beliau menenangkan fikiran terlebih dahulu sebelum dapat memberi apa-apa kenyataan dalam perkara ini,” tambahnya.

Mustapha turut meminta agar pihak JTK Sabah dapat membantu perkara ini dan menunggu tarikh yang sesuai untuk bertemu dengan pekerja tersebut.

“Saya mendoakan semoga seluruh ahli keluarga ini bersabar, tabah dan cekal menghadapi ujian ini dan dipermudahkan segala urusan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/02/jtk-sabah-siasat-isu-pekerja-kematian-isteri-disamping-anak-baru-dilahirkan/feed/ 0 35633
Esscom Siasat Tular Komplot Rahsia Untuk Menceroboh Sabah https://sabahmedia.com/2021/12/09/esscom-siasat-tular-komplot-rahsia-untuk-menceroboh-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/12/09/esscom-siasat-tular-komplot-rahsia-untuk-menceroboh-sabah/#respond Thu, 09 Dec 2021 08:56:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9633
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan Sabah sedang mengesahkan maklumat berhubung dakwaan komplot rahsia oleh militia Sulu untuk menceroboh negeri itu di sini.

Memetik sumber laporan artikel The Star hari ini, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Ahmad Fuad Othman berkata risikan mereka sebenarnya telah mendapat maklumat tentang pergerakan itu sebelum ini dan telah cuba mendapatkan maklumat lanjut.

“Kini, kami masih cuba mengesahkan dakwaan ini daripada rakan sejawatan kami,” katanya ketika dihubungi, Khamis (9 Dis).

Beliau berkata kawalan sempadan dan rondaan telah diperketatkan, tetapi memberi jaminan kepada rakyat bahawa tiada pergerakan abnormal dari luar perairan Malaysia dikesan setakat ini.

Ahmad Fuad berkata perbincangan mengenai pencerobohan dan tentera Sulu yang cuba menyerang Sabah telah menjadi ancaman berterusan sepanjang tahun.

Sementara, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor ketika ditanya mengenai perkara ini semasa ucapan penggulungan pada mesyuarat DUN berkata mereka masih belum menerima maklumat mengenai dakwaan ini.

Beliau enggan mengulas banyak perkara ini apabila ADUN Moyog Datuk Darell Leiking cuba menyiasat lebih lanjut.

“Saya tidak boleh mengulas mengenai perkara ini lagi kerana kami belum mendapat maklumat mengenai artikel ini,” katanya.

Menurut artikel oleh South China Morning Post, terdapat satu pertemuan rahsia di kalangan 19 datuk bandar di Filipina membincangkan pengambilan 600 militia bersenjata untuk menyerang Sabah.

Laporan itu juga mendakwa bahawa terdapat pengintip untuk menerokai bandar-bandar pantai, walaupun belum ada yang menyusup.

Pertemuan sulit itu dipercayai diadakan oleh pegawai kanan kerajaan tempatan di selatan Filipina awal bulan ini.

Laporan itu memetik sumber keselamatan serantau kanan untuk maklumat itu.

Sumber itu dikatakan berkata bahawa mesyuarat itu dikendalikan oleh seorang pegawai tempatan wilayah Sulu, yang mengumpulkan 19 datuk bandar Kepulauan Sulu untuk membincangkan rancangan untuk menubuhkan “Tentera Diraja Sulu” dengan sasaran merekrut sehingga 600 orang untuk menyerang. Sabah.

Pada 2013, lebih 200 militan Sulu bersenjata telah menceroboh Sabah melalui Lahad Datu, dan mengakibatkan kebuntuan dan peperangan selama sebulan dalam usaha mereka untuk menuntut Sabah secara paksa sebagai milik mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/09/esscom-siasat-tular-komplot-rahsia-untuk-menceroboh-sabah/feed/ 0 9633