Sibec – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 26 Oct 2024 07:50:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sibec – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Persekutuan beri sokongan padu jayakan inisiatif Ekonomi Biru Sabah – Fahmi https://sabahmedia.com/2024/10/26/kerajaan-persekutuan-beri-sokongan-padu-jayakan-inisiatif-ekonomi-biru-sabah-fahmi/ https://sabahmedia.com/2024/10/26/kerajaan-persekutuan-beri-sokongan-padu-jayakan-inisiatif-ekonomi-biru-sabah-fahmi/#respond Sat, 26 Oct 2024 07:50:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62800
Read Time:1 Minute, 11 Second

BERNAMA

Putrajaya:  Kerajaan persekutuan akan memberi kerjasama dan sokongan padu kepada inisiatif Ekonomi Biru yang sedang dilaksanakan Sabah bagi meneroka dan memanfaatkan sumber kekayaan laut di negeri itu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perkara berkenaan merupakan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

“Ini arahan Perdana Menteri kepada Jemaah Menteri untuk memberikan sokongan penuh kepada pembangunan ekonomi Sabah.

“Kerajaan harus memberi sokongan padu kepada usaha Sabah dengan memanfaatkan segala sumber yang ada, untuk bantu Sabah melaksanakan (inisiatif) konsep ‘Blue Economy’ ini.

“Ia melibatkan hasil mahsul laut, bukan sahaja dari segi perikanan tetapi sumber mineral sebagai sumber yang berpotensi, sebagai tenaga boleh baharu,” katanya dalam sedang akhbar selepas mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Pada pada 19 Okt lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan merasmikan Persidangan Antarabangsa Ekonomi Biru Sabah (SIBEC) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu.

SIBEC 2024 diadakan bertujuan mempromosikan pembangunan ekonomi berasaskan sumber laut di Sabah, dengan fokus kepada sektor perikanan, tenaga boleh diperbaharu dan pelancongan marin.

Persidangan itu juga berfungsi sebagai platform untuk memperkenalkan teknologi baharu dan menarik pelaburan melalui pameran dan sesi interaktif.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam ucapannya pada persidangan itu berkata, peluang pelaburan dalam Ekonomi Biru di Sabah amat besar dengan anggaran potensi hasil tahunan ikan dan udang sahaja adalah lebih daripada 491,000 tan yang bernilai RM3.25 bilion.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/26/kerajaan-persekutuan-beri-sokongan-padu-jayakan-inisiatif-ekonomi-biru-sabah-fahmi/feed/ 0 62800
Penganjuran SIBEC 2024 ditunda Oktober ini https://sabahmedia.com/2024/08/08/penganjuran-sibec-2024-ditunda-oktober-ini/ https://sabahmedia.com/2024/08/08/penganjuran-sibec-2024-ditunda-oktober-ini/#respond Thu, 08 Aug 2024 00:51:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58698
Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) 2024 yang dijadualkan pada 2 hingga 4 September depan ditunda ke 19 hingga 20 Oktober 2024.

Perkara itu dinyatakan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) selaku penganjur persidangan berkenaan.

Sekretariat SMJ berkata, SIBEC 2024 yang akan diadakan selama dua hari dijangka akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Oktober.

“Antara pengisian SIBEC 2024 adalah investor insight, sidang plenary, forum interaktif dan sesi khas ambassador talks dengan melibatkan Duta-Duta dan Pesuruhjaya Tinggi negara asing untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kejayaan berasaskan ekonomi biru dinegara masing-masing. 

“Seramai 29 speaker dan panel forum dari dalam dan luar negara yang terdiri dari pemain industri, pengamal ekonomi biru, ahli akademik terlibat semasa SIBEC 2024,” menurut kenyataan itu di sini.

SIBEC 2024 dijangka akan dihadiri oleh 2,000 peserta dari dalam dan luar negara.

Selain itu, semasa SIBEC 2024 juga di adakan pavilion yang mempamerkan inisiatif, teknologi terkini, inovasi setiap sektor atau komponen Ekonomi Biru dari dalam dan luar negara. 

Maklumat lanjut mengenai SIBEC 2024 boleh diperolehi melalui portal  https://blueeconomy.sabah.gov.my/ / SIBEC 2024. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/08/penganjuran-sibec-2024-ditunda-oktober-ini/feed/ 0 58698